Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal. Lebih Teruk pada Firaun.

| | 1 comments

Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka. Yelahh... Malaysia bolehlah katakan.
Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan. Mereka bunuh dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Dan episode terkini di Melaka baru-baru ini mereka mewarisi kerja zaman jahiliyyah dengan membunuh anak dengan menanam hidup-hidup bayi yang baru dilahirkan ke dalam tanah.

Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-

إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu". (Surah Ibrahim: 6)

Firasat dari ahli nujum bahawa akan lahir dari kalangan Bani Israel seorang anak lelaki yang menentang dan bakal menghancurkan kekuasaan Firaun. Beliau lantas mengambil tindakan untuk membunuh semua bayi lelaki dari kalangan Bani Israel tetapi membiarkan anak perempuan mereka hidup.

Begitu juga di zaman era jahiliyyah sebelum kebangkitan Rasulullah Saw. Mereka membunuh anak-anak perempuan mereka. Firman Allah Swt:-

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا . وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. 32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Menjadi amalan jahiliah apabila mereka membunuh anak-anak perempuan mereka dan mereka berbangga dengan anak lelaki mereka. Kedatangan Islam menghapuskan amalan jahiliyyah ini yang amat keji. Bagi mereka anak perempuan akan menyusahkan mereka untuk member makan dan minum. Status mereka hanya sekadar pemuas syahwat dan kilang kepada melahirkan anak. Perempuan tidak mampu berperang bahkan menjadi tawanan yang memerlukan tebusan. Semua ini mendorong mereka merasa malu untuk memiliki anak perempuan bahkan mereka memilih untuk membunuh anak perempuan mereka hidup-hidup.
Inilah kanak-kanak yang bakal mengheret ibu-bapa mereka ke dalam neraka sebagaimana firman Allah Swt dalam surah at-Takwir ayat: 8-9 :-

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ . بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ
8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. 9. Kerana dosa apakah dia dibunuh,

Memanglah ibu-bapa yang membunuh itu berdosa dan salah. Tetapi dalam konteks bernegara Kerajaan UMNO-BN menanggung kesalahan 90% kerana merekalah bapa kepada rakyat keseluruhannya. Dan kesalahan UMNO-BN kerana meninggalkan ajaran Islam daripada dilaksanakan di Malaysia. Mereka mengamalkan dasar sekularisme dan inilah bala serta hasil yang ditimpakan kepada rakyat Malaysia. Dan inilah hasrat penjajah selepas memerdekakan Tanah Melayu melebihi separuh abad yang lalu. Menggunakan pakai dasar nasionalisme dan meninggalkan ajaran Islam yang sudah sedia terpakai sebelum kedatangan penjajah. Kegagalan kerajaan dalam menjaga 5 perkara dharuri iaitu Agama, Aqal, Zuriat, Harta & Nyawa. Kelima-lima perkara itu hanya akan terpelihara dengan menegakkan hukum Allah diatas mukabumi ini.
Bagaimana kalau pemimpin yang bersekongkol dengan APCO Yahudi, menghalalkan judi, penaja kepada kehidupan bebas, hiburan yang berleluasa, mengabaikan pendidikan Islam hendak kita amanahkan dan diharap untuk melaksanakan hukum Islam. Ish jauh panggang dari api. Akibatnya ia bukan penyelesai masalah tetapi pimpinan negara inilah sebenarnya pembawa dan punca masalah.

Lihatlah angka berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Bagaimana yang belum dilahirkan tahun1999 dan sebelumnya? Pada 2007 sahaja ia mencatatkan seramai 16,100 orang anak luar nikah didaftarkan di JPN dikalangan orang Melayu manakala pada 2008 seramai 16,541 orang dan pada tahun 2009 jumlah tersebut makin meningkat seramai 17,303 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara iaitu purata 47 orang sehari. Siapa mereka ini. Inilah anak-anak 1 malaysia.

Ia bukan sekadar masalah tetapi sudah menjadi bala. Inilah akibat yang disabdakan oleh Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Abu Dawuud:-

عَنْ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَيُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعِقَابٍ
Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha, Isteri Rasulullah Saw berkata: “ Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).

Hari ini bala bukan setakat meluasnya zina dan bunuh anak tetapi semua aspek. Keruntuhan sosial, kebejatan ekonomi, kadar jenayah yang semakin meningkat. Sedangkan penyelesaian Islam sudah ada. Untuk mencegah anak zina kita mesti menutup setiap pintu zina dan maksiat. Kaedah usul-fiqh قاعدة سد الذرائع telah menyebut agar menutup segala lubang-lubang yang boleh membawa kepada penzinaan.
Bermula dari pendidikan sejak awal, Pentarbiyyahan diperingkat institusi kekeluargaan, Mewujudkan bi’ah dan persekitaran yang Islami disemua lapisan serta pengukuhan pendidikan Islam dan suasana yang terkawal serta berakhlak islam dan terakhir adalah pengukuhan Negara Islam dan pelaksanaan syariat Islam.

