Ubat bagi yg sakit-hati minyak naik....

| | 0 comments


PR & BN berlaga makin hangat dekat-dekat pilihanraya ini. ketika gajah sama gajah berlaga, minyak naik lagi. Barang-barang makin naik akibat kenaikan bahan api dan gas baru-baru ni. Seorang teman bersunggut… bukan barang je naik, telor pun naik jugak…. Masing-masing ketawa je dengar. Apa lagi nak kata. Dah Umno memerintah. Rakyat didahulukan.

BN.. dah Barang Naik.. takdok chance doh nak turun. Penulis pernah bergurau… Umno memerintah kalau dah naik takkan turun. Yang naik ada had hanya underware. Naik sampai kat pusat aje.. pastu berhenti. Kalau tercabut getah… lagi cepat turun. Yang lain jangan harap…

Kini minyak naik lagi…

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman. Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Sekarang ni minyak masak pulak hilang dari pasaran... tau-tau le tu. nak naik lagi. Macam biasa...

Penulis hanya dl dikir ini… bagi yang rasa sakit hati mungkin boleh release cket kot lepas dengornya. Pastu keja kuat-kuat demi memenangkanPR ke Putrajaya pada PRU 13 nanti. UMNO mesti digantikan. Kalau tak pun undilah UMNO lagi... minyak naik lagi... tanda syukur..



Read More !

Kerajaan dilanda krisis. Barisan sekutu keluar Parti

| | 0 comments

Kemungkinan kerajaan tumbang dan pilihanraya umum terpaksa diadakan seberapa segera. Ini apabila salah-satu parti gabungan yang membentuk kerajaan keluar dari kerajaan dan bergabung dengan menyertai pakatan pembangkang.

Sebab itu apabila wujudnya pakatan, semua parti adalah penting. Dan jika salah-satu keluar dari ikatan, boleh runtuh pakatan tersebut dan boleh tumbang sebuah kerajaan.
Macamana BN kat Malaysia? Tak berjangkit ke? Atau dalam sidang DUN Terengganu? Atau mana-mana negeri yang diperintah oleh PR seperti Kedah. Kerajaan pimpinan Pas pernah berlaku pada tahun 1959 dan baru-baru ini kerajaan PR di negeri Perak.

Di Pakistan, Muttahida Qaumi maknanya Gabungan Kebangsaan. Kalau kat Malaysia tu Barisan Nasional le. Berjuang demi ketuanan bangsa.

Kerajaan Pakistan dilanda krisis, rakan pakatan keluar

KARACHI: 3hb. Jan 11. Parti kedua terbesar di dalam kerajaan pakatan Pakistan, keluar daripada kerajaan, Ahad (waktu tempatan) bagi menyertai pakatan pembangkang, menyebabkan sekutu Amerika Syarikat (AS) bagi peperangan menentang Al-Qaeda itu lumpuh dalam pentadbiran negara itu. Pergerakan Muttahida Qaumi, membuat pengumuman itu beberapa hari selepas menteri kabinetnya meletakkan jawatan, meninggalkan perbincangan dengan parti utama, Parti Rakyat Pakistan yang menghadapi kesukaran memastikan mereka kekal dalam pakatan. Pentadbiran yang mengambil alih kuasa kurang tiga tahun susulan pilihan raya, kini kehilangan majoriti di parlimen dan kemungkinan berdepan dengan pembubaran kerajaan sekiranya pembangkang bersatu dan membuat usul tidak percaya

MQM berkata langkah itu diputuskan berikutan dasar harga bahan api kerajaan yang dibantahnya. Tindakan MQM itu mungkin membawa kepada kejatuhan kerajaan Presiden Asif Ali Zardari yang kini tidak mempunyai majoriti di Parlimen.
“Ia sudah diputuskan. MQM akan duduk di kerusi pembangkang dalam dewan perhimpunan kebangsaan dan senat,” kata jurucakap MQM Wasay Jalil. MQM yang menguasai politik di Karachi, minggu lalu mengarah dua menteri dari parti itu meletak jawatan.

Perdana menteri Pakistan Yusuf Raza Gilani berkata kerajaannya tidak akan jatuh berikutan langkah MQM itu kerana ia mungkin menubuhkan kerajaan campuran baru

Read More !

Web lucah: Malaysia di Tuntut mengikuti China

| | 0 comments


Bagaimana China menguruskan hampir 2 billion rakyat negaranya. Dengan bilangan rakyat seramai itu sudah tentu ramai yang kreatif dan ramai juga yang membawa masalah kepada negara. Hari ini kemampuan China dalam industry dan teknologi tidak boleh dipertikaikan. China kini merupakan pengeluar utama dalam peralatan komputer dan IT. Sudah tentu juga dikalangan rakyatnya ada yang pakar dalam bidang ini. Samada membawa kebaikan sebagai sumbangan kepada negara dan sudah pasti ramai juga yang membawa kepada permasalahan moral dan akhlak termasuklah penghasilan dan pengedaran bahan lucah.

