Rogol Penan. Najib bahagi Cawat Besi Ehsan di Baram?

| |
Pada tahun 2000, wakil penduduk Penan telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasai Manusia SUHAKAM mengenai penderaan seksual kaum wanita mereka tanpa sebarang tindakan dari polis. Tahun lepas sahaja sekurang-kurang 11 wanita Penan dirogol oleh pembalak di Baram. Laporan oleh 'Penan Support Group' dalam konteks lebih luas mengenai eksploitasi seksual wanita dan gadis di Baram Tengah dan Ulu Baram Sarawak.

Pada bulan Oktober 2009, laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak telah mendedahkan kepada umum dan menegaskan telah berlaku penderaan seksual kepada gadis dan wanita kaum Penan. Laporan tersebut juga telah mendedahkan bahawa terdapat tujuh kes baru penderaan seksual di kalangan gadis dan wanita kaum Penan, selain itu juga menjelaskan usaha pihak kerajaan untuk melindungi gadis dan wanita kaum Penan masih tidak memberi kesan sehingga kini tidak ada seorang pun yang diheret ke muka pengadilan untuk bertanggungjawab ke atas penganiayaan ini.
Baru-baru ini apabila isu ini menjadi polemik kembali, Lalu PM sebagai “Raja Juara rakyat” terus terbang ke Miri pada hari ini dalam rangka lawatan dan turut sama program bersama masyarakat di Baram. Sempena lawatan tersebut, macam biasalah kehadiran santa claus takkanlah tak bagi apa-apa. PM meluluskan peruntukan 100j untuk menaiktaraf jalan Beluru-Lapok yang merupakan penghubung utama antara Baram dengan Miri sempena majlis bersama masyarakat di Long Banga. Sekumpulan pelajar seramai 50 orang dari sekolah Long Bang dan Long Lamai diberi wang ehsan oleh Najib sebanyak Rm 450.00 sebagai gula-gula menghadapi pilihanraya dan sebagai penutup bicara agar kes rogol golongan penan akan hilang dan luput dari diperbincangkan dan khususnya untuk menutup persepsi buruk Negara luar terhadap Malaysia.
Yang hairannya bukan sekadar orang Penan dalam hutan sahaja yang tak selamat dan terjamin hak-hak mereka serta maruah dan keturunan tetapi juga masyarakat Bandar sendiri. Sejauhmana kecaknaan kerajaan Umno-BN dalam menangani kes rogol di Malaysia yang amat mengerunkan. 7 kes baru di Penan beliau pergi ke Miri. Nak beritahu dunia betapa caknanya beliau bagaimana kes rogol selain di baram di seluruh Malaysia yang dibawah pemerintahan beliau yang amat menakutkan.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan kes rogol telah meningkat daripada 1,217 pada tahun 2000 kepada 1,386 pada 2001 dan kepada 1,431 pada 2002. 1324 (2003), 1698 (2004) , 1189 (2005) 2431 (2006) 3098 pada (2006), 3414 pada (2007) dan 2008 meningkat kepada 4,959 kes.

Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun 2008 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah. Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Maximus J. Ongkili berkata, berdasarkan statistik yang diperolehi pihaknya, sebanyak 2,432 kes rogol dilapor dalam tempoh itu berbanding 1,849 kes tahun sebelum itu.
Menurut Nationmaster yang mengkaji kes rogol di seluruh dunia, Malaysia masih lemah dalam menangani kes-kes rogol yang berlaku dalam negara kita. Mengaku sebagai sebuah negara Islam, berada pada tangga 38 bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow, di Dewan Rakyat menyebut pada tahun 2007 sahaja 5.7 kes sehari di Malaysia ataupun hampir 1 kes rogol setiap 4 jam. Dan pada tahun 2008 dah meningkat kepada 13.7 orang sehari? Siapa bakal dirogol lagi. Apa Umno-BN buat? 7 orang dirogol di Barraam diambil perhatian bagaimana 13 orang dirogol sehari dibiarkan? Kenapa di Arab Saudi yang tiada UMNO, pada tahun 2000 hanya 87 kes rogol di Negara tersebut. Kalau Najib enggan mengadakan hukuman Islam sebagaimana yang dilaksanakan oleh Arab Saudi, apakah alternatif dalam mencegah rogol di Malaysia yang semakin parah ini. Atau PM tak sempat berfikir tentang itu hanya berfikir untuk menang pilihanraya ke - 13 sahaja. Kenapa tidak guna pandangan pimpinan Umno. Dulu Datuk Azalina bekas Puteri Umno mencadangkan potong punai perogol. Ada pemimpin Umno termasuk Isa samad mencadangkan supaya dipakai cawat besi. Adakah Najib membahagikan cawat besi kepada masyarakat Penan untuk mengelakkan dirogol ketika melawat Baram hari ini? Kalau kanak-kanak diberi wang ehsan... apalah salahnya berikan cawat besi ehsan?

3 comments:

abu muaz said...

kayalah sesiapa yang dapat tender membekal cawat besi ni.

chegarMD said...

PM telah bersabda bahwa orang asli adalah etnik
yg paling setia kpd kerajaan berbanding etnik lain di malaysia termasuk melayu.
rasa nya pm layak di nobatkan sebagai tokbatin kpd orang asli, apa kata pengomen...

Saiful said...

hihi.. amat bersetuju. nanti selepas pru-13 diharap dpt diwujudkan jawatan Tok Batin Perdana untuk seluruh warga original.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...