Gajah sama Gajah mula berlaga! Siapa mati kena tembak?

| | 0 comments

“Kes Buku Merah” menyebabkan 4 orang sukarelawan Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam ditahan polis. Risalah kecil 9 perkara yang mengajar masyarakat hak-hak mereka apabila menghadapi pihak polis. Mereka pulak ditahan polis. Kan lawak tu Negara Malasyia. Macam kata Zunar tu le. Bukan hanya Perak tetapi tanahairku kini menjadi “Malaysia Darul Kartun” . Kalau kini Polis pulak mengatasi undang-undang apa nak kata?.. Aik ke Malaysia ni dah jadi Negara Polis pulak ke?? Tak perlu pakai undang-undang. “Malaysia Darul Polis” nescaya jadilah undang-undang negara macam hutan rimba. Siapa kuat dia berkuasa. Bagi rakyat jelata yang tak berkuasa nescaya dialah mangsa.

Macam cerita mesyuarat para tikus nak selamatkan diri daripada kucing. Sepakat bahawa meletakkan loceng ditengkok kucing sebagai jalan penyelesaian. Tapi siapa nak letak? Ini bukan kata nak letak loceng ditengkok. Baru edar risalah untuk terangkan hak-hak rakyat pun dah kena. Macam baru nak edar surat jemputan nak mesyuarat dah kena cekup!!.. rakyat Malaysia lebih teruk dari tikus nampaknya. Tikus sempat jugak mesyuarat...

Nampaknya pihak polis menambahkan lagi bilangan musuh dan kerja mereka. Selesaikanlah isu pembunuh datuk Sosilawati tu dulu. Selesaikanlah masalah jenayah yang bertimbun tu. Ni dok sibuk nak berperang dengan peguam pulak. Dah le selama ni do sibuk berperang dengan majlis ceramah Pas.

Apa macam Menteri portfolio hal-ehwal undang-undang atau 'de-facto Law Minister'. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz? Pengedar buku merah yang dilancar beliau ditangkap oleh anak buah Datuk Seri Hisyamuddin Hussein yang jaga polis dibawah Menteri Dalam Negeri. Hah kalau nak perang pun peranglah. Tetapi jangan sampai rakyat pulak jadi mangsa.

Rakyat nak diperbodohkan. Pihak polis yang berkepentingan akan menggunakan kedudukan mereka untuk mengugut dan menggertak rakyat. Tanpa mengetahui hak-hak mereka nescaya akan ada pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan atas mereka. Rakyat sudah acap-kali mendengar isu-isu bagaimana Kugan mati dilokap, bagaimana kes Aminur Rashid di tembak dan sebagainya.


Nazri kesal polis tahan sukarela Majlis Peguam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kesal dengan tindakan polis menahan empat orang sukarelawan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam yang mengedarkan risalah 'Buku Merah' pada Ahad lalu.

Risalah 'Buku Merah – Polis Dan Hak Asas Anda' itu merupakan peruntukan yang sememangnya merupakan hak seseorang anggota masyarakat apabila berdepan dengan penahanan oleh polis, seperti yang dilindungi perlembagaan. Malah, risalah itu sendiri dilancarkan oleh Nazri dalam satu majlis anjuran Majlis Peguam pada Februari 2009 dan April 2006 lalu.

Pada masa itu, beliau mengharapkan supaya masyarakat mengetahui hak mereka dan juga supaya polis mengikut prosedur operasi standard (SOP) mereka.

“Jika mereka ditahan hanya kerana mengedarkan perlembagaan dan mereka tidak melanggar apa-apa undang-undang, saya tidak faham kenapa mereka ditahan,” kata Nazri dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penahanan itu jelas merupakan tindakan yang mengekang kebebasan bersuara dan kegiatan orang awam. “(Media) perlu (laporkan) perkara ini kerana kita bukan Negara Polis. Pada saya tidak sepatutnya berlaku penahanan salah. Anda hanya boleh tahan seseorang jika mereka disyaki melanggar undang-undang atau seumpamanya,” katanya.
Katanya, penahanan itu mungkin disebabkan anggota polis yang terlibat itu sendiri – yang mungkin terlalu beria-ria atau fanatik dengan tugas mereka. Ketika ditanya, beliau bagaimanapun menolak pandangan bahawa insiden itu berlaku disebabkan 'pertentangan' di antara pihak polis dan peguam. “Ia tidak patut dianggap bahawa (polis) diarahkan untuk berbuat demikian. Saya tidak fikir begitu, saya tidak fikir ada arahan tetap bahawa polis perlu serang peguam,” katanya lagi.

