Rogol Isteri! Boleh tak?

| | 1 comments

Merujuk berita dari Melaka: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu. Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi. Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan.

Seksyen ini diluluskan ketika Syahrizat menjadi Menteri hal Ehwal Wanita sebagai satu tindakan yang boleh diambil terhadap suami mengikut Seksyen 375A iaitu satu seksyen baru yang diperkenalkan dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004. Seorang suami yang mencederakan isterinya, walaupun hanya dari segi mental, termasuk menyebabkan "stress" atau tekanan, bagi mendapatkan hubungan seks, boleh didakwa dan dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Seksyen ini didesak oleh beberapa pertubuhan NGO termasuklah SUHAKAM dan Sisters In Islam. Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman ketika itu meminta kerajaan menjadikan tindakan suami `merogol' isteri sendiri sebagai satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan negara ini. Beliau menegaskan, Suhakam menganggap perbuatan suami yang melakukan hubungan seks di luar kerelaan isteri adalah melanggar hak asasi manusia.

``Artikel Dua Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita menggariskan perbuatan suami merogol isteri (marital rape) sebagai perbuatan ganas yang menafikan hak asasi dan kebebasan asas wanita,'' katanya.

Malaysia, tambah Abu Talib, sudah menandatangani deklarasi tersebut bagi peringkat ASEAN pada 30 Jun lalu. Satu lagi alasan yang diberikan ialah mengikut Artikel 16(1)(c) Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita PBB, setiap pasangan mempunyai hak yang sama di dalam sebuah perkahwinan. Kenyataan ini disokong oleh pertubuhan Sister’s In Islam.

Selepas ia diwartakan, antara mangsa pertama seksyen ini ialah seorang warga Terengganu.

Rogol isteri dipenjara 10 tahun, 4 kali sebatan KUALA TERENGGANU 17 Jun 2007. Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat kali sebatan terhadap seorang lelaki atas tuduhan merogol isterinya. Hakim Zainal Azman Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Zainal Muda, 38, berdasarkan Seksyen 375 Kanun Keseksaan selepas mengambil kira perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang mengarahkan supaya pasangan itu dipisahkan serta tidak melakukan hubungan seks sebelum kejadian berlaku. Mengikut kertas pertuduhan, Zainal dari Kampung Durian Mas, Manir di sini dituduh merogol isterinya di rumah Lot 16061, Kampung Hulu Takir, Kuala Terengganu kira-kira pukul 7.45 pagi pada 10 Mac 2005. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama. Pendakwaan dilakukan oleh Penolong Pendakwa Raya, Ahmad Kamal Ariffin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam J. Chandra.

Dalam Islam sepatutnya tiada istilah rogol terhadap isteri dan tidak dikategorikan sebagai jenayah. Permasalahan keganasan rumah-tangga itu adalah permasalahan berbeza. Tetapi itulah kekeliruan yang berlaku di Barat dan membawa kepada perjuangan hak-hak wanita mereka demi kebebasan mengikut takrif mereka sendiri.

Jika sekiranya masing-masing suami maupun isteri mengamalkan ajaran Islam, nescaya tidaklah berlaku perkara-perkara pelik dan ajaib diakhir zaman ini. Al-Quran mengajar antara hak dan tanggung-jawab suami maupun isteri dalam member dan menunaikan nafkah batin mereka. Firman Allah Swt

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Al-Baqarah : 223

Keperluan batin suami itu merupakan tuntutan yang perlu diselesaikan bahkan seorang isteri dituntut agar tidak melakukan puasa sunnah sedangkan suami berada di rumah kecuali dengan izinnya, sebagaimana sabda Rasulullah Saw:
“Tidak boleh bagi isteri melakukan puasa (sunnah) sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya.” [Mutaffaq 'alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/295 no. 5195), Shahiih Muslim (no. 1026)]

Ia diperintahkan demikian kerana kerana dibimbangi kalau-kalau suaminya berhajat untuk melakukan hubungan jenis dengannya. Tidak segia isteri menolak jika suami mengajaknya melakukan hubungan intim karena Rasulullah Saw bersabda:
“Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tapi ia menolak untuk datang lalu sang suami marah sepanjang malam maka para Malaikat melaknatnya (sang isteri) hingga datang waktu pagi.” [Muttafaq 'alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/294 no. 5194), Shahiih Muslim (II/1060 no. 1436), Sunan Abu Dawud (VI/179 no. 2127)]

Dan di dalam hadis yang lain baginda bersabda,
“Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk berhubungan intim, maka hendaknya sang isteri melayaninya meskipun ia sedang berada di atas unta.” [Shahih: Shahiih al-Jaami' as-Shaghiir 534, Sunan at-Tirmidzi (II/314 no. 1160)]

Adapun persoalan tuntutan berakhlak baik terhadap isteri maupun manusia hatta binatang adalah suatu yang tidak dipersoalkan. Bahkan Rasulullah Saw model dan qudwah dalam hal ini. Arahan Allah Swt sangat jelas dalam firmanNya:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan pergaulilah isterimu dengan cara yang baik maka jika kamu tidak menyukainya barangkali sesuatu yang kamu tidak sukainya itu justeru Allah akan menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.” (Surah an-Nisaa, 19)

Bahkan Nabi sendiri tidak menyukai lelaki yang suka memukul isterinya. Baginda SAW bersabda sebagai berikut, “Mengapa salah seorang di antara kamu suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal barangkali dia akan menyetubuhinya di hari lain?!”

