Gambar Pak Su Daud yg Glamour di Bersih 1.0

| | 0 comments


Rentetan siri himpunan dan demontrasi dimana sahaja, foto dan gambar akan menjadi saksi. Beredar dengan cepat dalam segenap cabang media. Apatah kini dengan wujudnya media baru yang boleh up-load gambar dengan cepat dan tersebar seluruh dunia.

Ramailah peminat seni foto dan pengkagum gambar tersenyum, tersengih melihat gambar-gambar yang bermacam-macam. Apatah dengan google image yang memaparkan pelbagai gambar dan foto yang hebat dan unik. Macam penulis yang tak tahu sangat nilai-nilai dari kaca mata seni ni hanya melihat dari sepojok pandangan sisi penulis aje. Mungkin kalau ustaz azhar yang minat menggalas dengan kamera canggihnya itu mempunyai pandangan dan komentar yang lebih luas.

Sekeping foto setiap kali gambaran betapa pejuang yang istiqamah menentang kezaliman dan sentiasa berusaha untuk menegakkan keadilan sering ditemui adalah gambar Pok Su Daud yang ditangkap dan diheret polis. Fuhh!! Hebat banget Pak su dengan wajah geram polis yang mengheret beliau. Pak Su pun Nampak cool aje. Yelah.. berjuang dengan Pas ni dah lama. Pak Su Daud yang tinggal di Padang Pulut, Dungun, Terengganu. Sekampung dengan Ustaz Azman Syapawi yang merupakan seorang yang cekal bersama perjuangan Pas. Beliau turut serta banyak program Pas termasuk PRK di seluruh Malaysia. Walaupun usia beliau sudah mencecah lebih separuh abad tapi tak pernah surut semangat juangnya. Beliau turut hadir di perhimpunan Bersih 1.0 dan gambar tersebut tersebar luas.

Makin media Umno-BN serang Bersih. Makin rakyat bersemangat untuk turun. Kini diharamkan pula baju kuning, makin semangat nak pakai & makin meluatnya warna biru yang tua itu... nampak kuning semakin hensem pe!!!

Syabas buat Pak Su Daud. Sekalung tahniah dari Pas kawasan Dungun. Imej mu menggambarkan daya tahan perjuangan kami. Semoga ia menjadi contoh kepada anak muda erti perjuangan. Pembakar semangat anak muda agar mencatat tinta emas dalam diari perjuangan mereka. Hah jangan lupa pergi ke Bersih 2.0 nanti. Ambik gambar banyak2. Tolong ambik gambar abang-abang polis yang garang itu. Jangan lupa gambar A.Samad Said yang cool itu. Tapi maaf. Jangan perabihkan masa anda atau membiarkan gambar brahim Ali Perkasa untuk bersekedudukan dalam kamera anda. Perabih beras aje.

Read More !

Bersih 2.0: Tentera ditanduk mati kerana menganggu perhimpunan

| | 0 comments

Nampaknya bukan manusia sahaja ada hak untuk berhimpun tetapi juga hak untuk binatang. Binatang pun tahu marah apabila diganggu perhimpunan mereka, sedang mereka tidak menganggu manusia lain. Kalau ye pun nak lalu, mintaklah dengan cara yang baik. Ini main langgar-langgar ni apa main!!!

MANILA – Berang kerana dilanggar ketika berkumpul ditengah jalan, seekor kerbau betina yang sedang hamil menanduk hingga mati seorang bekas tentara Australia di Filipina. Bekas tentara berusia 60 tahun itu, Terrence Binney, pulang dari satu kelab malam di Victoria, pinggir Kota Manila.

Di tengah kegelapan malam, beliau melalui jalan kampong dengan menaiki motorsikal dan dengan tidak sengaja, pada malam hari itu Binney melanggar sekumpulan kerbau yang berkumpul ditengah jalan di pinggir kota itu.
Rupanya tindak balas dari kerbau itu rupanya lebih ganas. Binney diserang dan ditanduk sekuat tenaganya, sehinggakan salah satu tanduk kerbau betina itu dilaporkan tercabut dari kepalanya.

"Anda tahulah bagaimana tindakan kerbau, binatang tersebut menyerang dan menanduk orang kalau merasa terganggu," kata polis setempat, Sumilang, melalui telepon. Dalam bahasa Tagalog, kerbau disebut carabao. Dengan berat sehingga 900 kilogram dan panjangnya melebihi tiga meter dan tanduk yang melintang panjang di kepala sudah cukup untuk menewaskan Binney dan membunuhnya.

