Ketika tragedi 29 Mac 2010 lalu. Sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaannya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah runtuh dan menyebabkan seorang terbunuh dan empat cedera parah. Malangnya, mangsa-mangsa yang terlibat adalah pekerja asing dari warganegara Bangladesh dan bukan di kalangan pekerja tempatan orang Melayu.
MB Mat Said ketika dia melakukan lawatan pada petang kejadian itu member alasan segera : …’ini semua kerana kecuaian pekerja…jika tidak, tidak akan berlaku kejadian runtuh seperti ini…’.
Nasib baik ada Bangladesh boleh jugok dijadikan kambing hitam. Sesuailah dah bangle warna dia gelap. Pihak yang bersalah adalah pekerja asing dan bukan orang ‘atasan’ jika pun kebarangkalian ada berlaku penyelewengan dan unsur rasuah dalam pembinaan yang tidak mengikut spesifikasinya. Sedangkan, pihak kontraktor utama yang memperolehi projek tersebut adalah Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Terengganu. Kontraktornya, ‘Orang Kuat Umno’ (OKU) yang dapat projek lebih dari RM100 juta sejak tahun 2000 lagi.
Dalam temu bual YAB Mat Said 14 mei 2008 bersama RTM dengan rancangan 60 minit bersama MB dan beberapa program lain seperti program sempena melancarkan buku Pelan Strategik dan Pelan Komprehensif Sumber Manusia pada sambutan Hari Kualiti MBKT di Stadium Negeri pada 10 November 2009 maupun ucapan beliau disidang dewan, Mat Said mensyaratkan 60% pekerja di Terengganu dalam setiap projek selepas pemerintahannya adalah rakyat tempatan Terengganu.
Tapi apa jadi dengan projek Pembersihan runtuhan stadium SMZA? Menurut Utusan Malaysia, kerja-kerja membersih runtuhan bumbung itu bermula dan dilakukan syarikat Azimat Berkat Sdn. Bhd. yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurut Pengarah Urusan syarikat itu, Roslan Che Mohamad, buat permulaan, ia membabitkan kerja-kerja pembersihan bumbung yang runtuh di bahagian luar stadium berkenaan. Menurutnya, proses membersih runtuhan tersebut dilakukan setiap hari bermula kira-kira pukul 8 pagi hingga 5 petang, tidak terkecuali bulan puasa sambil dipantau oleh JKR.
Sebelum ini, syarikat Azimat Berkat Sdn. Bhd. yang dipertanggungjawab bagi kerja-kerja pembersihan runtuhan bumbung stadium itu menganggarkan lebih 3,000 tan sisa perlu dikeluarkan.Bagi tujuan itu, sekurang-kurangnya 30 pekerja mahir dalam bidang teknikal dan kejuruteraan dari Bangladesh dan Indonesia bersama 10 jentera termasuk tiga kren yang beratnya antara 25 tan hingga 500 tan digunakan.
Kenapa pekerja Bangladesh jugak? Kenapa takde orang yang pandai dikalangan rakyat tempatan untuk membuang sisa runtuhan itu.Banyak kakitangan dan pekerja mengumpul besi terpakai di Terengganu dari kalangan yang mahir merupakan orang Terengganu tempatan. Ramai yang UMNO. Atau ambil sahaja pencari besi buruk yang menjadi kebangaan UMNO termasuk YB Rasul Ajil yang dikatakan kaya itu. Takkan dah bertahun-tahun mencari besi buruk tidak mahir lagi?
Siapa pemilik syarikat Azimat Berkat itu? Takkanlah pulak syarikat orang PAS. Bukankah UMNO pembela rakyat Terengganu dan janji UMNO 60% pekerja tempatan. Kenapa berlaku sebaliknya. Ke mudah nanti kalau runtuh kembali.. boleh menghitamkan bangla lagi. atau adakah Mat Said ni asal Bangladesh? mementingkan warga asing dari tempatan. Sudahlah rugi beratus juta akibat runtuh. dan kini menghabiskan berpuluh juta pulak untuk pemulisan. Duit Siapa? Sudah tentu duit raakyat tetapi apa yang rakyat dapat? Tumpang cari rezki dan cari makan? UMNO bak ayam jantan. Kokok berderai-derai ekor bergelumang dengan tahik!
1 comment:
makin banyak ajaran sesat yang timbul dan terpendam. Semoga Allah sentiasa menyelamatkan kita daripada dakwaan karut dan menyeleweng daripada Islam yang sebenar
Post a Comment