Telur Yang Dieram, Menetaskan Biawak

| | 0 comments

5hb. April 2010.

Yang di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud berucap sempena Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN)) Yang Ke-12, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Di antara ucapan beliau:
“Terengganu suatu masa dahulu memang terkenal sebagai negeri yang mempunyai ramai para alim ulama. Penyebaran dakwah begitu berkesan sekali sehingga ramai anak-anak tempatan memiliki pendidikan agama yang baik. Usaha mengembalikan era zaman kegemilangan alim ulama ini perlu disanjungi.
Sehubungan ini, kita difahamkan Kerajaan Terengganu beriltizam untuk Membina Tamadun Terengganu Baru dengan menjadikan negeri ini sebagai pusat kajian dan penyelidikan al-Quran peringkat antarabangsa. “Maka akan lahirlah nanti para ilmuan, intelek dan pakar dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja mampu menguasai bidang-bidang agama dan hafazan al-Quran tetapi juga turut mampu menerokai bidang Sains dan Teknologi.
Tengku Sri Panglima juga berharap: “ mudah-mudahan masyarakat Islam di negeri ini akan menjadi umat terbaik (khaira ummah) dan umat yang seimbang (ummatan wasata) dalam aspek fizikal, emosi, intelek dan rohani seterusnya dapat mengurangkan kepincangan sosial”.

Antara tindakan segera MB Terengganu bagi memenuhi harapan Tengku Sri panglima Raja dan hasrat rakyat seluruhnya, setelah arahan dikeluarkan untuk merampas kembali Masjid Pasir Mina dan arahan penutupan Pondok Mustaqim, Binjai, kemaman lalu beliau mengumumkan ….


7hb.April.2010.
46 lesen pusat karaoke dilulus. Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengeluarkan sebanyak 46 lesen pusat karaoke . Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu, tujuh lesen dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Perbandaran Kemaman (20), Majlis Daerah Dungun (enam) dan Majlis Daerah Besut. (7). Menurutnya, empat lesen lagi dikeluarkan Majlis Daerah Marang, dua di Majlis Daerah Setiu manakala Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak mengeluarkan sebarang lesen.


8hb.April 2010.
"Terengganu bakal dipenuhi oleh bintang-bintang Bollywood/ Hindustan. Ramailah bintang bollywood "makang keropok batang" . Inilah jawapan oleh menteri besar Dato' Ahmad Said terhadap soalan asal oleh ADUN Batu Buruk Dr. Syed Azman semasa sidang DUN bertanya kepada Ahmad Said negeri Terengganu bakal dipenuhi oleh pelakun-pelakun bollywood/hindustan, atau Terengganu di Bollywood. Hasrat MB agar negeri Terengganu menjadi seperti Melaka.

Mungkin penyokong dan pendokong UMNO-BN tersenyum bangga kerana mereka memberi undi kepada lambang dacing yang memartabatkan Mat Said sebagai MB Terengganu. Betapa hebat dan cerdiknya pemimpin mereka. Tindakan yang diambil memenuhi hasrat MPPR, bahkan rakyat jelata keseluruhannya. Tentu pak-pak Imam seluruh masjid Terengganu mengangkat jari telunjuk ke langit melambangkan 1 Malaysia kerana betapa bangganya penduduk Terengganu berkesempatan dan bebas berkaraoke dan akan bakal bertemu artis-artis seksi yang akan datang dari Bollywood. Disamping konsert semakin kencang di Terengganu kini. Akhirnya akan lahirlah masyarakat Terengganu sebagai umatan wasatan dan khairu ummah mengikut perancangan Mat Said dan UMNO-BN.

Inilah tanda-tanda kiamat sebagaimana sabda Rasulullah Saw apabila ditanya tentang bilakah akan berlakunya kiamat:-


فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
“Apabila diselewengkan amanah maka tunggulah kiamat. Lalu ditanya lagi? Bagaimana hilangnya amanah itu? Sabda Baginda: Apabila diserahkan urusan pemerintahan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kiamat”.


Berlakulah kepunahan dan kebinasaan. Berlakulah tanda-tanda kiamat. Tidak lain dan tidak bukan apabila orang yang jahil dan bodoh dilantik dan dipilih untuk memimpin dan memerintah nescaya jadilah kerosakan demi kerosakan. Tetapi golongan seperti ini kalau ditegur dan dinasihati mereka akan berkata bahawa itulah kebaikan. Itulah yang difirmankan Tuhan dalam surah al-Baqarah: 11-12


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ . أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ
Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."Ingatlah, Sesungguhnya mereka orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.


