Foto2 XPDC Tarbawi 4X4 Presiden Siri (ii)

| | 0 comments

Pukul 1.10 tiba di Masjid Pasir Minal, Kemaman. Bersiap diri untuk solat Jumaat yang di imamkan oleh Tuan Guru Presiden. Sebelum itu khutbah yang disampaikan beliau berkisar perjuangan palestine serta jenayah Yahudi terhadap nabi2 sepanjang zaman sehingga terhadap umat islam kini. Kecaman juga terhadap tindakan biadap Zionis terhadap konvoi kemanusiaan sedunia Gaza.

Selesai Jumaat, para pemuda yang diketuai DPPKK telah melakukan demo tunjuk rasa menentang dan membantah tindakan tentera Yahudi yang membunuh peserta konvoi serta merampas barangan derma kemanusiaan Gaza di baru-baru ini.



Kemudian bendera negara Yahudi israel dibakar sebagai tanda kehancuran buat Zionis
Para pesrta berehat sementara sebelum meneruskan perjalanan setelah menjamu selera. jamuan rakyat dengan menumbangkan 2 ekor kerbau bersama makanan istemewa. Terimakasih pihak masjid Pasir Minal atas sambutan hebat ini.
Kembara diteruskan menuju ke kampung tradisi iaitu Air Puteh
Jam 3.30 petang, tiba di air puteh, para peserta berhenti untuk penyampaian bantuan fakir miskin. Sebanyak 4k telah diagihkan buat 40 orang yang terpilih di air puteh dan kampung sekitar.
Ucapan rengkas dari Tok Guru Presiden serta majlis penyampaian bantuan
Kembara diteruskan ke Blok 6, Sg. cerul. Konvoi dipandu iring oleh anak-anak muda Pas bersama motor & Scramler
Mula masuk ke jalan tanah merah. Off Road ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada para peserta
setelah perjalanan hampir 1 jam. Tibalah ke destinasi ditengah hutan yang nyaman dengan persekitaran yang menyegarkan
Fuhhh.. seronoknye mandi sungai yang deras airnya. Legaaa... berbaloi prgram macam ni. Nyesal korang tak ikut. Tok Guru pun turut sama berehat didalam air. Air yang sejuk dan deras serta batu-batu dan persekitaran adalah terapi yang amat baik buat kita semua
Bermula kuliah magrib serta taujihat kepada peserta oleh Tuan Guru Presiden. Peserta keseluruhan hampir 200 orang kyusuk mendengar amanat Presiden. sessi dialog dan soal jawab mendapat sambutan hangat
Terimakasih orang kemaman. Orang dapur yang menyediakan makanan buat kami semua
Program santai selepas makan dan XPDC ini berjaya menubuhkan AJK penaja bagi Kelab 4WD Pas Terengganu. Dengan kerjasama beberapa kelab sedia ada seperti RANGGOH dari Marang dan PADAT dari Dungun.
Ditengah malam air naik tanpa disedari kerana hujan lebat yang menyebabkan hulu sungai melimpahkan airnya sehingga jadi seperti pulau di kawasan perkhemahan. Dalam peserta ramai yang lena tidur, sebahagian peserta mengalihkan kenderaan dan ada yang terpaksa ditunda. apapun semua itu callenge buat peserta
selepas kuliah subuh, bersama peserta untuk cabutan bertuah. senyum sakan abg well (YDP Pas kemaman). Boleh hadiah ke?
Acara mempamerkan XTVT lasak oleh peserta 4X4 khususnya ahli yang berpengalaman
Peserta diberikan hamper bagi pertunjukan terbaik. Disampaikan oleh Pengarah Program Ust hazri


Hingga ketemu lagi di kembara Tarbawi akan datang. Terimakasih kepada semua yang terlibat. agar menjadi kenangan dalam beramal jama'ie. Tahniah semoga diberkati Allah.

Read More !

Foto2 Kembara Tarbawi bersama Tuan Guru Presiden (Siri 1)

| | 1 comments

Alhamdulillah, setelah tertangguh program tarbiyyah anjuran Lujnah Tarbiyyah PAS negeri Terengganu akhirnya diperkenankan Allah Swt. Buat pertama kali Program XPDC Tarbawi 4WD dari Rusila ke Blok 6 Cerul, Air Puteh – Kemaman berjalan lanjcar. Ucapan setinggi-tinggi terimakasih kepada Tuan Guru Presiden yang sudi meluangkan masa bersama XPDC ini.

