Bukan Hakim sahaja beruk, Pendakwaraya pun serupa!

| |
Heran jugak ye!. Tentera Amerika dan Taliban sedang berperang. Perang yang agak panjang masanya. Berlaku pulak di bumi Afghanistan. Ketika tentera Amerika membunuh tentera Afghanistan takde apa-apa. Manakala ketika tentera Taliban membunuh tentera Amerika, Pendakwaraya pulak nak dakwa Taliban kerana melakukan komplot membunuh. Lawak betul le puak-puak ni. Macam budak-budak main gasing. Time dia pakoh gasing orang ok je. Time orang pakoh gasing dia bagitahu kat bapak dia untuk ambil tindakan.

WASHINGTON 2 Sept. – Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) akan mendakwa pemimpin Taliban Pakistan, Hakimullah Mehsud atas komplot yang mengorbankan tujuh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang berpangkalan di Afghanistan Disember lalu.
Menurut Jabatan Kehakiman AS, Hakimullah yang dipercayai berada di kawasan puak di Pakistan dan merupakan ketua kumpulan Tehrik-e-Taliban akan didakwa kerana berkomplot untuk membunuh rakyat AS di luar negara dan menggunakan senjata yang menyebabkan kemusnahan besar.
Pada 30 Disember tahun lalu, seorang doktor rakyat Jordan yang mendapat kepercayaan kakitangan CIA meletupkan bom yang disembunyikan di dalam bajunya selepas memasuki pangkalan CIA di luar Khost.
“Dakwaan jenayah itu akan dilakukan jika Hakimullah berjaya ditangkap,” kata seorang pegawai AS yang enggan dikenali. – Reuters

Yelah.. mahkamah hak mak bapak dia punya. Dia boleh dakwa siapa yang dia nak. Dia peduli apa. Nyawa dan darah rakyat Ameika mahal. Ada harganya. Bagaimana harga darah dan nilai umat Islam di Afghanistan? Tiada nilaikah? Kenapa tak bernilai? Sebab mereka Islam kah? Bagaimana dengan pencerobohan rakyat dan Negara asing ke dalam Negara Afghanistan. Bagaimana harta benda rakyat Afghanistan yang rosak? Bagaimana infra sturuktur yang hancur. Bagaimana rumah-rumah orang awam yang menyembah bumi. Bagaimana anak-anak kecil dan remaja yang dikorbankan. Apatah lagi nyawa beribu dikalangan umat Islam yang mendiami bumi Afghanistan yang bukan hanya dihalau dari kediaman mereka bahkan ada yang gugur dan tidak kembali lagi. Siapa yang nak dakwa mereka yang terlibat? Siapa yang nak membantu mereka dari segi undang-undang.
Osama Laden, yang dikatakan penaja dan pengganas serta teroris, hanyalah kambing hitam untuk menghalalkan mereka menjajah bumi Afghanistan. Samalah seperti penaklukan Iraq. Hanya kerana Saddam Hussain menyimpan senjata amat bahaya. Tetapi hingga kini tidak ditemui senjata yang dikatakan bahaya itu. Amerika terus menjadi Negara pembuli. Nak report kat sapa? OIC? PBB? Mahkamah antarabangsa? Hakim mana yang nak bicara?
Nampak macam Malaysia jugok. Serupa aje. Sikap berat sebelah secara terang-terangan melibatkan Mahkamah seperti isu di Perak. Melibatkan juga SPR semasa pilihanraya. Kekadang melibatkan polis juga. Time dia pandu kereta, pandu laju-laju sampai kat trafik-light dibunyika siren.. lepas macam tu je. Kalau orang lain buat terus disaman ekor, kompaun lagi.. macam-macamlah.

Inilah undang-undang sarang labah-labah. Giliran marhaen seperti nyamuk, lalat mesti lekat dan akan jadi mangsa. Tetapi giliran burung dengan kelalawar lalu, bukan hanya sarang koyak rabak, bahkan labah-labah terpelanting entah kemana?
Agak-agak benda macam ini bila boleh selesai. Bukankah dunia semakin maju dan manusia semakin berpendidikan. Bukan hidup dizaman batu dan manusia tidak cerdik. Sepatutnya manusia makin lebih baik dan sempurna. Begitu juga yang melibatkan hokum dalam Islam. Zaman jahiliyyah dahulu munasabah lah mereka dihukum kerana berzina, minum arak, membunuh, mencuri, merogol, merompak. Sebab mereka tak berpendidikan. Itu yang disebut oleh Dr Mahathir dahulu. Perempuan arab menutup aurat kerana orang arab jahiliyyah dahulu kuat seks. Sekarang ni dah moden, mereka boleh bukak kerana seks mereka tak kuat lagi?
Tapi kita tengok lebih parah. Jenayah makin teruk meskipun manusia rasa mereka lebih bertamaddun dan maju. Munasabah le Imam al-Ghazali berkata, selagi manusia itu bersifat manusia nescaya dia membawa sikap dan karektor manusia yang sama dan hokum al-quran itu layak sepanjang masa sehingga akhirat keatas manusia kerana mereka akan melakukan perbuatan yang serupa, cuma cara sahaja mungkin berbeza. Perbuatan mencuri tetap wujud tetapi cara dan kaedah sahaja berbeza. Maka hukum Allah itu releven sepanjang zaman dan hukum manusia itu bersifat mengenakan orang lain dan membebaskan si pembuat hukum. Sama kisah macam kera berebut pisang yang mengadu kepada hakim beruk. Perbalahan tidak selesai akhirnya tok hakim yang kenyang perut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...