Amat malang hasrat rakyat Terengganu akan terus dikhianati. Harapkan musang menjaga ayam, yang tinggal adalah bulunya. Padi yang ditanam, yang tumbuh adalah lalang. Letih mengeramkan telur.. ku sangka ayam tetapi rupanya menetaskan biawak. Nasib sungguh rakyat Terengganu.

Read More !

Makin Sukar mencari Terompah

| | 0 comments

Adun UMNO-BN (Tepoh) menyebut dalam sidang DUN Terengganu bahawa terdapat segelintir guru pengajian Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di negeri itu mencampuradukkan soal politik dalam pengajaran mereka dengan memburukkan pemimpin negara pada kalangan murid. Katanya lagi : “perkara itu mungkin berpunca daripada pengambilan guru j-QAF yang tidak melalui saringan menyebabkan ada lulusan agama yang menyokong fahaman parti pembangkang turut diterima”.


Saya merasa bangga dengan kenyataan Adun Tepohh itu. Ianya sebagai pengakuan bahawa kerajaan gagal untuk memperalatkan guru j-QAF sebagai terompah mereka. Guru j-QAF sebenarnya mereka mendapat pendidikan dan tarbiyyah yang sebenar. Sebahagian besar mereka mendapat pendidikan sehingga ke Universiti hatta mereka graduate dari al-Azhar. Mereka dididik bukan calang-calang tokoh pendidik bahkan ulama yang tersohor. Mereka mendapat pendidikan sebenar bahawa Islam yang dibawa oleh Rasulullah Saw itu adalah Islam yang syumul. Mereka tahu sikap menjuzu’kan ajaran Islam itu adalah kerja Yahudi dan membawa kepada kekufuran. Islam tidak boleh dipisahkan dari poltik. Islam tidak boleh dipisahkan dari pimpinan. Itulah yang mereka belajar dan itulah yang mesti diajar kepada murid-muridnya.


Sememangnya lulusan agama yang sebenar, jika mereka pulang ke Malaysia sudah menjadi fardhu dan kewajipan mereka untuk mendokong Parti Islam PAS. Tidak ada sebab dan alasan untuk menyokong UMNO-BN kecuali mereka gagal dan tidak menamatkan pengajian. Di mana tempat sahaja mereka bekerja, nescaya akal, hati serta jiwa mereka mesti bersama perjuangan untuk menegakkan Islam ini. Sebab itu tak berapa kerat lulusan agama yang bersama UMNO kecuali mereka yang berkepentingan tertentu. Kalau mereka saring berdasarkan kecenderungan politik UMNO nescaya tidak ada guru untuk megajar j-QAF. Adun Tepuh sepatutnya mempertahankan dasar kerajaan beliau yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan. Sistem politik berpilihanraya. Kalau nak bagi zakat, nak bagi biasiswa, rumah murah, nak bagi kerja, nak bagi projek perlu tunjuk ahli UMNO. Tak usah amalkan pilihanraya. Haramkan semua parti. Biar UMNO sahaja yang memerintah. Buat macam parti Komunis di Korea Utara, senang cerita. Tetapi ketika kutip cukai, kutip zakat, biar itu.. ini tak Tanya pulak UMNO ke PAS.


Allah SWT menunjukkan keadilan dengan membahagikan kehidupan dunia ini bukan hanya kepada mereka yang beriman bahkan kepada mereka yang kufur juga. Akhiratlah baru dihitung dosa dan pahala mereka. Pemimpin UMNO ini sentiasa mengungkitkan bahawa jasa mereka sepatutnya rakyat bersyukur dengan menyokong mereka sampai kiamat. Sedangkan Islam mengajar supaya hanya kebenaran yang mesti disokong dan tidak kepada kezaliman. Nabi Musa a.s mendapat biasiswa Firaun semenjak kecil ketika dibesarkan dalam istananya tetapi ketika besarnya Nabi Musa terpaksa menentang Firaun kerana kezaliman yang dilakukannya.