Sama macam ISA jugak. Yang terbaru pegawai Imigresen pulak yang kena. Kalau benar ada bukti dan mereka menyeleweng maka dakwalah mereka mengikut peruntukan undang-undang Negara. Buktikan mereka bersalah. Jangan jadikan mereka mangsa tak hak mereka membela diri.

Sudah sampai masanya UMNO-BN dikojolkan dalam PRU ke 13 nanti

Read More !

Prof tertipu dengan Katak Taman negara, Sarawak

| | 0 comments

Ibrahim Ali, nama yang agak sinonim sebagai spesis katak dalam dunia politik di Malaysia. Ia popular bak selebriti dan artis. Sentiasa ada isu yang mendapat liputan akhbar walaupun hakikatnya tiada apa yang nak dibanggakan dengan susuk tubuh Presiden PERKASA ini.

Meskipun Presiden NGO yang diberi nama macam ‘Badang’ yang gagah dan kuat tetapi beliau tidak larat berdiri dalam isu tafakkur ahli parlimen Batu Sapi. Rupa-rupanya beliau ‘tidaklah perkasa’ sebagaimana sepatutnya Presiden PERKASA. Beliau berkata: "Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur. Rawatan perubatan yang diterima itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.”

Habis macamana nak jadi MB Kelantan. Belum berperang dah tak boleh angkat kaki. Tetapi Ibrahim Ali pandai mencuri peluang media dan isu serta politik provokasinya. Pun begitu tanpa disedarinya kelibatnya itu mencemar maruah negeri Kelantan dan mungkin ada sebab-sebab yang tak layak dilakukan oleh pemilik pingat Datuk dari kerabat Kelantan menyebabkan ‘Datuk’ beliau ditarik.

Yelah kalau dalam filem tiada watak lawak, pengacau atau gedebe serta samseng… tak sempurna jalan cerita tu. Kalau Ibrahim Ali tiada didunia ini, nescaya sepilah dunia politik Malaysia. Siapa yang akan mengambil tampuk beliau. Ish.. payah nak dicari ganti tu.

Walau wataknya kecil tetapi cukup menghiburkan. Kekadang seorang dr & Prof pun terkena juga…




Katak terkecil di dunia ditemui

KUCHING: Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya menemui spesies katak yang dipercayai terkecil di dunia berukuran antara 10.6 milimeter (mm) hingga 12.88mm ketika ekspedisinya di Taman Negara Kubah, Matang dekat sini.
Pensyarah yang juga penyelidik dari Institut Biodiversiti dan Perlindungan Alam Sekitar, Prof Dr Indraneil Das, menyifatkan penemuannya pada September 2004 itu adalah yang terbaru di dunia dengan katak berkenaan ketika ini dikenali dengan nama saintifik ‘microhyla nepenthicola’.
Secara perbandingan saiz spesies ini tidak sampai sebesar syiling 20 sen menjadikannya katak terkecil di dunia pernah ditemui di kawasan hutan hujan tropika termasuk di Hutan Hujan Amazon yang diakui sebagai mempunyai pelbagai spesies katak.

“Saya menemui spesies ini secara tidak sengaja selepas terdengar bunyi katak mengawan sebelum cuba menjejaknya, namun tidak menyangka apabila mendapati bunyi itu dikeluarkan katak yang saiznya terlalu kecil tetapi sebenarnya sudah cukup dewasa.

“Katak ini melengkapkan kitaran hidupnya dalam tempoh beberapa bulan saja, bertelur di atas daun, memberikan anak-anaknya makan dan hidup di kawasan sekitar yang sangat terhad sebelum mati,” katanya ketika ditemui di Unimas, semalam.

ada jugak spesisi katak macam ni? Itulah dunia. macam-macam adaaaa...

Read More !

11 tahun dah jadi Usahawan Muda Terengganu. Tahniah MB Mat Said

| | 0 comments

Terengganu sudah sinonim dengan gelaran “negara kaya , rakyat miskin”. Hasil dari Terengganu menjana pendapatan negara bagi menanggung Malaysia dan Putrajaya tetapi amat malang, rakyat Terengganu masih lagi kekal dibawah taraf kemiskinan tegar paling miskin selepas Sabah.

