
Sekeping gambar lebih baik daripada seribu perkataan. Sempena merdeka ini terlalu banyak nak diluahkan rasa terkilan hati terhadap UMNO semenjak separuh abad hingga kini. Hanya gambar-gambar inilah sahaja pengubat lara sebagai ganti kata-kata. Di bulan Ramadhan, tanpa air zam-zam, tanpa kurma ajwa' berkotakkan wajah MB ku. Tanpa semangat patriotisme dan tanpa jalur gemilang. Sudah hilang laungan Merdeka!.. yang ada Mau duit ka?
Tiada lagi UMNO parti keramat. Harapanku sudah punah. Hanya menantikan PRU-13. Berapa sekilo daging mu laku terjual?

Aku dilahirkan tahun 1946 dalam mangkuk penjajah. Daftar balai polis British. Nama 'Pekembar'. Tapi takde klass. Bunyi macam kekampungan. Diberi nama mat Salleh "United Malays National Organitation". Nama manjanya 'UMNO'.

dibelai dan dimanja. Menjadi pengganti Malaya Union. Pangkat & kuasa. Betapa hebat & gah.


Kemudian ... kerana lama bertakhta.. aku menjadi sombong dengan kuasa

Undang-undang dicipta ikut sedap rasa. menyusahkan anak-bangsa

Rakyat dah le tersepit... tapi aku rela mengambil kesempatan atas mereka. Tanpa ampun dan belas rasa.


Rakyat diperdagangkan.. menjadi mangsa


Wang Ehsan di agih.. mudah diperalatkan sepanjang masa

Mudah dicucuk hidung disuruh buatkan kerja


Yang penting perut ku kenyang.. Hati puas... boleh sendawa!


tapi kini... dah lain rasanya. Ada alternatif nak rampas kuasa. Telah dekat dan menghampiri Putrajaya. Rakyat Berpakat untuk unjuk rasa.



Mereka semua dah engkar






aku mengamuk, tak peduli ke masa


No comments:
Post a Comment