
Apabila mendengar maklumat bahawa harta wakaf mempunyai nilai tinggi sekarang mungkin ia membuka banyak mata. Ada yang meleleh air liur melihat tanah wakaf yang strategik. mereka sanggup songlap meskipun ianya tanah wakaf masjid, tiba-tiba menjadi deretan kedai milik pribadi atau bahkan sudah bertukar tangan kepada orang bukan Islam.

Sesetengah itu mempunyai banyak peraturan dan enakmen yang menyukarkan menyebabkan kesukaran untuk para pewakaf yang ingin mewakafkan harta mereka ataupun banyak yang timbul masalah setelah pewakaf meninggal dunia dan akhirnya ia berakhir ke mahkamah dan menjadi beku tidak ada penyelesaian.
Samada wakaf khusus atau wakaf am, sepatutnya pentadbir harta wakaf mampu untuk mengembangkan harta wakaf sebagai asset yang mendatangkan banyak manfaat kepada umat Islam khususnya untuk pengibadatan, pendidikan, kebajikan dan maslahah umat Islam.

Kebanyakannya adalah pendidikan percuma sebagai kaedah kebajikan terhadap rakyatnya. Ia berkembang keseluruh pelusuk Negara dengan cabang-cabangnya serta pelbagai fakulti dan bidang pengajian. Ia dibina dari hasil kekuatan pemerintah, ahli perniagaan dan masyarakat Islam yang menggembelingkan harta wakaf sehingga mempunyai dana yang besar untuk menanggung serta membiayai Institusi al-azhar bahkan mengembangkannya sehingga kini.
Tetapi bagaimana mungkin, harta wakaf dinegara kita kebanyakannya terbeku begitu sahaja dan berjumlah berbelas ribu hektar. Dan tidak mustahil disana masih banyak harta wakaf yang diwakafkan tetapi mempunyai penama orang perseorangan atau institusi tertentu. Ada yang maju berkembang dan buka sedikit yang mati ditengah jalan dan segala asset dan wakaf orang ramai itu terbengkalai. Kalau ia tidak diwakafkan dengan kaedah dan system yang betul dibimbangi juga generasi yang kemudian menyelewengkannya. Pernah berlaku tanah wakaf ibu-bapa mereka pun dijualnya. Walaupun ianya tapak surau hatta tanah kubur pun sanggup dijualnya. Apatah lagi kalau ia bernilai tinggi dimasa kini.

No comments:
Post a Comment