Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar

| |

Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam




2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.



3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.

4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.


5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.


6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.


7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.


8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.

Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.

Apakah hukumnya yang sebenar?


Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)


Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.


Satu lagi adalah :-


أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )


Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),


بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Permasalahannya hanya satu kerana si pelaku bukan UMNO. Kalau UMNO dia menjadi halal semata. Ketika orang lain dilarang berceramah didalam masjid tetapi untuk UMNO halal. Ketika orang lain haram mendedahkan aurat dalam masjid tetapi jika UMNO jadi halal. UMNO nampaknya hanya layak menjadi terompah untuk ke jamban masjid sahaja. Inilah sebenarnya punca pencemaran terhadap Islam di Malaysia sebagai wakil penjajah selepas kemerdekaan. Munasabahlah mereka mengambil APCO Zionis sebagai penasihat hanya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia. Penaja 1 Malaysia ini sebenarnya pengamal teroris di Malaysia.

46 comments:

rahmanw said...

assalamu'alaikum....
saya minta izin copy artikel ini....syukran..

Hafriz Mohamad said...

Assalamu'alaikum...
minta izin share.. mekaseh..

Anonymous said...

Sirah At-Tawbah Ayat 17
ما كانَ لِلمُشرِكينَ أَن يَعمُروا مَسٰجِدَ اللَّهِ شٰهِدينَ عَلىٰ أَنفُسِهِم بِالكُفرِ ۚ أُولٰئِكَ حَبِطَت أَعمٰلُهُم وَفِى النّارِ هُم خٰلِدونَ

Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) m...asjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran dir...i mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.

Memang nabi saw pernah menerima kunjungan orang bukan Islam di masjid, tetapi Baginda yang memberi dakwah kepada mereka dan bukan sebaliknya

ima said...

salam..
saya selalu muskil..kenapa ulamak sekarang (patut ke panggil sedemikian)seringkali menegakkan ajaran islam..membetulkan apa yang salah....iye...itu betul dan sememang sepatutnya..tapi disebaliknya adalah tidak wajar untuk ditujukan kepada sesiapa...patutnya ia lebih bersifat menyeluruh....apakah laman web sebegini hanya untuk membakar semangat untuk membenci pemerintah....kerana akhir2 ini apa yang non buat semua betul....kadang yang salah pun jadi betul...yang tak patut jadi patut.....sepatutnya bantulah mendidik anak bangsa kita menjadi lebih baik...bukannya bertelagah....bukan menunjukkan siapa betul siapa salah...sudah la ekonomi non yang pegang...berapa kerat anak melayu yang berjaya ilmu dunia akhirat? berapa ramai anak melayu yang hisap dadah banding dengan non...sepatutnya bantu mereka2 ini...
dalam politik tak ada yang jujur...semuanya ada sebab tersendiri...ada mesej tersembunyi....harap sangat jangan sampai negara tidak tergadai...tak kira mana2 parti sekalipun....w'salam.

PakAnjang said...

Anon, Kita perlu guna ayat Al-Quran ini bukan sekadar copy and paste kemudian memahaminya secara literal sahaja. "Memakmurkan (menghidupkan)" kena diperjelaskan oleh ustaz2 yang mendalami Al-Quran.

Anonymous said...

syukran atas artikel ini, ustaz...

Anonymous said...

kita x kata 100% yg non betul @ salah..
ini la berlaku..niat non 2 bkn nk mmperlekehkan islam,tp nk buat baik..
tp isu ni jdikan isu politik..jadi ahli2 politik mula bg pndapat.sbb umno kata dy masuk x tutup aurat n bg ucapan dlm masjid 2 salah..
ulamak betulkanla yg tutup aurat n bg ucapan bkn suatu yg haram..bukan ke mmg dh tugas mrk utk berikan hukum kalau mrk tahu??
non juga diingatkan utk ready la lepas ni klu nk msuk masjid..ape yg berlaku ingatan buat semua..
kita ckp non masuk masjid x tutup..
tp org islam sndiri pn masuk x tutup.malu je

Amin........ said...

saya bersetuju dgn saudari ima..org melayu ( umat Islam) perlu sedar yang bangsa kite skrg dah makin parah..ekonomi kite pn bnyak bergantung kat org len...klu kite trus bergaduh sesama kite..smp bile kite nk maju..xslh rasa nye klau kite bersatu..duduk satu meja..berbincang ape yang patut untuk naik kan bangsa n agama kite..bngsa lain tepuk tgn tgk kite bergaduh...mereka semua ada agenda mereka sndiri..tolong la jgn percaya mereka nie semua selagi mereka xbegelar umat ISLAM..pk2 kan la...

ust Saiful said...