Imam Nasa'i meriwayatkan dalam bab ini dari Aisyah r.a. sebagai berikut, “Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri maupun khadamnya sama sekali; dan baginda sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah) atau kerana larangan-larangan Allah dilanggar, maka baginda menghukum kerana Allah.”

Dalam riwayat Ibn Sa''ad dan al-Baihaki dari Ummi Kalsom r.a," orang-orang yang baik dikalangan kamu tidak akan memukul isterinya."

Yang penting agar kita tidak membezakan keizinan Islam yang menyebabkan kita mengikut peraturan barat secara membabi-buta sehingga menghalalkan apa yang diharam Allah atau mengharamkan apa yang dihalalNya. Tetapi kalau yang jelas haram tu.. hukumlah menurut syariah Islam sebagaimana yang diarahkan oleh Allah Swt & RasulNya.

Habis yang ini apa kesudahannya????
AJK Umno Bahagian Tasek Gelugur Didakwa Liwat Isteri

Ini berita daripada mStar Online yang melaporkan seperti berikut;
Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka. Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya. "Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh. Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama. “Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya”.

Entahlah??????

Read More !

5 May 2011. Tarikh PRU telah diumumkan.

| | 0 comments

Tiada siapa boleh memaksa Robert Mugabe untuk mengumumkan tarikh pilihanraya diadakan pada 2011 bagi menyelesaikan permasalahan politik di Zimbabwe. Keputusan berada ditangannya. Bahkan pilihanraya diadakan dipadang yang tak sama rata, penuh tipu-helah bagi mengekalkan kuasa beliau. Kata wakil parti Movement for Democratic Change, MDC pimpinan Morgan Tsvangirai, pembangkang terbesar di Zimbabwe yang dipimpin oleh Robert Mugabe.

Di Malaysia, tarikh pilihanraya hanya diketahui oleh PM, Najib Tun Razak sebagai satu strategi pilihanraya demi kemenangan BN. Ia menjadi teka-teki dan rahsia yang tidak diketahui oleh rakyat.
"Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat...biasalah. Keputusan muktamad...bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. Keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang,'' katanya.
Najib tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih. Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia ketika di Phnom Penh di perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP).

Itulah demokrasi ala Malaysia. Takde beza dengan Robert Mugabe, pemimpin kuku besi Zimbabwe. Tidakkah Malaysia mengikuti Negara Mahaguru beliau seperti Amerika Syarikat yang telah lama mengumumkan bahawa PRU USA akan diadakan pada Selasa, 11 November 2011. Manakala bagi negara Scotland telah mengumumkan tarikh membubarkan parlimen mereka dan akan diadakan pemilihan PRU pada 5 May 2011.

Begitulah kebanyakan negera-negara Eropah bahkan kebanyakan Negara-negara Afrika, Negara yang dikatakan mundur dan tidak maju telah mengumumkan tarikh pilihanraya. Negara yang 1st Lady mereka sanggup datang menghadiri Persidangan Wanita Pertama anjuran Rosmah. Kalau mereka tahu bahawa mereka lebih kehadapan daripada Malaysia dalam demokrasi ini, tentu mereka tidak datang sebagaimana 1st Lady Negara-negara lain. Berikut tarikh pilihanraya antara Negara yang telah mengumumkan bagi tahun 2011.

1/9/2011 Sudan Referendum
1/23/2011 Central African Republic General
1/31/2011 Niger Presidential (1st Round) and Legislative
January 2011 Mauritania Legislative/Local
2/11/2011 Niger Presidential (2nd Round)
2/18/2011 Uganda General
2/20/2011 Chad Parliamentary
3/20/2011 Central African Republic General (2nd Round)
4/10/2011 Peru General
April 2011 Burkina Faso Local
April 2011 Djibouti Presidential
April 2011 Nigeria Legislative, Regional, Presidential
5/8/2011 Chad Presidential
May 2011 Fiji Parliamentary
Spring 2011 Yemen Parliamentary
June 2011 Turkey Parliamentary
August 2011 Guyana General
September 2011 The Gambia Presidential
September 2011 Guatemala General
10/11/2011 Liberia General
10/23/2011 Argentina Presidential
October 2011 Bulgaria Presidential
October 2011 Cameroon Presidential
October 2011 Kyrgyzstan Presidential
11/6/2011 Nicaragua General
11/27/2011 Democratic Republic of Congo Presidential/Legislative
November 2011 Croatia Parliamentary
December 2011 Gabon Parliamentary
December 2011 Russia Parliamentary

Read More !

