Posted by
Saiful at 10:13 AM
|
|

Sebelum berlaku perang di lembah Balkan, Penulis pernah berkelana ke Beograde, Bosnia, Kosovo sehingga ke St Petersburg. Negeri yang sejuk mata memandang, kehijauan dengan atap rumah kemerahan berada dilereng-lereng bukit. Menaiki bukit ke tempat yang pernah diadakan Sukan Musim Sejuk dunia, pastinya menjadi tempat yang mengujakan. Masyarakatnya lembut dan mesra meskipun tak memahami bahasa yang kita bicarakan. Cakap macam ayam dengan itik sahaja.
Lelakinya hensem dan wanitanya berkulit putih dan bersih. Taklah berpatik atau berkarat. Dengan mata biru pastinya menceriakan. Penulis pernah mendiami rumah seorang berbangsa Serbia, seorang yang pernah belajar bahasa Arab di Mesir. Marina Kauvechic, seorang yang pasih berbahasa arab meskipun hanya belajar 6 bulan sahaja. Tetapi selepas perang sehingga kini, terputus hubngan dan entah khabar berita.
Apatah lagi perang telah mengorbankan banyak jiwa. Menghancurkan banyak binaan manusia. Wanita-wanita yang lembut menjadi mangsa. Anak-anak yang tidak tahu apa-apa menjadi korban. Kebencian akibat dendam sejarah yang lama dan panjang. Meskipun sama bahasa kekadang berbeza bangsa dan agama, mereka berbunuh-bunuhan. Umat Islam Bosnia akhirnya menjadi mangsa dalam cubaan menghakiskan mereka dari dunia Eropah.
Kini mereka bermasalah untuk mencari isteri dan pasangan. Jangankan nak berpoligami, tetapi dah berkahwin pun kena import wanita dari Albania, Negara tetangga.
Serbia "Defisit" Kaum Wanita, Terpaksa Import Pengantin dari Albania
BEOGRAD - Banyak kota kecil di Serbia mengalami penyusutan jumlah penduduk, karena angka kelahiran rendah, kata Ketua statistik negara Dragan Vukmirovic. Di beberapa Bandar kekurangan perempuan muda mendorong mereka mencari pasangan perempuan asal Albania.
Jumlah penduduk Serbia mencapai 7,3 juta orang, berkurang sekitar 200 ribu jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, dan diperkirakan semakin berkurang, kata Vukmirovic. Dengan angka kelahiran 1,4 persen di negeri itu, hanya 11 Daerah memiliki pertumbuhan penduduk pada 2009, tambahnya.
Vukmirovic mengatakan, rata-rata warga Serbia berusia 41,2 tahun dan dalam 370 desa tidak ada bayi lahir dalam 10 tahun kebelakangan ini. Urbanisasi menyebabkan banyak desa sama sekali terbengkalai dengan 30 peratus warga Serbia hidup di tiga kota terbesar negeri itu, yaitu Beograd, Novi Sad, dan Nis.
Sekitar dua juta warga hidup di Beograd, kota dengan pertumbuhan penduduk 50.000 orang setahun. Perempuan muda lebih banyak meninggalkan pedalaman ke kota besar jika dibandingkan dengan lelaki, kata statistik.
Kecenderungan tersebut menyebabkan lelaki Serbia Selatan "mengimpor" perempuan dari Albania untuk menjadi pengantinnya, kata Ketua Badan organisasi kemanusiaan Stara Raska Ceda Vucicevic kepada wartawan.
Nasib baik orang perempuan Kelantan & Kedah comel-comel gak dan ramai. Kalau tidak terpaksa import orang Siam pulak buat bini.
Posted by
Saiful at 10:26 AM
|
|

