Malaysia sudah Negara Berkebajikan? Presiden Pas terlambat!!!

| | 0 comments

Macam orang mengigau dari tidur… PM Malaysia mengaku Malaysia adalah Negara Berkebajikan. Kalau Presiden PAS cakap ke Arah Negara Yang Adil, nescaya PM apabila ditanya oleh wartawan pasti dia jawab.. Malaysia merupakan Negara yang adil. Samalah seperti mentornya. Tun Dr Mahathir Mohamed. Apabila Pas memperjuangkan kearah menegakkan Negara Islam lalu dia mengumumkan Malaysia adalah Negara Islam.
Hebat jugak Presiden PAS ni. Muktamar hanya di Taman Melewar, dok dicelah-celah taman dan perkampungan sempit di KUIZM. Hanya dibucu Taman perumahan tetapi diperhatikan orang diseluruh pelusuk dunia dan dalam kesibukan PM Najib berurusan di Kazakhstan, sempat lagi mengulas:


Kazakhstan : 6 Jun - Datuk Seri Najib Razak berkata laungan terbaru oleh PAS yang kononnya hendak mewujudkan sebuah negara kebajikan bukanlah perkara baru bahkan itulah yang sudah diperjuangkan oleh Umno dan BN selama ini.
Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.



Sebenarnya Presiden Pas sudah memperkenalkan istilah negara berkebajikan ini sejak 2008 iaitu zaman pak Lah menjadi PM. Dah 3 tahun pemimpin Umno tak belajar memahaminya. Istilah pun masih keliru. Lihatlah betapa bebalnya apabila seseorang yang tak belajar tentang Islam. Tidak mengetahui tentang definisi dan takrifan ‘Negara Berkebajikan’ menurut Islam. Yang dia tahu subsisi & wang ehsan aje!!!. Golongan sekular tahu penggunaan istilah tetapi tidak tahu maknya. Istilah itu tetap difahami sebagaimana minda sekular mereka.


Apabila mereka menyebut agama lalu mereka melihat agama Islam sebagai agama-agama lain yang sekular yang memisahkan agama dari pemerintahan sedangkan ulama dan gerakan Islam mentakrifkan Islam sebagai ad-din yang menyeluruh dan syumul dan mencakupi segenap bidang apatah lagi pemerintahan sebagai khalifah Allah bagi meneruskan tugas Adam a.s.
Apabila disebut ‘sembahyang’ bagi mereka penganut budha pun sembahyang, penganut hindu pun sembahyang. Apakah sama dengan solat umat Islam. Apabila disebut taat kepada ibu-bapa maka semua agama menganjurkan taat kepada ibu-bapa tetapi adakah sama dengan perkataan al-birr (buat kebajikan) terhadap ibu-bapa?


Kekeliruan ini dan kebebalan ini dijelaskan sendiri oleh Allah Swt:


" Bukanlah dikatakan kebajikan itu kamu menghadapkan wajahmu ke ke timur maupun ke barat akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah kamu beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat, kitab dan nabi-nabi serta memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. (Surah al-Baqarah:177).


Bila kita kaji ayat-ayat tentang kata al birr, termasuk ayat di atas, maka akan didapat kesimpulan bahwa kebajikan itu menurut Mahmud Syaltut dalam tafsirnya di bahaginya menjadi tiga, iaitu birr dalam aqidah, birr dalam amal dan birr dalam akhlak.


Maka cuba kita lihat Negara Malaysia yang dikatakan Negara kebajikan oleh Umno-BN sebagaimana disebut Najib. Apakah aqidah Negara Malaysia? Islam kah? Apakah amalan Negara Malaysia? Apakah Negara rasuah, kronism, pecah amanah, serta pelaksanaan cukai serta kenaikan harga barang, elektrik, petrol yang tak terbendung ini merupakan kebajikan? Apa lagi dari segi akhlak maupun halal/haramnya. Hakikatnya Negara berkebajikan adalah Negara Islam yang lengkap dengan cirinya yang meletakkan asas-asas aqidah Islamiyyahnya serta Negara yang dipandu dengan ajaran al-Quran dan al-Hadis serta dipimpin oleh mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Nak harapkan Umno? Jauh panggang dari api!!!



