UMNO bakal Berubah?

| |
Setelah isu sekelompok anak muda yang mengaku ulama masuk UMNO baru-baru ini dan meskipun timbul pelbagai isu pro dan kontra serta wujudnya dakwaan UMNO menipu golongan ulama muda yang terperangkap dengan isu kemasukan UMNO-BN itu, tetapi yang jelas sebagaimana telah disebutkan penulis sebelum ini sebagai strategi makan tuan.

Dalam masa yang sama Nakhaei dan jentera JAKIM yang kuat menyerang dan menggunakan isu ahli sunnah wal jamaah disamping serangan terhadap Wahabi dengan memalitkan Pas khususnya di Kelantan, Kedah dan Terengganu agar dapat menjauhkan golongan khalaf khususnya pendokong madrasah dan pondok agar menolak Pas dan kepimpinannya.

Tok Guru Hj Abdullah dari Pondok Genting dijadikan pengadu domba untuk menyesatkan Tok Guru Nik Aziz dan dituduh pula bersekongkol dengan Dr Asri. Hj Lah Genting berkata : UMNO pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah, UMNO-BN Islam tulin. Dan beliau melabelkan Pas sebagai Wahabi.

Bekas mufti Perlis itu meskipun mempunyai penyokongnya sendiri termasuklah sebilangan golongan yang lebih liberal dan pemikiran yang dianggap terbuka tetapi beliau tidak disenangi sebilangan besar masyarakat yang telah sekian lama pendokong mazhab fiqh as-Syafei dan pendokong tauhid al-`Asya’irah termasuklah kebanyakan mufti di Malaysia yang tidak sependapat dengan beliau.

Isu penangkapan Jais terhadap Dr asri dan penangkapan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan terhadap Fathul Bari yang kini agak menonjol setelah penyerahan borang masuk UMNO nya itu sebenarnya telah menimbulkan sikap serba salah dikalangan pendokong UMNO sendiri. Sedia kita maklum sikap Syahidan Kassim. Nampaknya bekas MB Perlis ini yang terkial-kial seorang diri.

Penulis pun tertunggu-tunggu apakah respon dari kementerian, Jakim atau individu yang menjaga agama dalam UMNO. Khususnya Ustaz Zamihan Mat zin sendiri. Takkan nak biarkan orang beranggapan bahawa JI dan Wahabi telah menyerap dalam UMNO. Tidakkah nanti UMNO akan menjadi ekstrim dan ganas? Apa pandangan Hj Lah Genting selepas ini. Adakah UMNO-BN pejuang ahli sunnah wal jamaah?. Adakah UMNO pejuang Islam tulin?
Hasilnya pada 28hb. Jun 2010 Datuk Jamil Khir Baharom sebagai Menteri hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataannya yang menyebut :

Isu JI tiada kaitan fahaman Wahabi

KUALA LUMPUR: Fahaman Wahabi tidak boleh dikaitkan dengan kumpulan ekstremis atau pengganas kerana keganasan bukan berpunca daripada fahaman agama, tetapi disebabkan pengamalnya menyeleweng daripada ajarannya.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata apabila fahaman sudah menyeleweng, pengamalnya mengambil pendekatan berbeza daripada orang lain termasuk sanggup membunuh orang lain.
“Akibat terpesong daripada landasan Islam sebenar, maka berlakulah kejadian orang ramai yang tidak bersalah dibunuh dan dibom. Kerajaan sentiasa memantau perkara ini supaya tidak berlaku penyelewengan ajaran Islam kerana ia merugikan negara dan masyarakat.
“Saya kata begini, jangan menuduh mana-mana pihak sebagai pengganas atau golongan pelampau melainkan yang telah ditentukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya selepas melancarkan penubuhan Dewan Huffaz Kebangsaan di Pusat Islam, semalam.

Perlis dikaitkan dengan fahaman dengan Wahabi serta Jemaah Islamiah (JI) susulan kenyataan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, yang mendakwa bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya; bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai pengamal Wahabi.

Kenyataan Datuk Jamil Khir sebenarnya untuk menolak kebimbangan ‘golongan Wahabi’ yang masuk dalam UMNO ini akan menjadikan UMNO parti ekstrim dan mendokong keganasan.
Ini telah di suarakan sendiri oleh PM. “Penyertaan golongan ulama ke dalam Umno tidak akan menjadikan parti itu sebagai parti yang ekstrem terhadap perjuangan Islam”, kata Datuk Seri Najib Razak.

"Kita tidak mahu Umno dilihat sebagai parti ekstrem. Islam sebenarnya bukan agama yang ekstrem. Jadi kita akan memperjuangkan Islam yang diterima oleh semua pihak dan umat yang terbaik adalah umat yang sederhana mengikut panduan Islam," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah, anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di Kuantan.


kita merasakan isu wahabi ini akan reda. Sebab jika serangan terhadap Pas dengan isu Wahabi nescaya akan terpulang kayu buah keras terhadap UMNO. Nescaya cakap-cakap akan mengatakan bahawa Wahabi telah menyerap ke dalam UMNO. UMNO akan menjadi parti ganas dan ekstrim. Sebab itulah mereka segera menafikannya awal-awal.

Selama ini jika setiap kali hampirnya pilihanraya, nescaya timbullah isu keganasan, ekstrim dan sebagainya seolah-olah ingin menakutkan pengundi khususnya bukan Islam agar jangan menyokong Pas yang membawa agenda Islam. Tetapi kini apabila perjuangan Pas sudah diterima baik dengan slogan “Pas for All” “ Islam Memimpin Perubahan” dan terakhir muktamar di PUTIK ke -56 Pas telah menggagaskan “ Islam Adil untuk Semua”. UMNO terpaksa mencari jalan untuk menjuarai perjuangan orang Islam. Nampaknya setelah masuknya ulama muda ke dalam UMNO telah mencadangkan untuk mengukuhkan iman dan mengerakkan slogan “ Islam for All”. Adakah dengan menciplak agenda Pas ini tidak memalukan atau menakutkan UMNO? Bimbang nanti ahli khususnya pemuda memahami Islam dan perjuangannya menyebabkan akhirnya mereka akan menyokong Pas. Ahli UMNO masih lagi kekal UMNO apabila selagi mana mereka jahil dengan Islam tetapi jika mereka memahami Islam yang sebenar, pasti mereka akan menyokong Pas.

Ulama muda yang baru masuk UMNO pun satu hal, takkan belajar agama hebat-hebat dengan usia yang masih muda terpaksa menyandarkan dan menciplak slogan Pas. Bawaklah idea yang baru dan cangih-canggih Apapun tak salah meniru apa yang baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...