MANFAAT BANGUNAN SEDIA ADA, ELAK TERBIAR

| |


Oleh: Muhd Lukman

DUNGUN - Bangunan sedia ada di bawah seliaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu dimanfaatkan oleh masyarakat setempat dan tidak boleh dibiarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, MPKK mestilah memaksimakan penggunaan semua aset dan harta kerajaan sedia ada.

"Asalnya mereka mohon bangunan ini untuk kegunaan orang ramai tetapi akhirnya dibiarkan begitu saja.

"Semua ini adalah hasil daripada duit rakyat, jadi kita cuba untuk manfaatkan dewan- dewan sedia ada untuk kegunaan ramai," ujarnya.




Menurutnya, banyak aktiviti berfaedah yang boleh dijalankan di bangunan-bangunan ini.

"Ada beberapa tempat yang kita akan baiki, antaranya ialah bangunan balai raya di Pinang Merah untuk kelas jahitan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas Program Gotong Royong Perdana bertempat di Kampung Nyior (27 September).

Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut menggesa semua MPKK menganjurkan Tuisyen Rakyat kepada penduduk setempat.

"Hasrat kita, setiap MPKK boleh menggunakan balai raya masing-masing dengan menganjurkan tuisyen ini kepada penduduk setempat sekaligus membantu mereka dalam bidang pendidikan.

"Saya juga mengucapkan tahniah kepada MPKK Nyior kerana menganjurkan gotong-royong pada hari ini dan berharap kerjasama MPKK menjaga bangunan dan kemudahan sedia ada," tambahnya.



Turut hadir Pengerusi MPKK, Ustaz Busra Muda, Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Anggota Bomba Paka dan penduduk setempat.

Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/09/manfaat-bangunan-sedia-ada-elak-terbiar.html?m=1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...