Lihatlah Penghina Islam arah filem ‘ Bollywood UMNO’?

| |
Setelah beberapa siri drama pendek UMNO cuba mempolitikkan isu agama dan perkauman gagal, kini UMNO beralih pula menggunakan bekas Menteri Penerangan untuk direcycle semula bagi bermain wayang filem Hindustan. Zainuddin Mydin yang sudah lama tenggelam dari persada politik tanah-air kini muncul kembali disaat UMNO tercunggap-cungap kelemasan apabila banyak isu yang tak menjadi ketika serangan bertubi-tubi terhadap parti-parti dan kerajaan PR. Walaupun dalam bulan Ramadhan nampaknya perang sentiasa hangat. Yelah bulan Ramadhan bukankah sebagai bulan jihad? Macam Badar Qubra pulak.
Terkini isu Zainuddin Maidin menunjukkan salah satu daripada gambar beliau menemu bual Tunku dalam simpanannya lebih 40 tahun yang lampau pada sidang media di Putrajaya.

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, tidak bercadang menarik balik kenyataannya bahawa PAS adalah sebuah parti ekstrem dan pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj supaya merampas harta orang Cina selepas Peristiwa 13 Mei 1969.

Malah, Zainuddin berkata, beliau juga masih menyimpan beberapa keping gambar dan keratan akhbar membuktikan kenyataannya bahawa seorang pemimpin PAS pernah meminta Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina, kira-kira 40 tahun lalu. Kenyataan itu sebenarnya bukan satu perkara baru kerana pernah disiarkan akhbar Utusan Melayu berdasarkan temu ramah eksklusif beliau dan bekas Timbalan Pengarang Utusan Melayu, Allahyarham Osman Abadi, bersama Tunku Abdul Rahman, pada 1969. Malah, ia juga pernah tersiar dalam buku Di Sebalik Jendela Utusan yang diterbitkan sempena ulang tahun Utusan Melayu ke-50, pada 1989.

Apabila kami masuk menemui Tunku Abdul Rahman di pejabatnya di Jalan Dato Onn, beberapa bulan selepas Peristiwa 13 Mei 1969, Tunku memberitahu bahawa ada seorang pemimpin PAS baru saja keluar menemuinya untuk menyatakan kepada Tunku bahawa inilah masanya untuk tentera merampas kuasa dan mengambil alih semua harta benda orang Cina

Takde pulak gambar pemimpin PAS? Siapa pemimpin itu? Kita pun ingin tahu jugak. Jangan berbelit-belit macam wayang bolywood. Adakah ini satu lagi episode fitnah yang dilemparkan peristiwa yang melibatkan 40 tahun lalu. Sekeping gambar tak bernyawa tanpa wajah pemimpin Pas dijadikan saksi. Entahkan hidup entahkan mati yang tertuduh itu dan tiada pembelaan sewajarnya. Sepanjang tempoh tersebut macam-macam boleh berlaku.
40 tahun ni.. tempoh Umar al-Khattab diera jahiliyyah sudah menjadi khalifah. Negara Jepun yang hancur-lebur dihentam bom atom diNagasaki & Hiroshima telah bertukar menjadi Negara maju dan canggih didunia. Dan 40 tahun kini timbul filem bolywood hitam-putih arahan si Zainuddin Maidin?

Boleh percaya ke?

Firman Allah Swt dalam Surah al-hujurat : 6 :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. "

Apakah boleh diterima penyaksian seorang yang bernama Zainuddin Maidin ini? Seorang yang pernah menghina Islam dengan melabelkan Islam sebagai najis candu? Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dilaporkan oleh Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001 dalam artikel oleh Wan Hamidi Hamid bertajuk “Two fears behind Bollywwood film row”. Zam telah dilaporkan memberitahu Straits Times, Singapura: ‘In Kelantan and Terengganu especially, men are glued to the TV set at the coffeshops for at least three hours, that’s the normal length of a feature Hindi movie. First, religion has become an opium to the people in the east coast of the peninsula, now Bollywood movies are also becoming opium for them.

Zainuddin Maidin atau Zam telah menghina Islam apabila beliau menyamakan Islam dengan najis candu. Beliau telah dengan biadapnya berkata kalau mulanya agama telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan Terengganu, kini filem Bollywood turut juga menjadi candu kepada mereka. Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dibuat ketika beliau mengulas fatwa Majlis Mufti-Mufti berhubung dengan pengaruh buruk filem Bollywood.

Satu-satunya makluk keji yang menganggap agama ini candu kepada manusia adalah Karl Marx, si Yahudi pengasas kepada ideology Komunis. Apakah Zam berfahaman karl Marx? Entahlah?
Di Belanda, seorang pemuda rakyatnya telah dibicarakan apabila beliau menampalkan poster "Hentikan Kanser yang bernama Islam ini" dipintu rumahnya Valkenswaard, pada tahun 2004. Bantahan umat Islam lalu dibicarakan dimahkamah Tinggi dan dithabitkan beliau bersalah dan setahun kemudian, ia mendapat hukuman 2 bulan penjara kerana menyakiti penganut agama Islam dan perlu dibenteras awal. Kenyataan itu menghina Islam dan umat Islam.

Itu berlaku pada tahun 2005 di Belanda, Negara kafir yang melarang memakai purdah & melarang menggunakan azan di menara masjid. Bagaimana Negara Malaysia yang Hadhari ini? Orang yang menggelarkan Islam lebih teruk daripada penyakit kanser sebagai candu dan najis dadah boleh diguna-pakai kenyataannya kerana demi kepentingan politik UMNO-BN. Media propaganda kerajaan yang mendapat nasihat APCO ini boleh menjadikan isu milik zaman hitam-putih. Meskipun tanpa kredebeliti tapi apa mereka peduli.

Diharap ZAM pun bertobatlah dihari-hari tua ini. Sisa-sisa umur yang kubur dah kata mari dan dunia dah kata mari. Cukuplah pangkat dan kuasa yang dimiliki dan anugerah yang diperolehi. Makan duit pencen pun dah cukup. Janganlah dok fitnah PAS sepanjang usia sehingga mati. Lebih baik tolong promosi Pasaraya Mydin & Store tu.. ada jugak pahalanya.

1 comment:

Ayah Man said...

Salam Ustaz Saiful,
Saya nak minta izin untok link blog ustaz dengan blog saya (ayahmann.blogspot). Terimakasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...