Bagaimana nasib carabao sang penanduk nyawa tentara itu? Dia ditangkap dan dikurung dalam kandang oleh pihak polis setelah kejadian itu.
Isteri Binney, warganegara Filipina belum memutuskan apakah akan mengajukan tuntutan undang-undang terhadap petani pemilik carabao itu yang boleh dihukum sehingga 6 tahun penjara kerana kelalaian membiarkan ternakannya itu.

Pemilik kerbau tersebut memberi lapuran polis dan memohon maaf. Ia mengatakan keluarganya sangat miskin dan tak seorang pun ingin peristiwa ini terjadi," kata Sumilang lagi.


Hah! Habis kudrat, habis tenaga. Sampai tercabut tanduk. Kalau semua pimpinan Bersih 2.0 berdemontrasi bersama menunggang kerbau, agak-agaknya pihak polis sanggup menyerang dan menggunakan gas tak? Fru dengan topi & pengadang merahnya mesti menjadi tarikan kerbau. Agak-agaknya dengan lori penyembur gas tu diserbu. Siaplah nanti, semua lembu-lembu dan kerbau pulak di siasat. Apa nak jadi dengan Malaysia ni. Sekarang dah fobia dengan warna kuning!!!

Read More !

Berapa Rosmah sanggup bayar???

| | 0 comments

Semasa zaman Firaun, pernah Nabi Musa menawarkan mukjizat agar Firaun sentiasa muda. Beliau permulaannya bersedia tetapi dibantah ditipu oleh menterinya Haman. Keinginan sentiasa muda ini merupakan fitrah manusia. Ia berkait rapat untuk hidup selamanya dan keinginan tidak mahu mati.

Bagaimana umat yang terdahulu sehingga menjangkau usia ribuan tahun. Umur Nabi Noh a.s mencecah 1,000 tahun. Nabi Ibrahim a.s mencecah 450 tahun. Bagaimana wajah mereka yang lambat tua itu berbanding sekarang apabila mencecah lebih setengah abad dah mula kerepot. kerana itulah banyak ubatan dan kajian untuk menghalang proses penuaan.

Kalaulah benar wujud ubat sedemikian, nescaya berapa harganya, pasti mereka sanggup bayar. golongan hartawan, jutawan, billionaire yang duit menimbun yang dah takde nilai buat mereka. Apalah sangat kalau ada ubat bernilai ratusan ribu sekalipun, pasti mereka membelinya.

Kalaulah Rosmah selaku isteri PM sanggup menghabiskan RM 1 Juta untuk beg-begnya sahaja... agaknya berapa beliau sanggup beli pil awet muda ini???? yelah!! untuk terus kekal muda. Boleh setara wajah Ziana zain ataupun semuda Althantunya pun dah OK. Taklah jemu najib melihatnya....

AMSTERDAM - Sepuluh tahun lalu ilmuwan Belanda, Jan Hoeijmakers, menemukan bahwa sel-sel manusia menua apabila DNA tidak boleh lagi memproses ganti sel yang rosak. Semua orang menjadi tua, tapi waktu dan caranya berbeza. Hal tersebut kerana berbagai organ di tubuh menua dengan kecepatan dan kadar yang berbeza.
Hoeijmakers kini sedang mengembangkan berbagai cara dan mungkin pula sejumlah pil anti tua. Dengan penemuan tersebut, orang nantinya akan menjadi tua tetapi dengan cara yang lebih sihat.

Menurut Hoeijmakers, proses penuaan itu terjadi terus menerus dan juga terjadi pada anak-anak. Tapi, tiap sel punya helpdesk sendiri yang terus mereparasi DNA apabila terjadi kerosakan. ''Tetapi apabila sistem reparasi DNA ini tidak boleh lagi melaksanakan kerjanya atau apabila muncul berbagai kesalahan, maka prose situ terbantut,'' kata Hoeijmakers dalam artikelnya yang dimuat surat kabar NRC Handelsblad.

Ini juga boleh menyebabkan sel-sel tumor dan kanser tumbuh di badan sebab itulah, semakin tua seseorang itu semakin besar kemungkinan mengalami kanser. Pakar Belanda itu menyatakan telah menemui kunci dari proses penuaan. Dia sekarang sedang mencari suatu zat di dalam darah manusia. Yaitu zat yang peka untuk tiap jenis penuaan di tubuh.

Bersama team beliau, ia kini mendirikan pusat kajian untuk mengeluarkan ubatan dan gizi yang boleh memperlambat berbagai bentuk proses penuaan. "Itu termasuk zat anti-oksida. Zat ini boleh membantu mengatur proses penuaan bersesuaian. '' katanya.

Read More !

Rayuan A. Samad Said !! Apa alasan anda???

| | 2 comments

Tidakkah anda terasa malu. Tidakkah anda semua lelaki yang mempunyai sifat kejantanan. Adakah anda semua pekak atau mata yang buta. Dimana maruah sedara-sedara?