Berkokoklah Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang (Melayu ke?) bahawa Umno terjerat. Dah kena masuk perangkap. Siapa perangkap siapa? Atau memang KP Umno ni sendiri kaki belit. Dah lempar batu nak sembunyi tangan pulak? Adusss!!!
Siapa yang beliau tuduh? Pembangkang ke? Nampak sangatlah pimpinan Umno bodoh keranja sengaja atau tak sengaja menghulur tengkok untuk disembelih. Atau beliau hanya mencari publisiti murahan sedangkan beliau tak tau apa-apa.
'Kontroversi negara Kristian untuk perangkap Umno'
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia - yang mendakwa DAP dan sekumpulan pastor merancang untuk menubuhkan negara Kristian - adalah untuk memerangkap partinya dan malangnya - keluh - partinya telah terjebak ke dalam perangkap tersebut. Perangkap tersebut, dakwanya lagi, dibuat oleh pihak tertentu yang akan mendapat manfaat daripada kontroversi tersebut, untuk mencemarkan imej partinya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada percaya atau tidak laporan tersebut yang telah mencetuskan kontroversi, dengan pelbagai pertubuhan membuat laporan polis terhadap DAP, pastor dan akhbar berkenaan. Shaik Hussien berkata, laporan tersebut, yang berdasarkan kepada posting dalam dua blog pro-Umno, telah mengundang tuduhan bahawa Umno di belakangnya.
Siapa yang beliau tuduh. Tahukah beliau siapa yang merancang, menyusun idea dan menyelaras isu untuk siaran Utusan Melayu? Najib Tun Razak sendiri. Adakah maknanya Najib yang tipu utusan dan Najib sendiri yang tipu Umno? Ajaibkan!!!
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Hatta, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam. Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan. Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.
"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu. Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar. Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.
Hata telah dipecat oleh Utusan 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata memalukan Utusan dalam kenyataan-kenyataan medianya.
Siapa Hussain Mydin ini? Anak branak Pasaraya Mydin ke?. Adakah beliau nak mengatakan bahawa Najib bodoh kerana masuk perangkap. Jadi Najib memerangkap dirinya sendiri. Apapun selepas ini diharap Najib lantiklah beliau selaku penasihat Utusan Melayu yang sudah muak rakyat melihatnya itu.
Posted by
Saiful at 8:39 AM
|
|

Sekali sekala pergi jugak menjamu selera kat Hotel UITM di Dungun. Menyedut udara bersih dari pantai dikawasan Sura Hujung. Tetapi udara segar tidak mampu untuk membilas sakit mata dah sneak hati melihat para pelajar yang cerdik, terpilih dan dilatih oleh sebuah pusat pengajiaan yang didakwa unggul di Malaysia ini.
Para pelajar berpasangan, lelaki dan perempuan dok lepak ditepi pantai. Yang jantan dok atas riba perempuan dan yang betina dok atas riba jantan. Mereka bercouple dan tidak memperdulikan persekitaran orang ramai dengan perkampungan nelayan dengan budaya timur. Apakah pihak UITM gagal dan peka dengan suasana persekitaran ini? Pihak pengawal keselamatan UITM hanya melihat begitu aje. Mungkin dah tak larat nak nasihatkan dan dah jadi kebiasaan. Kalau pihak pengurusan pun tak cakna, apahal pulak pihak ‘jaga’ dan bicara lebih-lebih.
Adakah ini budaya yang hendak dibawa dan dicernakan untuk menjadi ikutan masyarakat setempat. Sebagai pembawa contoh dalam masyarakat, perkara sebegini amat terkilan. Penduduk sekitar sebenarnya sudah muak dan meluat dengan budaya seperti ini. Ditambah pula dengan kelibat pelajar Politeknik. Mungkin sebahagian daripada mereka, tetapi kerbau yang dah lama bawak lumpur ini memang dah memberi imej sedemikian kepada pusat institusi hebat ini.
Permasalahan sosial yang saban hari dibicarakan hasil budaya yang dibawa oleh gehnerasi terdidik untuk bakal pemimpin Negara. Isu pergaulan bebas dan tinggal bersekedudukan. bahkan pernah melahirkan anak dalam tandas kampus. Pelajar yang terlibat dengan minuman keras. Berhibur dengan hiburan melampau bahkan sanggup menyewa resort untuk melepaskan hawa mereka. Terlibat dengan pil kuda dan dadah yang mengkhayalkan. Yang bermotor pulak merempit sehingga mengganggu penduduk setempat khususnya dimalam hari. Ada geng lembut dan bapok. ish 3X macam-macam ada...
Munasabahlah baru-baru ini timbul isu murtad seorang pelajar Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu, Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, yang berumur 19 tahun. Tetapi mungkin pihak pengurusan tidak mengambil cakna isu yang sebegini dan dianggap terpencil tetapi ia mencemarkan nama baik UITM sendiri.
Permasalahannya sekarang apabila timbul dikalangan pelajar yang Nampak kecenderungan agama nescaya mereka segera dicurigai. Digeledah mencari apa buku yang mereka baca. Buku tulisan pimpinan Pas ke? Akhbar Harakah ke? Kalau pakai jubbah ada ikut program usrah ke? Kalau pakai kopiah malam-malam ni? Pergi kat ceramah ke?
Pihak HEP semangat untuk mengambil tahu perkara seperti ini tetapi kalau isu yang berkait sosial yang tidak selari dengan akhlak Islam nescaya dibiarkan sahaja. Yang terbaru heboh bagaimana pelajar lelaki dan perempuan diletakkan satu bangunan. Adalah alasan-alasan bodoh yang diberikan. Diharapkan pihak pengurusan akan dapat melahirkan generasi beriman dan bertakwa apabila tinggalnya para pelajar satu bangunan. Nanti letakkan sebilik akan tinggilah lagi takwa mereka ini??? Pihak pengurusan ni orang sembahyang ke tak???
Mungkin itu peninggalan Islam Hadhari atau itulah penerapan Islam Moderate tajaan Najib. Ataupun mungkin ada dikalangan mereka yang nak jadi pengampu, pelobi sebagai pendokong kuat UMNO-BN di Terengganu. Atau ada yang nak mengintai peluang nak jadi calon kot? Ada hajat nak lawan Pok Rosli ke? Cuba-cubalah kot ada nasib!
Kekadang kita sendiri celaru dengan matlamat dan kehendak institusi IPTA dalam membentuk dan melahirkan generasi yang terpilih dikalangan pelajar khususnya melayu dan Islam. Pelajar yang cemerlang selepas peperiksaan memilih untuk memasuki IPTA/IPTS dan sepatutnya menjadi tugas kerajaan dalam meletakkan hala tuju yang jelas kearah mana semua pelajar hendak dibawa. Kalaulah mereka dibawa menjauhi tugas khalifah Allah diatas mukabumi, nescaya semua mereka akan bertanggung-jawab didunia dan akhirat
Posted by
Saiful at 7:54 AM
|
|

