Berita yang berlaku di Hulu Terengganu yang mendapat liputan akhbar dan media amat menduka-citakan dan menyentuh perasaan. Bagaimana sanggup seorang penyokong Umno melakukan tindakan diluar batas perikemanusiaan terhadap keluarganya sendiri. Tergamak menggunakan cuka belanda (Asid cecair) dan menyimbah terhadap isteri termasuk mertua dan anak-anaknya sendiri.
Baru lagi penulis posting isu amuk diwaktu awal pagi semasa orang bersahur yang membawa kematian isteri akibat suami sendiri di Teluk Intan, Perak. Kini tergamak seorang suami sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam. Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek.
Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid. Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa.
Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan. Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan. Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.
Kita boleh bayangkan bagaimana trauma dan terseksanya penderitaan yang dilalui oleh anak kecil tersebut dan cacat kekal yang akan dilalui olehnya sehingga dewasa. Bagaimana masa depan beliau akibat daripada perbuatan bapanya sendiri.
Kerajaan sebenarnya perlu mengambil langkah-langkah segera untuk menghadapi permasalahan ini. Jika tidak ia semakin merebak dan tak terubat. Jangan hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal yamg bolehmemulangkan kebendaan kepda kantung poket mereka sahaja tetapi meletakkan agenda pembangunan insane sebagai agenda utama. Kerja tarbiyyah dan pendidikan perlu dipersadakan disemua peringkat sehingga ke akar umbi. Perhidupkan semua intitusi termasuk masjid dan surau. Kalau dizaman pemerintahan Pas dahulu bagaimana bersemaraknya masjid dan surau dihidupkan dengan pelbagai aktiviti tetapi kini Nampak kering dan gersang bahkan ada surau menjadi tempat lepak kambing sahaja. Hidupkan semula institusi yang diwujudkan oleh Pas dahulu iaitu UPI (Unit Pembangunan Insan) yang berperanan mendidik dan membentuk jati-diri insane kearah Islam yang tulin.
Umno sendiri perlu mewujudkan institusi tarbiyyah terhadap ahlinya sendiri. Dengan kemasukan ulama muda dalam Umno sudah tentu berupaya mendidik ahlinya yang dikatakan berjuta itu. Takkan tahu bahagi projek dan wang ehsan sahaja tetapi tak tahu mendidik ahli dan masyarakat supaya kembali kepada Islam. Ini merupakan tugas kita bersama. Pas sedia memberi bantuan, khidmat nasihat serta mengisi program tarbiyyah ahlinya jika pimpinan mereka tidak berkemampuan. Kita boleh perkenalkan usrah, tamrin, daurah, liqa’ fikr, nadwah, ijtima’, mukhayyam dan pelbagai module tarbiyyah kepada ahli-ahli Umno. Dan sememangnya tugas tarbiyyah ini merupakan tugas kita bersama sebagai orang Islam. Apatah lagi pimpinan yang beramanah mendidik rakyat dan anak-bangsa.
Penulis sebagai ahli Pas juga terasa malu sebagai orang Terengganu jika perbuatan-perbuatan tidak berperikemanusiaan ini terus berlaku. Tanpa mengira ahli Umno dan Pas, rakyat perlu disentuh dengan pendidikan Islamiyyah ini. Allah Taala sendiri :-
" Dia lah Allah yang telah mengutuskan di kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan yang nyata." Surah al-Jumuah:2
Undang-undang Hudud & Qisas yang sudah diwartakan di negeri Terengganu semsa pemerintahan Pas itu perlu dikuatkuasakan. Tidak usahlah Umno malu melaksanakannya demi untuk kebaikan rakyat dan umat Islam semua.
Peristiwa di Hulu Terengganu itu ada kaitannya dengan suami yang ketagihan dadah. Persoalan permasalahan dadah yang teruk melanda negeri Terengganu perlu dihapuskan segera. Terengganu yang merupakan negeri terbanyak penagih diseluruh Malaysia. Apa pemimpin Umno lakukan untuk membendung gejala ini. Apakah tiada kesungguhan para pemimpin kerana ia tidak ,mendatangkan pulangan projek yang menguntungkan? Berilah keutamaan kerana ia melibatkan anak bangsa kita. Apabila peluang pekerjaan semakin kurang, barangan semakin meningkat harganya, dadah diperniagakan berleluasa sebagai perniagaan yang menguntungkan nescaya permasalahan akhlak dan jenayah akan makin parah.
Nantinya Hulu Terengganu tidak selesa untuk didiami. Bahkan siapa lagi yang nak berkunjung ke air terjun Sekayu atau Tasik Kenyir sebagai pusat pelancongan? Pelaburan beratus juta oleh para pemimpin menjadi projek gajah putih apabila orang ramai takut untuk berkunjung kesana apabila penagih dadah berkeliaran mencari mangsanya. Takkanlah pemimpin Umno yang sibuk berbalah di Hulu Terengganu tidak prihatin hal ini. Nanti kalau rakyat tidak selamat, pemimpin juga tidak selamat. Jangan saling menyimbah cuka belanda sesama pemimpun pulak sudahlah...

No comments:
Post a Comment