Kemana lagi Adun Paka nak lari?

| | 1 comments



Selepas para pelajar, ibu-bapa, kakitangan sekolah serta masyarakat awam berdemontrasi membantah tindakan 5 JKKK yang merampas tanah sekolah 12 Februari tempoh-hari, barulah buat pertama kali pihak pemimpin Umno-BN bersuara. Adun Paka khususnya membuat sidang media di Permai Inn, Kuala Terengganu. Tempoh 7 hari diberi kepada penulis untuk menarik balik tuduhan bahawa beliau lari ke Resident Resort ketika demontrasi ke pejabat beliau diadakan untuk menyerah memorandum bantahan kepada Adun Paka sendiri.



Gambar demo semuka penuh oleh akhbar Sinar harian

Tetapi apa yang malang dan menyedihkan berdasarkan laporan media iaitu Sinar harian yang bertarikh 14 Februari dan Berita Harian keluaran Ahad itu serta pengamatan yang dibuat oleh penulis melalui rakaman video terhadap Sidang Akhbar tersebut didapati Adun Paka, YB Zakaria memberi maklumat bohong, palsu serta berasaskan fitnah semata-mata.

Amat malang, bagaimana seorang yang berstatus wakil rakyat yang sepatutnya telus, adil serta memberikan jawapan yang berasaskan fakta dan kebenaran tetapi bertindak sebaliknya. Tuduhan dan tohmahan berdasarkan emosi dan nafsu beliau yang jelas bersikap wakil kroni dan bukannya wakil rakyat. Beliau bercakap dihadapan wartawan yang tidak mengetahui kedudukan sebenar dan ianya dilapurkan kepada rakyat secara sehala.14 perkara yang dibangkitkan oleh Adun Paka untuk menghalalkan tindakan pihak pemimpin Umno-BN dan JKKK yang bertindak merampas tanah Sekolah Rendah Agama Islam Darul Bayan adalah kenyataan dan jawapan yang amat dangkal.

Penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan satu persatu dan menjawabnya disini. Bahkan penulis telah membuat kenyataan akhbar yang telah disiarkan kelmaren oleh Sinar Harian pada 20hb Februari 2012 dengan mencabar pihak Adun Paka untuk diadakan “Debat Rakyat” dalam isu rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan ini agar masing-masing boleh mengemukakan hujjah dan boleh dijawab secara adil dan seimbang.Surat rasmi sudah dihantar ke Pejabat Adun Paka dengan tarikh serta tempat boleh ditentukan oleh pihak Adun Paka sendiri untuk diadakan di kawasan Dun Paka sendiri. Pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Tidak guna beliau bercakap dan berhujah dihadapan wartawan tetapi biarlah beliau berani berhadapan dengan rakyat beliau sendiri dan biarlah rakyat boleh menjadi hakim.

Kenyataan akhbar untuk cabaran debat rakyat kepada Adun Paka

Tajuk debat juga telah disarankan berdasarkan persoalan yang dibangkitan beliau ketika siding media tersebut iaitu : “Siapa Rampas tanah Siapa?” atau persoalan kedua yang beliau bangkitkan : “Siapa Yahudi, Siapa Palestine?” Adakah beliau berani? Atau beliau sekali lagi nak melarikan diri daripada menghadapi kebenaran dan rakyat beliau sendiri? Atau beliau hanya berani menipu dihadapan wartawan semata dan tidak berani berhadapan dan bersemuka di pentas terbuka? Berani kerana benar, takut kerana salah!Mengenai jawapan Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said dihadapan wartawan sebagaimana yang disiarkan oleh Berita Harian Ahad lalu, penulis tak berminat untuk mengulasnya kerana zahir sangat bahawa beliau tak tahu apa-apa, hanya membuat kenyataan bodoh sahaja.

Laporan SPRM oleh Pengerusi J/K Bertindak dan Guru Besar SRIDB

Hari Ahad lalu juga pihak Jawatan Kuasa Bertindak terhadap rampasan tanah SRI Darul Bayan telah membuat report dan aduan kepada pihak SPRM Kuala Terengganu agar diadakan siasatan menyeluruh terhadap bagaimana rampasan tersebut boleh berlaku dan kita berkeyakinan adanya salah-guna kuasa berlaku terhadap prosedur yang membawa kepada tindakan rakus serta zalim ini.