Anda sudah lupa ke? Orang yang kuat derhaka kepada Raja adalah Umno. Bahkan boleh menabatkan Sultan Kelantan Palsu dibawah pokok? Ketika krisis dengan raja-raja melayu, siapa yang jadi Jebat derhaka? Ketika itu media beberapa kali menayangkan filem Hang Tuah dan kisah Jebat derhaka. Ketika Datuk Idris Jusoh di Terengganu gagal menjadi MB, siapa yang mengamuk dan mengusung kain rentang mengata ‘binatang’ kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu? Angkara siapa? Umnolah… siapa lagi.


Semua orang tahu bahawa permainan isu sensitif demi mengaut kepentingan politik adalah rekayasa Umno-BN. Daripada isu perkauman melayu dan kini isu agama. Seolah-olah ada usaha untuk meletakkan agama kristian sebagai agama rasmi negara. Utusan melayu kekal berperanan membawa isu fitnahnya.
Tidak ketinggalan di Besut. Di sempena kehadiran Naib Presiden Umno selaku Menteri Dalam Negeri lalu diadakan bantahan kononnya menentang isu kristian sebagai agama rasmi. Kekallah Umno sebagai juara dalam memperbodohkan orang melayu sendiri. Kalau dulu dok cerca pembangkang kerana berdemo. Mengganggu orang ramai dan menghalang jalanraya yang dianggap oleh Khairy selaku Ketua Pemuda Umno sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’. Sekarang Umno pulak nak jadi juara berdemo. Nak jadi beruk-beruk ditengah jalan pulak ke?
Sekarang kuasa ada dalam tangan Umno dan pemimpin mereka. Datuk Seri Hisyamuddin sendiri sebagai Menteri Keselamatan. Bubuhlah paderi-paderi yang bersidang itu dalam ISA atau penjarakan sahaja. Dah kuasa ditangan kamu. Buktikan kehebatan kamu dalam mempertahankan Islam. Tak perlulah bertempik melolong ditepi jalan. Umno bukan pembangkang tetapi pemerintah. Undang-undang dalam tangan Umno kecuali kalau dah rasa nak jadi pembangkang.
Kita heran. Apabila kain rentang mereka rela menjadi Jebat!!! Umno nak derhaka siapa? Nak jadi Jebat kepada siapa. Yang memimpin Malaysia adalah Najib selaku presiden Umno! Takkan nak derhaka kepada boss mereka sendiri. Bukankah Datuk Deris sendiri AMT Umno. Atau perli kepada Datuk Hisyamuddin kerana melepaskan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada Datuk Mat Said. Ataukah ia nak tunjukkan kepada Sultan Terengganu???
Belum serik ke Datuk Deris yang mengelonsor dari takta MB dan kini dah derhaka lagi? Nak jadi Jebat Derhaka semula ke? Entahlah! Siapa nak bagi jawapan? Kain rentang ‘Kami Nak Deris Natang’ pun tak tahu kesudahan sehingga kini? Ni nak jadi Jebat lagi pe???