
Datuk Ahmad bin Said merupakan ADUN Barisan Nasional kawasan Kijal yang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu pada 22 Mac 2008. Perlantikan itu bagaimanapun tidak dipersetujui pimpinan UMNO yang sebaliknya menyokong Dato' Seri Idris bin Jusoh, bekas MB Terengganu. Tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kesombongan dan keangkuhan Idris Jusoh akhirnya terselepik ke tanah jua.

Keangkuhan Idris memuncak apabila tarikh kekuasaannya menafikan segala keputusan dan tindakan kerajaan yang lalu. Tanah-tanah rakyat sebanyak 70k lot yang diluluskan oleh kerajaan pimpinan Pas dirampas, rumah-rumah dirobohkan hatta Masjid Bujal turut menjadi mangsa kerakusan beliau, Imam & bilal di pecat dan dinafikan elaun sehingga kini, para pegawai disingkir dan disejuk-bekukan, peruntukan undang-undang khususnya hudud & qisas yang diluluskan dizaman pemerintahan Pas dibekukan dan tidak dilaksanakan.

Mat Said ingin menunjukkan kekuasaannya yang melibatkan ketua bahagian maupun pentadbiran di Wisma darul Iman sehingga ke Pejabat Daerah maupun Majlis Daerah atau Perbandaran. Yang terakhir penukaran Exco dengan portfolio yang Nampak jelas menimbulkan rasa tidak puas-hati dikalangan penyokong Idris Jusoh khususnya yang melanda ketua bahagian Marang iaitu Yahya Khatib Mohamad yang dahulunya memegang exco yang lebih kanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang telah digantikan oleh Datuk Za’’abar Mohd Adib sementara Yahya akan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri. Ini sebagai penghinaan kepada Ketua Bahagian Marang kerana keingkaran beliau supaya tidak bertanding jawatan Ketua Bahagian Marang. Hendak ditukar kepada Adun Alur Limbat, itu lebih parah dan penentang tegar kepimpinan MB Mat Said.

Dikalangan pegawai pun diam membisu. Ada gerakan protes senyap terhadap pemerintahan Mat Said tetapi takut menikus bimbang kalau Mat Said mengambil tindakan gila-gila menyebabkan mereka akan tersingkir. Datuk Mokhtar Nong, SUK Terengganu yang merupakan air kaki Idris Jusoh telah disingkirkan dari jawatan beliau. Sekarang, tugas Mat Said adalah ‘menjamu’ rakyat serta menonjolkan juara rakyat untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada beliau. Tetapi sedia maklum bahawa beliau adalah MB untuk sepenggal ini sahaja. Mampukan beliau bertahan di kerusi dun?
Itulah sebab masing-masing memperkemaskan tapak masing-masing agar team utara dan selatan ini terjamin untuk calon PRU ke 13 nanti. Siapa yang ramai nescaya team tersebutlah sebagai tonggak MB pada pilihanraya akan datang. Itupun kalau rakyat memilih mereka? Bagaimana kalau rakyat meluat melihat insiden ini. Mereka akan beralih kepada menyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS yang dilihat sebagai parti alternatif dan istiqamah untuk membela rakyat dan memartabatkan Islam dibumi Terengganu.
Kebimbangan inilah menyebabkan pemukiman golongan veteran UMNO Terengganu telah menyerahkan memorandum kepada PM Najib agar menyelesaikan krisis yang telah membarah itu. Jika tidak diselesaikan nescaya UMNO-BN hanya akan dapat mempertahan 4 kerusi sahaja di Terengganu. Apatah kini mood untuk meletakkan PR ke Putrajaya amat tinggi. Ketika itu dimanakah Mat Said? Dimanakah Idris Jusoh? Siapakah akan mendiami Zoo di Kemaman? Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.
1 comment:
salam ustaz boleh dapatkan maklumat tentang bdk ganu aizat fikri adik nasir dan jamil jidin anak mat jidin kawan anak najib ashman dan jo lek(si mabuk with paris hilton yg anwar kata dpt kontrak airpot sg besi..
Post a Comment