Jenayah Turun Mendadak? Najib, Hisyamuddin & Lee Lam Thye. Siapakah yang anda percayai?

| |
Di tengah hangatnya berita jenayah kini. Pembunuhan kejam berlaku disana-sini. Rompakan, rogol semakin menjadi-jadi. Tak peduli bulan ramadhan ke bulan syawal ke. Manusia lebih suka memilih menjadi syaitan daripada menjadi insan. Hanya berkerangkakan manusia tetapi menurut buasnya nafsu haiwan. Kekadang tak terfikir dek akal yang waras akan segala perbuatan dan tindakan. Ianya diluar peri kemanusiaan.
Alih-alih pemimpin UMNO kounter balik. Jenayah turun mendadak! Anda percaya ke? Atau ini hanya lawak pemimpin Umno?

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kadar jenayah di negara ini turun secara mendadak berikutan wujudnya sumbangan daripada berbagai pihak, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengambil langkah mempertingkatkan imej PDRM dengan mewujudkan konsep ‘Polis Komuniti’ untuk menggalakkan kerjasama rapat di antara pihak polis dan orang awam.

Hishammuddin berkata, pihak PDRM telah mengambil inisiatif mendekati anggota masyarakat sebagai rakan bagi memerangi jenayah jalanan yang telah banyak berkurangan berbanding tahun lalu.
"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, cukup berpuas hati dengan apa yang telah pun dilakukan oleh semua pihak berkenaan khususnya PDRM sendiri dimana indeks kadar jenayah telah pun menurun. "Penurunan kadar jenayah ini telah banyak memberi perubahan terhadap tahap keselamatan rakyat di negara ini dan kini lebih terjamin," katanya.

- Adakah anda rasa selamat kini? Adakah anak dan isteri anda selamat? Jenayah yang melinkungi masyarakat kita semakin menghimpit. Rompak, rogol, bunuh berleluasa. Bagaimana dikatakan semakin menurun? Apakah yang dimaksudkan itu jenayah curi ayam?

NKRA Diperkenal PM Kurangkan Jenayah
PETALING JAYA
Kadar jenayah jalanan negara mencatatkan penurunan ketara sebanyak 39.6 peratus dalam tiga bulan pertama hasil keberkesananan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilaksanakan, kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Di dalam jangka panjang pastinya rakyat akan dapat menikmati lebih banyak kesan daripada pengenalan bidang tumpuan khidmat Kerajaan Barisan Nasional itu untuk hidup lebih bermutu. Beliau berkata, indeks jenayah telah menurun sebanyak 15.1 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
“Kadar jenayah jalanan yang menjadi keutamaan negara turut menurun dengan ketara pada jumlah 39.6 peratus dalam tiga bulan ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” katanya.

- Apakah penurunan jenayah jalanan seperti ragut menandakan turunnya kadar jenayah yang lain? Bagaimana dengan jenayah-jenayah bunuh yang semakin kejam. Yang meningkat disetiap masa. Apakah khidmat Barisan Nasional? Tidakkah jenayah kejam ini bermula sejak pembunuhan Althantunya? Dimana penyelesaiannya?

Kes jenayah meningkat dibimbangi
Utusan Malaysia 13 Sep 2010
KUALA LUMPUR 12 Sept.
- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) memandang serius peningkatan kes jenayah kejam termasuk pembunuhan yang semakin membimbangkan. Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lebih merisaukan apabila jenayah berkenaan berlaku secara drastik berdasarkan beberapa kes yang dilaporkan kebelakangan ini.
"Kes-kes jenayah kejam dan ganas yang dipaparkan melalui media memberi gambaran bahawa negara kita seolah-olah dibelenggu dengan masalah ini. "Pembunuhan merupakan jenayah ganas yang paling berbahaya dan terdapat individu yang berani melakukannya tanpa bimbang kepada pembalasan undang-undang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes jenayah kejam yang semakin berleluasa termasuk kes bunuh.
Sehubungan itu kata Lam Thye, punca berlakunya kes jenayah kejam harus dikaji dengan teliti serta langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani keadaan ini. Menurut beliau, jika masalah ini berterusan, ia akan menjejaskan imej negara.
"Pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi fenomena jenayah tersebut yang semakin menular. "Hal ini kerana, aspek keselamatan masyarakat perlu diberi tumpuan yang lebih agar rakyat yakin terhadap keadaan keselamatan semasa,'' ujarnya.
Berdasarkan kenyataan diatas siapakah yang anda lebih percayai. Antara Najib, Hisyamuddin & Lee Lam Thye. Mana satu anda percaya? Najib & Hisyamuddin adalah ahli politik Umno. Yang amat bimbang kalau-kalau imej Negara terjejas akibat kadar jenayah yang semakin meningkat. Ini menggambarkan kegagalan mereka menanggani isu jenayah di Malaysia. Adapun Lee Lam Thye sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Apa kepentingan yang ia hendak raih?

Tidakkah ini menggambarkan kegagalan sistem dan perundangan kita sendiri. Bermula dengan sistem pendidikan yang sekular. Meletakkan matlamat pendidikan bagi memenuhi keperluan negara menjadikan manusia sebagai produk seperti kilang. Persekitaran yang di didik dengan materialisme. Menyisihkan moral dan akhlak. Hidup manusia berebut untuk mendapatkan harta, wanita, kuasa. Sistem kehakiman yang sentiasa dipersoalkan. Penguat kuasaan yang tak sunyi dari isu rasuah. Undang-undang komanweal yang tidak mengesankan.

Inilah saat dan ketika, jikalau UMNO benar-benar ikhlas memperjuangkan agama untuk kembali melaksanakan syariah Islam. Mulakan di Kelantan yang dipimpin oleh Pas dan di Terengganu yang dipimpin oleh UMNO. Kerana disitu sudah terbentang enakmen jenayah hudud & qisas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...