Dihadiri kira-kira 1,000 tetamu pada majlis angkat sumpahnya Otunbayeva berjanji mewujudkan era politik baru di negara yang berdepan keadaan tidak stabil itu. “Sebagai presiden saya akan berusaha mewujudkan budaya politik baru di negara ini berasaskan peraturan dan undang-undang yang ketat.

Pernyataan terbuka PM Gillard tentang keyakinannya terhadap Tuhan disampaikan dalam wawancara dengan radio ABC Melbourne."Saya bukan orang yang beragama dan dirinya tidak akan berpura-pura beragama untuk merebut hati pengundi Australia. Saya tentu menghormati kepada para penganut agama, tapi kepercayaan itu bukan hal yang saya yakini."
Dalam masa yang sama beliau tidak bersetuju perkahwinan sejenis di Australia. Beliau sendiri bersekedudukan tanpa nikah dengan teman lelakinya Tim Matthieson.

Itulah sebahagian kisah yang mewarnai dunia ini dikalangan pemimpin Wanita. Dalam masa yang sama ramai lagi wanita yang terpilih menjadi pemimpin Negara seperti Jerman.

Ramai lagi antaranya Kamla Persad-Bissessar adalah Perdana Menteri ketujuh Trinidad dan Tobago yang dilantik pada 26 Mei 2010. Ellen Johnson Sirleaf wanita di Afrika yang merupakan Presiden Liberia. Mary Patricia McAleese menjadi President di Ireland. Tarja Kaarina Halonen menjadi President di Finland. Jadranka Kosor menjadi Perdana Menteri di Croatia juga Dalia Grybauskaitė menjadi Presiden di Lithuania.
Selain itu ramai juga dikalangan Negara umat Islam yang memilih wanita menjadi pemimpin mereka antaranya Pakistan yang terkenal dengan Benazir Bhutto, Megawati Sukarnoputri di Indonesia dan Syeikh Hasina Wazed yang memerintah di Bangladesh sehingga kini.
Adakah dunia kini dan akan datang akan dikuasai oleh wanita. Kemana hilangnya lelaki-lelaki yang gagah perkasa itu sehingga tugas yang berat memikul kepimpinan dan kekhalifahan dibebankan keatas wanita?

Apa pandangan Islam tentang kepimpinan wanita ini? Kebanyakan berpendapat bahawa tidak sah dan dilarang berketuakan wanita berdasarkan hadis Rasulullah Saw:
“Tidak akan berjaya selama-lamanya suatu kaum yang mengangkat wanita/perempuan menjadi kepala negara”.
(Hadits Riwayat Al-Bukhari dalam shahihnya, Fathul Baari; kitab al-Fitan 13/ 53, kitab al-Maghazi 8/126, At-Tirmidzi dalam Sunannya, Tuhfatul Ahwadzi; bab al-Fitan 6/541-542, An-Nasa‘i dalam Sunannya, bab larangan menempatkan wanita dalam pemerintahan, 8/227 dan Ahmad dalam musnadnya, Fathur Rabbani 19/206-207 dan 23/35).

Ada juga yang berpendapat bahawa kepimpinan itu perlu memahami hadith dan sunnah fi’liyah Rasulullah SAW berdasarkan ‘mulabasat’ atau suasana zaman dan kemampuan wanita ketika itu. Al-Qaradhawi beranggapan bahawa isu hukum kepimpinan wanita adalah isu furu’ yang boleh berubah menurut peredaran zaman, apa yang penting adalah syarat .kemampuan dari pelbagai sudut tanpa menjadikan jantina sebagai punca perbezaan dan kelayakan.
Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:
قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين . النمل :33
Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …”
قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين . النمل: 44
berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman”
Juga kepemimpinan Sajaratud- Durr -putri keturunan Salahuddin dari dinasti Mamalik yang pernah menjawat jawatan Ketua Negara di Mesir. Begitu juga di Rantau kita dengan penguasaan Sultanah yang pernah berkuasa di Kerajaan Aceh, baik Sultanah Khadijah, Sultanah Maryam maupun Sultanah Fatimah.
Ada juga kepimpinan wanita ini sebagai galang-ganti suami mereka seperti kes Corazon Aquino dan kini anaknya pula memerintah di Filipina. Cristina Kirchner yang kini adalah Presiden Argentina Sebelumnya Argentina dipimpin oleh suaminya pada tahun 2003-2007 iaitu Nestor Kirchner sebagai presiden. Dengan kemenangan partinya pada pilihanraya 2007. Begitu juga Hillary Rodham Clinton yang hampir-hampir menduduki tapak kerusi yang pernah diduduki oleh suaminya sebagai Presiden Amerika.

No comments:
Post a Comment