Posted by
Saiful at 9:15 AM
|
|

Bendera merah, hijau serta hitam bulan bintang berkibar gagah di Libya dan khususnya dibandar Tripoli. Apatah lagi di medan yang pernah dijadikan Ghadafi sebagai medan Negara untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada beliau kini sudah ditawan dan dikibarkan bendera baru iaitu bendera perjuangan Majlis Peralihan Kebangsaan.
Nampaknya perjuangan pembangkang di Libya mula menampakkan hasil. Setelah enam bulan kempen untuk menjatuhkan Ghadafi, hari ini barulah usaha tersebut berjaya. Pasukan pembangkang telah memasuki wilayah Tripoli dan mengistiharkan pelucutan jawatan Ghadafi.
Pemimpin pembangkang Libya yang merupakan bekas menteri undang-undang kini adalah pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan., Mustafa Abdel Jalil mengisytiharkan berakhirnya era pemerintahan Kolonel Muaamar Ghadaffi dengan pengambilalihan ibu negara, Tripoli.
Mustafa berkata, beliau berharap bekas pemimpin

Libya itu akan berjaya ditangkap hidup-hidup bagi membolehkannya dibicarakan secara adil. Bercakap dalam sidang akhbar khas, Pemimpin pembangkang itu turut mengucapkan syabas kepada seluruh penduduk Libya di atas kejayaan bersejarah mereka itu. Ianya kejayaan perjuangan rakyat.
Sehingga saat ini, Muaamar Ghadafi masih belum ditemui walaupun laporan awal mengatakan dua orang anaknya termasuk Seif al-Islam telah pun ditahan oleh anggota Majlis Peralihan Kebangsaan.
Diharapkan kejatuhan satu lagi tirani sekular yang berkuasa di Libya dengan agenda sosialismenya itu dapat menyuntik kebangkitan rakyat bukan hanya di negara arab tetapi juga diseluruh negara umat Islam. Selapas Ali Zein Abidin, Mubarak, Ghadafi dan sedang menanti Ali Solah di Yemen.

Kibaran warna bendera Pas dan warna bendera Terengganu itu diharapkan dapat memberi semangat kebangkitan khususnya kepada pejuang Pas di Terengganu agar berjaya mengebarkan bendera Pas di Wisma darul Iman dalam pilihanraya 13 nanti InsyaAllah.
Posted by
Saiful at 12:20 AM
|
|