Kekadang rasa simpati pun ada terhadap penyokong dan pendokong UMNO. Mereka mempunyai pemimpin dengan pemikiran dunia kelas ketiga. Bahkan masih lagi terjebak dengan politik penjajah zaman Afonso de Albuquerque. Begitulah akibatnya jika terpelosok kedalam agenda politik sempit UMNO yang terlalu kuat mengamalkan dasar sekularisme. Politik yang memisahkan agama dari pemerintahan yang didoktrinkan oleh penjajah sebagai politik warisan sehingga kini. Meskipun dulunya mereka sebagai agamawan tetapi kini hanya menjadi terompah UMNO atau sekadar ‘kayu ngelong’ semata selagi boleh dimanfaatkan bagi mengelabui masyarakat seolah-olah UMNO juga hendak memperjuangkan agama. Apabila mereka rela menjadi terompah UMNO mereka juga cuba memaksa orang lain bersama dengan mereka bahkan kalau boleh semua guru j-QAF ingin dijadikan terompah UMNO juga.


Maaf Adun Tepoh! Dunia sudah berubah. Terjunlah kau dengan labu-labu mu. Semua orang sudah tahu.


Ingatlah ketika menghadapi pilihanraya 2004, UMNO-BN ingin mengambil alih kembali Terengganu dari pemerintahan PAS lalu mereka menjadikan golongan agama sebagai calon-calon bagi menentang calon-calon ulama PAS. Meskipun mereka dahulunya merupakan pendokong gerakan Islam diperingkat kampus dan ketika mula-mula berkecimpung dalam masyarakat. Tawaran dari UMNO-BN menyebabkan mereka tidak mampu untuk istiqamah dalam perjuangan. Mereka inilah menjadi jurucakap, juruhina bahkan jurusalak kepada PAS dan pimpinan ulamanya di Terengganu. Mereka sanggup mencerca guru-guru mereka sendiri bahkan sanggup menghina hukum Hudud, Qisas & Ta’zir yang diluluskan pada tahun 2001 dengan pelbagai alasan logik dan hawa nafsu mereka. Selagi mereka menang dalam pilihanraya nescaya mereka dikipas dan diampu tetapi dimana tempat mereka jika mereka dikalahkan dalam pilihanraya. Masjid manakah tempat mereka ma’murkan. Surau manakah tempat mereka memberi kuliah?


Seorang dikalangan mereka dahulunya sebagai Imam Masjid Tengku Mizan, Kerteh. Dengan hebat menyuarakan pandangan dalam khutbahnya. Ia dihormati dan dikagumi. Sanggup berkata benar meskipun pahit. Setelah melompat dan menjadi Adun UMNO, ia terpaksa menelan ludah dan kahaknya diatas mimbar dengan hujah dan nas yang diutarakannya dahulu dan kini ia memakan dirinya sendiri. Penyakit membusuk didalam UMNO menghingapi dirinya sehingga didalam kelulusan projek-projek ia kenali sebagai ‘Mr 10 Persen’. Akhirnya setalah kalah dalam pilihanraya ia terbuang jauh ke utara Afrika. Ia ‘bersuluk’ di Hayyu Sabi’, Cairo, Mesir. Mengambil tempat yang hanya layak sebagai pegawai Yayasan Terengganu.


Semoga Allah mengurniakannya hidayah dan kembali ke pangkal perjuangan. Bersama sahabat yang sama-sama mengorak langkah untuk membersihkan masyarakat daripada tahik UMNO. Bukan duduk didalamnya bergelumang najis tanpa berkesudahan. Cukuplah sengsara Anwar Ibrahim membaiki UMNO dari dalam untuk dijadikan iktibar. Jangan ada orang lain yang ingin mencuba.

Read More !

Ofice APCO ada di Kemaman?

| | 0 comments

Ketika mana Barat cuba mencampuri urusan pendidikan al-Azhar antara desakan mereka supaya al-Azhar membuang dari module pengajaran ayat-ayat al-Quran yang menyebut Yahudi dan Nasara, disamping supaya membuang ayat-ayat jihad supaya tidak melahirkan golongan teroris. Di Pakistan, banyak pusat pengajian dan Madrasah diarah tutup kerana dituduh sebagai pusat melahirkan pengganas. Begitu juga di India. Visa tidak dikeluarkan kepada pelajar-pelajar asing yang ingin menuntut di Madrasah termasuk di Lucknow dan Deorband. Di South Afrika, semua mudir-mudir dipanggil dan diberi tekanan supaya tidak mengambil pelajar asing dengan alasan tidak menjadi pusat pengumpulan bakal pengganas. Ini sebenarnya bukan perkara baru, tindakan ini sudah diambil ketika Kamal attarturk mensekularkan Turki dengan menutup Madrasah yang mengajar bahasa Arab dan Tahfiz al-Quran.

