Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA Tan Sri Dr Ling Liong Sik, 67 kini didakwa di mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada tahun 2002. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika didapati bersalah, Ling akan menghadapi hukuman penjara. Hakim Mahkamah Sesyen menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta.
Ling didakwa di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan kerana menipu kabinet supaya bersetuju dengan pembelian 999.5 ekar tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ. antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Tanah itu dibeli dengan harga RM25 satu kaki persegi dengan kaedah bayaran tertangguh untuk tempuh selama 25 tahun pada kadar faedah 7.5%. Bayaran kumulatif faedah berjumlah RM720 juta pada akhir tempuh bayaran balik.
Selepas itu para pengampu pun bersyair. Undang-undang Malaysia telus. Adil. Tak memilih bulu.. bla.. blaaa… Yelahh. UMNO tahu melayu mudah lupa.
Ling didakwa di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan kerana menipu kabinet supaya bersetuju dengan pembelian 999.5 ekar tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ. antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Tanah itu dibeli dengan harga RM25 satu kaki persegi dengan kaedah bayaran tertangguh untuk tempuh selama 25 tahun pada kadar faedah 7.5%. Bayaran kumulatif faedah berjumlah RM720 juta pada akhir tempuh bayaran balik.
Selepas itu para pengampu pun bersyair. Undang-undang Malaysia telus. Adil. Tak memilih bulu.. bla.. blaaa… Yelahh. UMNO tahu melayu mudah lupa.
Anda percayai ke? Ia hanya sekadar lakonan dan sandiwara versi ke-2. Filem ini pernah ditayangkan oleh Pak lah Badawi selepas 100 hari beliau dilantik menjadi PM. Beliau ingin memerangi rasuah habis-habisan. Saudara Ezam sanggup melompat parti masuk UMNO seolah-olah kagum dengan kesungguhan Pak Lah memerangi rasuah. Ditangkapnya Eric Chia oleh BPR dan dibicarakan. Setelah hampir 9 tahun skandal Perwaja Steel terbongkar dan sejak meninggalkan Perwaja Steel pada tahun 1995, bekas Pengarah Urusan syarikat besi nasional itu dituduh dengan pelbagai tuduhan penyelewengan. Setelah bertahun-tahun meninggalkan Perwaja barulah hendak didakwa. Siasatan terhadap beliau kononnya sedang dijalankan, dari Kemaman hingga ke Jepun dan akhirnya ke Switzerland. Pada 2007, akhirnya dibebas dan dilepaskan juga juga beliau daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta kerana hanya kerana masalah teknikal perundangan di mahkamah. PERWAJA yang meninggalkan kerugian kepada rakyat sebanyak 10 billion. Keputusan kes ini turut membuktikan bahawa ianya merupakan retorik dan modal politik Umno dan Barisan Nasional semata-mata. Ianya hanya sandiwara sebelum menghadapi pilihanraya 2004.
Kini selepas 100 hari Najib menjadi PM dengan pelbagai isu yang tidak berkesudahan, akhirnya filem Eric Chia ditayangkan semula dengan lakonan semula oleh Ling Liong Sik. Ianya untuk mengalihkan isu yang terlalu banyak sekarang ini dan sebagai persiapan menghadapi pilihanraya ke-13. Ling menjadi kambing hitam tetapi dalam masa yang sama melepaskan melayu UMNO yang terlibat sama dalam penyelewengan PKFZ.
Kenapa mereka ini tidak diheret sama khususnya Dato’ Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) sebagai Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dan kemudiannya pihak Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi sedangkan Dato Abdul Rahman juga selaku Lembaga PKA yang menggambarkan ia dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut.
Terlalu ramai tokoh-tokoh yang terlibat menjayakan penyelewengan ini termasuk ahli politik. Kos awal PKFZ dari 1.088 billion meningkat kepada 4.642 billion. Dia dijangka melonjak kepada 12.453 billlion jika PKA gagal menjelaskan pembayaran pinjaman Kementrian Kewangan mengikut jadual. Hakikatnya sama seperti Perwaja, berbillion lagi duit rakyat akan hangus. Siapa yang akan tanggung? Bagi pimpinan kerajaan dan Umno-BN sekarang, yang menjadi keutamaan mereka adalah bagaimana nak mengekalkan kuasa. Ia berlegar ke noktah ini sahaja sekarang.
Siapakah lagi yang melompat masuk UMNO kerana kagum dengan ketelusan Najib ini atau adakah disebaliknya adanya perancangan dan ugutan politik terhadap MCA dalam menghadapi pilihanraya akan datang. Ia sebenarnya masih penuh dengan tandatanya. Tapi kalau nak percaya tindakan ini menggambarkan Najib ingin memerangi rasuah. Ianya jauh panggang daripada api kerana mana mungkin bapak perompak hendak melaksanakan undang-undang terhadap para perompak. Mustahil. Adakah ini satu lagi strategi hasil dari nasihat Yahudi APCO? Tidak mustahi. Terlalu banyak persoalan yang berlegar. Dan orang yang mengetahui jawapannya adalah PM. Tetapi kenapa pula beliau pergi bercuti ketika ini?
No comments:
Post a Comment