Berkat Pemerintahan UMNO Perlis : Rumah pun dikebas

| |
Apa kata MB Perlis? Datuk Seri Dr Isa Sabu. Apa kata kalau pakat kembali kepada hokum Islam. Tugas nabi adalah untuk menyempurnakan akhlak. Jika akhlak makin rosak, itu tanda era kejatuhan. Era jahiliyyah akan kembali menapak. Kalau selepas Rasulullah memerintah, seorang wanita boleh bermusafir dengan selamat dari Syam ke Hadramaut kerana selamat dari pencuri dan perompak yang sebelum itu amat dahsyat akhlak seolah-olah tiada ubat. Tetapi dengan Islam dan berkat kepimpinan Rasulullah Saw ianya berlaku.

Kini apabila Islam disisih, hukum hakam al-Quran dikesampingkan khususnya selepas daripada kemerdekaan dengan mengguna-pakai undang-undang komanweal berasaskan perlembagaan Lord-Reid, maka hari ini dapat dilihat dengan jelas akibat dan kesannya peraturan manusia berbanding dengan peraturan Penciptanya.

Sudahlah dunia yang menjadi matlamat dapat tak seberapa, tetapi penyakit makin membarah. Sosial, jenayah makin meningkat sehinggakan apa terjadi di negeri Perlis ini? hah tinggal tapak aje???

Rumah Pusaka Hilang Dicuri Orang

KANGAR: Kecurian barangan dalam rumah mungkin jenayah biasa, namun seorang suri rumah di sini amat terkejut apabila mendapati rumah pusakanya yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi dekat sini, hilang.

Kehilangan rumah kayu setingkat berusia 60 tahun itu disedari Zuria Ali, 30, Khamis lepas apabila dihubungi penduduk yang tinggal berhampiran rumah tersebut. "Saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut kerana yang tinggal hanya tapak rumah dan 24 pelapik tiang konkrit," katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis pada hari sama.

Zuria, yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak, kelihatan sedih ketika ditemui pada Khamis kerana baginya, rumah itu menyimpan sejuta nostalgia memandangkan di situlah tempat beliau dibesarkan sehingga melangkahkan kaki ke alam perkahwinan. Barangan peninggalan ibunya, Allahyarham Jahara Jasin, yang meninggal dunia pada 2004, dan disimpan di rumah itu termasuk perabot, peti sejuk serta pinggan, turut hilang.

Apa yang tinggal adalah barangan tidak berguna seperti televisyen rosak, cebisan papan buruk serta pelapik tiang konkrit. Zuria berkata rumah itu disewa pada kadar RM100 sebulan kepada seorang penduduk di kawasan tersebut, dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu.

Penyewa rumah itu juga gagal dikesan namun motosikal yang dipercayai miliknya ditemui berhampiran tapak rumah tersebut.Suri rumah itu berkata, beliau percaya pencuri terbabit menggunakan lori bagi mengangkut bahagian yang dirobohkan kerana bangunan rumah itu agak besar. Penduduk berhampiran dikatakan melihat kerja-kerja merobohkan rumah itu pada Februari lalu dan tidak diganggu kerana mereka menyangkakan ia arahan pemilik rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. "Kes sebegini jarang berlaku. Kami sedang menyiasat mengenai status rumah terbabit serta puncanya, dan mereka yang bertanggungjawab mengambil rumah itu," katanya.

Sampai macam tu Allah Swt nak bagi petunjuk kepada manusia supaya kembali kepada hokum Tuhan. Aslim Taslam. Kamu Islam, Kamu selamat. Tetapi semua kita tahu UMNO ni keras kepala. Mana nak harapkan mereka untuk kembali kepada syariat Islam. Bahkan dipersendanya. Selagi itulah kehidupan manusia akan terjurus kedunia jahiliyyah moden.

Rakyat ada alternatih dalam PRU-13 nanti. Kuasa ditangan saudara. Kiamatkah kalau kepimpinan dikembalikan kepada para ulama? Pewaris nabi?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...