Posted by
Saiful at 4:38 PM
|
|

Hidup macam roda basikal. Sekali sumbu diatas sekali berada dibawah. Semasa dibawah berjeluahlah dengan lumpur, kekotoran dan debu. Sampai masa akan tiba masa diatas pula. Begitu juga semasa menjadi durian. Apalah sangat usaha yang ada pada si timun. Mengolek luka, digolek pun luka. Tapi tinggu saat dan masanya, durian akan menjadi tempoyak. Hah! Masa tu tak cukup tanah le durian akan ditenyeh.
Semasa tahun awal-awal menuntut kemerdekaan betapa Umno berbangga bahawa perjuangan mereka menuntut kemerdekaan. Menentang Malayan Union. Mengembeling rakyat untuk berdemontrasi menentang penjajah British. Meskipun itu merupakan lakonan untuk sebuah sejarah yang palsu. Umno yang ditubuhkan oleh penjajah British. Dipimpin oleh pegawai dan kakitangan dipejabat semasa pemerintahan British.

Apapun mereka menuntut dan ketika itu rakyat bersama-sama mereka meraih kemerdekaan. Meskipun kemerdekaan yang mentah itu sehingga kini masih lagi belum merdeka dalam sertikata sebenarnya.
Hari ini Umno-BN pula sebagai pemerintah. PR,NGO dan Bersih 2.0 sebagai pengerak untuk mobilisasi rakyat menuntut keadilan dan hak mereka. Umno-BN pula bersifat penjajah meskipun mulut manis sebagai pembela rakyat. Tapi ekor menyepit memperhambakan rakyat.
Kalau beberapa tahun para demontrasi pembangkang berarak ditengah Bangkok menuntut pilihanraya dan akhirnya gelombang baju merah sebagai pembangkang kini dinobatkan pula sebagai pemerintah. Di Filipina juga menyaksikan bagaimana rakyat marhaen bangkit membuat perubahan dan mereka kini adalah pemerintah. Soeharto selaku Presiden Republik Indonesia walaupun terlalu lama berkuasa, tetapi kebngkitan rakyat dijalanraya yang digerakkan oleh mahasiswa dan kini akhirnya golongan tirani itu tumbang dan kepimpinan pilihan rakyat yang berkuasa.
Begitu juga gelora yang masih lagi panas dan membahang di Timur Tengah. Adakah kini debu dan percikan berapinya itu mampu singgah di kuala lumpur. Kalau Dataran Tahrir selaku medan demontrasi berjuta umat yang bangkit dan menumbangkan Hosni Mubarak, mampukan Dataran Merdeka menjadi sejarah kebangkitan rakyat yang benar-benar inginkan kemerdekaan yang tulin daripada pemerintahan yang ada sekarang?

Kuasa rakyat sebenarnya mengerunkan Umno-BN. Ketakutan kebangkitan rakyat menyebabkan gelabahnya pimpinan Umno-BN. Bimbangnya mereka jikalau himpunan Bersih yang berarak besok menyaksikan Umno-BN tumbang dihari Ahadnya. Sebenarnya janganlah Umno bimbang. Kuasa mereka masih bertahan sehingga Pru-13 nanti. Himpunan ini bukannya nak melihat tumbangnya Najib dari kerusi empuk PM tetapi rakyat membuat pilihan yang adil dan tidak ditipu dalam pilihanraya yang akan datang.
Bab kata orang... samada Umno-BN akan kalah atau PR yang akan menang... nescaya rakyat akan menerima dengan senang hati. Rakyat tetap memilih untuk menjatuhkan Umno-BN dalam pilihanraya bukannya jalanraya.
Hari ini Ngo & PR berdemontrasi. Mungkinkah selepas ini mereka akan menjadi pemerintah?. Tak mustahil. Dan ketika itu pulaklah, Umno-BN nak berarak. Nak berdemontrasi. Nakkan ketelusan undi pos, ketelusan SPR. Dek kerana perasaan takut kalah & tumbang takut itulah... fobia telah menlanda pemimpin Umno-BN. Macam-macam fatwa keluar. Bersih dengan pertubuhan haram. Selepas itu memakai baju kuning sudah menjadi haram. Dan terkini 91 orang dari pimpinan Bersih, Pesaka & Pemuda Umno pulak diharamkan ke Kuala lumpur pada 9 Julai ini. Dalam ramai-ramai tu... termasuk jugak aku sendiri. Apahalnya dengan nama ku yang tersenarai. Wujud kal adam. Nama ku yg wujud ini macam takde pun. Bukan siapa yang kenal pun.... nak takut apanya... Ish 3X. Tersentuh bumi KL pada 9 julai ni... haram ke? Tulah ke?
Posted by
Saiful at 12:05 PM
|
|