Merujuk kepada saudara yang menulis surah at-Tawbah ayat : 17 diatas. Ibn Kathir dalam tafsirnya merujuk ayat tersebut kepada masjidil haram di Mekah al-mukarramah yang telah kita bincang hukumnya dalam artikel diatas.
"مسجد الله" فأراد به المسجد الحرام، أشرف المساجد في الأرض، الذي بني من أول يوم على عبادة الله وحده لا شريك ل
Makmurkan masjid adalah ibadah dan sememangnya ciri orang yang beriman & telah mendapat hidayah. Sila sambung kepada ayat 18. إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
"Sesungguhnya orang yang memakmurkan rumah Allah itu adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan tidak takut melainkan hanya kepada Allah. Mereka itulah orang yang mendapat petunjuk".
Inilah peranan dakwah terhadap bukan islam dan masalah hidayah itu adalah milik mutlak Allah Swt. Semoga dpt pencerahan.

Panglima Perang Cyber said...

satu je soalan Panglima : adakah pelancong bukan islam datang ke masjid sama niatnya dengan ahli politik kafir harbi DAP yang gunakan masjid untuk tujuan politik?

Anonymous said...

dua soalan untuk satu soalan.

benarkah semua DAP kafir harbi?

bukankah memang menjadi tugas dan kewajipan wakil rakyat atau pemimpin untuk membantu masyrakat dan rakyat?

ust saiful said...

Jawapan buat Panglima & sahabat2:-
Memberi hak kepada orang yang harus menerimanya adalah wajib dan tidak memberikannya adalah satu kezaliman. Bersikap adil meskipun kepada musuh itu adalah satu kewajiban. Sesuai dengan firman Allah : “Dan Janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorongmu untuk berbuat tidak adil. Bersikap adillah karena adil itu lebih dekat kepada taqwa”. Q.S Al-Maidah : 8.
hak untuk memperolehi perlindungan dan jaminan keamanan. Hak-hak ini didasarkan pada firman Allah : ”Jika salah seorang musyrikin itu meminta perlindungan pada kalian, maka lindungilah ia agar ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarlah ke tempat yang aman baginya. (menjamin keamanan mereka)”. Q.S. At -Taubah : 6.
Samada beriman atau tidak bergantung kepada hidayah Allah. Kita tidak tahu niat makhluk. Kita dituntut supaya berhukum dengan zahir sahaja dan Allahlah yang mengetahui segalanya. Betapa ramai yang asalnya niat jahat hatta ingin membunuh Rasulullah Saw tetapi akhirnya berpusing hatinya dan beriman kepada Allah Swt dan Rasulullah Saw. Allah telah berfirman, “Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?” (Yunus 10:99).

““Sekiranya mereka (musuh bukan Islam) cenderung untuk perdamaian, maka hendaklah kamu juga bersedia menerimanya dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Dan sekiranya mereka bermaksud mengkhianatimu, maka Allah akan mencukupimu. Dia sahaja yang dapat menolongmu dengan pertolongan-Nya dan orang mukmin sekalian (yang berada di belakangmu).” (al-Anfal:61- 62)
Niat buruk org kafir serahlah kepada Allah menguruskannya tetapi panduan syara' yg di ajar allah itulah perlu diikuti. Bukan kerana bangsa tetapi Islamlah yang menjadi penyelamat kita.

Anonymous said...