Semua cara akan digunakan bagi mempertahan tanah Sekolah agama ini yang dibangunkan menggunakan harta zakat dan wakaf orang ramai dan semoga mereka yang terlibat dengan kezaliman ini insaf dan kembali ke pangkal jalan. Amen.

Read More !

YB BN lari ke Resident?

| | 0 comments

Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah. Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.

Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu. Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.

Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera. Hari ini, Ahad hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari. Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.

Papan tanda pembinaan anak Yatim yg kini dirampas tanahnya oleh JKKK

Peserta demo berarak ke pejabat Adun Paka

Memorandum yang nak diserahkan tetapi YB lari ke Residen Resort berhampiran

Pelajar muslimat juga turut serta

Kenapa YB lari? mana dia slogan berkhidmat tuh!!!


Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran. Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!

Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu “Datuk” Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.

Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam. Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?

Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???

Read More !

Ada Hati Perut ke JKKK, Adun Paka & MB Terengganu?

| | 5 comments

2 Penggal pemerintahan Umno-BN setelah tahun 2004, menyaksikan pelbagai kezaliman yang kini semakin terasa dikalangan rakyat marhain. Bermula dengan rampasan royalti, tekanan dan sekatan kerajaan Pusat dikenakan terhadap Terengganu sebagai hukuman terhadap rakyat kerana memilih Pas & PR sebagai pemerintah. Sebuah demokrasi songsang bagi pengamal Kerajaan Federalisme daripada pilihanraya.

Apabila DS Idris mula berkuasa maka terlihatlah belangnya. Penuh dengan kesombongan, angkuh dan takaburnya lalu terus membekukan dan merampas tanah-tanah RTB yang diluluskan kepada rakyat melebihi 60 ribu lot semuanya. Surat dihantar kepada Konsortium Juruukur supaya menghentikan serta-merta kerja-kerja menyelesaikan tanah rakyat. Ada yang dah buat rumah kediaman, dengan kuasa Umno-BN meruntuhkan serta menyapu bersih dengan jentolak.

Sedangkan mereka merupakan rakyat Terengganu, melayu, Islam. Bukan hanya penyokong Pas tetapi ramai dikalangan orang Umno. Yang penting mereka berhak dan rakyat Terengganu. Kenapa mereka dizalimi dan dinafikan haknya sehingga kini. Dalam Dun Paka sahaja dengan 11 RTB (Rancangan Tanah Berkelompok) yang melibatkan hampir 1,800 peserta.

Bukan hak rakyat sahaja dirampas bahkan Masjid Bujal sendiri menjadi saksi kezaliman Umno-BN. Kuasa yang mereka miliki menyebabkan mereka lupa kepada adanya Allah Swt. Perbuatan meniru Zionis laknatullah yang merampas tanah Palestine dan rumah ibadah dibumi suci tersebut. Di Israel mereka merampas tanah orang arab untuk diberikan kepada bangsa Yahudi. Malangnya di Terengganu, tanah melayu dirampas oleh wakil rakyat Terengganu sendiri. Sebangsa, seagama.

Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Hanya sepenggal pemerintahan beliau, kita menyaksikan bagaimana Allah Menghinakan manusia yang zalim. Idris Jusoh dihinakan sedemikian rupa. Umpama kucing kurap yang buruk kepala. Hilang tampuk kerusi empuk MB Terengganu. Bukan kerana Pas, bukan kerana rakyat tetapi kerana perebutan dan pencakaran sesama mereka. Idris Jusoh vs Mat Said. Slogan “Pembangunan yang tidak pernah kelihatan” bertukar menjadi Terengganu Darul Runtuh. Betapa cepatnya pembalasan Rabbul Jalil.

Adakah mereka mengambil pengajaran? Dizaman DS Ahmad Said, ketika awal pemerintahan… demi mengukuhkan kuasa beliau supaya tidak ditolak dengan undi tak percaya beliau mengambil pendekatan berlunak dengan Pas sendiri. Nampaklah macam orang yang dah bertaubat. Berkopiah dan berjubah mengalahkan orang Pas. Tetapi kini kuku dan belangnya sudah kelihatan. Yelah… Kkabo tahik, lama mana sangat boleh bertahan didalam kapas mewangi. Pasti akan merayap keluar berada ditempat asalnya.