Nampaknya betapa kuat cengkaman minda sekularisme yang membelenggu pimpinan Umno-BN sehingga menghukum sesuatu berdasarkan benda semata. Banyak lagi tugas ulama muda Umno untuk mentarbiyyah pimpinan mereka.



Itupun kalau nak dibanding, dikira dan dihitung... kebendaan duniawi, kebajikan kebendaan pun gagal dilaksanakan oleh Umno-BN terhadap rakyat Malaysia jangankan akidah & spritual. Sudah semoleknyalah... alternatif PR menggantikan BN dalam PRU 13 nanti bagi mempamerkan apakah sebenarnya Negara Berkebajikan yang dapat dipamerkan kepada rakyat keseluruhnya.


Tak tengok, tak rasa dan kalau tak undi PR manakan dapat merasa!!!

Read More !

Isteri baru... harap ada Umphhh!!!

| | 0 comments

Umur dah 60 tahun. Sekali beristeri baru, sudah pasti ada momentum baru. Macam Ketua Menteri Sarawak tu. Baru Datuk Patunggi Taib Mahmud kahwin isteri baru, muda pulak tu... menag lagi pihanraya.

Muda atau tua bukan ukuran. Yang penting baru. Ada kelainan kot. Yelah! Sekarang ni orang nak kan perubahan baru. Itu sudah fitrah dan keinginan manusia. Persepsinya, yang baru membawa perubahan baru. Begitu jugalah rakyat mengharapkan PR menggantikan Umno-BN yang sudah terlalu lama dan penuh bahana dalam memerintah bumi Malaysia ini.


Itulah juga umpama Pas dan pemilihan kepimpinannya. Dalam usia Pas yang telah mencecah 60 tahun, setiap 2 tahun sekali aka nada pemilihan kepimpinan dalam muktanmar. Kali ini, YB Ust Nasarudin Mat Isa yang telah memegang tiga penggal berturut-turut gagal mempertahankan kerusi Timbalan Presidennya. Perwakilan memilih Abang Mat Sabu yang sememangnya popular dikalangan perwakilan dan penyokong Pas. Dari segi umur, Ust Nasa lebih muda dan mempunyai beberapa kelebihan berbanding Abang Mat Sabu tetapi pengalaman, usia dalam perjuangan serta suara vocal Abang Mat Sabu itu menarik perwakilan untuk memberi sokongan dan memilih beliau menjadi Timbalan Presiden. Suasana dalam persiapan untuk menghadapi PRU 13 amat bergelombang sekarang. Apatah lagi dunia politik tidak boleh mengabaikan persepsi.


Perubahan baru dalam kepimpinan ini dianggap merupakan perubahan dalam Pas bagi menarik dan mengembeling rakyat khususnya anak muda serta masyarakat berbilang kaum untuk sama-sama menyokong Pas. Pihak perwakilan sesungguhnya sudah matang untuk memilih siapa pemimpin mereka apatah lagi dalam suasana gendang perang PRU sudah dipalu. Saff kepimpinan yang meyakinkan rakyat bagi menghadapi Umno-BN perlu ditonjolkan maka munasabahlah Presiden Pas menggambarkan bahawa kepimpinan baru itu sebagai ‘kabinet pilihanraya’.


Apapun Pas berjaya mewarisi kepimpinan kepada generasi pelapisnya. Timbalan dan naib-naibnya merupakan pelapis kepimpinan yang telah membina kepimpinan dalam era pemuda Pas. Dan kini menonjol diperingkat kepimpinan utama Pas. Syabas dan tahniah. Kemana nak ditumpahkan kuah kalau tidak ke nasi.
Bagaimana pula kepimpinan peringkat negeri-negeri? Adakah menjadi teori domino yang akan melanda perubahan kesemua peringkat? Apapun semoga semua peringkat melaksanakan amanah yang telah dibebankan atas batang tengkok masing-masing. Kepimpinan dan maupun ahli memikul amanah untuk membantu dan mendokong mereka kearah membawa bahtera perjuangan.