Harap bila Sultan Selangor melihat foto-foto tu, baginda tak murka lagi.
Tu pun kalau baginda benar-benar murka.
Bila lihat foto-foto tu alangkah indahnya Islam.
Berbilang bangsa dan agama hidup berharmoni.
Tapi di Malaysia non-muslim (YB Teo) yang cuba menjalankan tanggungjawab wakil rakyat dicaci dan dihina seada-adanya.
Sayu rasanya hati ni.

Ismi Acik said...

Salam ziarah ..mohon copy artikel utk dikongsi di dalam blog saya .... terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna

Anonymous said...

Itulah kedegilan manusia. Walaupun dinyatakan dan diterangkan sehingga faham, tapi disebabkan hatinya kelam, maka akan tetap menentang dan masih tidak mahu menerima hakikat kebenaran. Oleh itu sekiranya kita kurang dlm hal-hal agama, hendaklah kita berguru bukan hanya dgn membaca sahaja.

kacanghantu said...

ibrahim ali mintak undang-undang orang bukan islam di larang masuk masjid.
Saya tambah lagi satu ..orang munafik di larang masuk masjid.
Nampaknye banyaklah masjid x siap dibina...org bukan islam x bleh masuk masjid..

Anonymous said...

Salam...saya pun nak minta izin copy paste artikel ini...terima kasih...

Kakzakie Purvit said...

Salam.... pada pandangan kakak tiada apa yang kurang sekiranya kehadiran mereka bukan tujuan mencemar agama. Tujuan yang baik pasti imbalannya akan baik jua. Janganlah disalah tafsirkan.... kerana ianya akan jadi tidak baik. Yang penting mereka tahu landasan yang perlu dipatuhi. Insya-Allah......

jamri j said...

Assalamualaikum,terlebih dahulu tq atas artikel ini.Banyak pengajaran yg dapat kita hayati dari artikel ini dan komen2 mengiyakan perkara yg benar tetapi cuba kita renungkan bagaimana puak2 yg penuh prasangka,kurang memahami dek mungkin suasana membesar mereka d kelilingi ilmu dunia atau mungkin juga ibubapa mereka jarang atau tak pernah langsung mendedahkan pada mereka suasana keindahan islam yg sebenar,yg dapat mengenal yg hak dan batil.Bila hati dipalut kebencian dan tidak berusaha nak keluar dari kepompong itu,maka timbul lah buruk sangka pada non dan hati2 yg hitam ini kerap melupakan tuntutan agar kita insan bernama islam seharusnya mengkaji,memahami,mempamirkan pekerti juga tauladan dan seterusnya berusaha untuk membawa non kejalan yg benar.Sejarah manusia membuktikan perkara keji tak kenal bangsa,sejarah juga membuktikan ketamakan,kegelojohan,kerakusan,pembohongan, ketakutan menjadi antara penyebab kepada perbuatan keji yg sememangnya tak mengenal bangsa tetapi seandainya kesederhanaan, kepatuhan,ketaqwaan didalam islam,sejarah juga membuktikan martabat insan bernama islam akan ditonjolkan dan dijulang.

Saiful said...

Sebenarnya banyak projek Masjid di Malaysia ini dibuat oleh non muslim. Orang melayu ali-baba sahaja. Belum orang Islam berbadah, siapa yg mencemar duli dahulu?

gapodio said...

Salam Ustaz,

ini letak gamba derang melawat masjid serta diberi PENERANGAN,PENJELASAN dan TAKLIMAT tentang islam which is in my opinion tak sama langsung dengan kes yang tengah berlaku kat Malaysia ni.
Takde masalah bukan islam nak masuk minum air,tengok senibina islam, dengar tazkirah, tu semua bagi saya takde masalah langsung. Majlis muzakarah fatwa kebangsaan pun cakap ok.Tapi adakah mereka dibenarkan buat macam apa yang wakil rakyat kita buat tu??apakah ada motif lain disebaliknya??

hanya ALLAH yang lebih mengetahui....

Anonymous said...