Khir Toyo: Bulu Merak & Bulu Ketiak.

| | 1 comments

Berkokoklah hulubalang UMNO dengan mendakwa bahawa kerajaan tidak memilih bulu. SPRM juga mendakwa Khir Toyo meskipun beliau adalah pemimpin UMNO. Inilah lawak bodoh UMNO-BN. Khususnya para bloggers dan media pengampu UMNO. Sememangnya UMNO nak mendakwa ni semestinya memilih bulu. SPRM hanya pak angguk aje. Itu pasal kena tunggu lama. Kes penjualan tanah tersebut telah berlaku tahun 2004. Kenapa sekarang? Pilih bulu le tu.

Masa tu Datuk Khir Toyo adalah bulu merak. Bulu yang wangi lagi bertatahkan emas. Selaku MB Selangor menjadi kesayangan UMNO. SPRM haram tak boleh sentuh. Tetapi kini, Khir Toyo dah jadi bulu ketiak UMNO, dah le busuk, hangit lagi. Meskipun pipinya dan wajahnya dah gebu melecun, tapi politik beliau dah mula gelunsur. Bak pernah duduk dikemuncak bukit. sekarang ni dah berguling turun. Ini berlaku selepas PR berjaya menumbangkan BN di Selangor dan Khir Toyo hanya layak menjadi ketua pembangkang sahaja. Apatah lagi krisis dalaman negeri Selangor makin memuncak apabila perebutan antara team Datuk Khir Toyo dan Datuk Noh Omar. Tu tak masuk lagi Team Satim Diman. Masing-masing ada fail masing-masing. Peteh memeteh ni kerja UMNO. SPRM sentiasa berlampu kuning. Cuma tunggu green-light sahaja.. nak dakwa bila. Tunggu signal aje dari dewa-dewa diatas kayangan. Hah sekarang masa yang tepat!

Kini Datuk Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah melibatkan dua lot tanah dan istana mewah beliau yang pernah kontreversi dahulunya kerana melibatkan pembinaan ala bali yang dikatakan mencecah nilaian RM20j. Kita tengoklah jengkal siapa yang lebih panjang. Nyawa siapa yang lepas. Siapa yang ternobat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor nanti.

Sebagai rakyat kita jangan terpana dengan wayang kulit mainan UMNO ni. Jangan anda lupa ketika krisis MB Terengganu. Apabila Derih Jusoh disingkirkan kerana derhaka kepada Sultan Terengganu, lalu Mat Said hendak ditabalkan sebagai MB Terengganu. Fuhhh!!! SPRM menghambat Mat Said macam koboi Rodeo menghambat lembu jantan. Mat Said tak berani tidur kat rumah kerana takut ditahan BPR masa tu. Hari esok beliau handak menerima watikah dari pihak istana. Kalau ditahan, tamat le riwayat Mat Said selaku gedebe UMNO. Rupanya jengkal beliau lebih panjang dari jengkal Derih Jusoh. Kini Mat Said selesa bersemayam di Banglo mewahnya di Kijal.

Pada 22 Mac tahun 2008, ketika kemelut memuncak, TV3 telah menyiarkan berita, ADUN Kijal yang disebut-sebut akan dilantik sebagai MB, disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR). Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek iaitu:-
1. Projek Roller Coaster di Kemaman pada 1995
2. Projek Pembinaan Dewan Besar Seri Amar Chukai, Kemaman pada 2007
3. Projek Mercu Tanda Daerah Kemaman di Bandar Chukai pada 2006
4. Projek Tambun Tanah di Kijal pada 2008 (3 kes)

Bayangkan Pembinaan Mercu Tanda Kemaman sejemput tu aje diberi kepada syarikat kroni dengan harga RM 3,996,928.00 pada 13 November, 2005 dan kini sudah sekian lama rosak tak terpakai. Buat malu orang Kemaman aje. Air tak memancut lagi, batang tiang dah tak bertukar warna, batu globe mat said pun dah tak berpusing dan skrin tanpa tulisan, dah jadi hitam legam…  dah expired. Ibarat dah mandul pe!!!
Kini setelah Datuk Ahmad Said masih lagi duduk ditampuk empuk MB Terengganu timbul pula pelbagai isu penyelewengan baru. Isu wang ehsan yang tak kesudahan yang disalah-gunakan untuk kepentingan UMNO-BN di Terengganu. Isu penyelwengan RM300j untuk membangunkan pulau-pulau di Tasik Kenyir dengan mewujudkan Pulau Burung, Pulau Rama-rama, Taman Orkid dan Pulau Herba dan sebagainya. Isu penyelwengan dan anugerah balak kepada golongan kroni dan orang istana tertentu dan bermacam-macam lagi. Tapia pa SPRM peduli??? Datuk Mat Said kini bak bulu merak bersalut emas.