Selama ni PAS jadi alat untuk difitnah. PAS telah diperkudakan DAP!!!. Pelbagai imej buruk yang ditaji oleh BN khususnya dalam kursus BTN. Seolah-olah dunia akan kiamat kalau BN kalah dalam PRU nanti. Umno kalah nescaya DAP akan memerintah!!!. DAP Parti chauvinis cina, anti melayu, anti Islam, Parti Komunis. Apabila DAP berpakat dengan PAS, dengan PAS pulak jadi komunis.
Selama ini Umno masuk kampong keluar kampong demi meraih undi melayu dengan memainkan sentimen melayu. Jalan yang mudah adalah menghentam parti cina iaitu DAP. Sedangkan parti cina adalah MCA, parti India adalah MIC dan parti melayu adalah UMNO. Kompenan BN. Tapi itu disembunyikan rapi. Padahal Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR adalah parti berbilang kaum, tidak dikhususkan kepada bangsa tertentu sahaja. Politik masa depan pun nampaknya perjuangan assobiyyah bangsa akan lupus ditelan dek zaman.
Apabila rakyat semakin menolak parti rasis dan perkauman, nampaknya Umno serta kompenan BN seperti cacing kepanasan menunggu saat-saat kejatuhannya. Apatah lagi Umno. Mungkin dah buntu kot? Apa! Dah gila meroyan pulak ke apabila mengajak DAP pulak menyertai BN. Sudahlah diupah dan diumpan pimpinan PKR untuk melompat ke BN. Sebahagian ada yang termakan kahak Umno-BN ni. Berapa upah yang mereka jilat tak tahulah. Tentu banyak, kalau sikit takkan nak lompat.
Sebelum ini PAS dijadikan sasaran politik BN. Berderet-deret rombongan meminang untuk bekerjasama dengan PAS. Kerajaan Perpaduan. Bergelora politik dalaman PAS sehingga berkocak sakan. Apabila mereka gagal, kini meleleh-leleh pulak air-liur nak mengajak DAP pulak agar menyertai BN. Apa punya gila pe? Takkan mereka nak telan ludah mereka sendiri. Apa prinsip perjuangan Umno-BN ni? Atau matlamat mereka hanya untuk menang? Prinsip dah lama dibuang?
Penyokong tegar Umno dan bekas orang kuat BTN, Tan Sri Dr Nordin Kardi juga selaku bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok pula menyokong agar DAP dipelawa masuk BN.
Katanya, bagi DAP pula, tentulah Umno lebih sesuai dijadikan rakan serumah berbanding dengan PAS. Dasar Umno yang secara konsisten sangat pragmatik sewajarnya menyelesakan DAP untuk tinggal bersama BN berbanding di rumah tumpangan pakatan pembangkang.
“DAP yang sangat sekular (kehendak yang terpancar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin utamanya) sulit untuknya mengekalkan rumah tangga yang aman bersama PAS yang dilihat sangat teologikal.
Nordin juga menambah, pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN, misalnya tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan ‘Malaysian Malaysia’ sudah terangkum dalam ‘1 Malaysia’, dasar semuanya inklusif, mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN.
“Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN,” katanya sambil menambah, jika semua telah ada dalam BN — “sekularnya ada, teologinya ada, suasana inklusif telah ada”, semua kepentingan pelbagai kaum telah ada, apakah lagi kewajaran mengubah ‘status quo’.
Apakah sikap DAP. Sejauhmana daya-tahan semangat setiakawan DAP dalam Pakatan. Adakah seperti Ezam dengan kotak-kotak sumpahnya? Atau seperti Ibrahim Ali yang memang pakar lompat? Atau semacam Gobala Krisnan? PAS sudah teruji. Istiqamah dan mempunyai sifat setiakawan yang tinggi. Tak pernah lari apabila berpakat. DAP pernah keluar daripada APU. Apakah kini DAP akan termakan dengan ajakan BN?
DAP tolak pelawaan Nazri untuk sertai BN
Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN. Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.
"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.
"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.
Posted by
Saiful at 1:11 PM
|
|