Program dibawah Unit Tarbiyyah Khas yang diketuai Ust Hazri dibawah Luj Tarbiyyah Negeri ini berperanan untuk membawa keluar agenda tarbiyyah kepada semua lapisan masyarakat. Selama kini ramai beranggapan bahawa PAS ini sekadar parti Tok Guru. Pas hanya layak diikuti oleh orang baik-baik. Hakikat sebenarnya PAS adalah untuk semua bahkan kehadiran Islam sebagai penyelamat adalah untuk kesejahteraan seluruh ummah manusia. Tetapi amat malang kekadang masih ramai yang tidak merasai nikmat dan keindahan Islam ini. Itulah sebabnya Pas berharap untuk mengadakan program-program seperti ini agar menyentuh semua pihak. Semua lapisan masyarakat.

Program yang melibatkan kenderaan 4X4 yang pelbagai latarbelakang peserta dari semua 8 daerah di seluruh negeri Terengganu. Walaupun permintaan yang amat menggalakkan tetapi memandangkan keadaan tempat Blok 6 di Sungai Cerul itu tidak mengizinkan kita membuka untuk semua bahkan untuk permulaan hanya terhad kepada 51 buah sahaja dengan penyertaan maksima 4 orang setiap buah kenderaan.

Kalau pemuda adanya ARC untuk motosikal, tetapi Lujnah Tarbiyyah merangka program kembara yang melibatkan semua tahap umur. Dengan matlamat untuk mengerakkan segenap ruang dakwah dan tarbiyyah kesemua sasaran. Kalau Pas disarankan untuk ditubuhkan di Bandar, pekan, desa, kampong dan taman-taman sekarang kita mula bergerak hatta ke jalan-jalan raya bahkan hutan belantara. Hasrat juga untuk mengukuhkan tali silaturrahim sesama penggiat harakah Islamiyyah dan dalam masa yang sama memanfaatkan xtvt kembara dan ziarah sambil melakukan khidmat sosial dan bersama masyarakat. Disamping tanpa melupakan ingatan firman Allah Swt dalam ayat-ayat memerintah berjalan dan bermusafir :-
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الْآخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi (kebangkitan semula). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah al-Ankabuut: 20)
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa. Surah al-Naml: 69

Semua peserta dibekalkan panduan bermusafir serta adab-adabnya sebagai panduan kepada semua. Kita juga mengharapkan selepas ini akan diwujudkan setiap kawasan dan daerah dengan kelab 4WD masing-masing dan bergabung dibawah satu payung diperingkat negeri dengan penyeliaan Lujnah Tarbiyyah. Diharapkan ia akan berkembang dengan pelbagai xtvt melibatkan daerah, negeri ke negeri bahkan ke luar Negara InsyaAllah.

Program bermula dengan semua peserta berhimpun seawal jam 8.30pagi diMasjid Rusila dan mengikuti Kuliah Pagi Jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden.

Para peserta yang tiba mula mendaftarkan kenderaan serta ahlinya
Sedang sibuk memasang bendera, sticker serta mempersiapkan kenderaan masing-masing
Tuan Guru Dato Seri Presiden mula menyampaikan kuliah rutin beliau setiap pagi jumaat di Masjid Rusila. Pengajian ini berterusan sejak zaman berzaman. Sumbangan seorang tokoh ulama besar terhadap rakyat Terengganu.
Persiapan dikalangan peserta.
Selesai kuliah Tuan Guru menaiki pentas untuk majlis perasmian dan pelancaran. Meskipun rengkas tetapi cukup untuk menjelaskan konsep, matlamat dan taujihat untuk peserta. Turut hadir Hj. Yahya Ali selaku setiusaha BPPN Terengganu serta AJK Tarbiyyah negeri.
Ucapan alu-aluan oleh Ketua Lujnah Tarbiyyah Pas Negeri Terengganu (TPJ Trg)
Ucapan perasmian yang penuh bersemangat. Tuan Guru memakai vest siap bersama peluru didada. Menyuntik semangat jihad kepada peserta. Beliau menyebut ia sebagai 'simbol jihad'. Hanya peluru sebagai jawapan kepada Zionis Israel yang tidak tahu erti toleransi.
Majlis ditutup dengan doa selamat oleh para peserta yang dibacakan oleh Tuan Guru Presiden
Takbir!. Bergerak bersama slogan Pas
Setelah dilancarkan konvoi mula bergerak keluar dari perkarangan masjid Rusila jam 11.00 pagi menuju ke masjid Pasir Minal, Kemaman.

