Najib & Rosmah berbelanja 3.9 billion setahun?

| |
Rakyat disuruh berjimat cermat dalam masa sama dicekik dengan pelbagai cukai. Tetapi pemimpin boros tanpa had. Apabila barang-barang keperluan asas dinaikkan kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah teramat sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional, Rakyat bawahan khususnya yang berpendapatan rendah dan 75% daripadanya adalah bumiputra termasuklah Umnoputra yang selama ini jatuh bangun menyokon Umno-BN.

Tetapi pemimpin Umno-BN ini bijak menipu rakyat. Ia memeras rakyat tetapi tetap berkehendakkan rakyat terus memujinya. Sebab itulah tajuk berita media: “Subsidi diturunkan..” “Penyelarasan harga barang..” “ Najib berani…” “rasionalisme subsidi..”. Kekadang editor serta wartawan macam ni takde hati perut ke? Tidakkah mereka menyembunyikan maklumat untuk bersekongkol dengan kerajaan bagi memeras rakyat marhaen. Rakyat dan sebangsa mereka sendiri demi kepentingan habuan dan periuk nasi mereka. Sepatutnya mereka jujur dengan data yang sebenar. Siapa yang boros? Siapa yang membazir dan salah urus dana awam termasuk syarikat-syarikat GLC. Mereka sepatutnya mempunyai etika dan amanah untuk melapurkan kemana sebenarnya perjalanan kewangan Negara yang merupakan milik rakyat. Tetapi malang apabila mereka menjadi hamba dan diperkudakan pemimpin.

1. Pembaziran Pilihanraya Kecil
Kenapa mereka tidak lapur pembaziran yang berlaku setiap kali pilihanraya kecil? Duit siapa yang mereka guna? Duit Umno atau duit rakyat? Terakhir pilihanraya Sibu. Hampir 2 billion ditabur demi kepentingan politik sempit Umno-BN. Apa jadi. Pengundi Sibu berkata: “ Terimkasih Najib kerana sudi meluangkan masa dan membahagi angpau!...”

2. Perbelanjaan JPM diketuai Najib
Rakyat dinaikkan harga barang untuk berjimat 750 juta tetapi untuk pemimpin? Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 bilion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri yang disayangi Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM 3,900 juta bukan sedikit. Kemana duit itu dibelanjakan. Sepatutnya media cari maklumat dan dedahkan untuk pengetahuan rakyat.

3. Subsidi konglomerat dan subsidi rakyat
Rakyat juga ingin tahu perbandingan subsidi terhadap rakyat dan subsidi terhadap kroni-kroni mereka. Contohnya "Negara memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power. Kenapa? Sedangkan sudah ada TNB milik rakyat. Kenapa bersekongkol duit rakyat demi kepentingan IPP. Subsidi 20 billion tetapi mencekik rakyat untuk 750juta. Tidak lain dan tidak bukan dibelakang syarikat tersebut adalah kroni-kroni mereka termasuk anak Dr Mahathir sendiri. Biar rakyat mampus asal kroni dan anak mereka billionair.
Syarikat-syarikat pengeluar tenaga independen (IPP) mendapat keuntungan berlipat kali ganda akibat sistem subsidi bahan api yang tidak masuk akal. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengakui IPP mendapat bekalan gas dengan harga RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British) sedangkan harga pasaran RM41 mmBtu. Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu. Tambahnya, keadaan ini menyebabkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi." "Penjualan gas kepada IPP adalah tidak munasabah sedangkan kos pengeluaran gas ialah RM15 hingga RM16 mmBtu dan harga pasaran pula mencecah RM41 mmBtu.

Gas diberi subsidi tetapi rakyat dinaikkan harga gas. Sedangkan kita menggunakan gas yang disedut diperairan Terengganu, diproses dan dibotolkan di Paka-Kerteh dan dijual dengan harga yang dinaikkan kepada RM1.85 sekilo. Apa ke menatang subsidinya? Mereka dapat gas percuma kurnian Allah dan dicekik rakyat untuk kepentingan kroni mereka. Tahukan saudara YTL di Paka-Kerteh mengaut untung RM1.5 juta sehari, RM40 juta sebulan dan RM500 juta setahun. Apa kepakaran mereka? Hanya sekadar menculik kepakaran dan kemahiran pekerja TNB, jiran sebelah. Tetapi rakyat dicekik dan syarikat kroni yang untung beratus juta diberi subsidi? Apa rasionalnya memberi subsidi gas kepada IPP RM35.7 bilion, manakala sektor penjanaan tenaga pula mendapat manfaat daripada subsidi keseluruhan yang berjumlah RM62.6 bilion berbanding memberi subsidi kepada rakyat?

Itu baru syarikat tenaga. Macamana syarikat-syarikat lain?
Sebab itu kita melihat kekayaan pemimpin Umno luar biasa. Baru sepenggal menjadi wakil rakyat mengalahkan taukey dadah. Itu belum kira yang memerintah dan berkuasa sehingga kepala botak dan beruban. Lihatlah kekayaan Ketua Menteri Sarawak!

Apa yang dapat diperhatikan tentang kenaikan harga barang bertali arus ini sebenarnya usaha yang dilakukan oleh Najib sebagai persiapan mengumpul dana untuk menghadapi pilihanraya. Baru-baru ini disangkakan taukey judi akan melabur besar jika diluluskan lesen judi bola tetapi gagal. Akibatnya sekarang rakyat diperas untuk mencukupkan keperluan kewangan yang lebih besar bagi memastikan Umno-BN terus memerintah.

Hasrat ini perlu dihalang. Jom bersama-sama kita selamatkan Terengganu. Selamatkan Malaysia dari tangan-tangan khianat ini. Semoga dapat dipertingkatkan kefahaman dan capaian maklumat kepada rakyat agar tidak terus dibutakan oleh pemimpin Umno-BN.

5 comments:

pembela_rakyat said...

subhanallah,,

Anonymous said...

itu pun rakyat masih tak sedar lagi, terus diperbodohkan jadi kerbau dicucuk hidung.

saiful bahri said...

Yang penting rakyat perlu mendapat maklumat sebenar. Tanpa maklumat rakyat akan sentiasa ditipu. Siapa yg perlu berperanan tabligh (menyampaikan)? siapa lagi. Kita semua

Anonymous said...

hampa pun sama juga kalau dah dapat kuasa, serban pun tercabut

kazarientes said...

As salam, ingin saya membetulkan sedikit isu subsidi gas kepada IPP. untuk makluman semua, subsidi gas diberikan kepada semua penjana tenaga, sama ada TNB ataupon IPP. tujuannya ialah untuk membolehkan tenaga elektrik dijual pada kadar serendah 28sen/kWh kepada pengguna. pada kadar puratanya, IPP mengambil 'upah sebanyak 2sen/kWh' bagi tujuan penjanaan tenaga. ini tidak termasuk kos2 bahan api yang disubsidi tadi. kos ini dibayar terus oleh pihak TNB. jika kerajaan memutuskan untuk menarik balik subsidi, maka ipp tidak akan terjejas sama lansung, kerana kos bahan api itu akan dibayar terus oleh TNB. dan pihak tnb pula akan mengalirkan harga bahan api yang mahal ini kepada rakyat melalui kenaikan tariff elektrik.maka rakyat juga akan marah kerana kenaikan kadar tersebut. insya'Allah, boleh kita renung2kan semula issue2 yang kita perbahaskan di masa hadapan supaya apa yg disampaikan tidak salah dan boleh menyebabkan fitnah. imej dan kredibiliti parti kita juga boleh terjejas. Wallahuaklam bissawab

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...