Kehebatan toleransi dan hikmah daripada menghulurkan Islam sebagai agama yang selamat dan sejahtera. Tiada paksaan dan tidak berdasarkan emosi ammarah telah mendorong Islam berkembang dengan dakwah dan tauladan. Banyak negara memilih ajaran Islam bukan melalui peperangan tetapi ?menawan hati dengan kebijaksanaan. Termasuklah di China dan negara kita sendiri. Melaui suri tauladan dan akhlak yang tinggi.
Perjanjian Hudaibiah dilihat bagaimana sikap toleransi yang tinggi yang diamalkan oleh Rasulullah Saw yang tidak dipersetujui oleh sahabatnya sendiri tetapi akhirnya terbukti apa yang dipilih Rasulullah Saw itu merupakan kemenangan dan kejayaan.
Apa yang digariskan oleh Islam merupakan garis tengah. Jika dipraktikkan nescaya ia memudahkan dan memberi pengisian dan diterima oleh fizikal, mental dan spiritual berdasarkan fitrah ciptaan Ilahi.
Cuma bagi orang yang jahil, mereka akan melenting berdasarkan hawa dan nafsu dan bukannya berdasarkan ilmu yang benar. Apatah lagi apabila politik sempit sudah menjadi tempurung yang membataskan pemikiran jahiliyyah mereka daripada menerima kebenaran Islam yang lebih luas.
Kita melihat komen yang dilemparkan oleh Naib presiden Umno, Zahid Hamidi dengan isu masjid di Pulau Pinang. Walaupun keputusan itu dikeluarkan oleh majlis fatwa P.Pinang, beliau tetap mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri. Bagaimana agaknya kalau sebuah masjid di Pulau Pinang diberi nama Masjid Jesus Crist? Agak-agaknya jadi gila dan mengamuklah pejuang-pejuang Umno-koko di Pulau Pinang???
AMMAN — Mungkin anda terkejut saat melihat nama sebuah masjid di kota Madaba, Selatan ibukota Jordan, Amman yang dinamakannya dengan 'Masjid Jesus Christ'. Bagi media barat, Masjid ini dipuji lantaran menjadi masjid pertama di dunia arab yang dinamai Jesus. Namun masjid Jesus Christ di Madaba bukanlah satu-satunya. Di Tripoli, ada masjid bernama masjid Isa Bin Maryam. Nama serupa juga digunakan sebuah masjid di Giza, Mesir.
Selain dunia arab, ada sejumlah masjid di AS, yang mengabadikan nama Jesus sebagai nama masjid seperti Masjid di Stratford, Connecticuit, dan satu lagi masjid di Columbus, Ohio. Menurut surat kabar Al Quds Al Arabiya, apa yang membuat Masjid Jesus Christ begitu istimewa adalah baik umat Islam dan Kristian telah menunjukkan kesungguhan dan gembira dengan penamaan masjid itu. ANSA melaporkan idea nama Jesus berasal dari Jamal Al Sufrati, imam masjid.
Ketika ditemubual, Jamal mengungkap tidak ada satupun masjid di dunia Arab yang memakai nama Jesus. "Dunia Arab penuh dengan masjid yang dinamai semua nabi kecuali Jesus," katanya. Penamaan itu dimaksudkan untuk meningkatkan kesan kebersamaan dan toleransi. Apalagi ada semacam ketegangan dari dua pengikut agama akibat lukisan kartun Nabi Muhammad SAW.
Bagi dunia Islam, nama Jesus agak asing kerana mereka lebih mengenalinya sebaga Isa al-Masih anak Maryam.
Posted by
Saiful at 9:55 AM
|
|

Kini Muslim Uighur kembali menderita terbaru akibat tindakan keras pemerintah Cina terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu dengan larangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid.
"Jika ada tokoh agama bertazkirah Ramadhan atau mendorong orang untuk ambil bagian, maka mereka akan kehilangan keizinan permit untuk berdakwah," kata Dilxat Raxit, juru cakap Kongres Uighur Dunia yang berpangkalan di Munich minggu lalu. "Kes yang lebih serius apabila penangkapan dibuat bagi mereka yang melakukan ibadah tarawih yang dinilai menyalahi undang-undang" katanya lagi.
Dibawah pemerintahan Beijing, Pemerintah Daerah Xinjiang, penduduk Islam diminta menandatangani 'surat akuan' yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan.
Sementara perusahaan swasta menawarkan makanan disiang-hari kepada pekerja Muslim Uighur. Siapa yang menolak untuk makan akan kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan.
Sasaran juga termasuk sekolah Islam, untuk menyediakan makan diwaktu siang hari selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan siswa di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap dibuka sepanjang hari.
Kawalan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Mereka harus mendaftar dengan kad pengenalan mereka. "Mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk berkumpul dan berbicara satu sama lain," tegasnya.
Sehari sebelum dimulainya bulan suci ramadhan bagi umat Islam Cina, setidaknya 11 orang terbunuh dalam rangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak pemerintah Cina menyerang minoriti etnik setelah polis Cina menembak mati dua Muslim pada minggu lalu.
Sebelum 18 orang Islam dibunuh dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pemerintah Cina. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan dituduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan istri mereka yang mengenakan jilbab.