"...Jawapan Ustaz buat Panglima & sahabat2:-
Memberi hak kepada orang yang harus menerimanya adalah wajib dan tidak memberikannya adalah satu kezaliman. Bersikap adil meskipun kepada musuh itu adalah satu kewajiban. Sesuai dengan firman Allah : “Dan Janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorongmu untuk berbuat tidak adil. Bersikap adillah karena adil itu lebih dekat kepada taqwa”. Q.S Al-Maidah : 8.
hak untuk memperolehi perlindungan dan jaminan keamanan. Hak-hak ini didasarkan pada firman Allah : ”Jika salah seorang musyrikin itu meminta perlindungan pada kalian, maka lindungilah ia agar ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarlah ke tempat yang aman baginya. (menjamin keamanan mereka)”. Q.S. At -Taubah : 6.
Samada beriman atau tidak bergantung kepada hidayah Allah. Kita tidak tahu niat makhluk. Kita dituntut supaya berhukum dengan zahir sahaja dan Allahlah yang mengetahui segalanya. Betapa ramai yang asalnya niat jahat hatta ingin membunuh Rasulullah Saw tetapi akhirnya berpusing hatinya dan beriman kepada Allah Swt dan Rasulullah Saw. Allah telah berfirman, “Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?” (Yunus 10:99).

““Sekiranya mereka (musuh bukan Islam) cenderung untuk perdamaian, maka hendaklah kamu juga bersedia menerimanya dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Dan sekiranya mereka bermaksud mengkhianatimu, maka Allah akan mencukupimu. Dia sahaja yang dapat menolongmu dengan pertolongan-Nya dan orang mukmin sekalian (yang berada di belakangmu).” (al-Anfal:61- 62)


SANGAT TEPAT AYAT AYAT USTAZ INI DITUJUKAN KEPADA MURSIDUL AM PAS NIK AZIZ NIK MAT

Saiful said...

Hrp Gapodio lihat komen untuk panglima diatas.
Saya pun terfikir jugak kenapa media mencari dan memainkan isu seperti ini kini? Terhadap sebelah pihak pulak tu. Apakah motif lain disebaliknya? hanya Allah yang lebih mengetahui

Anonymous said...

““Sekiranya mereka (musuh bukan Islam) cenderung untuk perdamaian, maka hendaklah kamu juga bersedia menerimanya dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Dan sekiranya mereka bermaksud mengkhianatimu, maka Allah akan mencukupimu. Dia sahaja yang dapat menolongmu dengan pertolongan-Nya dan orang mukmin sekalian (yang berada di belakangmu).” (al-Anfal:61- 62)


bagus,tujukan pada nik aziz.
jangan dok asyik berperasangka buruk pd sesama islam.
pd kafir pandai pulak cari ayat2 AL-QURAN utk menyokong perbuatan anda.

kelakar betul puak2 nie....kantoi!

Islamic AUthor said...

Assalamualaikum. cuma nk tanyakan sedikit kemusykilan:
Benarkah Sayyidina Umar Al-Khattab pernah menunaikan solat di gereja? Sedangkan sebelum ni saya pernah belajar bahawa, Beliau dipelawa utk solat di gereja tapi beliau tolak. diberikan pilihan utk solat di luar gereja, beliau terima. just nak minta penjelasan.

Terima kasih.

mahaza said...

Ramai yang kurang bersetuju dengan artikel ini sebab percaya bahawa MP bukan muslim itu memberi TAZKIRAH..... bagus la... percaya dengan fitnah yang dibawa oleh MSM....

Islamic Author dan ustaz, saya juga musykil dengan kenyataan majlis fatwa berkaitan Umar solat di gereja. Bukankah Umar menolak untuk mebgelak dijadikan bahan rujukan bahawa gereja boleh ditukar kepada masjid sebab Umar solat didalamnya?

Anonymous said...

masuk mesjid dedah aurat, rambut tak tutup berdiri berucap, si ustaz sebelah khusuk mendengar pakai seban lagi terasa malu lah tengok, hina siustaz tuu.. setidak tidak campakkan lah sehalai skaf buat tutup rambut si DAP tu.. malu-malu. dah lah kfir, kalu perempuan islam pun tak boleh masuk mesjid sekiranya haid. tok guru tak sepatutnya sokong, diam sajalah sudah memadai kalu ada kepentingan politik pun..