Yang terbaru apabila rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Paka. Rangkaian sekolah Pondok Darul Bayan, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Ma'had Tahfiz al-Quran yang mempunyai 700 pelajar keeluruhannya. SRI Darul Bayan adalah satu-satunya Sekolah rendah Islam di Dun Paka. Sebuah sekolah rakyat yang berdaftar dengan JHEAT dan sepenuhnya didirikan dan diseliakan dengan sumbangan wang zakat dan derma orang-ramai. Ia ditubuhkan sejak tahun 2001 dan kini memiliki pelajar seramai 360 orang. Tanah yang dipohon dan diberi kelulusan RTB seluas 2 ekar itu pada tahun 2003 telah didirikan pembangunan sekolah. Sebuah bangunan induk dan sebuah bangunan tambahan 2 tingkat, surau, kantin dan 2 unit rumah guru. Sila klik http://sridarulbayan.blogspot.com/

Kini dengan rakus mereka tega merampas tanah institusi pendidikan Islam dan dibahagikan kepada pengerusi dan ajk JKKK setempat pada bulan desember 2011 yang kini baru disedari setelah disembunyikan. Seekar dibahagikan kepada 5 lot dan diberikan kepada pengerusi Umno & ajknya atas nama RTB Kolam Permai, mukim Paka iaitu :-
1. Lot RTB 9832 diberikan kepada Pengerusi JKKK Limbong : Ibrahim bin Abdullah
2. Lot RTB 9833 - Abd.Ghani Karim suami kepada Anita Ariffin – S/U JKKK Limbong
3. Lot RTB 9831 - Suhaini Abd.Karim, isteri Fauzi Nong – Naib JKKK Limbong
4. Lot RTB 9830 – Muhamad Idris – JKKK Limbong
5. Lot RTB 9829 – Rosli Hasyim – JKKK Cacar.

Sepatutnya tanah individu diambil oleh kerajaan untuk kepentingan awam tetapi tanah Sekolah Agama Rakyat diambil untuk kepentingan beberapa kerat JKKK. Adakah ini dikatakan Umno sebagai parti pembela rakyat, pejuang melayu & menegakkan Islam? Adakah ini maknanya “Rakyat didahulukan”??? adakah inilah sebenarnya pemimpin melayu haprak yang disebut oleh Dr Mahathir?

Umat Islam ni biasanya tanah sendiri diwakafkan untuk surau, masjid maupun sekolah Islam. Tetapi kini tanah sekolah dibolot untuk kepentingan juak-juak mereka. Mana hati perut mereka? Kini dengan lay-out baru itu menyebabkan tanah perancangan untuk penempatan anak yatim itu sudah hilang. Sebahagian surau, kantin sekolah bahkan 2 unit Rumah guru juga turut dirampas. Apalagi yang tinggal apabila tanah kini tinggal tak sampai seekar? Kenapa yang mereka dendamkan sangat dengan sekolah tersebut? Sedangkan sekolah tersebut berdaftar dengan JHEAT. Menggunakan kurikulum Kementrian Pendidikan dan mengambil peperiksaan UPSR. Mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PPD Dungun. Pernah mendapat kelulusan cemerlang dengan keputusan 100% pada tahun 2010. Para pelajar seepas Sri darul Bayan ini menyambung pelajaran di SMASZA, SMASID, IMTIYAZ, MA’AHAD MUHAMMADI dan lain-lain institusi.

Tidakkah mereka malu melihat bagaimana orang-orang cina yang anggup mengeluarkan duit mereka membina pembangunan dan dewan sekolah jenis kebangsaan cina Chee Mong di Paka maupun di Batu 5. Pihak kerajaan boleh pulak berikan bangunan baru untuk kelas meskipun pelajar hanya 100 orang lebih bahkan pelajar mereka juga dapat bantuan rm100 kepada setiap pelajar. Semua ini dinafikan terhadap Sekolah Agama Rakyat.