Kek kekayaan di negeri Terengganu dibahagikan secara tidak adil oleh para pemimpin UMNO-BN. Ini yang menyebabkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin merempat kesusahan. UMNO sendiri dah jadi parti MLM. Siapa yang pegang jawatan tertinggi makin mudah dapat habuan. Makin cepat dapat projek. Bagi mereka pemimpin adalah lubuk ghanimah. Bukannya amanah. Lihat projek ketua Pemuda UMNO Terengganu!!! jutaan msyhuuukkk... Kalau Ahli UMNO peringkat bawahan hanya penampal poster, nescaya dibayar beberapa ringgit sekadar lepas minum air. Dapatlah wang ehsang dekat raya sekali sekala sebagai kail untuk mengikat mereka. Kalau bukan ahli... hah jangan haraplah. Jangankan duit, borang pun tak kenal. Habis macamana nak jadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi. Lawak pak kaduklah pimpinan Umno ni!

Rakyat hanya digula-gulakan kebendaan bersifat sementara. Pembahagian e-book, pembahagian air zam-zam & kurma dan sebagainya adalah penampal mulut kepada rakyat tetapi para pemimpin dok sibuk merompak hasil mahsul dengan pelbagai projek membazir dan tidak bermanfaat oleh rakyat. Pemimpin berpesta menjurai status jutawan... wang besar!! Wang besar!! Wang besar!!

Apa yang berlaku di kawasan jajahan Datuk Mat Said sendiri. Beliau sebagai Ketua Bahagian Kemaman. Beliau sebagai MB Terengganu. Inilah hakikat sebenar rakyat Terengganu yang masih lagi bergelumang dengan kemiskinan.

Murid tahun 5 jual air ketum

KEMAMAN -11 Okt
. Seorang murid lelaki tahun lima sebuah sekolah di sini kerap ponteng kerana membantu keluarganya mencari wang dengan menjual air ketum. Kegiatan itu terbongkar apabila dia ditahan sepasukan anggota polis yang membuat serbuan di sebuah warung di Kampung Lubuk Lesung di sini kira-kira pukul 11 pagi kelmarin. Ketika serbuan, kanak-kanak berusia 11 tahun berkenaan ditemui bersendirian bersama lapan paket air ketum yang dipercayai akan dijual kepada pelanggan di sekitar kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, pihaknya menyerbu warung yang terletak di tepi jalan Jerangau-Jabor itu setelah menerima maklumat daripada orang awam. Katanya, siasatan awal mendapati air ketum itu adalah milik bapa kanak-kanak itu yang sebelum ini pernah ditangkap kerana menjual bahan yang sama.

Selain itu, ujarnya, ibu dan kakak kanak-kanak itu yang berusia 17 tahun juga pernah ditahan kerana kesalahan serupa.

Ini salah satu buktinya dan ini bukannya kes terpencil. Kerajaan pimpinan UMNO-BN sebenarnya gagal menyediakan kehidupan selesa buat rakyat Terengganu. Peluang pekerjaan dan hidup yang bebas daripada cengkaman perkara haram. Cengkaman dadah telah melonjakkan negeri Terengganu sebagai negeri penagih dadah no 1 di Malaysia.

Seorang yang sepatutnya berada di meja persekolahan menuntut ilmu pengetahuan tetapi tidak bersekolah kerana masalah kewangan? Membantu pula ibu-bapa dengan menjual air ketum? Nampak slogan ditepi-tepi jalan “ Merakyatkan Pembangunan”?? Apa sudah jadi? Apakah pembangunan pemimpin UMNO yang dibawa untuk rakyat? Jangan sampai lahir ‘jutawan Ketum muda’ dikalangan rakyat Terengganu. Yelah... nak kaya cepat ni samada jadi tokey minyak atau tokey dadah. Mungkin Terengganu boleh berbangga dan melatih budak ni agar menjadi bakal usahawan yang berjaya.
Sebagaimana YB Rasol Wahid pernah berbangga kerana mereka yang mengutip sampah dan besi buruk adalah usahawan berjaya di Terengganu.

Pemimpin UMNO Terengganu perlu bertanggung-jawab dalam hal ini. jangan dok sibuk berbalah saje sehingga rakyat tidak dipedulikan. Tetapi kalau ditanya pemimpin UMNO ni, jawapan yang paling mudah adalah menyalahkan ibu-bapa dan rakyat.

Nampaknya hasrat kerajaan dengan pelaburan anti dadah yang berjutaan ringgit gagal. Mengikut PEMADAM, tahun depan 2011 adalah tahun sifar dadah. Harapan itu amat mustahil terlaksana dengan perkembagan dan peningkatan. Bagaimana penyelesaiannya. Kalau masalah buang bayi diadakan pendidikan seks di sekolah. Kini mungkin pendidikan dadah ke sekolah pula? Kalau kepala pemimpin UMNO ni tak mustahil!

