Gambar Mesranya Polis tapi... Ish Rosmah ke Cirit-Birit di Terengganu?

| |
Terimakasih dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh pihak polis terhadap perhimpunan aman Bersih 2.0. Kaki tangan dibawah Kementrian Dalam Negeri yang dipimpin oleh Naib Presiden Umno itu penuh akhlak dan layanan terpuji. memang sesuailah dengan slogan "Rakyat di dahulukan, Prestasi diutamakan".

Ketika umno mengadakan perhimpunan protes di pulau Pinang termasuk himpunan diatas jambatan yang menganggu lalu-lintas, takde apa pulak tindakan yang diambil tetapi apabila melibatkan rakyat yang mempunyai hak untuk menyuarakan rasa hati mereka.. mereka diperlakukan seperti anjing kurap. Siapakah yang membayar gaji-gaji mereka ini semua? Umno ke rakyat??? adakah mereka tidak kenal siapa tuan mereka???

Yang mereka tahu... apabila kleng! kleng! kleng!.. loceng dibunyikan. Hah!! apa tunggu

Rakyat dilanyak secukupnya...Apa mereka peduli wanita ke siapa? Kalaulah ini ayah atau ibu-ibu mereka???
Siapa yang zalim? siapa yang ganas? Siapa yang bikin huru-hara???

Mereka dilayan sebagai penjenayah. Bukan sekadar cedera bahkan seorang meninggal dunia. Allayarham Baharuddin Ahmad 56, yang patah empat tulang rusuk serta 3 batang giginya. Kena gas pemedih mata ke?

Apabila tiada yang mampu mereka lakukan.... kepadaNya sahaja mereka mengharapkan pertolongan dan dipanjatkan munajat


Ish kalau ditanya mereka ini. Siapa punya kerja ini... mereka akan jawab kami hanya ikut arahan. Siapa yang arah? Orang yang mempunyai kuasa yang menang dalam pilihanraya.

alih-alih... ish 3X lain pulak berita yang datang....

Lebih 70 isteri wakil rakyat keracunan makanan

KUALA TERENGGANU 10 JulaiLebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini, semalam mengalami keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, kejadian bermula pada kira-kira 11 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom seperti muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel penginapan mereka di sini.

Katanya, daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ di sini hari ini.Katanya, punca kejadian masih disiasat namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.

Hah muntah-muntah, tercirit-birit. Banyak-banyaklah berdoa semoga makanan kita dari sumber yang halal. janganlah kita menzalimi, menganayai orang. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi itu tiada hijab. Sebagaimana kata Tok Guru Presiden ... "Itu baru permulaan "

1 comment:

mawarberduri said...

itu baru pmulaan~ tbaik ustaz :) alhmdlh :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...