Beberapa ketika dulu berbunyi jugak isu SPRM nak menyiasat Datu Idris Jusoh selepas pelucutan beliau dari tampuk MB Terengganu. Antara penyelewengan yang dilaporkan termasuklah tuntutan VO (Variation Order) Masjid Kristal yang asalnya RM80 juta menjadi RM200 juta lebih. Juga turut didakwa adalah tuntutan VO stadium dari RM180 juta menjadi hampir RM300 juta. Semua wang tuntutan ini difahamkan telah diselewengkan untuk pribadi disebalik kononnya untuk “Political Fund” yang diletakkan atas nama proksi dan kroni. Siasatan kes projek Taman Tamadun Islam dan penganjuran Piala Monsun di Pulau Duyung, juga turut didakwa berlaku penyelewengan.

Bayangkan bukan sedikit royalti Petronas yang telah membuat bayaran sebanyak RM7.3 bilion kepada negeri Terengganu itu sejak empat tahun selepas Umno kembali memerintah Terengganu. Tetapi kemana duit itu ghuyub? Sekarang sudah 2 tahun pulak Mat Said jadi MB. Entah kemana fail dah hilang.

Habis apa SPRM buat? Buat apa lagi kalau duk tengah pilih bulu le tu. Agak-agak Mana dia bulu merak, mana dia bulu ketiak? Tapi kalau pimpinan PR yang dikatakan ada terlibat dengan rasuah, tak bertangga dikejarnya… yelahh… bulu ari-ari. Cepat le pergi chek!!!

Read More !

2 lagi Demo di KL

| | 2 comments

Apapun tahniah kepada rakyat Selangor kerana berjaya menunjukkan tuntutan dan hak mereka dalam demo kelmaren. Protes air Selangor lebih tertumpu kepada isu negeri Selangor. Apatah lagi diadakan pada hari Ahad. Negeri di Pantai Timur tak cuti hari itu. Apapun ramai orang muda sebelah pantai Timur dan Utara dah rasa kering tekak kerana lama dah tak pekena gas pemedih mata polis dan FRU.

Sekarang kalau ada bantahan atau demo… anak muda sibuk bertanyakan… FRU ada tak? Ada sembur gas tak? Bila ditanya kenapa? Takde gas tak best!.. itulah gelagat anak muda yang darah mereka bergelagak dengan perjuangan dalam menegakkan keadilan dan menuntut hak mereka. Mereka lebih merasa dekat dengan PR yang memperjuangkan hak golongan tertindas terhadap UMNO-BN sebagai pemerintah elit.

Rasnya PR perlu menganjurkan dua lagi protes. Pertamanya Protes harga barang yang kini mencengkam rakyat disemua peringkat. Kenaikan harga gula, gas, minyak yang merupakan keperluan asas dan rutin rakyat menyebabkan akan membawa kenaikan berangkai harga barang. Walau pemimpin UMNO menafikan tetapi realitinya para pemimpin UMNO dengan pembohongan itu sudah sinonim. Rakyat terpaksa diperas buat mereka untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Keduanya demo untuk BERSIH 2. SPR nampaknya terus menjadi alat tunggangan UMNO-BN. Bahkan nampaknya semakin bermaharaja-lela. Ia diterompahkan oleh UMNO cukup ketara. Kesedaran rakyat perlu dibangkitkan untuk menuntut hak keadilan agar pilihanraya kali ke-13 nanti menjadi lebih telus. Kita tahu kini UMNO semakin terdesdak. Konvensyen BN sekali lagi mengulangi untuk mempertahankan nyawa politik mereka di Putrajaya. Hambatan rakyat untuk memartabatkan PR ke Putrajaya amat tinggi dan membara.

Najib akan menggunakan apa sahaja demi memastikan kemenangan BN. Penipuan dan kerja kotor itu sudah lumrah buat mereka. SPR sekali lagi akan diperkosa sesuka mereka. Tetapi jika kebangkitan rakyat yang menyedarkan semua pihak nescaya mereka tidak mampu berbuat apa-apa jika kuasa rakyat bangkit meminta hak mereka.

PR perlu mengatur gerakan rakyat ini agar timbul dipersada. Keberanian rakyat perlu diselaraskan. Kejayaan Perhimpunan BERSIH 1 dahulu amat menakutkan penguasa zalim UMNO-BN ini. Dan tak mustahil BESIH 2 akan lebih hebat dan mampu mengajak rakyat untuk Justify Fullmenterjemahkannya dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...