
Umno sendiri bimbang dengan hakisan penyokong melayu lalu ia melakukan provokasi kaum yang disangkakan akan menguntungkan mereka dengan menarik lebih ramai penyokong melayu dan dalam masa yang sama menuduh dan memfitnah Pas & Keadilan kerana menarik pengundi melayu. Kebencian dan ketakutan hilang kuasa mereka menyebabkan mereka menghentam habis-habisan pimpinan Pas & Keadilan. Yang terakhir dengan tuduhan Pas sebagai sesat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen CIA. Dalam masa yang sama masih lagi merayu-rayu untuk menarik Pas yang dituduh sesat itu untuk bergabung dengan Umno. Umno sudah hilang hala-tuju dan dilihat kelemasan dalam mencatur politiknya menghadapi Pru-13.

Terakhirnya Barisan Nasional (BN) memperlihatkan isyarat jelas bahawa perikatan itu tidak bergandingan dengan Perkasa apabila Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf pertubuhan yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman. Idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan. “Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib,” kata beliau.

Kalau ini berlaku menambahkan senak kepala Najib untuk menerajui bahteranya menghadapi Pru-13.
Mesyuarat Agung UmNO bahagian-bahagian yang kini sedang berjalan melihatkan pertembungan dan perbalahan dalaman berlaku dimana-mana. Bukan hanya di Terengganu, Tumpat dan terakhir adalah dinegeri Abdullah Badawi iaitu Jelutung sehingga Bekas ketua Umno Jelutong Datuk Abdul Rashid Ismail berkata parti Melayu itu tidak mungkin dapat terus berkuasa jika ia gagal menangani masalah-masalahnya. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli bahagian bahawa tidak salah bagi melompat ke parti lain jika tidak berpuas hati dan gagal mencari penyelesaian dalam Umno.
"Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS - masih ada Pakatan Rakyat. Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain,” katanya.
"Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS - masih ada Pakatan Rakyat. Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain,” katanya.
Hah nampaknya pintu pagar Putrajaya sudah terbuka. Kalau ada orang yang sanggup bunuh diri kerana kekalahan Umno di Selangor. Bagaimana nanti kalau Umno terpaksa menggalas beg keluar dari Putrajaya. Tentu ramai yang terjun laut kot?
No comments:
Post a Comment