Tangkis Fitnah, Tanggungjawab Pejuang Siber

| |
Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.


KEMAMAN, 16 Februari - Pejuang Siber yang berkebolehan dan mahir dalam lapangan itu seharusnya menjadi benteng untuk menangkis sebarang fitnah terhadap islam.

Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang berkata mereka yang berada dalam saf perjuangan islam mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan ajaran islam dengan sebaiknya.

Jelasnya, dunia teknologi maklumat tanpa sempadan yang sangat berpengaruh pada zaman ini dimanipulasi oleh musuh islam dengan menjadikannya sebagai alat untuk mencalarkan imej islam dan penganutnya.
"Mereka yang berilmu dalam lapangan ini, yang ada kebolehan, mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan islam, mempertahankan islam dan menyerang musuh-musuh islam.

"Pertembungan di alam siber melalui teknologi maklumat, serangan ke atas islam, pemimpin dan pendokongnya dengan berbagai-bagai hujah dan fitnah untuk memberi gambaran negatif pada islam," katanya.
Abdul Hadi Awang diiringi pegawainya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Siber di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman.

Turut hadir dalam program itu ialah Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah serta Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.

Beliau yang juga Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut memberi peringatan kepada semua pengamal dan penggiat media baharu agar tidak menyebarkan fitnah.

Ujarnya, setiap penyebar fitnah akan menerima balasan yang buruk serta dosa yang berterusan walaupun sudah meninggal dunia.

"Ayat Quran janjikan pahala kepada orang yang sebarkan kebaikan, walaupun dia telah meninggal dunia.

"Begitu juga mereka yang berkongsi berita jahat, menulis fitnah dan lain-lain, ia berterusan walaupun sudah meninggal dunia," tambah beliau.
Melangkah ke dewan perasmian penutup.

Program yang diadakan selama satu hari itu berjaya menarik kehadiran sekitar 2500 peserta dari seluruh pelusuk negara.

Ijtimak Siber mengumpulkan semua penggiat dan pengamal media baharu daripada seluruh Malaysia.

Sumber : https://www.teganukita.net/2019/02/tegakkan-islam-tanggungjawab-pejuang.html?fbclid=IwAR0zF-RosvGLu1XG9F88VoUKHnhEHtzXNaE2I_VNgbz0Ldw6dH__Gr4K300

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...