KUALA LUMPUR: A Samad Said dipanggil untuk disoal siasat oleh polis di Balai Dang Wangi pada jam 2.30 petang, hari ini. Ini berikutan kehadiran beliau di majlis pelancaran Bersih pada 20 Jun lepas di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.

Menurut Zunar, kehadiran A Samad pada pelancaran itu adalah untuk bersama-sama rakyat menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Katanya, karyawan yang bertanggungjawab adalah golongan yang paling dekat dengan rakyat. Beliau menambah, karyawan mesti merasai degup jantung rakyat dan mendepani isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Menurutnya lagi, seseorang karyawan menjadi tidak relevan sekiranya meminggirkan tanggungjawab sosial dengan memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat terbanyak, apatah lagi apabila berdepan dengan sebuah kerajaan yang korup, rasuah dan zalim.

Ambiga seorang wanita. Meskipun diugut bunuh dan pelbagai tekanan, nampaknya beliau cekal untuk meneruskan perjuangan bagi menyuarakan tuntutan menuntut sebuah pemilihan kepimpinan yang telus dan adil. Kalau seorang wanita mendepani perjuangan ini dan kini disokong oleh seorang seniman dan karyawan berusia tokki kita… A. Samad Said yang lahir pada tahun 1935 bersedia untuk berada dihadapan. Menuntut sebuah perjuangan untuk menegakkan erti keadilan…

Maka apa ertinya anda sebagai orang muda... kalau penakut. Apa gunanya berbadan sasa kalau pengecut. Apa gunanya serban sebesar bakul kalau tak sanggup berada dimedan...

maka apa lagi alasan anda untuk tinggal dibelakang. Apa lagi alasan anda untuk tidak sama-sama mengharungi medan Bersih 2.0. Renung-renungkanlah firman Allah Swt surah An-Nisa’ ayat 75 :

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا

Mengapa kamu semua tidak berjihad di jalan Allah sedangkan golongan yang lemah samada lelaki dan perempuan dan anak-anak, masing-masing merayu dan berkata Ya Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri kami yang mana penduduknya melakukan kezaliman ini dan berilah kami pelindung dan penolong dari sisimu”.

Kalau tak... Sebagai anak jantan, 'kasi' ajelah 'kelebihan' yang anda ada itu... baik buang kelaut. menfaat juga buat ikan yang kelaparan!!!

Read More !

Khairy bersedia memakai baju kuning Bersih 2.0???

| | 0 comments

Kita pun tahu, populariti Ketua Pemuda Umno, Khairy semakin menurun. Apatah lagi beliau dianggap generasi saki-baki peninggalan kepimpinan Bapak Penidur, Abdullah Badawi. Tanpa jawatan dalam kabinet, menggambarkan bahawa Ketua Pemuda Umno itu tidak diingini lagi dalam kepimpinan. Hanya menunggu masa sahaja untuk disingkirkan. Apatah lagi apabila Tun Mahathir & gerombolannya mencengkam kuat pentadbiran Najib Tun Razak.

Mungkin dah dekat pilihanraya seperti ini, Khairy perlu melonjakkan nama beliau untuk dilihat sebagai hero. Tetapi apakah sebenarnya tindakan beliau itu dihargai? Dulu semasa Pak Mertuanya menjadi PM dan semasa berlangsungnya Bersih 1, pun sudah ada cubaan pemuda Umno untuk menghalang… tetapi tak berapa kerat yang hadir. Dalam perarakan menyokong ISA apabila diadakan perhimpunan menentang ISA… pun takde nampak muka pun pemuda UMNO ni. Kali ini nampaknya Khairy sekali lagi nak tunjuk hebat. Sanggup ke pemuda Umno untuk membela keadilan bersama rakyat? Sanggup ke Pemuda Umno nak hirup gas demi rakyat. Sanggup ke pemuda Umno dihentam belantan, diheret polis, ditendang, dipukul, dilokap demi perjuangan bersama denyut nadi rakyat??? atau Pemuda Umno sendiri sanggup menghentam rakyatnya sendiri. Yang mudah, pemuda Umno berlumba-lumba untuk merembat kekayaan rakyat demi tembolok masing-masing.

Sebenarnya kekallah Pemuda Umno sebagai pejuang elit di kayangan. Dalam hal ini syabas.. tahniah… kepada pemuda Pas & Pakatan yang perjuangannya berakar umbi kepada perjuangan rakyat. Nak harapkan Umno… anak buah mereka sendiri kecut telor apabila mendengar perhimpunan tanpa permit…

Perhimpunan Haram : Pemuda Cheras minta Khairy pertimbangkan semula

PERGERAKAN Pemuda UMNO Bahagian Cheras membantah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang berhasrat meneruskan perhimpunan 9 Julai ini walaupun tidak mendapat permit polis.
Ketuanya, Syed Mehdhar Syed Abdullah menegaskan, tindakan pemuda UMNO pusat itu akan mengeruhkan lagi keadaan apabila bertembung dengan perhimpunan haram Bersih 2.0 pada tarikh yang sama.
“Pemuda UMNO Bahagian Cheras minta Khairy supaya mempertimbangkan semula hasratnya itu demi kepentingan parti,” katanya.

