Demo: Beruk pun pilih-pilih jenis jalan!

| | 0 comments


Kata dulang paku serpih, kata Pakatan UMNO-BN yang lebih. Kini sudah menjadi ibarat meludah ke langit. Terpercik ke muka sendiri. Ketika Demo besar-besaran rakyat menuntut pilihanraya yang bersih dengan menggamit 100 ribu pendemo memakai baju kuning Bersih yang mengelisahkan pimpinan UMNO-BN. Kemuncaknya menafikan 2/3 penguasaan UMNO-BN di parlimen.

7 Nov 2007 di perhimpunan Pemuda Umno, Khairy membuat kenyataan ketika menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan Bersih yang diadakan tiga hari selepas perhimpunan agung tersebut. “Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum,” kata Khairy ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC

Hari ini UMNO-BN pula menaja dan mengetuai demontrasi khususnya terhadap pimpinan dan pentadbiran dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat. Yang terakhir di negeri Pulau Pinang. Pelbagai isu dipolitikkan untuk mengajak orang ramai berdemontrasi atas isu agama, bagsa dan sebagainya.

Pemuda BN pernah berdemontrasi untuk menghantar Memorandum kononnya membantah campur tangan Anggota Parlimen Australia dalam hal ehwal sistem kehakiman di negara ini apabila cuba membangkitkan isu keadilan dan ketelusan system kehakiman di Malaysia dalam isu perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata memorandum itu juga menggesa agar Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyatakan dengan jelas bahawa pendirian kerajaan Australia tidak sama dengan pendirian 50 anggota Parlimen negara itu.

Tetapi heran pulak ketika mana Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memilih Malaysia sebagai destinasi lawatan sulungnya ke luar negara pada 31 Oktober ini baru-baru ini, Pemuda UMNO tak demo pulak. Bahkan ketika Hilary Clinton melawat Malaysia dan secara jelas menyentuh isu keadilan dan system kehakiman dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pula Pemuda UMNO dan gerombolan songkok tinggi tak demo pulak??? Bukankah ini dah cuba campurtangan dengan politik Malaysia. Bahkan Hanifah Aman selaku Menteri Luar membuat kenyataan bahawa beliau akan memastikan keadilan berlaku terhadap kes liwat 2 Anwar Ibrahim.

Sisters in Islam, kumpulan wanita liberal kontroversi Malaysia juga mendapat pujian daripada Hillary Clinton, setiausaha negara Amerika Syarikat yang sedang melawat Malaysia.

Hah! Kalau Pemuda UMNO buat demo… nak cari penyakit kot. Najib yang sedang demam.. mau jadi demam kura. PM yang kena chicken pox mau aje kena chicken pork. Dalam suasana Malaysia ingin membina imejnya dengan Negara luar dan ingin menarik pelaburan mereka, Malaysia perlu member signal yang betul dan tindakan perlu berhati-hati agar tidak menjejaskan hubungan luar antara Negara-negara khususnya Negara Barat.

Kalau terhadap negeri-negeri Pakatan, bukan main le demo sampai tak cukup tanah. Tetapi bila tuan milik APCO hadir… semua tak berani. Good boys! Nak jadi beruk-beruk ditengah jalan pun… kena tengok jalan jugak. Kalau jalan di P.Pinang, Shah Alam, Kota Bharu.. ok je. Kalau jalan tu APCO dok tengok.. menikus terusss…

Read More !

Kisah Rosmah Mansor & Syajarah al-Dur

| | 1 comments


Ketika PM demam dan tanda-tanda terkena chicken pox maka dilihat Rosmah Mansor sebagai isteri PM menggantikan beliau beberapa acara seolah-olah membelakangkan TPM maupun menteri-menteri yang lain. Walaupun tanpa jawatan tetapi kelibat beliau bagi menandakan kewujudan beliau sebagai isteri PM. Mungkin kuasa disebalik tabir ini tidak boleh dinafikan sehingga disedari oleh mentor Singapura, Lim Kuan Yew ketika melawat Malaysia melakukan kunjungan khas terhadap Rosmah Mansor.

