TERENGGANU HARAP PULANG DENGAN KEJAYAAN

| | 1 comments


Oleh: Muhd Lukman

KUALA TERENGGANU- Kerajaan negeri  mengharapkan pasukan Terengganu membawa kejayaan membanggakan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan diadakan di Perak dari 12 hingga 22 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, YB Ustaz Saiful Bahri  Mamat, berkata dia mengharapkan pasukan Sukma Terengganu mampu melakukan yang terbaik dan mampu memperoleh pingat.


Katanya, setiap perkara yang kita buat kita dahulukan dengan bismillah dan kita letakkan segala pengharapan kita kepada Allah S.W.T agar beroleh kejayaan, InsyaAllah ada pertolangan dari-Nya.
"Kita perlu mengharumkan Terengganu bahkan menangkis pandangan remeh pasukan lain terhadap pasukan Terengganu.

"Saya berharap pasukan kita dapat menyumbang sebanyak mungkin emas buat Terengganu dan boleh mengatasi pencapaian Sukma kita yang lepas,”katanya yang  merupakan bapa angkat kepada Pasukan Menembak Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas Perjumpaan Ramah Mesra bersama Pasukan Menembak Negeri Terengganu di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu petang semalam.


YB Ustaz Saiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut memberikan kata-kata semangat dan sedikit tips untuk mereka beroleh kejayaan dalam pertandingan tersebut.
Beliau juga sempat mengingatkan para pemain supaya menjaga kesihatan untuk menghadapi sukan ini tidak lama lagi.

“Jangan lupa jaga etika dan adab kita semasa berada di negeri orang kerana kamu semua membawa nama negeri ini, perlu menunjukan contoh tauladan yang baik kepada para atlit lain,”katanya.

Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/09/terengganu-harap-pulang-dengan-kejayaan.html

Read More !

SEBATAN SYARIE MENDIDIK BUKAN MENDERA

| | 0 comments


Oleh: Muhd Lukman

KUALA TERENGGANU - Hukuman sebatan terhadap pesalah lesbian kali pertama di negeri ini yang berjaya dilaksanakan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu membuktikan bahawa tujuan sebenar sebatan dalam Islam bukanlah untuk memudaratkan, bukan juga untuk menzalimi tetapi ia merupakan proses pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, dari sudut pandang Islam, tercatat di dalam Al-Quran bahawa kali pertama muncul hubungan sesama jenis atau perbuatan dari lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bermula pada zaman Nabi Luth.

"Di dalam Al-Quran Surah Al-A’raf ayat 80 dan 81 Allah berfirman: “Dan (Kami juga telah mengutus Nabi) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan yang sangat hina itu, yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelum kalian?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

"Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Mahkamah Syariah Negeri Terengganu yang berjaya melaksanakan hukuman sebatan dengan baik dan lancar sehingga selesai.

"Alhamdulillah hukuman sebatan hari ini berjalan dengan lancar dan diharapkan semua pihak saling berganding bahu untuk mengekang gejala LGBT ini.

"Kerajaan mengecam mana-mana badan atau pihak yang menyokong golongan LGBT ini dan akan berusaha untuk membanteras gejala ini dari terus menular ke dalam masyarakat kita.




"Pesalah juga menerima hukuman tanpa membuat rayuan dan hadir untuk menerima sebatan atas kerelaan diri sendiri.

"Kita harap segala kesilapan, keikhlasan dan keredhaan pesalah menerima keputusan sebatan ini akan mengkafarahkan dosa-dosa mereka dan insya-Allah akan memberi ruang kepada mereka untuk bertaubat," tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas pelaksanaan sebatan di Mahkamah Syariah Negeri Terengganu, hari ini (3 September).

Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berharap agar hukuman sebatan ini akan menjadi peringatan kepada masyarakat umum supaya menjauhi perkara-perkara yang menjadi kesalahan dalam syariat Islam itu sendiri.

"Al-Quran sendiri telah menegaskan kepada orang Islam supaya jangan menghampiri zina kerana ia merupakan penyakit dan akan menimbulkan banyak masalah di dalam masyarakat," katanya.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua wanita berusia 32 dan 22 tahun itu didakwa cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan di Dataran Arena Square, Dungun, pada jam 1:50 tengahari, bertarikh 8 April lalu.

Keputusan dibuat Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail selepas pasangan itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Terdahulu, dalam penghakimannya, Kamalruazmi berkata, kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan bertentangan dengan fitrah yang ditentukan Allah.




Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Bin Hashim, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan barisan Peguam Syariah Negeri Terengganu.

Rujukan: http://www.teganukita.net/2018/09/hukuman-sebatan-pasangan-lesbian-kali.html?m=1

Read More !

UCAPAN YB USTAZ SAIFUL BAHRI BIN MAMAT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN YANG KE-61

| | 0 comments



UCAPAN YB USTAZ SAIFUL BAHRI BIN MAMAT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN YANG KE-61
[admin] Hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar
"Sebesar-besar Konsep Kemerdekaan yakni manusia bebas mengabdikan diri kepada Allah S.W.T tanpa ada apa-apa halangan dan mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah serta Rasul"

Read More !

JANGAN PILIH BULU, FOKUS KEBAJIKAN PENDUDUK SETEMPAT

| | 0 comments


Oleh: Muhd Lukman

DUNGUN - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan mengambil tahu dan mendapatkan maklumat mengenai masalah setempat untuk disalurkan ke Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhampiran untuk diselesaikan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri memberikan kepercayaan penuh kepada semua Ahli Jawatankuasa MPKK supaya berkhidmat sebaik yang mungkin dan menumpukan kebajikan penduduk setempat tanpa memilih bulu.

Katanya, oleh yang demikian, kerajaan juga memerlukan kerjasama semua pihak supaya bantuan dapat sampai secara menyeluruh dan menumpukan kepada rakyat yang memerlukan.



"MPKK wajib ambil cakna dan peka dengan masalah penduduk setempat. Janganlah kita gunakan alasan 'warna parti politik' untuk menidakkan bantuan kebajikan kepada yang berkenaan.

"Kita perlu gunakan saluran sedia ada untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk terutama melalui masjid dan surau. MPKK juga perlu pandai menggunakan media baru seperti facebook, instagram dan twitter," kata beliau.


Saiful berkata demikian di majlis penyampaian sijil watikah pelantikan kepada Pengerusi dan semua AJK MPKK DUN Paka di Dewan Masjid Pinang Merah, kelmarin.




Kira-kira 250 peserta hadir pada majlis kelmarin.

Turut hadir,  Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Dungun,Ustaz Jamaludin Jusoh dan Penyelia i-MiTS DUN Paka,Ustaz Mohd Kamal Mohd. 

YB Ustaz Saiful juga memaklumkan akan wujud dari kalangan MPKK yang dilantik sebagai penguatkuasa syariah atau sukarelawan dalam membantu kerajaan meningkatkan pelaksanaan syariah di negeri ini.

Di samping itu, beliau menambah, semua pemimpin setempat perlu melaksanakan segala kerja dengan ikhlas dan meyakini bahawa segala tindakan dan amalan kita disaksikan Allah Taala.

Rujukan:http://www.teganukita.net/2018/08/jangan-pilih-bulu-fokus-kebajikan.html

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...