Apapun gelombang yang dibawa oleh Bersih 2.0 merupakan kemenangan pertama kearah PRU-13. Kegelabahan pimpinan Umno-BN dalam menangani isu ini memojokkan mereka dipenjuru gelanggang. Tindakan membendung dan menghalang rakyat samada menggunakan institusi polis, mufti, SPR, NGO maupun Raja-raja akan menggambarkan betapa kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno menanggani isu keadilan rakyat. Kegagalan Umno dalam memikul amanah yang sudah sekian lama diserahkan kepada Umno-BN.
Dalam menghadapi perhimpunan Bersih ini, pimpinan Umno khususnya Najib berada di persimpangan. Nak diluluskan dibimbangi kebangkitan tanpa kawalan sehingga berlaku apa yang berlaku ditimur-tengah sehingga tumbangnya kerajaan. Tak diizinkan juga membawa kebangkitan rakyat yang akan diluahkan dalam kotak undi dalam Pru nanti. Contoh sudah berlaku apabila Bersih 1.0 yang berlaku pada tahun 2007 telah menafikan 2/3 kuasa BN dalam parlimen.
Rakyat kini sudah nampak ketidak-yakinan mereka untuk diserahkan sekali lagi kuasa memerintah pada pilihanraya akan datang. Kuasa undi orang bukan melayu nampaknya masih lagi bersama PR. Halangan serta tindakan melampaui batas pihak polis akan mengukuhkan lagi sokongan bukan melayu kepada PR. Bagi orang melayu khususnya anak-muda mula bangkit apabila gelombang Bersih ini mula merebak dan diberi promosi percuma oleh media Umno dan pimpinan Umno sendiri.
Bagi pimpinan PR sentiasa memikir dan merancang untuk menjana kebangkitan dan membina gelombang untuk menggerakkan mood orang ramai untuk bangkit bersama PR. Apatah lagi untuk membangkitkan semangat ahli sendiri khususnya orang muda dalam menggerakkan kerja-kerja pilihanraya. Kalau Pas mereka menggerakkan agenda PGU (Pas Ganti Umno) sememangnya untuk menghimpunkan sokongan sebanyak mungkin bagi menjatuhkan Umno-BN. Public Opinion perlu dibentuk agar rakyat semuanya bangkit meletakkan keyakinan kepada PR untuk memerintah dan menawan Putrajaya.
Nampaknya misi itu semakin hampir tercapai. Terimakasihlah Umno-BN. Diharapkan mereka lebih kuat menekan rakyat. Mereka terus menipu dan membohongi rakyat. Rasuah semakin berleluasa. Selagi tuntutan Bersih tidak ditunaikan… selagi itu langkah ke Putrajaya semakin hampir. Ingatlah bahawa gelombang bersih tidak akan terhenti pada 9 Julai ini tetapi sentiasa bergelora menunggu tarikh keramat yang terpaksa diumumkan oleh PM nanti. Tarikh Pru 13. Angka kejatuhan buat Umno-BN
Posted by
Saiful at 7:08 AM
|
|

