Berpoligamikah?. Untuk Wanita Sahaja.. Lelaki dilarang baca!

| |
Perangkaan penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai daripada jumlah kaum lelaki (1: 10). Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11) dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak daripada lelaki. Di Malaysia, dimaklumkan khususnya di Lembah Kelang nisbah lelaki dan wanita adalah (1:12). Kalau lelaki tu pulak ditolak yang bukan Islam, yang dipenjara, pusat serenti, yang berpenyakit dan yang terbalik mangkok Mak Nyah, Pondan dan Gay nescaya berapa aje yang tinggal?

Ini adalah satu satu dari tanda kiamat sebagaimana diriwayatkan daripada Anas ra berkata: Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wanita terus kuasai IPTA

KUALA LUMPUR 4 Julai – Pelajar wanita masih menguasai tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila 58.6 peratus (61,750 pelajar) daripada 105,377 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA bagi sesi pengajian 2010/2011 adalah daripada golongan itu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah itu, seramai 40,366 pelajar mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama manakala 65,011 pelajar peringkat diploma termasuk di politeknik.

Sementara itu, di Bangi, Selangor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, pelajar wanita masih mendominasi program ijazah pertama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu sebanyak 68 peratus. Menurutnya, seramai 3,635 pelajar baru mendaftar bagi program ijazah pertama di universiti tersebut dengan 2,471 orang adalah wanita.
Di beberapa universiti, jumlah pelajar wanita yang mendapat tawaran mengatasi pelajar lelaki, umpamanya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), seramai 225 (90 peratus) pelajar wanita mendapat tawaran sementara pelajar lelaki seramai 25 orang (10 peratus). Di Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) pula, pelajar baru wanita adalah seramai 619 orang (71.98 peratus) manakala pelajar lelaki 241 orang (28.02 peratus) sahaja.
Kenapa berlaku demikian. Pelajar lelaki malas ke berbanding perempuan?. Atau memang bilangan lelaki semakin mengucup. Satu-satunya pusat yang dikuasai oleh lelaki adalah di 28 Pusat Serenti seluruh Negara. Mereka terdiri daripada 6,627 penagih lelaki (97.87%). Manakala 144 orang adalah wanita (2.13%) yang menerima rawatan/pemulihan di Pusat Serenti Bachok, Kelantan.

Bukan hanya di IPT, hari ini wanita menguasai dalam banyak bidang berbanding lelaki. Termasuklah pekerjaan di swasta maupun kerajaan sudah dipenuhi oleh wanita. Jawatan-jawatan tinggi juga sudah dipegang dari kalangan wanita maupun sebagai pemilik syarikat perniagaan dan korporat. Kuasa mengundi pun di kebanyakan tempat golongan wanita telah melebihi kaum lelaki.
Apabila golongan wanita sudah berkerjaya serta berpendapatan tinggi dan masing-masing menghambat karier masing-masing menyebabkan umur berkahwin semakin lewat. Orang lelaki semakin kurang yang berkerjaya dan berpendapatan tinggi. Mutu serta kualiti antara wanita dan lelaki semakin jauh berbeza. Ia akan menimbulkan kadar ketidak-seimbangan yang semakin ketara. Ini akan mendorong semakin sukar untuk berkahwin. Adat orang melayu juga menambahkan lagi payah dan sukar untuk berkahwin. Ia akan membawa banyak permasalahan sosial serta institusi kekeluargaan. Meningkatnya krisis rumahtangga dan kadar perceraian.

Kadar kematian dikalangan lelaki juga tinggi bahkan peratus umur yang lebih muda berbanding lelaki yang berusia samada disebabkan penyakit maupun kemalangan. Ini mendorong lagi kadar lelaki yang akan semakin ketinggalan berbanding wanita.
Kita sudah begitu hampir kepada akhir zaman. Sedangkan Allah mencipta manusia berpasang-pasangan. Penyelesaian barat adalah halalkan penzinaan, berikan lesen pelacuran, Hidup bersekedudukan tanpa kahwin, perkahwinan kontrak dan lain-lain. Tetapi kalau inginkan masyarakat yang lebih mulia dan bermoral penyelesaiannya, nampaknya terpaksa kembali kepada Islam juga. Galakkan Poligami.

