AWANG Selamat hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.
UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.
UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.
Sebagai juragan kepada Utusan Malaysia sudah sewajarnya beliau menjadi pencacai kepada UMNO tetapi amat malang apabila hujah atau dalil betapa Islamnya UMNO itu amat dangkal. Hujah itu mungkin sesuai dizaman lepas perang Jepun atau bagi Tun Ghafar Baba ketika berkempen untuk UMNO dikalangan masyarakat luar Bandar.
Daripada siapa Awang Selamat belajar hujah tersebut. Teringat bagaimana Arab Quraish bertanyakan pendita Yahudi yang dianggap sebagai ahli kitab tentang sikap mereka terhadap Muhammad Saw. Apabila ditanyakan perbezaan antara pemimpin Quraish dengan dakwaan Nabi Muhammad Saw mereka menjawab Nabi Muhammad tidak membuat dan berjasa apa-apa kepada Mekah. Mereka mendakwa bahawa merekalah yang mengurus dan mentadbir Mekah dan Kaabah. Merekalah mengurus dan berkhidmat kepada pengunjung ibadat kepada Baitullah. Merekalah member makanan dan minuman kepada tetamu ibadah di Mekah. Merekalah yang menjaga keselamatan dan memajukan Kota Mekah dan ….. Nabi Muhammad telah mencela berhala-berhala mereka. Muhammadlah yang memecah-belahkan masyarakat yang sekian lama bersatu menyembah berhala al-Latta dan al-Uzza.
Amat malang apabila ahli Kitab yang mengetahui kebenaran Rasulullah Saw sanggup khianat dan mereka membenarkan jahiliyyah yang menyembah berhala berbanding Rasulullah Saw yang membawa mukjizat dan al-Kitab dibohonginya.
Bermulalah agenda menghasut masyarakat agar tidak menyenangi Islam. Modal Muhammad Saw sebagai pemecah-belah masyarakat dipalu. Abdul Uzza (Abu Lahab) menghasut kalangan laki-laki; Aura (Ummu Jamil) menghasut kalangan wanita; sedangkan ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahl) menghasut kalangan pemuda. Mereka bersekongkol menahan laju gerakan dakwah Islam, sehingga citra dakwah Islam menjadi buruk di mata masyarakat: Muhammad itu penghina nenek moyang; pemecah belah persatuan bangsa Quraisy; orang gila, dlsb. Namun cara-cara busuk itu ternyata tidak menyebabkan laju dakwah berhenti; dari hari ke hari pengikut Islam malah bertambah.
Adakah pendekatan ini ingin diulang kembali oleh Awang Selamat sedangkan mereka menyembunyikan hakikat pengkhianatan UMNO terhadap bahasa, bangsa, agama dan tanah-airnya sendiri. Mereka menonjolkan kehebatan fizikal serta syiar bahkan mereka menyembunyikan kebobrokan aqidah, akhlak, spiritual dan agenda busuk sekularisme disebalik tabir pejuang nasionalisme mereka.
Kalau nak dibandingkan fizikal dan syiar, apa kurangnya negara kafir lain. Thailand mempunyai deretan masjid dari Selatan sehingga ke Chiang Mai di utara. Ada Universiti Islam lagi. Masjid di Singapura siap air-con dan bertanggakan lif lagi. Penulis yang tinggal di South Africa di Cape Town wilayah Wilayah Western Cape yang dipimpin oleh MB seorang Islam, masjidnya sahaja ada 400 buah, ada Universiti Islam, ada Bank Islam serta Tabung Hajinya sendiri, ada MJC sebagai Pusat Islam yang cakna dengan halal-haram. Ada 2 rangkaian radio Islamnya dan pelbagai lagi. Begitu juga dengan negara lain. Tak kurang hebat masjid di Amerika maupun di Eropah hatta di China dan Rusia. Tetapi apakah mereka di layak dipanggil Negara Islam?
Tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan dari keturunan Ghenzis Khan dengan mudah menakluki Baghdad, pusat pemerintah kerajaan Islam ‘Abasiyyah. Setelah berkuasa di Baghdad, penjajah Monggol merangka suatu undang-undang yang dinamakan Yasar bagi menggantikan undang-undang Islam. Undang-undang ini adalah campuran dari ajaran Yahudi, Kristian, Islam dan hasil pemikiran mereka. Mereka memasyhurkan undang-undang ini dan memaksa seluruh rakyat untuk tunduk kepadanya. Meskipunpenjajah ini memeluk Islam dan sebagai peemerintah kepada empayar Islam tetapi perlaksanaan undang-undang Yasar itu ditentang oleh ulama dan masyarakat Islam. Yang menentangnya termasuk ulama masyhur seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim maupun Ibn Kathir. Pengarang Tafsir masyhur ini menyebut dalam kitab sirahnya. Kalau ulama ini hidup apa pandangan mereka terhadap undang-undang dan perlembagaan Lord Reid yang ditinggalkan oleh penjajah dan menjadi keramat serta dijunjung serta dilaksanakan oleh UMNO sebagai peraturan tertinggi yang mengalahkan al-Quran dan as-Sunnah?
Hakikatnya Awang sendiri sudah melihat kesedaran dan perubahan yang bakal dibuat oleh rakyat Malaysia. Tumbangnya UMNO-BN menyebabkan segala alat-alat propaganda mereka akan turut hanyut dan sudah pasti Utusan Meloya yang menjadi mangkok tandas Awang untuk mencari habuan serta sesuap dua tidak akan selamat lagi. Teruskan mencacai wahai Awang sementara tempat mu masih Selamat. Tapi ingatlah takde siapa boleh menongkat langit ini.
No comments:
Post a Comment