Read More !

10-10-10. shi quan shi mei

| | 0 comments

Tarikh 08/08/08 menurut Biro Urusan Sivil Beijing mencatatkan 6.732 pasangan berkahwin manakala 09/09/09, september tahun lalu mencatat 10.132 pasangan melangsungkan pernikahan di Beijing. Bagi mereka angka 8 dimaknai kekayaan dan angka 9 dimaknai keabadian.

Bagaimana pula dengan hari ini. 10/10/10. Bago masyarakat Cina 10 Oktober sebagai jam baik, tarikh baik, bulan baik, dan tahun baik bagi pernikahan. Dalam bahasa China disebut shi quan shi mei atau sempurna dalam semua sisi. Kerana shi juga bermakna 10, maka umumnya pasangan calon pengantin itu mengharapkan banyak keuntungan menyertai kehidupan mereka di masa datang.
Lebih dari 1.200 pasangan telah mengambil nomor untuk pendaftaran di pejabat Biro Urusan Sivil di Daerah Haidian sahaja yang merupakan hari paling sibuk di pejabat itu sepanjang tahun ini. Di Daerah Tianjing terdapat lebih dari 5.000 pasangan calon pengantin akan mendaftarkan perkawinan pada hari ini. Begitu juga di Beijing, Shenzhen, Hangzhou, dan kota-kota besar lainnya akan memulai kerja lebih awal dari hari biasanya untuk menerima pendaftaran para pasangan calon pengantin

Selain sisi positif, makna angka 10-10-10 juga memiliki sisi negatif, utamanya berhubungan dengan air. Ketika ini China memang sedang dilanda bencana banjir lumpur dan tanah gelongsor akibat hujan lebat. Namun, banyak masyarakat China untuk sementara melupakan bencana dan lebih berurusan dengan acara pernikahan. Ye lah!! Dah nak kawen tak peduli hari hujan dan panas. Banjir ke tidak. Janji dapat kawen.
MCA buat perhimpunan agungnya pada tarikh 10/10/10. mungkin harapkan ada ong agar parti MCA kembali kuat dan cuba mengembalikan kepercayaan orang cina kepada BN. Tetapi apabila Najib yang pergi rasmi!!! hah tak chek Feng-Sui ke? salah-salah buat bukan ong yg dapat tetapi banjir yang kena. Pru-13.. habis baham dek banjir rakyat. Bukan hanya MCA saje gelongsor tetapi habis dgn UMNO dan BN sekali?

Bagi orang Islam, sebenarnya mereka tidak mempercayai kepada angka-angka seperti ini. Mereka sekadar memilih hari yang sesuai mengikut hari cuti bagi memudahkan urusan dan acara perkahwinan. Kebiasaannya cuti persekolahan. Bulan berapa, tarikh berapa tak kisah sangat buat mereka. Dulu banyak juga khurafat yang masih lagi diamalkan dalam masyarakat melayu seperti bulan safar dan sebagainya. Tapi kini Alhamdulillah, perkara tersebut beransur hilang. Budaya persandingan yang merupakan amalan hindu, menjunjung sirih, pulut kuning, telor merah sudah mula dihakis dalam masyarakat melayu diganti pula dengan nilai-nilai yang lebih islamik.

Pun begitu ada lagi sisa jahiliyyah kuno dalam sesetengah masyarakat yang masih lagi diamalkan. Kalau tidak pun beberapa stail jahiliyyah moden diterap masuk dengan acara-acara persandingan, nyanyian ala barat. Habis dah keluar mulut buaya masuk mulut harimau pula.
Di kalangan masyarakat melayu pun ada juga yang percaya kepada nombor-nombor dan angka. Termasuk yang gila dengan nombor plate kereta. Sanggup dibayar hatta mencecah beratus ribu ringgit. Ada sorang tu no plate keretanya *** 8118. Ketika ditanya kenapa nombor demikian dipilih meskipun terpaksa dibayar tender JPJ. Fuhh.. ada ong lah. Untung! Hari,hari Untung! (8118). Lor… orang Islam percaya juga ke???

Rasulullah Saw melarang umatnya mempercayai kepercayaan karut dan khurafat sedemikian. Dalam kitab 70 dosa-dosa besar karangan Imam Syamsuddin az-Zahabi menyebut: Hadir menemui tukang tilik nasib itu menyebabkan 40 hari tidak diterima amalnya dan percaya kepada tukang tilik itu adalah syirik. Semoga kita dijauhi perkara khurafat ini.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...