dari 3.5 ke 36. dari Melbourne ke melebong?

| |
Betapa lembabnye pak menteri dari Terengganu yang menjadi menteri kabinet. Amat malang apabila kegagalan UMNO Terengganu melahirkan kepimpinan berwibawa ke peringkat nasional. Yang sesuai dilantik adalah menteri hal ehwal agama iaitu ahli parlimen Besut, Datuk Abdullah Mat Zin. Itu pun tak perform lalu digugurkan dan diganti dengan Mejar Khir, meskipun bukan ahli parlimen dan juga masih dikekalkan Datuk Masyitah meskipun kalah.

Pernah beberpa penggal tiada wakil Terengganu dalam senarai menteri kabinet. Yang agak berpengalaman adalah Tan Sri Yusof Nor, itupun ada skandal duit baitul mal. Selepas beliau kebanyakannya adalah timbalan Menteri seperti Datuk Tg Mahmud Mansur yang melibatkan projek perabut meganya yng terbengkalai sehingga kini di Wakaf tapai. Datuk Tengku Putera, selaku speaker DUN sekarang pernah memegang timb. Menteri kewangan tetapi tak sempat dua lekok akhir dipecat kerana tak mampu. Orang Kuala Berang kata : "yang paya balik paya jugok. KKura mana boleh berenang kelaut."

Kini, Datuk Ahmad Shabery Chik memegang menteri belia dan sukan. Itupun sebab krisis politik dalaman UMNO yang menghalang kerusi Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin daripada mendudukinya. Tiada apa yang boleh dibanggakan bagi rakyat Terengganu sepanjang beliau memegang jawatan tersebut. Yang boleh dibanggakan semasa beliau memegang Menteri Penerangan. Keterbukaan beliau untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim dikaca TV. Itupun sampai bebuih mulut untuk berhujah dan memalukan UMNO. Kini sebagai Menteri Belia dan Sukan isu velodrom di Dungun pun tak mampu nak diselesaikan?

Dulu heboh isu tempat. Pimpinan UMNO di Kampung Sura membantah. Bila dipindah tempat timbul isu kos pulak.

Kontroversi projek pembinaan velodrom mini di Dungun yang bernilai RM36juta belum berakhir apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said tetap tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak berkenaan. Malah, Ahmad turut menempelak pihak-pihak berkaitan yang mengesahkan bahawa kos tersebut amat sesuai untuk pembinaan sebuah kompleks sukan yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk velodrom mini. Beliau seterusnya mempertikaikan kos projek berkenaan yang disifatkannya jauh lebih tinggi berbanding kos asal RM3.5 juta, seolah-olah memberi gambaran projek itu dibina untuk penganjuran temasya sukan berprestij dan bertaraf dunia.

“Pembinaan projek sukan ini biarlah berpatutan dengan keperluan sukan peringkat negeri. Kita buat velodrom atau kompleks sukan bukan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, tetapi kalau Majlis Sukan Negeri ada duit, dia buatlah,” katanya sinis. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Penyakit Kronik dan Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri Terengganu di Setiu, kelmarin.

Pengarah MSN negeri, Zainal Abidin Hussin sebelum ini berkata, kos tersebut merangkumi kemudahan velodrom tertutup, asrama serta kemudahan-kemudahan sukan lain di pusat kecemerlangan itu. Katanya, konsep yang diambil berdasarkan velodrom di Melbourne, Australia itu dibuat selepas JKR dan MSN melawat tapak cadangan pembinaan tersebut di Kampung Balai Besar, Dungun dan juga kemudahan sama di Ipoh, Perak dan Cheras, Kuala Lumpur. Ahmad sebelum itu terkejut dengan penetapan kos projek berkenaan yang disifatkannya amat tinggi serta tidak munasabah berbanding kos asal sehingga mendorong beliau mengarahkan pihak JKR mengkaji semula perkara itu.

“Orang suruh reka dengan kos RM3.5 juta, kenapa buat RM36 juta,” soal Ahmad.

Alahai, sempat siap tak velodrom ni sebelum pilihanraya. Sempat tak Shabery Chik siapkan sebelum habis tempoh jawatan Menteri beliau. Yang Mat Said protes harga tu apasal. Bukan tak tahu dalam UMNO.. motonya "Wang Besar!" "Wang Besar!" "Wang Besar!" dekat pilihanraya ni… kalau kalah PRU-13 nantikan dah tak sempat pulak. Sapa tak tahu, master-mind di Dungun? Siapa Ketua bahagian. Pengarah MSN negeri pun bekas YDP MPD Dungun yang kena tukar akibat desakan orang-ramai yang tak berpuas-hati. Nampaknya kini MB pulak tak berpuas-hati.

Nampaknya, orang atas berpolitik, ahli sukan seperti Azizulhasni anak Pak Awang di Dungun pulak yang jadi mangsa. Daripada 3.5juta dah jadi 36 juta. Daripada yang mini dah jadi raksasa. Jangan buat contoh di Melbourne akhirnya jadi melebong sudah le! nasiblah Azizulhasni kalau tak sempat berkayuh di Velodrom hebat itu... semoga anak beliau sempat merasa dan melihat kelibat velodrom hasil air tangan menteri Sukan dari negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...