Sejarah Islam sendiri dilihat dalam pelbagai siri pemerintahan khususnya sejak pemerintahan selepas khulafa’ ar-Rasyidin membariskan bagaimana campur-tangan isteri terhadap kuasa pemerintahan seorang khalifah bahkan berlakunya komplot, percaturan, perancangan politik hatta membunuh anak-anak khalifah demi mewariskan kuasa kepada anak mereka sendiri. Bahkan ada yang membunuh suami mereka sendiri demi mengekalkan kekuasaan. Bahkan ada yang memerintah menggantikan suaminya sendiri seperti Syajarah al-Dur yang memerintah Mesir.

Pada tahun 648 H/1250 M Turanshah seorang khalifah bani Ayub yang dikatakan juga seorang pemboros, telah dibunuh. Selepas Turanshah dibunuh maka kerajaan Ayyubiyah pun jatuhlah dan naik pula kerajaan Mamluk.
Syajarah al-Durr yang merupakan janda Sultan al-Malik al-Salih telah berkuasa dan beliau telah berkahwin dengan salah seorang panglima berketurunan hamba bernama Izz al-Din Aibak yang berpangkat Atabeg. Kuasa dan pengaruh Aibak adalah di tangan Shajarah al-Durr. Keadaan ini sudah tentu menyulitkan Aibak yang menyebabkan beliau merancang membunuh Shajarah al-Durr pada tahun 1257 M. Akan tetapi sebelum rancangan ini dilaksanakan Aibak lebih dahulu yang dibunuh. Shajarah-al-Durr dikatakan tidak mendapat sokongan daripada golongan Mamluk dan sekaligus dituduh membunuh Aibak. Setengah mengatakan oleh sebab itu beliau kecewa lalu membunuh diri atau mengikut pendapat lain beliau dibunuh oleh musuh-musuhnya.

Ini bukanlah satu-satunya kisah tetapi perlbagai kisah dan cerita apabila timbulnya campur-tangan isteri dalam pemerintahan ditimur maupun dibarat. Campur-tangan isteri khususnya terhadap pemerintah yang lemah boleh dilihat didalam al-Quran sendiri dalam mengisahkan Isteri al-Aziz, pemerintah Mesir yang bernama Zulaikha dalam kisah Nabi Yusuf ‘alayhi al-salaam di dalam Surah Yusuf ayat 28 – 34.

28. Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah diantara tipu daya kamu, Sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar." 29. (Hai) Yusuf: "Berpalinglah dari ini[751], dan (kamu Hai isteriku) mohon ampunlah atas dosamu itu, Kerana kamu Sesungguhnya termasuk orang-orang yang berbuat salah."
30. Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri Al Aziz (Raja di Mesir) menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata." 31. Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), Kemudian dia Berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka". Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa) nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: "Maha Sempurna Allah, Ini bukanlah manusia. Sesungguhnya Ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia."
32. Wanita itu berkata: "Itulah dia orang yang kamu cela Aku Karena (tertarik) kepadanya, dan Sesungguhnya Aku Telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. dan Sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang Aku perintahkan kepadanya, niscaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina."
33. Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih Aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu Aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah Aku termasuk orang-orang yang bodoh." 34. Maka Tuhannya memperkenankan doa Yusuf dan dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ia adalah pembentangan terperinci oleh Allah SWT terhadap tabiat manusia, khususnya tiga watak utama marhalah ini, iaitu isteri Perdana Menteri (imra’ah al-’Aziz atau disebut namanya sebagai Zulaikha), Perdana Menteri Mesir ketika itu (al-Aziz) dan Yusuf ‘alayhi al-Salaam. Banyak iktibar buat umat manusia bagaimana nafsu, kekuasaan, campurtangan isteri, kehakiman, pergolakan politik, keimanan, ujian, ketaqwaan dan sebagainya silih berganti.