Konvoi dijalan raya ini mengambil masa lebih dua jam melintasi bandar Dungun, Paka dengan menggunakan laluan utama. Dengan kibaran bendera disetiap kenderaan pacuan 4 roda ini, kami mendapat sokongan orang-ramai yang memberi lambaian tanda sokongan kepada Pas. bahkan sepanjang perjalanan bunyian hon dan kerlipan lampu dikalangan pengguna jalan-raya berterusan sehingga bandar Kemaman. Semoga Pas sentiasa dihati orang ramai.

Maaf. nanti sambung download lagi gambo2 progrm di kemaman dan di cerul. Tunggu siri ke- 2

Read More !

Harimau Islam di sebelah Mat Misai

| | 1 comments

Pada 6 Mac 2010, Lembaga Displin PKR memecat Zulkifli Nordin daripada Parti PKR. Beliau berkata wujudnya 'firaun kecil' dalam PKR dan 'badut hingusan' dalam PAS. Ketika dia mengulas isu pasir di Selangor dengan memetik kenyataan YB Wee Choo Keong yang menyebut tentang Kit Siang yang asyik melalak tuntut Suruhanjaya DiRaja kalau ada dakwaan terhadap orang lain, tiba-tiba senyap membisu macam kucing tidor?!
Beliau juga menghina dengan katanya “Mana hilangnya suara budak-budak ingusan dan pak-pak janggot yang pantang lepa orang lain buat silap sikit, dia punya melalak sampai kering kerongkong! Tetapi apabila Selangor mengadakan sidang SELCAT berkait isu berkenaan beliau hanya diam membisu.

Beliau tetap melabel PR dan pimpinannya dengan pelbagai tuduhan. “Inilah dia yang saya label sebagai "Politik Dualam"-politik dua alam, politik double standard”. Siapa sebenarnya pengamal politik dua alam ini?

Kekadang kesian juga tengok Zulkifli Nordin ni. Dah mati kuku dia ni. Biasanya sebagai pengkritik lantang tetapi semenjak bertemu dengan Najib dan diajak sekali menyertai rombongan beliau, terus terpelosok kepalanya bak kura-kura terkejutkan petir. Nak bersyarah apa kepada puak-puak UMNO-BN tu? Nak cakap Islam? Orang UMNO nak dengar ke? Selama ini berapi-rapi berceramah di pentas dan masjid. Hari ini berlenjer air liur dijilatnya kembali. Kini beliau pula menjadi jurucakap UMNO-BN yang menyeru supaya keluar daripada Pakatan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas. “Marilah kita bergabung meneruskan agenda perjuangan reformasi yang tulin sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat dan Negara. Berhijrahlah untuk reformasi, bersama kita memartabatkan suara dan hak rakyat Malaysia.”
Dalam isu serangan Israel terhadap bantuan kemanusiaan, beliau menyebut kini harimau-harimau Islam sudah tiada. Harimau seperti 'Umar Ibnu Khattab, Khalid Al Walid, Sallahuddin Al Ayubi Sultan Muhammad Al Fateh. Kita perlu melahirkan lebih ramai mujahidin dan syuhada, yang menyintai mati syahid dan syurga. Saya meminta khatib minggu ini menyampaikan khutbah mengenai jihad dan mati syahid, agar umat Islam kembali menjadi singa disiang hari, dan 'abid dimalam hari. Fuhhh berapi-rapi. Dah duduk bersama Mat Misai takkan tak boleh jadi harimau Islam lagi kot. Berani ke canggah ‘Firaun Besar’ dalam UMNO tu. Ke hanya jurucakap hentam PR sahaja tetapi jadi setan bisu pulak terhadap isu APCO dan Judi bola UMNO-BN ni. Kesian… dok berkupiah putih dicelah-celah songkok tinggi-tinggi.
Allah berfirman dalam Surah al-balad:-

أَلَمْ نَجْعَلْ لَهُ عَيْنَيْنِ . وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ . وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ
Bukankah kami Telah memberikan kepadanya dua buah mata. Lidah dan dua buah bibir. Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Ayat: 7-9

أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ . وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا هُمْ أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ
Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan. Dan orang-orang yang menolak ayat-ayat kami, mereka itu adalah golongan kiri. Ayat: 18-19

Macamana ni? Kiri pun tidak, kanan pun tidak? Atas pagar ke? Tercucuk pagar, rabak punggung kang!

Read More !

Orang Yahudi Sekarang Baik! - Mahathir

| | 2 comments

Walaupun Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel dan Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia tetapi pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman iaitu adik Yang Dipertuan Agong ketika itu telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pada 17 Julai 1994, Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Apakah tindakan yang diambil?

Pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan. Sedangkan semenjak tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US. Bagaimana pula selepas ditarik sekatan import. Berapa nilai urus-niaga dengan Israel?

Freemason adalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ahli Freemason dikatakan menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi. Freemason didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges ( komuniti) dan 2984 ahli. Pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason. Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya. Jawapan ini diberikan berikutan soalan daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, wakil PAS dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Dr Mahadthir pernah menafikan dia sebagai ahli Freemason. Betul ke? Bagaimana pimpinan lain?

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir pula mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP mengesahkan meskipun dinafikan oleh Dr Mahathir. Apa resolusinya?

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan dan membuat kenyataan bahawa Yahudi sekarang sudah baik dan bukan Yahudi dahulu. Tergiang-giang ditelinga penulis ucapan beliau itu. Beliau juga ingin mengajar kepada Yahudi itu cara orang Malaysia duduk rukun damai dalam sebuah negara sebagai masyarakat majmuk. Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Ada pimpinan Pas sendiri ditangkap. Macamana hasil tarbiyyah Mahadhir kini? Takkan tak berjaya. Nampak semakin mengganas. Adakah telahan Mahathir salah? Sedangkan Allah sendiri menyebut :-
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Dan tidak akan (selama-lama) redha terhadapmu orang Yahudi dan Nasara sehingga kamu mengikut jejak agama mereka. Surah al-baqara :122


Ketika Krisis Kewangan Asia 1998, Dr Mahathir menyalahkan konspirasi Yahudi Amerika bernama George Soros. Tetapi pada 2006, Dr Mahathir telah bertemu dengan George Soros di Kuala Lumpur. Selepas itu beliau membisu seribu bahasa. Mahathir juga mengambil Solomon, Smith and Barnes menguruskan pemulihan ekonomi Negara dengan secara tidak langsung membocorkan rahsia negara kepada Solomon and Co. yang merupakan Yahudi Amerika. Beliau menyalahkan Yahudi tetapi mengambil Yahudi pula sebagai penasihat. Macam tikus membaiki labu saje.
Sedangkan Allah Ta’ala melarang khusus mengambil Yahudi sebagai penasihat
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Surah al-Maidah : 51


Pada 21 Februari 2006, The Los Angeles Times melaporkan pada pelobi Yahudi, Jack Abramoff telah menerima $1.2j Usd (4j RM) dari kerajaan Malaysia kerana mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan George W.Bush pada Mei 2002 di pejabat Oval

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. Apa hasilnya bersalam dengan penumpah darah Palestine. Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Bukankah Ehud barak itu yang terlibat menyerang bumi Palestine.

Di zaman Datuk Seri Najib Tun Razak pula melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia dengan membayar 77juta setahun.

Asiasoft (M) Sdn. Bhd. berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta untuk membina sistem komunikasi PDRM yang boleh menjejaskan maklumat keselamatan, pertahanan negara kerana melibatkan 2 orang programer Yahudi Israel. Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter yang masih lagi berkhidmat sebagai seorang tentera Israel.
Dengan suasana serangan & pembunuhan Yahudi terhadap konvoi penyelamat kemanusiaan dunia ke Gaza serta kutukan seluruh dunia terhadap Israel. Apa tindakan kerajaan UMNO-BN? Sayang lagikah Najib dengan APCO? Apabila dicadangkan memboikot barangan israel Najib sendiri menolaknya. Kekadang apabila ada desakan untuk mengutuk Yahudi, setengahnya sanggup mengutuk tetapi sikap talam dua mukanya masih lagi mengadakan hubungan dengan Yahudi.
Ingatlah kejahatan Yahudi ini tiada penamatnya. Allah Swt menyatakan
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi. Surah al-Maidah : 82


Apatah lagi mereka mengaku sebagai manusia terpilih dan selain bangsa mereka adalah lembu (Goyim) sahaja yang boleh diperlakukan apa sahaja.Semua pihak sepatutnya mengembelingkan sokongan bagi memboikot Israel.
Inilah masanya pemimpin UMNO-BN yang mendakwa sebagai pendokong Islam yang majoriti melayu-Islam sepatutnya berada di saff hadapan bersama para mufti. Amat malang jika orang cina dan India mengutuk serangan Israel itu tetapi UMNO-COCO, melayu tulen masih menunggu lampu hijau dari Obama, Ehud Olmert & Benjamin Netanyahu.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...