Siapa yang terlibat dengan kezaliman ini? Sudah tentu pihak JKKK terlibat secara langsung. Apatah lagi mereka bermesyuarat dan memutuskan untuk meletakkan nama mereka sendiri. Adun negeri N28 pastinya merupakan orang yang memutuskan dan menandatangani bagi kelulusan dan sokongan dalam mesyuarat Tanah Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia dibawakan ke mesyuarat MMKN dan diluluskan oleh Exco dan ditandatangani oleh MB Terengganu iaitu DS Ahmad Said. Inilah sebenarnya kezaliman itu diproses.

Adakah mereka lupa kezaliman ini akan adanya pembalasan? Tak ingat mati ke puak-puak ni. Adakah mereka lupa sabdaan Rasulullah Saw : “Siapa yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang tidak sebenar sekadar sejengkal nescaya akan dipikulnya 7 petala bumi diakhirat kelak”.

Semua ini berlaku kerana rakyat memberi kuasa kepada mereka. Lalu mereka menggunakan kuasa mengikut nafsu kesombongan dan keegoan mereka. Pas Dun Paka menyarankan agar pihak Sekolah samada staff maupun ibu-bapa bahkan pihak pengurus erta PIBG agar terus mempertahankan hak mereka. Sila klik http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Rampasan-Tanah-Sekolah-Rendah-Islam-Darul-Bayan-23100-Paka/278308188895566 . Diharapkan agar gabungan sekolah-sekolah Dar di Terengganu yang berjumlah 7 buah dengan pelajar 2,000 orang dapat bersama menyuarakan bantahan ini. Dan diharapkan rakyat sendiri menghentikan kezaliman ini dengan menumbangkan mereka dalam PRU-13 nanti. Kita akan saksikan siapakah selepas DS Idris Jusoh. Ingatlah mereka yang dizalimi tiada hijab dengan Allah Swt. Allah Akbar.

Read More !

Tindakan Murtad.. Selesai dulu Ayah Pin!

| | 0 comments

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, mereka yang terlibat harus menghormati umat Islam dan menghentikan perbuatan yang bertentangan dengan perlembagaan negara yang dikhuatiri akan mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Ia merujuk kepada lapuran JHEAT bahawa adanya usaha-usaha untuk memurtadkan orang Islam di Terengganu.

Amaran itu amat baik tetapi pihak MB sepatutnya selesai dahulu isu-isu sesat yang sedia ada. Selesai dahulu isu Ayah Pin. Takkan hilang begitu sahaja. Apakah kerana Ayah Pin menyokong Umno maka ia dibiarkan? Kita masih ingat isu Kamariah Bt Ali yang mengaku bukan Islam bahkan mengistiharkan dalam mahkamah Syariah.Beliau adalah pengikut tegar Ayah Pin.

Ataukah kerana ia melayu... Umno yang membela melayu katakan... lalu Ayah Pin dikecualikan dari tindakan?

Atau adakah pihak kerajaan Umno pimpinan Datuk Ahmad Said bimbang kalau ia disabitkan dengan undang-undang murtad yang boleh membawa hukuman mati menurut enakmen Hudud & Qisas Terengganu 2001. Adakah beliau bimbang kalau MCA & Gerakan menentang dan menimbulkan isu serta polemik dalam politik diMalaysia.

Kita semua tahu kerana Umno bukannya hendak menegakkan undang-undang Islam. Ianya merupakan kenyataan pimpinan Umno sendiri dan terakhir kenyataan PM Najib sendiri bahawa undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan.

Kita yakin bahawa ubat terbaik bagi membendung gejala murtad adalah dengan meimplimentasikan undang-undang Hudud & Qisas yang telah diluluskan itu. Cakap sahaja berdegar-degar tak berguna. Kita dah acap kali dengar ugutan MB Mat Said ni. Ugutan mulut luas kata orang. Mulut Gong… bunyi aje bergegar tapi habuk pun tarak.

Kita dok tunggu ni... mana tindakan terhadap mereka yang dituduh oleh Mat Said sebagai pencuri bijih besi di Bukit Besi... nak diambil tindakan kononnn.... mananye? tarakkkkkk!!!! Rasenya begitu jugalah dalam isu murtad ni. Dekat-dekat nak PRU ni? Mat Said nak ambil tindakan? Tahniahhhh le....

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...