Mufti Harrusani: Dulu mereka pekak ke?

| |
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Hari Pahlawan disambut di Dataran Merdeka pada Sabtu ini — buat kali pertama berlangsung tanpa acara letak kalungan bunga dan bertafakur selama seminit di Tugu Negara, yang menjadi amalan biasa sebelum ini. Sambutan kali ini diubah suai dan dijalankan mengikut fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan lebih sedekad lalu, dan yang terbaru April 2009.
Perubahan lokasi sambutan juga selari dengan keputusan majlis tersebut yang memutuskan Tugu Negara di ibu negara, berusia lebih empat dekad, bertentangan dengan hukum syarak. Tugu Negara menggambarkan sekumpulan perwira memegang bendera dibina pada 1960-an bagi memperingati mereka yang meninggal dunia ketika darurat dan pendudukan Jepun.

Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan dua fatwa mengenai Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan “Last Post”, bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 hingga 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera. Ia telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir. Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak. Acara-acara seperti majlis peringatan termasuk bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.
Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak. Bagaimanapun acara tiupan “The Last Post” dan “Rouse” akan diteruskan kali ini. Deklamasi sajak dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran akan diadakan. Majlis tahlil khas akan diadakan di Masjid Negara pada malam sebelum sambutan di Dataran Merdeka.

“Kami sudah lama meminta agar dilakukan perubahan. Saya gembira kerana kini mereka akhirnya mendengar,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang turut menganggota Majlis Fatwa Kebangsaan. “Ini tradisi orang putih (penjajah). Mengapa harus kita mengekalkannya? Kita boleh melakukannya dengan cara kita,” kata Harussani.

Sekarang agaknya Tan Sri Harrusani baru sedar bahawa pemimpin Umno ini tidak mendengar nasihat agama. Mereka ini selama ni pekak kea tau buat-buat tak dengar? Habis amalan yang dilakukan selama ini apa hukumnya? Siapa yang nak tanggung dosanya setelah sedekad ianya diamal dan dipraktikkan. Banyak ulama telah memperkatakannya. Telah lama pemimpin-pemimpin Pas menegur. Tetapi kerana tradisi penjajah masih kuat bertapak dalam semua pentadbiran Umno-BN. Kalau bunga, ranting dan daun-daun pun payah nak ditukar inikan pula prinsip serta dasar. Perlembagaan Lord Reid dan dasar nasionalisme yang didokong oleh Umno-BN agak-agaknya bila hendak diubah dan ditukar kepada Islam.

Ianya tidak penting bagi mereka yang menganut fahaman sekular. Baginya seolah-olah tidak dosa. Sampai bila lagi harrusani hendak menunggu agar segala patung-patung yang bukannya makin kurang bahkan semakin banyak dibina diseluruh pelusuk Negara bahkan di K.Lumpur sendiri. Di Terengganu sendiri ketika dizaman PAS, telah dibuang replika Penyu ditengah Bandar Kuala Terengganu dan menggantikan dengan Batu Bersurat tetapi kini disetiap daerah diperbanyakkan lagi patung dan replika haiwan ini termasuk di Rantau Aband dengan dua ekor penyu baru yang tersadai ditepi jalan. Adakah pemimpin Terengganu ini juga jahil atau memang pekak?

Selagi tidak kembali kepada Islam secara total. Selagi pemimpin yang ada digantikan dengan kepimpinan yang menjadikan Islam sebagai dasarnya, selagi itulah ianya tidak berkesudahan. Marilah kita menjadikan Islam sebagai teras kehidupan kita dan teras bernegara, InsyaAllah selamat didunia dan akhirat. Dan itulah dasar PAS yang istiqamah untuk memartabatkan Islam di tanah-air yang tercinta ini

2 comments:

Unknown said...

Salam ustaz,selagi tidak kembali pada Islam selagi itulah negara akan bercelaru tak tahu mana halal,mana haram,mana sunat mana makhruh.
Bila ulamak menegur ulamak disalahkan

saiful said...

Betul tu. Paklah tu ngaji agama, anak tok guru pulak tu tetapi dah duduk dalam perjuangan thaqhut mcm tu... hanyutt jugak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...