MB Cap Ayam- UMNO menang 4 kerusi sahaja di Terengganu!

| |
Ketika perbualan penulis dengan salah seorang orang kuat Idris Jusoh (bekas MB Terengganu), beliau mengungkitkan dan menyebut tentang kelemahan, kegagalan dan kebodohan Mat Said memerintah negeri Terengganu. Apabila penulis menyebut isu pembangunan dan projek zoo negeri di Kemaman, beliau dengan lantas menyebut bahawa zoo tersebut akan dimuatkan Mat said ke dalamnya setelah beliau dibuang nanti. Nampak marah betul beliau kepada Mat Said. Penulis turut tumpang ketawa mendengar kata-kata beliau itu.

Datuk Ahmad bin Said merupakan ADUN Barisan Nasional kawasan Kijal yang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu pada 22 Mac 2008. Perlantikan itu bagaimanapun tidak dipersetujui pimpinan UMNO yang sebaliknya menyokong Dato' Seri Idris bin Jusoh, bekas MB Terengganu. Tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kesombongan dan keangkuhan Idris Jusoh akhirnya terselepik ke tanah jua.
Memanglah dizaman Idris Jusoh segala peruntukan dan kewangan melimpah ruah. Pertamanya kerana segala peruntukan dan diskriminasi kerajaan Pusat UMNO-BN terhadap kerajaan PAS semenjak 1999-2004 yang terlonggok disalurkan kepada Idris Jusoh. Peruntukan Royalti diserahkan kepada Idris Jusoh apatah lagi ketika itu harga minyak melabung tinggi. Ini menyebabkan Terengganu menjadi lubok emas ketika itu. Pelbagai projek direncana agar segala peruntukan itu dihabiskan dizaman pemerintahannya. Itulah yang menyebabkan pelbagai projek dilancarkan meskipun ianya tak member manfaat kepada rakyat Terengganu tetapi memang member kekenyangan kepada tembolok ayam sabung UMNO di Terengganu. Segala kroni kekenyangan dan sendawa memanjang hatta semua YB dan ADUN di Terengganu menjadi OKB sekelip mata.

Keangkuhan Idris memuncak apabila tarikh kekuasaannya menafikan segala keputusan dan tindakan kerajaan yang lalu. Tanah-tanah rakyat sebanyak 70k lot yang diluluskan oleh kerajaan pimpinan Pas dirampas, rumah-rumah dirobohkan hatta Masjid Bujal turut menjadi mangsa kerakusan beliau, Imam & bilal di pecat dan dinafikan elaun sehingga kini, para pegawai disingkir dan disejuk-bekukan, peruntukan undang-undang khususnya hudud & qisas yang diluluskan dizaman pemerintahan Pas dibekukan dan tidak dilaksanakan.

