Bulan Jun sahaja telah mencatatkan kematian yang meningkat hampir seratus peratus bagi pihak tentera Nato di di Afghanistan iaitu seramai 100 orang berbanding bulan Mei yang menyaksikan 51 orang tentera Nato yang kecundang. Ini dikatakan jumlah yang tertinggi berbanding bulan-bulan sebelum ini semenjak 9 tahun penjajahan Salibiyyah Amerika di bumi umat Islam Afghanistan.
Tahun ini merupakan babak cemas perang di Afghanistan. Tentera Nato yang dipimpin oleh AS belum mampu memaksa Taliban untuk menyerah. Padahal, 150. 000 tentara mereka berada di Afghanistan untuk menggempur perjuangan Taliban sejak tahun 2001 lalu serta didokong oleh boneka mereka Hamid Karzhai. Perang di Afghanistan pun disebut sebut sebagai perang terlama yang pernah dijalani AS dan nampaknya tidak berpenghujung.
Tahun lepas sahaja seramai 521 orang dikalangan tentera Nato yang mati dibunuh oleh Mujahidin Afghanistan. Ini bererti tahun 2010 ini meyaksikan peningkatan kekalahan bagi pihak Nato meskipun penambahan bilangan tentera Amerika diluluskan oleh Obama untuk dihantar ke Afghanistan dan perbelanjaan perang di Afghanistan telah mencecah 5 billion sebulan. Akibat kegagalan mutakhir ini Obama memecat komander AS, Stanley McChrystal dan menggantikan wira Iraq, Jeneral David Petraeus. Apakah ia akan merubah apa-apa?
Meskipun mereka melaburkan begitu banyak kebendaan dan ketenteraan, InsyaAllah umat Islam tidak akan kalah. Perjuangan umat Islam sekian lama semenjak penjajahan Rusia sehingga kini bersekongkol dengan golongan munafik itu pasti akan memperolehi kemenangan dan penjajah pasti akan dapat dihalau dar tanah air mereka.
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka cuba untuk memadan cahaya Allah tetapi Allah pasti akan meyebar luas agamanya meskipun dibenci oleh orang kafir
Hakikat sebenarnya Nato dan tentera bersekutu Salibiyyah di Afghanistan sudah kalah. Sepatutnya mereka pulang ke tanah-air mereka. Mereka malu dan merasa aib dan menjarakkan masa dan tempoh penjajahan di bumi Afghanistan. Sebenarnya ia akan menambahkan lagi bilangan keranda dari kalangan rakyat dan tentera mereka bahkan menlupuskan berbillion dollar menjadi sia-sia.
Mereka masih sayang untuk meninggalkan bumi Afghanistan kerana kepentingan politik serta kedudukan strategiknya. Bahkan bumi Afghanistan menyimpan khazanah mineral yang berjumlah trillion dollar bahkan kini bisness dadah telah dikuasai oleh mafia Amerika di bumi Afghanistan yang hari ini merupakan pengeluar utama dunia berbanding dizaman pemerintahan Taliban yang telah menghapuskan industri dadah di Afghanistan.
Meskipun psywar barat berselindung disebalik menentang pengganas dan era globalisasi yang dipaksakan keatas Negara umat Islam bagi mencengkam agenda salibiyyah moden tetapi kita cukup menaruh harapan bahawa mereka pasti kecundang dan tidakkah mereka bimbang bahawa Amerika dan Eropah kini bakal menuju menjadi pusat pengembangan Islam didunia ini dimasa mendatang. Mereka bak negara taif yang pernah didoakan Rasulullah Saw meskipun ibu-bapanya menentang Islam semoga sulbi dan keturunan mereka nanti akan memperjuang dan mengembangkan Islam. Ameen.
No comments:
Post a Comment