Ohh! Rupanya UMNO-BN Menderita !

| |
Umno lahir dalam rumah penjajah. Bermula dengan kekuasaan memerintah. Pemimpin Umno lahir dengan kemewahan dan mendapat pendidikan di England. Anak, cucu hatta cicit mendapat warisan yang sama. Apa mereka tahu tentang perit getir perjuangan dan penderitaan. Mereka menerima kemerdekaan dan setreusnya memerintah dengan sekadar basuh kaki sahaja. Dipersiapkan oleh penjajah sebelum menganugerahkan kemerdekaan.
Pemimpin Pas semenjak awal dari Hizbul Muslimin sehingga bernama Pas telah membilang jeriji besi. Merengkok dalam penjara. Pejuang dan pendokongnya sentiasa berkorban membanting tulang, memeras keringat dan mengikis harta untuk infaq dan berkhidmat kepada rakyat. Separuh abad tidak mengenal erti kuasa dan pemerintahan tetapi jiwa mantap mengharungi apa sahaja demi agama, bangsa dan tanah-air.
Kalah dalam pilihanraya itu biasa. Menang itu luar biasa. Hari ini Allah memberi kemenangan kepada sebahagian negeri mengecapi kemanangan khususnya di Kedah dan Selangor termasuk Wilayah Persekutuan. Mka bermadahlah pemimpin UMNO selaku Menteri Wilayah Persekutuan

“Sukarnya bila hilang kuasa” kata Nong Chik.

BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka."Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa,
" katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.

Benarlah firman Allah dalam surah al-Nisa : 104 bahawa musuh pun rasa sakit yang sama. Dok ingat mereka kuasa banyak, duit banyak relax je.

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاس وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Jika kamu mendapat luka, Maka Sesungguhnya kaum itupun mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada' dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, Surah al-Imran : 140

Kini setelah mereka hilang sebahagian kuasa yang membuat mereka rasa sombong dan angkuh selama ini lalu mereka mungungkitkan penderitaan. Dan derita itu seolah-olah derita rakyat. Sebenarnya ia bukan derita rakyat tetapi derita UMNO-BN.

Perkara yang sama pernah diungkapkan oleh pemimpin Umno Terengganu sehingga dibawa ke dalam Perhimpunan Agung Umno di PWTC yang akhirnya mencadangkan dirampas royalti minyak di Terengganu dan menjadi wang ehsan lalu diurus oleh Umno Terengganu tanpa melalui akaun wang yang disatukan Kerajaan Negeri. Bermulalah episode pengkhianatan, kezaliman, diskriminasi, rasuah, kroni dan seribu macam kejahatan bernama UMNO-BN. Dengan duit mereka menrencanakan untuk merampas kembali Terengganu dari tangan Pas. Rakyat Terengganu yang kebanyakannya masih lagi miskin dan ketinggalan terpedaya dengan umpan dan ugutan Umno-BN. Dengan perancangan kotor pilihanraya serta kerjasama SPR dan pihak kerajaan Pusat beserta kementerian termasuklah polis dan tentera menyebabkan kerajaan Pas tumbang di Terengganu.

Kerana itu sebagai ingatan khususnya PR di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Umno umpama harimau yang cedera. Bukan sekadar mengaum bahkan akan melakukan apa saja tindakan demi menyelamatkan survival politik serta tali hayat politik mereka. Dalam keadaan sisa-sisa baki harta yang mereka ada meskipun tiada royalti serta kekuasaan kerajaan pusat bersama dengan mereka dan dalam keadaan banyak masa rehat dikalangan pimpinan Umno kerana tidak sibuk memerintah negeri nescaya mereka akan merancang dan melakukan apa saja tindakan untuk merampas kembali kuasa khususnya di Selangor yang merupakan pusat menjana pemerintahan dan pentadbiran Negara.

Tidak mustahil strategi daftar pemilih dan pengundi yang mengundi beberapa kali yang dipraktikkan pada tahun 2004 akan diguna pakai di Terengganu juga akan diparktikkan di Selangor. Dengan kerjasama SPR, Jabatan Pendaftaran, polis maupun tentera akan diguna-pakai. Demi menyelamatkan nyawa Umno-BN nescaya mereka sanggup melakukan meskipun bertentangan dengan agenda demokrasi itu sendiri. Apatah negeri Selangor dengan pengundi Bandar yang sukar dicula dan dikenali lebih mudah untuk dipraktikkan. Negeri Sabah juga pernah mengalami nasib yang sama.

Cuma sehingga kini, apa yang diperhatikan disebalik tangan-tangan durjana yang mengkhianati dan menipu rakyat yang membawa kemenangan palsu kepada UMNO-BN itu tidak kekal lama. Mereka semua dibalakan oleh Tuhan dengan kehilangan dan ditarik pangkat dan kuasa. InsyaAllah, pengkhianatan mereka itu kini telah membarahkan penyakit keseluruhan akar umbi parti mereka.
Kini mereka hanya sekadar menunggu saat kematian meskipun mereka berusaha menyambung nyawa mereka. Terlalu banyak dosa dan kezaliman yang mereka lakukan. Cukuplah separuh abad diberi kuasa dan Pru kali ke-13 nanti insyaAllah kuasa rakyat akan dikembalikan kepada yang lebih berhak. Dan ajal kekuasaan Umno-BN sudah tamat dan mereka akan bertanggungjawab dihadapan Allah segala kerosakan yang dilakukan sepanjang pemerintahan mereka itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...