Seorang penceramah tersohor UMNO berkunjung ke kampong penulis dan mengadakan ceramah. Beliau menipu orang kampong dalam mentafsirkan makna UMNO. Sepatutnya beliau menjelaskan makna sebenar iaitu (United Malay National Organisation). Yelah kalau dah UMNO tu biasa menipu nak cakap macamana. Beliau menterjemahkan dengan bahasa melayu tulisan jawi istilah UMNO tersebut menjadi (Alif, Mim, Nun, Wau) menjadikan UMNO sebagai Parti Allah (alif), Muhammad (Mim), Nabi-Nabi (Nun) dan Wali-wali (Wau). Hebatkan parti UMNO! Nak cari macamana parti yang hebat seperti UMNO dalam dunia ni?
Hari ini pemimpin UMNO bercawat gotel dalam mempertahankan survival mereka khususnya dalam menghadapi PRU-13 nanti. Parti yang berasaskan dasar yang dibenci Islam iaitu assobiyyah nasionalisme sudah mula ditolak rakyat dan yang paling membimbangkan mereka iaitu golongan generasi ketiga. Nasionalisme ibarat tali perut kepada UMNO. Kalaulah generasi pelapis hilang semangat assobiyyah jahiliyyah ini, macamana UMNO nak hidup. Pasti membilang hari sebelum dibuang ke laut china selatan. Kebimbangan ini jelas sebagaimana disuarakan oleh Pengarah UITM Dungun dalam kenyataan beliau.
Generasi ketiga tiada semangat nasionalisme
DUNGUN - Semangat nasionalisme dalam kalangan generasi ketiga merupakan satu kemestian bagi melahirkan rasa kecintaan terhadap tanah air, demikian kata tokoh akademik tempatan, Profesor Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud (gambar).
Beliau yang juga Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun berkata, proses kemodenan menyebabkan lahirnya rakyat generasi ketiga yang liberal serta mengutamakan nilai materialistik dalam kehidupan mereka.
“Semangat nasionalisme ini seharusnya menjadi darah daging khususnya bagi orang Melayu. “Salah satu cara melahirkan rasa cinta pada negara ialah melalui kibaran Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan,” Tengku Yusoff berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan kempen Kibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan ini yang disifatkan agak hambar berbanding beberapa tahun sebelumnya.
Berapa pulak peruntukan YB nak bagi untuk membahagikan bendera jalur gemilang? Masa nilah nak keluarkan peruntukan sebagai dana bagi menghadapi PRU-nanti.
Dalam berita yang lain dilapurkan:-
Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh, kecewa apabila melihat tidak ramai penduduk daerah ini yang berjumlah hampir 160,000 kurang bersemangat menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan kibaran Jalur Gemilang.
“Apa salahnya jika setiap individu mengumpulkan satu sen sehari untuk membeli sehelai Jalur Gemilang yang harganya tidak sampai RM10 bagi dikibarkan pada bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun di negara kita?
"Hanya itu pengorbanan kita berbanding nenek moyang kita dahulu yang terpaksa bergadai nyawa membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah,” katanya terhadap kempen kibar bendera sempena bulan kemerdekaan yang disifatkannya sebagai hambar.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menyerahkan bendera keramat itu kepada pemimpin masyarakat dalam satu majlis sempena sambutan bulan kemerdekaan peringkat Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (Ketengah) di Dewan Balora, petang kelmarin.
Bagi merancakkan lagi kemeriahan kempen kibar Jalur Gemilang di Dungun, Ketengah sebagai sebuah agensi milik Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menganjurkan satu program pembahagian bendera kebangsaan kepada semua pemimpin di peringkat kampung untuk dikibarkan di kediaman serta tempat strategik di kampung masing-masing.
KETENGAH jugak yang menjadi mangsa. Kakitangan mereka dikerah macam JKKK UMNO. Mereka diperalatkan UMNO untuk mengekalkan kuasa mereka. Macamlah FELDA, FELCRA. Adakah kempen mengUMNOkan orang kampong dan pemuda dan generasi ketiga gagal? Tak cukup ke projek dana khas dan dana remaja untuk menjadikan mereka UMNO. Kalau Jalur Gemilang sudah hilang keramat. Maka UMNO akan menjadi parti “Kayu Keramat” (Kuih kudus – gandung yang digoreng)

No comments:
Post a Comment