Inilah antara faktor yang membawa sabdaan Rasulullah Saw yang riwayatkan dari Abu Bakar, katanya : Tatkala sampai berita kepada Rasulullah bahwa orang-orang Persi mengangkat raja puteri Kaisar, Beliau bersabda: “Tidak akan pernah beruntung keadaan suatu kaum yang menyerahkan kepemimpinannya pada seorang perempuan.” Diriwayatkan oleh Bukhari, Turmudzi dan an-Nasa’i

Apatah lagi Allah Swt telah menyebut dalam al-Quran:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.” (Qs. An-Nisaa’ 4:34)



Jika berlakulah sebaliknya itulah tanda-tanda kecelaruan dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan. Beberapa isu mutakhir ini dan berterusan semenjak Najib dilantik menjadi PM yang melibatkan nama dan kelibat Rosmah Mansor telah mencalitkan dan mecalarkan imej dan nama baik kepimpinan yang diterajui oleh Najib sendiri. Apakah rahsia Najib yang dipegang Rosmah semacam najib tidak boleh berkata tidak kepada Rosmah. Bermula dengan isu Altantunya, Isu boros berbelanja, Isu perlantikan CEO GLC dan Penjawatan Kerajaan, isu artis bollywood & Holywood, isu pengagihan projek, isu First lady, Isu PERMATA, Isu bajet, Isu Festival Busana Muslim dan kini isu menggantikan program rasmi PM. Tiada protokolkah kerajaan Malaysia kini atau sudah terkena penyakit ISA (Ikut Suka Aku).

kalau pelbagai isu ini berterusan dan berentetan, adakah RM menjadi salah satu punca rakyat akan menolak UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang? RM akan menjadi isu dalam menggantikan Khairy Jamaluddin yang dikatak budak tingkat empat ketika pemerintahan Pak lah Badawi sehingga memaksa pak lah letak jawatan. Atau kalau hal ini berterusan bagaimanakah nasib dan masa depan Malaysia didalam percaturan wanita yang bernafsu tinggi seperti ini?

Read More !

Minyak naik. Jerat sudah Bingkas!!!

| | 1 comments



Hihihi... dulu bukan main kutuk penulis. Bertali arus puak UMNO bagi komen. Apa diaorang tak kata. Gajah rimau... fitnah. macam-macam ah!. Hah sekarang macamana? Kan dah kata kerajaan BN prihatin. Sekali PM demam, 5 sen minyak naik. Strategi Haji Bakhil bin Haji Kedekut.

Perangkap yang dipasang, hari ini baru bingkas. Jerat sudah kena. hihihi... Penulis menunggu puak UMNO nak kutuk apa lagi???

ini dia posting tu.. saje penulis ulang semula. Sebab melayu mudah lupa... di tulis lepas raye puasa. Kini bingkas... sebagai hadiah Hariraya Adha. Tanda terimakasih kerajaan buat orang India sempena Deepavalli.


Minyak naik lagi! BN pencekik dalam senyap. Kita ada hanya 2 pilihan!

Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini. Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.

Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia? Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM 3975000!

Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi penyokong UMNO.Bagi pendokong UMNO memang bersyukur dengan segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud syukur kot. Nak cari macammana pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN yang memerintah kini. Kalau tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya: "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik." Hah... nasib ko le Labuuu....

Bagi rakyat ada dua pilihan sahaja. Samada lingkupkan kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan kita sama-sama martabatkan kerajaan PR di Putrajaya atau pilihan kedua buat seperti pakcik ni. Diam aje. Tak menyusahkan orang. Biarlah UMNO memerintah sampai kiamat!

Read More !

