Terengganu galak Berkokok, Rakyat baham tahik?

| |
Amat malang, Allah Swt mengurniakan negeri Terangganu dengan negeri yang cantik. Pantai yang indah, pulau-pulau yang menarik. Tanahnya subur serta sumber yang kaya. Minyak dan gas dinaikkan dari pantai Terengganu. Dan kini Terengganu bakal dinobatkan sebagai negeri sumber tenaga elektrik. Tetapi amat malang apabila ia dipimpin oleh parti Pencekik darah rakyat. Akal panjang sejengkal.



Apa yang rakyat dapat dari gah tersebut? Melainkan negeri yang menang berkokok aje tetapi rakyat menanggung beban. Rakyat Terengganu dapat minyak murah ke? Harga tong gas lebih murah ke? Elektrik dibekalkan dari tenaga hidro, dari sumber air ciptaan Tuhan dan Stesyen Jana Elektrik Paka yang dijana menggunakan gas yang didaratkan dipantai Terengganu dan diproses di GPP. Bukannya menggunakan arang batu yang diimport tetapi adakah rakyat Terengganu dikecualikan tariff elektrik baru?




Ada pemimpin dok sibuk bangunkan pulau waman dengan masjid Kristal 250 juta, monsoon Cup beratus juta, Pulau Kenyir 300juta dan pelbagai pembaziran kepada rakyat tetapi mengkayakan krooni pimpinan Umno-BN. Tinggallah rakyat menjadi antara negeri termiskin di Malaysia. Hanya digula-gulakan dengan wang Ehsan untuk mengekalkan Umno-BN dalam pilihanraya.



Bagi mereka kenaikan tariff elektrik tidak melibatkan apa-apa. Cuma sakit sikit aje. Sedangkan semua kilang yang membekalkan keperluan kepada rakyat menggunakan elektrik. Akhirnya rakyat akan menanggung semua kos pengeluaran. Sudahlah kos pengangkutan dengan kenaikan harga bahan api dan bahan asas makanan seperti gula juga dinaikkan.
Semua ini tidak akan berkesudahan kecuali Umno-BN disudahkan pada p’raya 13 nanti. Nak salahkan pimpinan Umno-BN sememangnya mereka adalah serigala. Yang masalahnya adalah rakyat Terengganu sendiri, bangsa ku ini! Butakah mata? Taknak buat perubahan kah?





Terengganu Antara Pengeluar Tenaga Elektrik Utama Negara Menjelang 2015



Dungun - Menjelang 2015, Terengganu bakal menjadi negeri pengeluar tenaga elektrik utama di negara ini apabila empangan baru di Sungai Tembat, Hulu Terengganu siap pada tahun berkenaan. Naib Presiden (Pembangunan) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hussin Othman berkata, kerja-kerja pembinaan empangan kedua di kawasan seluas 6,000 hektar itu kini rancak dijalankan dan apabila siap kelak, ia dijangka mampu menjana sehingga 250 mega watt. Beliau berkata kos keseluruhan projek berkenaan mencecah RM1 bilion yang sepenuhnya ditanggung TNB.
"Dengan siapnya empangan baru itu serta punca tenaga sedia ada iaitu Empangan Sultan Mahmud di Tasik Kenyir dengan kemampuan 400 megawatt dan Stesen Jana Elektrik Sultan Ismail di Paka yang mengeluarkan tenaga dengan kapasiti 1,200 megawatt., negeri ini dijangka mampu mengeluarkan sehingga 1,850 mega watt menjadikan ia sebagai antara pembekal tenaga elektrik utama negara," katanya. Beliau menyatakan perkara itu pada program TNB bersama pemimpin komuniti peringkat negeri Terengganu di Dungun kelmarin.




Katanya, semua projek itu adalah untuk meningkatkan daya harap bekalan elektrik di kawasan Dungun agar masalah gangguan bekalan elektrik dapat diminimumkan dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Mengenai kenaikan kos arang batu daripada AS$85 satu tan pada tahun lepas kepada AS$115 satu tan tahun ini, beliau berkata ia agak membebankan TNB, namun tarif yang dikenakan kepada pengguna masih sama.



Bagaimanapun beliau berkata sebarang kenaikan tarif baru akan bergantung kepada keputusan kerajaan.


Kerajaan mana? kerajaan yang tuan-tuan undi tu lah. Dulu kini & selamanya yang mengenakan rakyat dahulu????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...