Realitinya pencegahan yang dilakukan sekarang hanya sekadar solekan semata-mata. Tidak menyelesaikan ke akar umbi penyakit. Bab member pil tahan sakit sahaja. Sama seperti melapkan air yang tumpah tetapi paip yang bocor tidak dibaiki. Para ulama dan pendakwah disalahkan jika berlaku penyakit social tetapi mereka tidak boleh menutup punca sebenar segala permasalahan. Kerana kuncinya dipegang oleh para pemerintah.

Ketika Rasulullah saw berada di Mekah, diera jahiliyyah didapati keadaan seperti ini wujud. Kekuasaan yang berada ditangan bangsawan Quraish yang tidak Islam tidak memberi apa-apa kemudahan dan pertolongan bahkan penguasaan amalan jahiliyyah yang parah dipaksakan diatas penduduk. Inilah yang membawa Rasulullah Saw berpindah ke Madinah dan membentuk Negara Islam serta mewujudkan infra dan pembinaan umat Islam disetiap sudut meskipun Madinah ketika itu berbilang agama dan berbilang bangsa. Sehinggalah ke peringkat perlaksanaan undang-undang sebagaimana firman Allah Swt:-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Nur : 2]

I’Allah inilah yang menjadi matlamat perjuangan kita dalam menyelesaikan secara total permasalahan masyarakat yang ada sekarang.

Read More !

Ketua Dewan Muslimat Pas Dungun di Ragut dengan parang.

| | 0 comments

18 Mei. PAKA, Dungun. Kelmaren Khairiah Mokhti selaku Ketua Muslimat Pas Kawasan Dungun diragut rantai lehernya di kawasan perumahan Taman Murni Uda, Paka. Beliau yang selesai menghadiri program muslimat di sebuah rumah kawasan taman perumahan berjalan menuju ke kereta beliau untuk pulang dengan tiba-tiba dihadiri oleh dua orang pemuda bermotorsikal . Dengan mengeluarkan parang mereka kemudiannya meragut rantai leher disebalik jilbabnya. Sebelum itu seorang muslimat juga menerima nasib yang sama pada hari yang sama di Taman Ros, Paka. Walaupun mereka tidak dicederakan tetapi mereka kehilangan barang berharga.

Ini bukan kali yang pertama. Sudah acapkali kawasan perumahan yang dirompak bahkan ada yang dirogol. Ada yang disamun dan tuan rumah yang diikat dan disumbat mulut mereka. Ada yang kena pukau dan ditipu beribu ringgit.

Beberapa hari yang lalu kita digemparkan bagaimana pelajar berusia 16 tahun yang melahirkan anak luar nikah di Klinik kesihatan. Dan setiap tahun sudah banyak kes yang melibatkan kelahiran anak luar nikah dikalangan pelajar disekitar Paka ataupun Dungun. Bahkan menjadi perbualan dikalangan guru-guru apabila mereka bukan lagi bertanya kecemerlangan sekolah berdasarkan jumlah A tetapi berapa ramai sekolah mereka melahirkan anak luar nikah setiap tahun.

Dimana pemimpin UMNO-BN? Mereka gagal untuk member jaminan keselamatan kepada rakyat mereka sendiri. Wakil Rakyat sibuk peteh keting masing-masing demi poltik dan periuk nasik mereka sedangkan amanah dan tanggungjawab tidak dilaksanakan. Mereka membiarkan maksiat berlaku berleluasa. Meskipun bantahan rakyat dibuat tetapi mereka hanya memekakkan telinga semata-mata
Baru-baru ni bagaimana bantahan rakyat di Paka terhadap penjualan arak secara terbuka dan berleluasa. Adakah lessen arak ditamabah dikawasan Dungun? Atau penjualan arak tersebut secara haram? Apa tindakan? Dimana Wakil Rakyat Paka ni??? Helloooo.. Helloooo ada orang tak?

