Gambar Pak Su Daud yg Glamour di Bersih 1.0

| |

Rentetan siri himpunan dan demontrasi dimana sahaja, foto dan gambar akan menjadi saksi. Beredar dengan cepat dalam segenap cabang media. Apatah kini dengan wujudnya media baru yang boleh up-load gambar dengan cepat dan tersebar seluruh dunia.

Ramailah peminat seni foto dan pengkagum gambar tersenyum, tersengih melihat gambar-gambar yang bermacam-macam. Apatah dengan google image yang memaparkan pelbagai gambar dan foto yang hebat dan unik. Macam penulis yang tak tahu sangat nilai-nilai dari kaca mata seni ni hanya melihat dari sepojok pandangan sisi penulis aje. Mungkin kalau ustaz azhar yang minat menggalas dengan kamera canggihnya itu mempunyai pandangan dan komentar yang lebih luas.

Sekeping foto setiap kali gambaran betapa pejuang yang istiqamah menentang kezaliman dan sentiasa berusaha untuk menegakkan keadilan sering ditemui adalah gambar Pok Su Daud yang ditangkap dan diheret polis. Fuhh!! Hebat banget Pak su dengan wajah geram polis yang mengheret beliau. Pak Su pun Nampak cool aje. Yelah.. berjuang dengan Pas ni dah lama. Pak Su Daud yang tinggal di Padang Pulut, Dungun, Terengganu. Sekampung dengan Ustaz Azman Syapawi yang merupakan seorang yang cekal bersama perjuangan Pas. Beliau turut serta banyak program Pas termasuk PRK di seluruh Malaysia. Walaupun usia beliau sudah mencecah lebih separuh abad tapi tak pernah surut semangat juangnya. Beliau turut hadir di perhimpunan Bersih 1.0 dan gambar tersebut tersebar luas.

Makin media Umno-BN serang Bersih. Makin rakyat bersemangat untuk turun. Kini diharamkan pula baju kuning, makin semangat nak pakai & makin meluatnya warna biru yang tua itu... nampak kuning semakin hensem pe!!!

Syabas buat Pak Su Daud. Sekalung tahniah dari Pas kawasan Dungun. Imej mu menggambarkan daya tahan perjuangan kami. Semoga ia menjadi contoh kepada anak muda erti perjuangan. Pembakar semangat anak muda agar mencatat tinta emas dalam diari perjuangan mereka. Hah jangan lupa pergi ke Bersih 2.0 nanti. Ambik gambar banyak2. Tolong ambik gambar abang-abang polis yang garang itu. Jangan lupa gambar A.Samad Said yang cool itu. Tapi maaf. Jangan perabihkan masa anda atau membiarkan gambar brahim Ali Perkasa untuk bersekedudukan dalam kamera anda. Perabih beras aje.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...