Semoga kepimpinan baru ini, antara veteran dan orang muda, antara ulama dan yang memiliki pelbagai bidang dapat membantu Presiden agar Pas lebih gah dan marak dipersada perjuangannya. Dimana ada kekurangan, lompang agar dapat dibantu. Semoga pintu Putrajaya terbuka buat PR. Jangan leka. Sekarang adalah masa untuk bekerja. Masa untuk merapatkan saff perjuangan. Sudah habis masa berbulan madu.

Semoga kita semua dapat membantu Presiden dan kepimpinan kearah matlamat perjuangan. Jangan menambahkan pening beliau sudah le!

Read More !

Besok start Raye. Takkan tak Nampak bapak bulan?

| | 0 comments

Selamat Bermuktamar diucapkan kepada semua perwakilan khususnya yang dating dari negeri Terengganu Darul Iman. Bagi para pejuang dalam Harakah Islamiyyah Pas, bermuktamar merupakan Hariraya… yang disambut semua masyarakat yang cintakan Islam. Bukan hanya perwakilan tetapi semua lapisan masyarakat yang bercita-cita untuk melihat Islam terdaulat ditanah-air ini. Bahkan ianya juga diamati oleh gerakan Islam sedunia sebagai satu jaringan rangkaian dalam gerak-kerja untuk mengembalikan kekuasaan dan khilafah yang telah hilang diatas muka-bumi ini.


Hari ini muktamar Pas semakin meriah. Bukan hanya dinanti serta diamati oleh teman-teman dan rakan-rakan tetapi juga musuh-musuh yang berkeliaran untuk mengambil kesempatan dan melempar onak dan duri bagi membantut perjuangan.
InsyaAllah, usia PAS yang semakin matang diharapkan perwakilan juga semakin arif dalam menanggani segenap isu khususnya dalam memilih kepimpinan bagi menerajui bahtera perjuangan. PAS sebagai parti alternatif dalam menawarkan prinsip dan dasar keadilan untuk pilihan rakyat Malaysia pasti akan dilihat bukan hanya slogan tetapi kepimpinan yang berwibawa dalam menjadikan Malaysia dipimpin oleh kepimpinan baru khususnya dalam menghadapi PRU-13 yang semakin dekat.


Semoga muktamar kali ini mampu menggarap daya tahan dan daya juang yang tinggi berasaskan kepimpinan ulama dengan memaksimakan gerak-kerja jihad dalam medan dakwah, tarbiyyah dan siasah. Ingatlah disebalik setiap perancangan manusia, pastinya ada Allah SWT yang menyediakan saff dan mereka-mereka yang mencintaiNya bagi diwariskan perjuangan anbiya’ dan kemenangan yang dijanjikanNya.


Gandingan antara orang muda dan veteran. Muslimat dan lelaki yang beriman. Pengikut yang setia dan kepimpinan yang bertaqwa. Perancangan dan strategi yang berkesan. Kerja amal yang berterusan nescaya pastinya akan menghasilkan buah kemenangan yang dijanjikan. Bukannya fatamorgana tetapi ianya sebagai kepastian. Kemanngan didunia dan akhirat yang kekal abadi. Amen.


SELAMAT BERMUKTAMAR

Read More !

Terengganu galak Berkokok, Rakyat baham tahik?

| | 0 comments

Amat malang, Allah Swt mengurniakan negeri Terangganu dengan negeri yang cantik. Pantai yang indah, pulau-pulau yang menarik. Tanahnya subur serta sumber yang kaya. Minyak dan gas dinaikkan dari pantai Terengganu. Dan kini Terengganu bakal dinobatkan sebagai negeri sumber tenaga elektrik. Tetapi amat malang apabila ia dipimpin oleh parti Pencekik darah rakyat. Akal panjang sejengkal.