Anonymous said...

Rasanya umar tolak bila dipelawa utk solat dalam gereja dan umar kata dia takut umat islam tiru dia kalau solat dalam gereja.. Kan?

Anon said...

@islamic author & anonymous:
jika saudara menonton jejak rasul beberapa hari lps, pasti tau jwpnnya.

umar hanya mahu bersolat di perkarangan gereja kerana takut umat islam tersalah anggap perbuatannya (bersolat dlm gereja) itu sbg bermaksud umat islam boleh mengambil alih gereja. dia mahu menjaga hak org bkn islam selain hak org islam sendiri.

Encik aMin said...

Hurm... banyak betul pendapat yg berbeza2..
Saudara2 semua pernah dengar pasal Al-Quran edisi baru dengan tafsir setiap patah butir perkataan ?(Bukannya terjemahan setiap ayat penuh macam biasa tu...)

Bole klik kat cn: http://www.bacaquran2u.com/index.php?ref=aremint

Semoga kita semua dapat memahami Al-Quran dengan lebih sempurna.. :)

shabab said...

sudah dtg satu ketika bla mane islam sudah jdi asing.. kta2 ulama tidak lg di jdikn sbg rujukan.. ini sume tande2 hari kiamat.. Ya Allah, lindungi lah negaraku dr fitnah AL MASIH DAJJAL.. amin Ya Rabb!

Anonymous said...

anon 7.33

betul!
bebaru nie ada kt jejak rasul ape..
korang g pasar ramadhan kot time tue.

PRIHATIN said...

Assalamualaikum

Bersatu demi agama ALLAH, tetapi mereka mengajak bersatu demi kepentingan diri sendiri dan kroni. Mereka anggap bersatu apabila kumpulan lain menyertai kumpulan mereka tidak sebaliknya. Mereka ingin bersatu tetapi masih membuat kemungkaran. Mereka ingin menjaga kesucian masjid tetapi mereka juga merobohkan masjid.

Jika puak2 berkenaan benar2 ikhlas nak bersatu tunjukkan keikhlasan anda terlebih dahulu.

Anonymous said...

jgn terus percaya artikel mcm ni...reference pon xdak..org ni ckp org laen berkepentingan politik,die pon maybe sama ja..so especially yg muda2..fikir selepas baca..

Anonymous said...

SOALAN SAYA MUDAH ADAKAH PELANCUNG YANG MELAWAT MASJID DIBENARKAN ADALAH LEBIH MULIA DARI PEMIMPIN BUKAN ISLAM YANG MELAWAT MASJID UNTUK MEMBERI SUMBANGAN. KAWAN SAYA YANG BUKAN ISLAM TANYA.. RAMAI YANG TANYA.. DIORANG KATA BUKTI AGAMA ISLAM INI ADALAH LEBIH TERUK DARI AGAMA KRISTIAN...APA NAK JAWAB...

Anonymous said...

nampaknya banyak persoalan tidak dapat dijawab 'ULAMA'kita ni apa dah jadi?,Bila jawab kene balik batang hidung!itu contoh kalau kalam ALLAH diputar belikkan utk kepentingan kaum.MasaALLAH.

Anonymous said...

seksi juga badan AP tu..nampak dgn jelas bentuk badan.saiz 36 lak tu.mata2 pak aji yg melihat tak rasa berdoda ke?apa komen kalian???

ust saiful bahri said...

Tq. Kerana memberi komentar. Ada yg tak perlu dilayan. Ada yg sama . Memberi komen. Mereka tak boleh menerima hakikat dan kebenaran. Kesilapan Pemimpin mereka yg jahil dengan agama, teramat sukar utk mereka pertahankan. Mereka berhujah bukan dengan nas tetapi dengan logik dan keng tembaga. Kasihan.
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
"maafkanlah mereka. Suruhlah buat kebaikan dan tinggallah orang-orang yang bodoh" al'Araf: 199

Selamat berpose & berhariraya

Anonymous said...