Tidak ketinggalan di Malaysia. Zionis dan puak Barat berselindung disebalik globalisasi menekan dan mendesak negara-negara umat Islam supaya mengambil tindakan dan cuba mengecilkan bilangan serta penuntut agama di semua institusi khususnya swasta. Bermula dengan pendidikan dualisme serta pendidikan sekualar di sekolah-sekolah kebangsaan. Menghilangkan tulisan jawi yang menjadi khazanah ilmu orang melayu. Melakukan diskriminasi terancang terhadap institusi pengajian Islam sehinggalah memulakan tekanan terhadap SAR dengan perampasan perkapita. Menawarkan tawaran SABK yang akhirnya dirampas pengurusan dan pentadbirannya. Menawarkan guru-guru yang berkhidmat di SAR agar berkhidmat dengan kerajaan. Menyukarkan para pelajar untuk menyambung pengajian mereka di sekolah kerajaan maupun pusat pengajian tinggi. Mewajibkan SPM dan STAM serta menbatalkan pengiktirafan sijil Diploma ke tahun akhir Universiti al-Azhar dan Timur Tengah (3+1).

Ianya bukan sekadar cakap-cakap atau tuduhan serta fitnah melulu tetapi pengalaman saya sendiri yang mebuka Madrasah Darul Bayan semenjak 16 tahun yang lalu. Bermula dengan Pondok, Ma’had Tahfiz, Sek. Ren Islam dan Sek. Men. Islam, saya mengalami sendiri dengan berbagai tribulasi. Pernah diarah tutup madrasah, pernah dituduh sebagai penyebar ajaran sesat, di pecat dari jawatan pensyarah, guru dan Imam Masjid Pinang Merah dipanggil ke balai polis dan diugut dengan pelbagai ugutan, di sita bangunan, di tarik elaun imam dan bilal masjid, peruntukan pembangunan masjid , zakat untuk pelajar (semasa kerajaan Pas) kini ditarik balik, menyita bangunan, menafikan sebarang bantuan dan seribu macam kerenah bahkan keizinan untuk mengutip derma pun tidak diberikan dengan alasan takut kepada pemimpin UMNO-BN.

Tidak menghairankan apabila tindakan pemimpin UMNO-BN yang terbaru adalah berusaha untuk menutup Masjid Pasir Mina di Kemaman dan arahan tutup kepada Pondok al-Mustaqim di Binjai. Mereka lebih cemburu apabila melihat pelajar-pelajar yang menuntut pengajian Islam atau masjid-masjid yang makmur berbanding masjid mereka yang tersergam indah tetapi umpama kubur tempat pengkalan si mati. Mereka hanya mengutip tabung derma untuk dilapurkan ke pejabat agama untuk melihat angkanya berbanding menggunakan untuk menghidupkan majlis agama dan kuliah-kuliah. Sedangkan disana banyak lagi kerja lain yang boleh mereka fikirkan untuk penyelesaian. Pusat-pusat snooker, tempat judi, tempat hiburan yang masih lagi berselerak. Itu belum kira dengan masalah remaja, dadah, maksiat dan sebagainya. Tetapi kerana semua hal tersebut tidak memberi jejas kepada UMNO-BN maka ia biarkan sahaja tetapi pusat-pusat pengajian ini akan memberi kesedaran Islam dan mendorong masyarakat memberi sokongan kepada parti Islam.

Apatah lagi apabila Yahudi APCO Worldwide menjadi penasihat kerajaan Malaysia, sudah tentu para serigala ini pasti akan menjadikan ayam sebagai sasarannya. Berselindung disebalaim pejabat agama, majlis bandaran dan pejabat tanah lalu keluarlah berbagai arahan yang selari dengan penasihat mereka dan selari pula dengan kepentingan politik mereka. Sedangkan mereka lupa peingatan Allah bahawa orang-orang Yahudi ini terlalu mendendami umat Islam sebagaimana firmanNya:-

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Al-Maidah : 82

Mereka pasti membuat perancangan untuk mengikuti mereka. Dan neraca zahirnya amat mudah. Jika kita lakukan kerja-kerja yang bertentangan dan menghalang segala kerja-kerja Islam maka itulah kehendak Yahudi dan Nasara.

