KERAJAAN KOMITED LAHIR PELAJAR TAHFIZ SERBA BOLEH

| |
Oleh: Muhd Lukman
Kerajaan sedang memperkasakan institusi tahfiz dan pondok melihatkan banyak permintaan daripada rakyat untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah tahfiz.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, bidang pendidikan merupakan aset penting kepada negara.
"Jangan anggap pelajar tahfiz hanya layak menjadi imam sahaja,sedangkan di sana lahirnya ramai doktor, jurutera dan profesional yang menjadi kebanggaan kita.


"Kerajaan juga akan mewujudkan sekolah rendah dan sekolah menengah islam bermula tahun hadapan.
"Ianya sekaligus akan membuka peluang pekerjaan kepada graduan-graduan di negeri ini untuk menjawat jawatan sebagai guru di sekolah berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam segmen "Manis Sokmo" di konti Radio Manis FM, semalam.


Menurut Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, kerajaan juga akan berusaha untuk menyelaraskan sistem pembelajaran di sekolah tahfiz dan menerapkan kelas-kelas kemahiran seperti elektrikal,mekanikal dan sebagainya.
"Kerajaan akan memastikan supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar tahfiz yang serba boleh dan seimbang dari segi ilmu 'aqli' dan 'naqli' seterusnya dapat menabur bakti di negeri ini," ujarnya.


Tambahnya, institusi tahfiz dan pondok ini tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak sebaliknya kita sama-sama membantu pelajar-pelajar ini untuk terus cemerlang bukan sahaja duniawi tetapi juga ukhrawi.

Rujukan   :www.teganukita.net/2018/08/kerajaan-komited-lahir-pelajar-tahfiz.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...