Santa Claus kena ‘Chicken Pox’! Tiada wang besar di PRK

| | 2 comments


Sudah Nasib Galas & Batu Sapi. Tidak sebagaimana pilihanraya di Sibu, Sarawak yang mencatatkan beratus juta peruntukkan dihamburkan buat pengundi di situ. Najib sendiri beberapa kali turun ke Sibu membahagikan ‘mee segera’. Semacam Santa claus menggalas guni membahagikan projek apabila berlakunya setiap kali PRK. Tetapi mungkin tidak berlaku di Batu Sapi dan Galas.

Kenapa??

PM dinasihatkan berehat selepas terdapat tanda-tanda Cacar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.
Bernama melaporkan Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataannya menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.
"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.


Sebelum ini, kenyataan telah diumumkan bahawa setiap projek yang diumumkan selain PM & TPM tidak dikira. Apa yang dijanjikan oleh pengarah pilihanraya BN di kedua PRK itu tak boleh dipakai. Khususnya Ku Li yang menjadi Pengarah BN PRK Galas. Cakapnya hanyalah air liur sahaja. Yang laku hanya PM dan TPM sahaja. PM pulak kena penyakit cacar. Terpaksa dok dalam istananya di Putrajaya, tak boleh bertemu dengan orang ramai… kot berjangkit. Ye lah… cacar Hanoi Vietnam lebih merbahaya. Dulu ramai mana askar Amerika mati akibat sengaja dijangkitkan penyakit oleh agen-agen Vietnam termasuk pelacur wanitanya. Samada penyakit kelamin maupun penyakit berbahaya. Itu cerita zaman perang Amerika-Vietnam dahulu. Sekarang mungkin dah tiada kot!.

Jadi kalau diikutkan nasihat doktor, tak merasalah kedua PRK itu untuk menyambut kedatangan PM. Takde PM takdelah santa Claus. Mungkin duit pundah takde sekarang. Krismas pun jauh lagi. Deepavalli yang dekat. Tapi nak harapkan Samy vellu… fuh!! Musang sudah kuncikan Samy dalam gua. Tunggu masa aje. Tapi PM tak pergi ke PRK tu bagus juga. Boleh test tengok sejauh mana kesetiaan pemimpin dan rakyat BN di Sabah setelah diperuntukkan banyak peruntukan dan setelah dilantik banyak jawatan untuk orang Sabah. Ugutan ‘fix deposit’ BN mungkin dapat dilihat dalam pilihanraya Batu sapi. Tetapi mungkin juga bagi PM bahawa suasana Batu Sapi yang lebih selesa bagi BN berbanding dengan Sibu. Kalau tak pergi pun takpe. Mungkin lapuran kemenangan BN dalam tangan kot.

Sebab itu pengalaman mengajar kita, dimana-mana tempat yang kuat UMNO atau BN, peruntukan dan projek taklah setara mana. Kerana bagi mereka , ia tak kisah sebab mereka pasti menyokong kerajaan UMNO-BN. Tetapi bagi kawasan yang ramai pembangkang atau kawasan 50-50 nescaya banyaklah pembangunan diperuntukkan demi menunjukkan cakna BN untuk meraih undi. Bagi negeri yang diperintah oleh pembangkang, sebenarnya rakyat lebih beruntung sebab peruntukan akan mencurah-curah datang dari kedua-dua belah pihak. Di Terangganu sendiri pun, rakyat kenal wang ehsan inipun semenjak Pas memerintah Terengganu. Kalau tidak UMNO menunjukkan wajah pemimpin mereka hanya pada musim pilihanraya sahaja.

Kalau pengundi di Batu Sapi menunjukkan pergerakan mula untuk menyokong pembangkang, barulah pemimpin BN resah dan mungkin PM sendiri turun meskipun dalam keadaan demam maupun bertongkat. Jangan ‘demam leng’ sudah le!!! (tua-tua baru kena chicken pox pe???.. berjangkit Putrajaya kang! )

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...