Terengganu Darul Iman sudah tidak selamat lagi. Rakyatnya semakin tidak beriman dan inilah jasa atau hasil serta akibat daripada pengamalan dasar sekular yang diharamkan Allah Swt. Hukum syariat hanya berada dalam enakmen sahaja dan pihak kerajaan takut untuk melaksanakannya. Inilah bala yang ditimpa akibat daripada meninggalkan arahan tuhan dan kesannya akan tertimpa kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan warna kulit.
Diharapkan Hajah khairiah terus bersabar dan tingkatkan usaha meneruskan perjuangan, I’allah satu hari kita akan berjaya menggembalikan kegemilangan Islam di bumi Terengganu ini

Read More !

Gambar Nyawa & Jangka Hayat UMNO-BN.. PR-13

| | 3 comments


Anda perasan tak? Sebenarnya mereka dah bagi klu dan signal jangka hayat dan nyawa UMNO-BN dalam menghadapi PR-13. Apatah lagi keputusan pilihanraya SIBU menjadi momentum kearah itu. Ulama maupun pimpinan UMNO-BN, PR, tokoh pimpinan negara jiran hatta dunia. Jom kita lihat gambar2 dibawah. Gambar menafsirkannya.


Lambat lagi jatuh BN ni. Panjang ni lagi. Aik PM. Tak sampai sejengkal ke?


Aku tak kisah. Aku taknak turun. Biar kalah kat SIBU pun. Boleh tahan lagi. Panjang ni lagi hah.

A'ah. Boleh tahan lagi. Kalau kail panjang sejengkal. Lautan dalam jangan diduga. uhuukkss.

Auw. Sempat lagi. Aku baru pegang naib presiden. tapi tak cukup sejengkal ni. Sempat tak?
Relax. Boleh tahan lagi. Takkan tak sempat jadi PM. Sekejap cukuplahh.
Ish dang lagi. Bertahan. Terus bertahan. Paling kurang dang reboh Mat Said jadilah.



Helo brother. Jangan khoyal banyok sangat. Dok dang doh ni . Tinggal skat ni doh. Pr- 13 mapuh


Hoh. Orang dok caye doh ke BN. Umur pendek doh
Betul tu. Betul tu. Singkat doh nyawa tu
Ceh. Dok syok gitu lah tu. Rakyat dok berahi belaka doh ke mung. Rasuah pun orang dok pakoh jugok. P'raye umum kekgi mampuh lah lagu ni.

aku panggil dulu nok royak hok nilah. Setakat ni je. Mung dok sibuk caye ke APCO.


Jangan bimbang. Abang him ada. Panjang lagi masa. Dang kita perkasa kan lagi.


Tutup kun doh. Brahim mung nok lompat mane lagi. Rapat jip dah ni. Tenggelam doh kapal ni.

Hah! hah! hah! mung khianat sgt kat ku. Sampai masa doh. Giliran mu pulok. Pong!!!!


Apa pandangan Tok Guru Presiden? Hah! Setakat ni je. Nyawa2 ikang.

Pandangan Tok Guru? Ambo raso supo ja. Takat ni. Bleh gali liang doh siap2.


Saya sependapat. Setakat ini saja lagi tinggal nyawa UMNO-BN ni

Aik. Cik Lim. makin singkat pe. Rakyat dah meluat maa..

Wan Azizah. Bersabar dik. Habis dah UMNO-BN. Mereka dah takde chance

Yes! Sudah sampai ajal kamu.

Sememangnya kezaliman tiada masa depan.

I rasa pun macam tu jugak. Giliran PR pulak

Habis macamana Tok Guru? Oooo kito tolak UMNO-BN tepilah. Giliran Kitolah pulok





Datuk Seri. Kalau dia main tipu macamana? Haiyakkk! Kita ada strategiii.



Itu macam ke? alamak! susahlah

Jangan libatkan aku. Nasib ko lah labu! Aku nak pindah Australia. bagi kat depalah memerintah.

Boleh masuk Pas semula ka?

Hancussssssss... oak alohhh... setakok je lagi... uwaaaa


Read More !

Belajar Apa Tua-Tua?

| | 0 comments

Kelmaren, Hazel Soares bersama rakan sekelasnya bergambar sebelum konvokesyen bagi mendapatkan diploma setelah beliau berjaya menamatkan pengajiannya di Mills College di Oakland, California. Beliau yang berusia 94 tahun mampu menyelesaikan pengajiannya kembali setelah tamat pembelajarannya di Roosevelt High School di Oakland pada tahun 1932. Beliau yang memiliki 6 orang anak dan 40 orang cucu dan cicit merupakan orang kedua tertua berjaya lulus dari college.

Tiga tahun yang lalu, Nola Ochs dari Kansas telah menempa nama sebagai lulusan Universiti yang tertua di dunia dan dicatat dalam Guinness Book of World Records yang ketika itu berusia 95 tahun. Beliau mendapat Ijazah Master dalam Liberal Studies dari from Fort Hays State University.

