Keajaiban Telah Berlaku di Terengganu?

| |
Ukuran kemiskinan dibuat berdasarkan perolehan pendapatan isi rumah iaitu RM529 sebulan, manakala termiskin ialah RM264.50 sebulan iaitu separuh daripada pendapatan penduduk miskin.

Ketika Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata pada tahun 2002 kadar kemiskinan telah berjaya diturunkan dari 16.5 peratus pada 1990 ke 5.1 peratus pada 2002., Malaysia hanya mempunyai kira-kira 50,000 keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar atau hanya satu peratus daripada keseluruhan 25 juta orang penduduk negara ini. daripada jumlah itu seramai 40,000 keluarga berada di luar bandar manakala 10,000 lagi tinggal di kawasan bandar.

``Dengan bilangan tersebut, kerajaan percaya dapat menghapuskan kemiskinan tegar ini dalam tempoh lima tahun akan datang,'' Hari ini sudah 8 tahun berlalu iaitu tahun 2010. Adakah kemiskinan tegar ini berjaya dihapuskan. Yang pasti anak Dr Mahathir dah jadi antara billionaire di Malaysia, begitu juga adik Najib Razak.

Ketika Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah telah menyebut pada Ogos 2008 bahawa kerajaan mampu menghapuskan masalah kemiskinan tegar di negara ini menjelang tahun 2010 berikutan kejayaan pihak kerajaan melaksanakan beberapa program.

Sekarang sudah tahun 2010? Dah takde miskin tegar ke di Malaysia. Setiap kali naik menteri baru, adalah pelebongan baru untuk basmikan kemiskinan. Projek dilulus berjuta-juta tetapi rakyat miskin yang terlopong juga. Mana dia Menteri PPRT yang kebas duit orang miskin, Datuk Seri Aunar Musa. SPRM hanya tangkap keretanya sahaja tetapi melepaskan orangnya.

Kalau di sorot kemiskinan di Terengganu dengan hasil minyak yang melimpah ruah, lagilah ajaib. Sebelum tahun 1999 itu, Kelantan ialah negeri yang mempunyai peratusan orang miskin tertinggi iaitu 25.2 peratus; berbanding Terengganu, 22.7 peratus; dan Pahang, 9.8 peratus. Semasa Terengganu dibawah pemerintahan PAS pada 1999 kedudukan kemiskinan negeri itu telah dibaiki daripada tempat kedua iaitu dengan kadar 17.3 peratus kepada tempat ketiga (14 peratus)pada tahun 2001. Pada awal 2004 percapaian itu dibaiki lagi ke paras keempat dengan kadar kemiskinan iaitu 10 peratus setelah membuat perubahan polisi sebaliknya negeri itu kembali miskin iaitu tempat kedua (15.4 peratus) setelah BN memerintah kembali pada pilihan raya umum 2004 dan bilangan isi rumah miskin di Terengganu berjumlah 30,860 orang. Manakala Kelantan menurun ke angka 10.6 peratus
Pada tahun 2005 dilapurkan bahawa Terengganu yang menduduki tangga kedua tertinggi dalam carta kemiskinan negara selepas Kelantan, Berdasarkan rekod Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) Terengganu, ada 10,776 penduduk miskin di negeri ini termasuk 3,343 penduduk termiskin.

Tetapi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Oktober 2006 telah menyebut bahawa Terengganu masih menduduki tangga kedua senarai negeri paling tinggi kadar kemiskinan Dengan jumlah isi rumah miskin tegar seramai 8,300,. Perangkaan terakhir itu diperolehi daripada laporan Unit Perancang Ekonomi .
Bilangan isi rumah di dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak, ternyata lebih besar dari negeri Kelantan.

Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk ‘Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9’. Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut;

1. Sabah - 32,297
2. Terengganu - 8,300
3. Perak - 5,730
4. Sarawak - 5,243
5. Kedah - 4,938
6. Kelantan - 3,550

Walaupun Terengganu di gelar sebagai Kuwait Malaysia tetapi Terengganu yang dicatatkan mempunyai kemiskinan tegar seramai 8,300 orang. Ada kenyataan lain pula menyebut (portal kerajaaan sempena pelancaran ECER pantai timur) bahawa terdapat 7,688 orang atau 30.6 peratus miskin tegar di Terengganu iaitu di Setiu (866 orang), Marang (1,024 orang), Hulu Terengganu (1,031 orang), Dungun (1,186 orang), Kuala Terengganu (1,394 orang), dan Besut (2,011 orang); Kemaman (175 orang) Pada 30 Jun 2010,

Baru-baru ini ketika Kerajaan Terengganu merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 40,000 hektar ladang sawit bagi membantu golongan miskin, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said menyebut pada 30 jun 2010 bahawa Terengganu kini mempunyai kira-kira 5,500 rakyat miskin dan miskin tegar dan pihaknya yakin jumlah itu dapat dikurang atau dihapuskan dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun projek berkenaan bermula.

Ikut jangkaan 2014 akan berkurang kemiskinan. Tup-Tup akhbar Sinar harian melapurkan beberapa hari lepas bahawa Jumlah keluarga miskin tegar di Terengganu telah menunjukkan penurunan angka drastik kepada 480 sehingga pertengahan Jun baru-baru ini.

Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT), Ahmad Abdullah berkata, penurunan ini menunjukkan kejayaan yang dicapai hasil daripada pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan penyediaan peluang pekerjaan. Menurutnya, PPPNT akan cuba membasmi keluarga miskin tegar di negeri ini kepada angka sifar pada Oktober ini atau selewat-lewatnya sebelum penghujung 2010 agar Terengganu dapat keluar daripada kelompok kemiskinan.

Ini dah pelik bin ajaib. Boleh percaya ke angka ini? Takkanlah dalam bulan yang sama, baru lancar dan projek ladang kelapa sawit masih belum dimulakan dengan tiba-tiba kadar kemiskinan turun serta merta. Dari 5,500 kepada 480 dalam bulan yang sama. Ini dah jadi “kun fa yakun”. Hebat ni. Apakah berlaku keajaiban di Terengganu. Atau berlaku penggelapan angka bagi menghadapi serangan Parti Pas yang menyebut isu kemiskinan yang tinggi di Terengganu meskipun pendapatan hasil minyaknya tinggi. Adakah kini, seluruh Terengganu kini hanya ada 480 orang yang miskin? Dan bulan Oktober atau akhir tahun ini tiada seorang lagi yang miskin di Terengganu.
Maknanya apabila diumumkan pilihanraya sudah takde orang miskin di Terengganu setelah UMNO-BN memerintah. Dari kedua termiskin menjadi tiada sorang yang miskin. Hebat-hebat. Adakah Mat Said pakai Jin Baghdad? Mengalahkan Idris Jusoh yang membuat projek yang tak pernah dilihat oleh mata! Percayakah saudara dengan keaijaiban ini? Jangan hairan nanti kalau mari melancong ke Terengganu melihat kekayaan rakyatnya yang tidak pernah kelihatan!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...