Relax jap . Seloka 1 : 40

| |
Kenyataan pengerusi biro keahlian dan pendaftaran pengundi Pemuda Umno, Hishamudin Yahya, bahawa nisbah antara Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini ialah 1:40. Angka ini menjadi pertikaian dan bagi PR, angka tersebut seolah-olah bersifat perkauman. menurut Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke: "Ini adalah kenyataan palsu dan berbaur perkauman. Ia digunakan untuk menakutkan Melayu supaya merka percaya yang mereka akan kehilangan pegangan politik,” kata Loke. Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dan mendakwa ia tidak tepat serta berbaur perkauman.

"Angka pun tidak tepat. Ini agenda politik perkauman untuk menarik orang-orang Melayu kembali menyokong mereka sebab mereka sedar semua kaum sedang menolak mereka," katanya.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kebanyakan pengundi baru adalah dari Umno dan 70 peratus daripada mereka adalah bumiputera manakala selebihnya bukan bumiputera. Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada tahun lalu sahaja, Umno mendaftarkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818, diikuti DAP (17,756) dan PAS (16,987).

Sebenarnya darimana datangnya angka 1: 40. Perkara ini timbul akibat UMNO cuba menipu golongan ulama muda untuk menyokong UMNO-BN. Mungkin seloka dibawah memberi kita ruang untuk relax sekejap. Ke ada Tok Joro.. ejas-ejas lah wat Dikir selagu

SELOKA 1:40

Dasarnya sekular, asasnya kebangsaan
Nak bagi jadi halal, dicarinya ulama malang
100 ulama muda, baru dok cadang- cadang
60 tak jadi nak datang, tinggal 40 orang

Hasrat nak masuk UMNO, Syahidan jadi dalang
Dr Asri tertinggal belakang, tinggal tiga puluh Sembilan
39 serah borang, depan PM berjabat tangan
Borang kosong ke kertas kajang, entah-entahnya temberang

Hok hadir enam belas orang
yang baki telah hilang
4 Orang tak diundang,
Lain-lain tak cakap sekadar diam

Juru cakap hanya tinggal sorang
Rupanya menantu kesayangan
Boleh tiru ke macam Syahidan
Cium tangan biar sampai melintang
Kini bising siang malam
UMNO nok ke Islam
Orang ramai hanya diam
Dah tahu UMNO gila meroyan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...