Dalam dok sibuk kat negara kita ini bergelora perhimpunan menuntut demokrasi yang menghadapi pelbagai kerenah. Malaysia nampaknya masih lagi dalam senarai demokrasi jakun. Negara seperti Indonesia yang melebihi 200j penduduknya, masing-masing boleh melakukan unjuk-rasa bahkan pihak polis memberi panduan serta kerjasama yang baik agar perhimpunan berjalan dengan aman.
Kalau bab demontrasi ini, Thailand dianggap lebih kehadapan meskipun penduduknya seramai 70j. Demontrasi silih berganti tetapi ia tidak menjejaskan kestabilan politik Negara tersebut. Kebebasan dalam menyuarakan pendapat serta menuntut keadilan berlaku dinegara-negara jiran kita. Sebab itulah kita lihat mereka telah lama membuat perubahan seperti Indonesia, Filipina maupun Thailand.
Amat malang Malaysia yang bilangan penduduknya hanya seramai 27.56j orang dengan Malaysia yang dikatakan sebuah negara hebat, negara contoh, negara yang rakyat didahulukan dengan pasukan polis yang dikatakan terbaik tetapi gagal untuk menguruskan sebuah perhimpunan yang aman. Nak diadakan perhimpunan Bersih, seolah-olah nak kiamat jadinya Malaysia ini sehingga semua pihak turut campur-tangan. Yelah!!! Mungkin pihak kerajaan pun tahu, kebebasan bersuara dan keadilan dalam pilihanraya bererti tumbangnya kerajaan memerintah sepertimana jiran-jiran kita.
Tetapi mereka juga harus mengambil pelajaran dari Negara jiran. Akibat menekan rakyat dan menghalang kebebasan mereka dalam bersuara akhirnya ia menjadi letupan kepada tindakan rakyat. Sekatan demi sekatan serta ganguan demi ganguan menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat. Nanti akhirnya rakyat menterjemahkan kedalam tong undi dalam pilihanraya sebagaimana yang berlaku di Thailand. Dalam kita sibuk dok nak buat perhimpunan, pembangkang di Thailand telah memenangi pilihanraya dan telah menumbangkan kerajaan yang memerintah.
BANGKOK - Parti Pheu Thai akan membentuk kerajaan campuran dengan empat parti politik lain bagi memastikan kerajaan stabil, kata calon perdana menteri, Yingluck Shinawatra daripada parti berkenaan semalam.Pheu Thai yang memenangi 265 kerusi pada pilihan raya umum kelmarin, akan bekerjasama dengan Chart Thai Pattana yang mendapat 19 kerusi parlimen, Chart Pattana Pueu Pandin (tujuh kerusi), Phalang Chon (tujuh kerusi) dan Mahachon (satu kerusi)."Dengan 299 kerusi, kerajaan campuran stabil sepenuhnya untuk bekerjasama dan berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan parti-parti itu di sini semalam.Yingluck berkata, agenda segera kerajaan baharu ialah untuk bekerja ke arah mencapai penyatuan rakyat dan menangani masalah ekonomi khasnya mengenai kenaikan harga barang dan komoditi.PM Malaysia telah bersetuju untuk membenarkan stadium sebagai tempat untuk perhimpunan Bersih diadakan. Betapa seorang PM buat lawak bodoh. Itu bukan demontrasi, itu sebagai tempat bersukan. Kalau dah bodoh… janganlah nak memperbodohkan rakyat yang ramai pula. Jangan zahirkan kegelabahan Umno yang semakin hari semakin ditolak rakyat. Selemah-lemah Abdullah Badawi, Bersih 1.0 boleh berjalan, tetapi sehebat-hebat Najib, takkan gelabah macam kucing mampuh anak.
Kalau Umno boleh buat perhimpunan sejuta belia di Putrajaya dengan menggunakan dana rakyat pulak tu kenapa Bersih hanya layak buat dalam stadium aje. Bersih 2.0 pun tak perlukan stadium kerana di negeri Selangor dah banyak stadium. Kalau dan berarak kat stadium, kat Syah Alam pun boleh. Kalau Najib galak sangat nak bagi permit kat stadium, baik berikan permit kat Zoo Negara. Boleh jugak 'beruk-beruk dijalanan' tu tengok dan mengundi dalam Pru 13 nanti. Kalau tak pun, mintak izin dari Sultan Pahang biar Bersih 2.0 diadakan di Taman Negara kat Gunung Tahan tu... barulah dikatakan rakyat tak derhaka. Yelah!!! kita kan hidup dialaf mellinium ni...
Posted by
Saiful at 10:18 AM
|
|

Nampaknya macam budak-budak bodoh, tingkah-laku pimpinan Umno ni. Berlawanlah secara gentlemen sebagai anak jantan. Sudahlah mereka menggunakan cara politik kotot untuk memenangi pilihanraya dan enggan hingga kini menunaikan tuntutan rakyat untuk menjadikan Badan SPR yang telus dan diyakini semua. Masa yang diberi cukup lama untuk membuat perubahan. Sejak Bersih 1.0 dulu iaitu tahun 2008 dan kini dengan Bersih 2.0. Apa pemimpin Umno-BN buat. Pekak-Badak. Mereka bukannya nak dengar suara rakyat. Bahkan mereka bukan hanya memperalatkan undi pos tetapi menambahkan senarai undi pos dengan mewajibkan isteri dan keluarga mereka pula sebagai para pengundi pos. semua orang tahu bagaimana Umno-BN menggunakan undi pos sebagai penyelamat termasuklah di Parlimen PM sendiri iaitu Pekan.
Kini mereka sekali lagi Nampak terdesak. Nampaknya terompah-terompah mereka tidak boleh diharap untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0. PERKASA dengan brahim alinya, Ketua Pemuda Umno, PEKIDA dan kini dengan pertubuhan silat pulak. Lebih 2 ribu lapuran polis dibuat. Mungkin Umno merasakan ianya tidak berkesan lalu dilemparkan dengan tuduhan pula. Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, baju kuning haram, perhimpunan haram, logo haram. Dah habis fatwa dah keluar dengan ulama Umno turut berfatwa bahawa perhimpunan itu sebagai agenda khawarij. Unsur Yahudi dan agenda sekular. Tak cukup dengan itu Menuduh himpunan itu terpengaruh dengan agenda komunis. Entah apa-apalah Umno-BN ni…
Nampaknya kini, mereka terpaksa berlindung dibelakang raja pula. Meskipun selama ini merekalah yang mengikis kedudukan raja-raja melayu dan kini mereka terpaksa bersembunyi disebalik warna kuning juga. Ish.. belum ni kata warna kuning haram!!!
Umno semakin kotor. Sudah hilang maruah. Diharapkan rakyat terus membuang pengotor ini pada Pru-13 nanti. Dah berbalah, asyik nak mengadu kepada bapak…. Sampai bila Umno nak menyorok dibalik istana ni??? Ish Umno ni sepsis jantan ke betina??? Harap Hisyamudiin tunjukkan kejantanan beliau sebagai Menteri dalam Negeri. Jangan dok berselindung disebalik polis dan FRU. Zahirkan Umno mu sebagai Naib Presiden Umno tu.. Auww!!!