Umat Islam di Malaysia perlu bersatu.. pedulikan PAS.. pedulikan UMNO.. ini hanya parti semata-mata.. PAS pun ada salah.. UMNO pun ada salah.. yang penting niat kita masing2 terhadap agama Islam itu sendiri.. dan yang paling penting tidak bersekongkol dengan non yang menyanggah Agama Islam adalah Agama resmi Malaysia.. kalu DAP terang-terang kafir Laknatullah!

At-Taubah :[17]
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.
[18]
Hanyasanya yang layak memakmurkan(menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Anonymous said...

Salam,kami dewan pemuda dah edit artikel yang bagus dalam blog kami.Kalau sudi linkkan blog kami http://pemudasarawak.wordpress.com/.Syukran semoga agenda menyebarkan kebenaran islam akan terselah hendaknya.Takbir!!!!

athirahariffin said...

salam ustaz...
minta izin share..syukran..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

Tidak perlu bergaduh tentang siapa yg benar. Adalah lebih baik, kita semua bersama mempelajari Al-Qur'an. Bukan sekadar pandai membaca, tetapi fahami isinya. Jangan pula yg sedia faham tentang Al-Qur'an menutupi akan kebenaran Al-Qur'an dan menggunakan hujah2 dalil Al-Qur'an dgn menyalah tafsirkannya. Pada sesiapa yg tidak faham Al-Qur'an dgn sebenar2nya. Adalah lebih baik berdiam diri sebelum memberi komen. Marilah kita semua umat Islam memahami Al-Qur'an dan seterusnya mengajak/berdakwah kepada yg bukan Islam utk memeluk Islam.

Rata2 mereka yg bukan Islam, tahu agama Islam ini benar tetapi kalau kita sendiri sesama Islam bergaduh dan tidak menonjolkan tauladan yg baik kepada mereka, mereka akan berkata "sama sahaja Islam ke tidak, tiada istimewanya pn, takdak nampak pn yg Islam itu indah, kalau Islam itu indah kenapa masih berbalah". Janganlah kita menafikan semua yg termaktub dlm Al-Qur'an. Hanya org2 yg ingkar (kafir) sahaja yg menafikan akan ayat Al-Qur'an.

Minta Ust. Saiful terangkan kafir yg selama ini melayu fikir adalah org bukan Islam sahaja tetapi sebenarnya juga diterangkan di dalam Al-Qur'an adalah org2 yg ingkar. Contoh, jika meninggalkn solat, kita tergolong dlm org2 yg ingkar (kafir). Maaf jika pendapat ini salah. Wallahu'alam.

otosan said...

ORANG SEKARANG NI LEBIH TAKUT SULTAN MURKA DARI KEMURKAAN ALLAH

DOSA YANG TERANG2 ORANG YG MENGAKU ISLAM TAK TUTUP AURAT TAK BISING..yang samar-samar sebegini lagi dia BISING..

NTAH APA MATLAMAT HIDUP MEREKA INI, JIKA NAK KATAKAN SYURGA ITU MATLAMAT HIDUP... KENALA IKUT AL-QURAN DAN HADITH..DAN KATA-KATA PEMILIK SYURGA TU.

shamatun said...

[Bos kata:" Pukul 06.30 pagi, semua staff dan kontraktor WAJIB masuk morning meeting. Superviser pastikan semua anak buah masuk meeting." Maka penuhlah bilik meeting tersebut.]

[Allah kata: "Sesungguhnya Solat itu difardhukan ke atas kamu dengan masa yang telah ditentukan."

Allah said: "Wajib ke atas kamu melaksanakn hukum Qisas, kerana ianya adalah Jaminan Hidup ke atas kamu."

Allah kata: "Dan dihalalkan jualbeli atas kamu dan diharamkan Riba atas kamu."

dll...

perhatian:

1- ramai mana yang realisasikan arahan Allah di atas..???

2- "Mana yang lebih hebat, BOSS atau Allah taala?

Anonymous said...

ramainya org islam kt mesia ni yg jahil...kalo dah x tahu pegilah belajar dgn guru..kalo dh jahil tp x nk blajar..namanya bodoh sombong!

pemudapasdunbukitbesi said...

Salam..sy pohon izin utk share...syukran

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...