Penyalah-gunaan jaringan internet untuk bahan lucah ini menular kesetiap tempat tanpa sempadan. Penyebaran tanpa kawalan ini menjejaskan moral dan akhlak khususnya dikalangan kanak-kanak dan remaja. Ia membawa kepada penyebaran zina dan jenayah lain termasuk buang bayi dan sebagainya.

Malaysia yang rakyatnya sekadar 38j sebenarnya gagal menguruskan penularan ini. Kini bukan hanya tersebar laman-laman web dari negara luar bahkan dihasilkan oleh rakyat negara kita sendiri. Tanpa kawalan dan tindakan sewajarnya ia akan tumbuh bak cendawan, apatah lagi ia membawa pulangan kewangan dan keuntungan. Mereka tidak peduli akibat dan kerosakan hasil dari sumbangan mereka itu.

Bahkan remaja, maupun pelajar kekadang lebih berminat menggunakan e-book dan note-book untuk bermain game serta melayari laman-laman lucah ini. Di Malaysia dikatakan ada 4000 laman web lucah dan kerajaan dikatakan menyekat 81 daripadanya. tiadana tindakan undang-undang setakat ini. Yang kita dengar hanya tindakan terhadap mereka yang menghina sultan menggunakan laman web ini.

Sepatutnya Kementerian Komunikasi & Penerangan yang diketuai oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim mengambil tindakan awal perkara seperti ini. Malaysia sepatutnya mengambil tindakan seperti kerajaan China. Tapi berkehendakkah kerajaan pimpinan Umno-BN? atau Kementerian ini sendiri menghadapi permasalahan moral?

Ye lah.. kalau dah ketam berjalan senget macamana nak suruh rakyatnya berjalan lurus???
Silap buat laman web lucah makin banyak... laman web pembangkang pulak yang jadi mangsa!!

China tutup 60,000 laman web lucah

BEIJING: China sudah menutup lebih 60,000 laman web lucah tahun 2010 dan menahan sekurang-kurangnya 5,000 suspek sambil berikrar akan meneruskan usaha membanteras laman web tidak bermoral serta bahan lucah yang disebarkan melalui telefon bimbit.

“Sehingga November lalu, kami sudah memeriksa 1.8 juta laman web dan menutup lebih 60,000 laman tidak bermoral yang menyebarkan gambar lucah,” kata Menteri bagi Pejabat Media, Wang Chen.
Beliau berkata, 58 orang dipenjarakan selama sekurang-kurangnya lima tahun atas kesalahan membabitkan laman web lucah dan bahan tidak bermoral dalam telefon bimbit.
China yang mempunyai kira-kira 450 juta pengguna internet dan paling ramai di dunia, melaksanakan sistem penapisan ketat dikenali ‘Great Firewall of China.’

Read More !

Slaamaaaaat!!!

| | 1 comments


Mohon Selamat. Blog ini cukup umur setahun. Mungkin lambat beranak blog ni. Mungkin ketingggalan berbanding bloggers lain. Janggankan nak bersunat, tahun ni bru boleh cukur jambul. Apapun terimakasih kepada semua yang memberi sokongan dan setia mengunjungi blog dan teratap tak seberapa ini. Kepada yang geram, sakit-hati, penulis mohon maaf. Harap maafkanlahhh... Kalau tak, kesihan kat pengunjung… nanti jadi darah tinggi. Mati awal kang. Marah-marah, penulis tak dengar. Baik senyum-senyum aje. Jiwa pun tenang… insyaAllah kita jumpa di Dun Tenang 22hb nanti.

Kepada pimpinan, petugas maupun ahli Pas… tempoh pilihanraya semakin hampir. Gandakan kerja-kerja kita bagi Pas Ganti Umno. InsyaAllah, slamat berjuang untuk melempar Umno ke laut cina Selatan.

Bagi pelajar baru Sek. Ren. Islam Darul Bayan, selamat mendaftar. Selamat menjalani alam persekolahan. Meskipun sekolah bersebelahan jirat cina. Jangan bimbang, dan 10 tahun beroperasi, slamaaat InsyaAllah. Bagi pelajar baru Sek. Men Islam, selamat mendaftar. Tahniah kerana berjaya terpilih sebagai warga Darul Bayan dan terimakasih kepada masyarakat atas kepercayaan serta sumbangan berterusan demi menjadikan pendidikan Islam sebagai alternatif. Begitu juga kepada Pelajar baru Ma’had tahfiz dan juga Pondok. Semoga perjuangan dalam dunia pendidikan diberi petunjuk serta dilimpahkan kurniaan disisiNya. InsyaAllah selamat dunia, slamat akhirat.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...