Amat mudah untuk menyelami kekecewaan yang dirasai oleh seorang warga emas yang ditipu oleh suami mudanya acap kali. Suami yang ke-23nya ini banyak menimbulkan masalah kepadanya sedangkan dalam usia yang seperti itu beliau amat berharap dan ingin bergantung hidup dan kasih-sayang kepada suaminya sebelum meninggal dunia. Sebelum ini suaminya pernah menjualkan barangan dalam rumahnya sendiri bahkan sebuah kereta miliknya terjual.
Mek Wook Kundor (107) yang merupakan pasangan mithali sebelum ini menyatakan rasa kecewa apabila suami beliau Mohd Nor Musa (38) yang baru sahaja dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut pada 15 Julai baru-baru ini akibat dadah kini ditangkap lagi dalam satu operasi di port penagihan dadah di kampong Pasir Tinggi, Hulu Terengganu. Sebelum ini beliau ditangkap pada 7 Julai 2009 dibawah akta penagih dadah dan ditempatkan di PUSPEN Sungai Besi sebelum dipindahkan di PUSPENBesut pada 31 Disember.
Mereka sentiasa mendapat liputan media kerana cinta unik perbezaan usia yang ketara. Tok Wook ditemui oleh wartawan disebuah Bank kerana ingin mengeluarkan wang bagi menjamin suami tersayang. Beliau sanggup menghabiskan duit simpanannya sebanyak RM2,000 untuk menjamin keluar suaminya itu yang ditahan sekali lagi kerana kes dadah.
Menurut Wook, duit simpanan untuk sambutan Aidilfitri itu terpaksa dikorbankan demi untuk berpuasa dan beraya bersama Mohd. Nor yang baru sahaja dibebaskan dari pusat pemulihan di Sungai Besi, Kuala Lumpur bulan lalu. Jelas Wook, biarpun dia kecewa dengan perbuatan suaminya itu, namun kerana sayang dan tidak mahu menyambut Aidilfitri dan berpuasa sendirian seperti tahun lalu, dia terpaksa mengorbankan simpanannya.
"Dia tetap suami tok dan tok tetap sayang walau apa pun yang dia buat. "Tapi tok rasa sedih fikirkan apa yang dia buat sebab tok ingatkan dia dah insaf," katanya ketika ditemui dekat sini semalam.
Romantik sekali. Kalau ada P.Ramlee tentu disiapkan skrip filem tentang Tok Wook. Walau beratnya hati, kecewa dan sedih yang membungkam dalam senak qalbu Tok Wook tetapi demi kasih dan sayang terkorban jua.
Bagi Tok Wook sebenarnya penglibatan suami dengan dadah melayakkan beliau memohon fasakh di Pejabat Agama untuk bercerai dan mungkin memilih untuk berkahwin lain. Persoalannya siapa lelaki ke-24? Adakah yang sudi? Ada tak lagi qadha’ dan qadar buat Tok Wook bersuami lagi. Wallahu’alam.
Tetapi sebenarnya ia sama dalam dunia politik. Apa yang dalami oleh Tok Wook sama dengan apa yang dialami oleh rakyat Malaysia khususnya dinegeri-negeri orang melayu. Mereka terlalu sukar untuk membuat perubahan politik dan kepimpinan, meskipun pemimpin UMNO yang memerintah mereka seumpama seorang suami Tok Wook sebagai penagih tahik dadah yang tegar. Merasuah, menipu, menyeleweng, mengecewakan rakyat berpuluh kali. Kalau dengar janji-janji pilihan-rayanya samalah janji penagih dadah yang nak berhenti menagih dadah. Bak kata Mahathir, UMNO berpenyakit sudah sampai ke usus. Tetapi rakyat terpesona juga dan tidak berani melakukan perubahan. Mereka takut untuk meninggalkan UMNO dan memilih PAS atau PR. Kalau Tok Wook tu memang takde jejaka pun lagi yang menyatakan kesediaannya untuk mengahwini beliau tetapi dalam politik ni sudah ada alternatif untuk rakyat yang lebih baik iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat.
Berubahlah demi untuk menyelamatkan Malaysia. Berubahlah demi menyelamatkan Terengganu. Jangan jadi macam Tok Wook. Dah le Tipah tertipu. Kini Tok Wook pulak tertipu. Menderita dalam senyuman.

No comments:
Post a Comment