Terima Kasih Rakyat Terengganu

| |
Oleh : Amiirullah Mansor
DUNGUN – Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Terengganu berterima kasih, diatas kepercayaan rakyat yang berterusan, sehingga membawa parti itu memerintah negeri Terengganu.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sudah hampir lapan bulan peralihan kuasa diberi kepada PAS mentadbir Terengganu dan juga di Kelantan.
“Sejak bulan lima tahun lepas sehingga sekarang ni, hampir lapan bulan PAS memerintah Terengganu.
“(Dan) parti PAS ini ada dua negeri yang boleh perintah (iaitu) Terengganu dan Kelantan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam program chit chat di wakaf Taman Indah Sari, Batu 7 semalam, 28 Januari.
Oleh itu katanya, sumber kewangan utama Terengganu ialah royalti hasil minyak yang diperolehi dari negeri itu sendiri.
“Selepas beberapa kali MB kita berulang – alik berjumpa dengan (pimpinan) kerajaan pusat berbincang pasal isu ini, keputusan kabinet adalah ingin membayar wang royalti kepada negeri Terengganu,” ujarnya.
Menurut beliau, dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang lalu diumumkan 20 perkara dalam manifesto PAS yang sedang dibuat dan akan dilaksanakan.
“Rakyat beri kepercayaan, jadi kita perlu tunaikan janji itu.
“Perkara pertama dijanjikan setelah memerintah ialah menyelesaikan hal berkaitan tanah yang dirampas pada tahun 1994 semasa PAS memerintah,” jelasnya.
Justeru itu beliau berkata, sumber yang ada di dalam negeri adalah hak milik rakyat.

Sumber : https://buletinonline.net/v7/index.php/terima-kasih-rakyat-terengganu/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...