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al-Baqarah: 120

Itulah sebabnya Allah melarang mereka diambil sebagai teman, pemimpin dan penasihat bagi kamu nescaya pasti akan mengikuti mereka. Dimana mufti dan para ulama mereka. Tidakkah dinasihati pemimpin-pemimpin mereka. Lupakah mereka dengan firman Allah:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Al-Maidah: 51
Melihat kepada tindakan kerajaan pimpinan Mat Said, apakah mereka juga menerima nasihat langsung dari APCO sebagaimana Najib menerima nasihat mereka? Adakah pegawai-pegawai yang mengeluarkan arahan penutupan Pondok Mustaqim itu juga mendapat arahan APCO? Atau APCO dah bukak oficenya kat Kemaman? Sebab tindakan dan arahan itu menyerupai tindakan Yahudi dan Barat di Mesir, Afghanistan dan Pakistan. Siapa yang boleh berikan jawapan? Atau serahkan Datuk V K Linggam yang jawab sebagaimana kata-katanya yang masyhur : Its looks like me (APCO), its sounds like me (APCO)..”

Read More !

Bantulah Mat Said, MB Terengganu

| | 1 comments

Bala bencana yang menimpa manusia tidak boleh lari daripada akibat kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Ianya bukan bencana alam tetapi akibat daripada ke engkaran manusia terhadap Tuhan. Firman Allah secara jelas di sebut dalam Surah al-A’raf, ayat 96:-

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka (mendustakan ayat-ayat Kami), maka Kami akan seksa mereka sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan.”

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Surah Ar-Rum: 41)


Cuma bencana itu menimpa melalui sebab musabbab sebagai peraturan yang ditentukan Allah sendiri diatas mukabumi ini. Tapi hakikatnya ayat diatas itulah jawapan sebenarnya.

Apa yang penting adalah ruang dan peluang buat manusia untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Kembali kepada peraturan Islam yang telah diturunkan atau mereka ingin terus menunjukkan keangkuhan dan kesombongan mereka. Cukuplah mereka-mereka yang sombong dan angkuh serta meneruskan kezaliman dihina dan dibinasakan Allah. Mereka ditimpakan pelbagai azab didunia sebelum diazab di akhirat kelak. Yang tinggal hanya puing-puing kehebatan istana dan empayar pemerintahan mereka tetapi mereka sudah hilang dari mukabumi ini dan bahkan kaum serta bangsa mereka pupus dari atas muka bumi ini. Siapakah yang boleh memberi jaminan bahawa “ takkan melayu hilang didunia” ? Hang Tuah kah? Hang Tuah sendiri pupus entah dimana?

Lihatlah peringatan Allah dalam ayat-ayat berikut sebagai iktibar bagi kaum yang telah ditimpakan bala buat mereka:-

Kaum Nabi Nuh ditenggelamkan banjir besar kerana membohongi nabi mereka dan ayat-ayat Allah serta bertindak zalim:-

وَنَصَرْنَاهُ مِنَ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ
Dan Kami telah menolongnya dari kaum yang telah mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami tenggelamkan mereka semuanya. Surah al-anbiya’ : 77

وَقَوْمَ نُوحٍ لَمَّا كَذَّبُوا الرُّسُلَ أَغْرَقْنَاهُمْ وَجَعَلْنَاهُمْ لِلنَّاسِ آَيَةً وَأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا
“Dan (telah Kami binasakan) KaumNuh tatkala mereka mendustakan rasul-rasul. Kami tenggelamkan mereka dan Kami jadikan (cerita) mereka itu pelajaran bagi manusia. Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang zalim azab yang pedih”. Surah al-Furqan: 37.

Firaun ditengelamkan dalam laut qalzum kerana menolak utusan Musa a.s serta melakukan dosa dan kezaliman serta lalai daripada peringatan Taurat:-

كَدَأْبِ آَلِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَذَّبُوا بِآَيَاتِ رَبِّهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَغْرَقْنَا آَلَ فِرْعَوْنَ وَكُلٌّ كَانُوا ظَالِمِينَ
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim." Surah al-Anfaal:54.

فَانْتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ
Kemudian kami menghukum mereka, Maka kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami itu. Surah al-`Araf : 136

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah al-Ankabut: 40


Pelakuan dosa dan maksiat menjadi prasyarat turunnya bala Allah Swt sebagaimana firmanNya:-

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
”Jika kamu hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mereka mentaati Allah untuk hidup adil dalam kesederhanaan), tetapi mereka durhaka; maka sudah sepantasnyalah berlaku bagi terhadapnya ketentuan kami kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” Surah al-Isra:16


Cukuplah ayat-ayat Allah itu sepatutnya menjadi peringatan kepada umat yang kemudian agar tidak mengulangi kesilapan mereka yang terdahulu. Tetapi apakah kerajaan BN mengambil ingatan ini? Tidak sekali-kali. Meskipun Rasulullah Saw telah tiada tetapi para ulama didalam PAS tidak pernah sunyi memberi peingatan demi peringatan yang ditinggalkan oleh Rasulullah Saw samada dalam siding dewan, di pentas-pentas ceramah dan dimana sahaja. Tetapi pemimpin UMNO-BN terus sombong dan angkuh dengan kekuasaan yang mereka miliki.

Pemimpin ini terus menerus melakukan kezaliman, bergelumang dengan noda dan maksiat, menidakkan hukum hakam dan syariat. Seolah-olah tiada undang-undang dan tiada batasan. Membujur lalu melintang patah.

Allah melarang melakukan kezaliman. Tetapi ahli PAS dizalimi oleh UMNO zaman berzaman. Dinafikan hak mereka, kalau pegawai ditukar, tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya. Tanah mereka dirampas, dinafikan bantuan bahkan yang paling hina apabila mereka merobohkan masjid yang merupakan rumah Allah. Kalaulah biara dan gereja dilarang dalam Islam meruntuhkannya, bagaimana UMNO Terengganu tega meruntuhkan masjid. Dengan duit haram Royalti mereka melakukan penyelewengan mengikut hawa nafsu mereka. Hari ini Allah menunjukkan dengan pelbagai keruntuhan. Samada stadium di Gong Badak, stesyen bas di Kuala Berang, dewan sekolah di Wakaf Tapai, anjung masjid di Batu puteh, Jambatan di felda Kerteh 4, pencawang komunikasi tumbang di hulu Besut, Pusat latihan ITC, Kemaman dan terakhir UMT di Gong Badak. Semua ini supaya mereka sedar dan insaf bahawa keberkatan telah ditarik oleh Allah SWT. Ianya merupakan bala Tuhan untuk diambil iktibar oleh manusia dan khususnya penduduk Terengganu.

Sebagai jalan penyelesaian, penduduk Terengganu perlu menghentikan sokongan kepada UMNO-BN dalam PRU 13 akan datang. Itulah cara menghalang kezaliman yang dilakukan oleh mereka daripada berterusan. Kalau dibiarkan entah bala apa lagi akan datang menimpa.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ
قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
Daripada Anas r.a bahawa Rasulullah Saw bersabda: Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi. Bertanya seorang lelaki: Ya Rasulullah! Aku menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana aku menolongnya jika ia seorang yang zalim. “Halangnya atau kamu menegahnya daripada melakukan kezaliman, sesungguhnya yang demikian itu adalah menolongnya” riwayat Bukhari.

Pengundi Terengganu jangan mengundi UMNO-BN dalam pilihanraya nescaya, tanpa kuasa mereka tidak mampu lagi melakukan kezaliman. Dan inilah jalan terbaik menolong pemimpin UMNO ini. Jika tidak mereka terus sombong melakukan kezaliman demi kezaliman, nescaya ia menghalalkan bala Allah terus menimpa negeri Terengganu yang kita cintai ini.

Kalau ditanya kepada pemimpin UMNO… nescaya banyaklah alasannya. Seolah-olah nak menyalahkan qada’ dan qadar. Lupa kepada kezaliman yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri. MB Terengganu pernah mengeluh depan wartawan dengan mengatakan:

“Saya tidak bernasib baiklah hendak buat macam mana. Apabila berlaku (runtuh) ini, berlaku di zaman saya jadi Menteri Besar,”.
Cakap-cakap meminta simpati rakyat. Air mata buaya boleh mengalir bila-bila masa. Adakah rakyat Terengganu tertipu lagi? Lalu membiarkan mereka melakukan pengkhianatan sepenggal lagi?

Bantulah Mat Said dengan tidak memberi undi kepada UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang. Janganlah masuk ke dalam lubang biawak kali ke-13 dalam PRU nanti.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...