Apa yang rakyat dapat dari gah tersebut? Melainkan negeri yang menang berkokok aje tetapi rakyat menanggung beban. Rakyat Terengganu dapat minyak murah ke? Harga tong gas lebih murah ke? Elektrik dibekalkan dari tenaga hidro, dari sumber air ciptaan Tuhan dan Stesyen Jana Elektrik Paka yang dijana menggunakan gas yang didaratkan dipantai Terengganu dan diproses di GPP. Bukannya menggunakan arang batu yang diimport tetapi adakah rakyat Terengganu dikecualikan tariff elektrik baru?




Ada pemimpin dok sibuk bangunkan pulau waman dengan masjid Kristal 250 juta, monsoon Cup beratus juta, Pulau Kenyir 300juta dan pelbagai pembaziran kepada rakyat tetapi mengkayakan krooni pimpinan Umno-BN. Tinggallah rakyat menjadi antara negeri termiskin di Malaysia. Hanya digula-gulakan dengan wang Ehsan untuk mengekalkan Umno-BN dalam pilihanraya.



Bagi mereka kenaikan tariff elektrik tidak melibatkan apa-apa. Cuma sakit sikit aje. Sedangkan semua kilang yang membekalkan keperluan kepada rakyat menggunakan elektrik. Akhirnya rakyat akan menanggung semua kos pengeluaran. Sudahlah kos pengangkutan dengan kenaikan harga bahan api dan bahan asas makanan seperti gula juga dinaikkan.
Semua ini tidak akan berkesudahan kecuali Umno-BN disudahkan pada p’raya 13 nanti. Nak salahkan pimpinan Umno-BN sememangnya mereka adalah serigala. Yang masalahnya adalah rakyat Terengganu sendiri, bangsa ku ini! Butakah mata? Taknak buat perubahan kah?





Terengganu Antara Pengeluar Tenaga Elektrik Utama Negara Menjelang 2015



Dungun - Menjelang 2015, Terengganu bakal menjadi negeri pengeluar tenaga elektrik utama di negara ini apabila empangan baru di Sungai Tembat, Hulu Terengganu siap pada tahun berkenaan. Naib Presiden (Pembangunan) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hussin Othman berkata, kerja-kerja pembinaan empangan kedua di kawasan seluas 6,000 hektar itu kini rancak dijalankan dan apabila siap kelak, ia dijangka mampu menjana sehingga 250 mega watt. Beliau berkata kos keseluruhan projek berkenaan mencecah RM1 bilion yang sepenuhnya ditanggung TNB.
"Dengan siapnya empangan baru itu serta punca tenaga sedia ada iaitu Empangan Sultan Mahmud di Tasik Kenyir dengan kemampuan 400 megawatt dan Stesen Jana Elektrik Sultan Ismail di Paka yang mengeluarkan tenaga dengan kapasiti 1,200 megawatt., negeri ini dijangka mampu mengeluarkan sehingga 1,850 mega watt menjadikan ia sebagai antara pembekal tenaga elektrik utama negara," katanya. Beliau menyatakan perkara itu pada program TNB bersama pemimpin komuniti peringkat negeri Terengganu di Dungun kelmarin.




Katanya, semua projek itu adalah untuk meningkatkan daya harap bekalan elektrik di kawasan Dungun agar masalah gangguan bekalan elektrik dapat diminimumkan dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Mengenai kenaikan kos arang batu daripada AS$85 satu tan pada tahun lepas kepada AS$115 satu tan tahun ini, beliau berkata ia agak membebankan TNB, namun tarif yang dikenakan kepada pengguna masih sama.



Bagaimanapun beliau berkata sebarang kenaikan tarif baru akan bergantung kepada keputusan kerajaan.


Kerajaan mana? kerajaan yang tuan-tuan undi tu lah. Dulu kini & selamanya yang mengenakan rakyat dahulu????

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...