Ia menjadi suntikan semangat kepada semua bahawa usia bukannya halangan dalam mengapai kejayaan dalam pendidikan. Apa yang penting adalah semangat, keinginan dan kesungguhan. Sebenarnya konsep pendidikan dalam Islam merupakan pendidikan sepanjang hayat. Belajar dari buaian sehingga ke liang lahad. Non Stop. Apatah lagi ilmu itu tiada tepinya dan tiadanya pelabuhan untuk berlabuh. Islam mengajar kita supaya menuntut ilmu dan mencintainya serta golongan yang terlibat dengan ilmu. Islam sendiri meletakkan mereka yang berilmu itu tinggi maqamnya selepas daripada nabi.

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). (Surah al-Imran : 18)


يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Mujadalah : 11)


Banyak lagi ayat yang menyentuh kelebihan orang yang berilmu apatah lagi hadis-hadis yang menyebut demikian tetapi amat malang kekadang umat Islam sendiri lemah dari segi pengetahuan dan usaha untuk mencari ilmu. Pengasas kepada keilmuan adalah Islam itu sendiri. Negara umat Islam terawal telah mewujudkan universiti termasuklah yang masyhur seperti Universiti Cordova, Konstantinople maupun Universiti al-azhar sendiri yang telah menjangkau usia melebihi 1 ribu tahun.

Realiti kini di alaf mellinium ini, negara-negara umat Islam sendiri menpunyai kadar buta huruf yang tinggi. Tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara maju mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50% di negara majoriti Islam. Bererti 50% lagi berhenti awal maupun tak bersekolah. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus sahaja di negara majoriti Islam.

Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta! Bererti umat Islam ketinggalan jauh ke belakang. Itu belum diambil kira di mana tahap Universiti umat Islam berbanding dengan umat lain.

Kalau dilihat negara kita, permasalahan timbul bukan hanya pendidikan tetapi juga sosial, ekonomi maupun politik. Kegagalan pihak memerintah menyalurkan sumber ilmu pengetahuan kepada rakyatnya. Apatah lagi apabila pendidikan sendiri menjadi satu cabang perniagaan. Kerajaan berniaga dengan rakyatnya sendiri. Rakyat terpaksa membayar kos yang tinggi untuk pembelajaran. Peluang yang terhad bahkan pelbagai diskriminasi serta campur tangan politik sempit menyebabkan status pendidikan negara jatuh merudum.

Kita sedih melihat generasi muda yang sibuk menghabiskan masa emas mereka dengan sia-sia. Sibuk dengan hiburan, merempit dan berpeleseran tanpa arah dan tujuan. Kadar celik ilmu maupun penguasaan agama yang amat cetek sekali. Inilah punca yang membawa banyak permasalahan remaja dan umat Islam kini.

Peluang dan kesempatan pembelajaran secara formal maupun tidak formal amat terhad di negara kita. Kalau ada kesempatan pun banyak pula halangan-halangan lain. Tetapi biar apapun, sikap kita sendiri merupakan faktor utama dalam usaha merebut ilmu pengetahuan. Banyak yang terkandas ditengah jalan kerana hilang daya juang dan semangat menuntut ilmu. Banyak yang merasakan cukup dengan apa yang ada. Meskipun umur masih muda belia. Apatah lagi untuk mencapai pendidikan yang lebih tinggi seperti sarjana dan Phd. Bahkan rakan-rakan dan keluarga sendiri tak membantu. Bahkan cubaan untuk melunturkan semangat makin ada. “Mengaji apa lagi tua-tua ni”. Istilah yang biasa kedengaran. Sedangkan para ulama terdahulu terpaksa belayar ke Mekah untuk menuntut ilmu bahkan ada yang memakan masa 20-30 tahun baru pulang kembali ke nusantara bagi menabur ilmu yang mereka miliki.

Penulis sendiri melalui cabaran ini. Ijazah pertama di Universiti al-azhar diperolehi pada tahun 1989. Setelah 20 tahun barulah dapat peluang menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Memanglah dalam kelas kita yang tertua. Bahkan Ketua Jabatan dan sesetengah prof tu lebih muda daripada kita sendiri tetapi faktor usia guru bukannya menjadi penghalang untuk kita menuntut ilmu. Semangat yang ditunjukkan oleh nenek Hazel dan Nola ini menyuntik semngat untuk menyambung lagi pengajian keperingkat Phd, insyaAllah semoga Allah memberi jalan dan kekuatan meskipun banyak kekangan dan acapkali semangat yang tertangguh.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...