Rupanya cerah tidak sampai ke petang. Mat Said pula menjadi MB. Kerana spesis yang sama, UMNO-BN nescaya dasarnya pun sama. Cuma pertelingkahan dan perbalahan antara dua team iaitu Mat Said dan team Idris Jusoh berpanjangan. Bahkan melibatkan disemua peringkat, samada di Bahagian maupun Dun sehingga mewujudkan dua JKKK. Satu mewakili puak penyokong Adun yang bersekongkol dengan Idris dan satunya yang menyokong MB Mat Said. Perbalahan ini sehingga keperingkat Pusat. Masing-masing menggunakan kuasa masing-masing.
Mat Said ingin menunjukkan kekuasaannya yang melibatkan ketua bahagian maupun pentadbiran di Wisma darul Iman sehingga ke Pejabat Daerah maupun Majlis Daerah atau Perbandaran. Yang terakhir penukaran Exco dengan portfolio yang Nampak jelas menimbulkan rasa tidak puas-hati dikalangan penyokong Idris Jusoh khususnya yang melanda ketua bahagian Marang iaitu Yahya Khatib Mohamad yang dahulunya memegang exco yang lebih kanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang telah digantikan oleh Datuk Za’’abar Mohd Adib sementara Yahya akan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri. Ini sebagai penghinaan kepada Ketua Bahagian Marang kerana keingkaran beliau supaya tidak bertanding jawatan Ketua Bahagian Marang. Hendak ditukar kepada Adun Alur Limbat, itu lebih parah dan penentang tegar kepimpinan MB Mat Said.
Penyokong Idris pula menggunakan kabel-kabel tertentu agar menunjukkan bahawa Mat Said tiada kuasa. ‘MB cap ayam’ , ‘dok rok cetong’ dan ‘berat 6-6’. Segalanya menggambarkan kebodohan Mat Said sebagai MB. Peruntukan yang terhad dan duit royalty yang tidak dikembalikan menyebabkan tanpa pengaliran masuk wang yang banyak menyebabkan Mat Said dilihat tidak lepas nok bernyawa. Kerana itu dilihat tiada apa-apa pembangunan yang dibuat oleh Mat Said. Tiada lagi projek mega dan raksasa seolah-olah pemerintahan Mat Said tiada hala-tuju dan perancangan. Bahkan kekadang mengambil serta menciplak manifesto Pas dalam pemerintahannya. Mat Said juga dilihat sebagai tiada kuasa sebagai MB. Yang terakhir apabila mulut Mat Said tidak masin. Dah berapa kali beliau menyebut tentang isu pembersihan Stadium yang runtuh itu tetapi tiada yang ambil perjalanan. Imej Stadium runtuh yang sehingga kini kelihatan oleh orang ramai memalukan pemerintahan Mat Said meskipun projek itu berlaku dizaman Idris Jusoh. Siapa sebenarnya yang menjadi MB di Terengganu? Mat Said sendiri pun dilihat tidak berupaya mentadbir UMNO-BN negeri yang menyebabkan beliau dinafikan daripada memegang Pengerusi Perhubungan UMNO negeri?

Dikalangan pegawai pun diam membisu. Ada gerakan protes senyap terhadap pemerintahan Mat Said tetapi takut menikus bimbang kalau Mat Said mengambil tindakan gila-gila menyebabkan mereka akan tersingkir. Datuk Mokhtar Nong, SUK Terengganu yang merupakan air kaki Idris Jusoh telah disingkirkan dari jawatan beliau. Sekarang, tugas Mat Said adalah ‘menjamu’ rakyat serta menonjolkan juara rakyat untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada beliau. Tetapi sedia maklum bahawa beliau adalah MB untuk sepenggal ini sahaja. Mampukan beliau bertahan di kerusi dun?

Itulah sebab masing-masing memperkemaskan tapak masing-masing agar team utara dan selatan ini terjamin untuk calon PRU ke 13 nanti. Siapa yang ramai nescaya team tersebutlah sebagai tonggak MB pada pilihanraya akan datang. Itupun kalau rakyat memilih mereka? Bagaimana kalau rakyat meluat melihat insiden ini. Mereka akan beralih kepada menyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS yang dilihat sebagai parti alternatif dan istiqamah untuk membela rakyat dan memartabatkan Islam dibumi Terengganu.
Kebimbangan inilah menyebabkan pemukiman golongan veteran UMNO Terengganu telah menyerahkan memorandum kepada PM Najib agar menyelesaikan krisis yang telah membarah itu. Jika tidak diselesaikan nescaya UMNO-BN hanya akan dapat mempertahan 4 kerusi sahaja di Terengganu. Apatah kini mood untuk meletakkan PR ke Putrajaya amat tinggi. Ketika itu dimanakah Mat Said? Dimanakah Idris Jusoh? Siapakah akan mendiami Zoo di Kemaman? Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

1 comment:

Anonymous said...

salam ustaz boleh dapatkan maklumat tentang bdk ganu aizat fikri adik nasir dan jamil jidin anak mat jidin kawan anak najib ashman dan jo lek(si mabuk with paris hilton yg anwar kata dpt kontrak airpot sg besi..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...