Tetapi dalam masyarakat kita masih banyak kerenah diskriminasi dan birokrasi. Masyarakat barat juga sudah lama mengasuh seolah-olah perkara itu seperti dosa. Dalam suasana kuasa wanita dan penguasaannya lebih tinggi, maka nak jaga hati kaum hawa itu lebih dititik-beratkan. Bab kata YB DR Mariah dalam muktamar Pas di Putik, K.Baru, meskipun beliau mengamalkan poligami tetapi bagi setengah wanita khususnya diluar parti PAS amat sensitif dengan perkataan maupun gurauan tentang poligami. khususnya yang memperjuangkan gender. Tetapi diam mebisu apabila melibatkan perzinaan, persundalan, seks bebas, anak luar nikah dan sebagainya.

Semua penduduk Malaysia seronok dan gembira melihat lakonan P.Ramlee dalam filemnya “ Madu Tiga” tanpa mengira lelaki maupun perempuan. Tetapi cuba praktikkan!. Nescaya ramai yang bertukar menjadi singa. Seorang teman penulis bergurau katanya.. “ Saya inginkan juga tetapi masalahnya isteri tidak takut kepada beliau dan bukannya beliau takut kepada isterinya”. Pihak wanita juga menjawab: “Kita tidak pernah menghalang bahkan menggalakkan. Itukan sunnah Rasulullah Saw. Cuma jangan suami saya sudah!”

Orang lelaki membacakan ayat Allah Swt sekadar sekerat dipermulaan :

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ
Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat.

Orang perempuan membaca pula sekerat diakhirnya:-

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً
Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja
Surah al-Nisa’ : 3

Habis tiada penyelesaianlah nampaknya. Ketika Nabi Adam a.s didalam syurga yang penuh dengan kenikmatan yang pelbagai, pun Adam a.s masih rasa kesepian dan inginkan seorang teman dan pasangan sehinggalah Allah Swt menciptakan Hawa. Barulah sempurna kehidupan manusia itu. Bayangkanlah wanita di Malaysia dengan kelulusan akademiknya yang tinggi, berkarier, wang yang melimpah, jawatan yang tinggi tetapi tiada teman dan pasangan hidup serta anak-anak. Hendak berpoligami dilarang oleh kaum sepesisnya sendiri. Ohhh… kesian sungguh. Bak hidup dalam sangkar emas. Apalah guna tanpa sekelumit nikmat dari syurgawi itu… Carilah suami yang baik kalau solo pun bagus dan kalau berpoligami pun bukan salah. Jangan bazirkan usia anda.

3 comments:

amdang81 said...

Salam Ustaz.

Maaf, kerana turut membaca artikel ini. Entah macamana sekalipun penjelasan, cerita, dalil yang dibawa untuk menggalakkan poligami, semacam ada ketakutan sebenarnya wanita kepada suaminya.

Rasanya mahu disalahkan wanita itu 100% sukar juga, kerana di luar sana terlalu ramai lelaki dengan kisah masalah rumahtangga mereka. Kisah lelaki tidak bertanggungjawab terhadap keluarga, kisah lelaki yang panas baran, kisah lelaki itu dan ini sehinggakan lelaki boleh dikatakan penyebab keruntuhan rumahtangga. Itu kisah suami seorang isteri.

Jika suami yang mempunyai isteri 2 atau 3 pula tidak habis-habis media menyiarkan dengan kes mahkamah syariah dan sebagainya. Juga lelaki dilihat gagal.

Itu tidak dilihat kepada kegagalan suami/ keluarga dalam menguruskan anak-anak.

Wallahua'lam.

saiful said...

Salam. Alah bisa tegal biasa. Nak jadi kebiasaan dlm msyt perlu sentiasa diketengahkan. Ini adalah pertembungan antara menegakkan sunnah dan penentangnya. Hakikatnya byk hikmah disebalik apa yang diharuskan syariat.
Kalau nak amal tiada qada' dan qadar. Bercakap dan menulislah. Semoga zahir keindahan sunnah i'allah

Anonymous said...

mung bila lagi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...