Lagipun kata beliau, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sudah memberi amaran polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Syed Mehdhar juga menegaskan, perhimpunan haram yang dikatakan turut membabitkan Pertubuhan Pribumi Rakyat Malaysia (Perkasa) pada 9 Julai ini akan menyusahkan aktiviti warga kota.
Beliau berkata, perhimpunan haram tidak pernah berjalan dengan aman sebaliknya mengundang keganasan yang bakal menyusahkan golongan peniaga sekitar ibu kota disamping menakutkan para pelancong. Menurutnya, pemuda UMNO perlu akur dengan keputusan polis untuk tidak mengeluarkan permit perhimpunan disamping menghormati kebebasan orang awam,” tambahnya.
“Saya bimbang rakyat akan menuduh pemuda UMNO sengaja berbuat demikian untuk melakukan provokasi dan turut bersekongkol dengan Bersih yang didalangi pembangkang,” katanya.

Kalau dilihat kepada beberapa blog Umno sendiri, didapati Umno sendiri dah tak menyokong tindakan Khairy bahkan banyak blog yang mengutuk tindakan beliau itu. Khairy bukan hanya dah jadi beruk-beruk dijalan raya teapi kini menjadi kera sumbang pulak. Apa ditunggu lagi dalam Umno tu... beliau bagaikan beruk buruk kepala. Nak diarah panjat kelapa pun tak boleh, nak dihampiri berbau busuk... menghabiskan beras aje. Sebelum ditembak.. harap-harap dapat lepas kan geram... gigit-gigitlah tuan tu...

Apapun pihak kami mengucapkan terimakasih kepada Khairy jika beliau meneruskan perhimpunan beliau itu pada tarikh yang sama. Paling kurang rakyat boleh lihat sejauh-mana kekuatan dan bilangan pendokong pemuda Umno sendiri kepada kepimpinan beliau.

Rakyat juga nak tengok ketelusan pihak polis. Kalau mereka menangkap pimpinan penganjur Bersih 2.0 termasuk pimpinan pembangkang, adakah mereka juga menangkap kepimpinan Pemuda Umno & Perkasa yang juga mengadakan perhimpunan haram? Ish3X … menyusahkan Umno ajelah kamu ni Khairy!!! yang dibimbangi takde pemuda Umno pun nak turun. Kalau macam tu, sampai tahap tu Umno sabotaj beliau, diharap lebih baik Khairy memakai baju kuning Bersih 2.0 bersama dengan perhimpunan rakyat. Ketua Pemuda Pas pun sudah offer agar beliau bersama... jomlah! malu apa lak!!!

Read More !

Cara nak dapatkan anak lelaki

| | 0 comments

Pelbagai cara bagi si bapa yang berhasrat untuk memiliki anak lelaki. Bagi seseorang lelaki, pelbagai gurauan sinis yang tak sedap di dengar apabila mereka berkahwin tetapi tidak memiliki anak. Selepas memiliki anak, tetapi jika gagal mendapatkan anak lelaki, mereka juga akan menghadapi pelbagai sindirian seolah-olah tidak pandai membuat anak.

Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Lelaki dan perempuan adalah sama sahaja. Rezki daripada Allah Swt. Mereka terima ketentuanNya. Tetapi terasa juga kekurangan dengan mengharapkan kelahiran anak lelaki yang meneruskan kesinambungan ‘bin’ dengan nama beliau bahkan sebagai lambang kepimpinan dan ketua keluarga.

Pelbagai cara para lelaki berusaha untuk memiliki anak lelaki dan salah satu yang pelik adalah amalan Kailash Singh. Masih lagi gagal hingga kini. Jika anda merasa takut untuk meniru cara Salleh Ya'kob... Adakah anda ingin mencuba cara ini ???

Lelaki terbusuk di Dunia? Kailash Singh tak Pernah Mandi Selama 37 Tahun

NEW DELHI - Kailash Singh percaya dengan tidak mandi akan membantu dia memiliki anak lelaki. Ugutan istrinya untuk berhenti tidur dengannya dianggap sebagai angin lalu. Tak terasa, sudah 37 tahun badan dan rambutnya tak pernah bersentuhan dengan air!

Singh, 65 tahun, tidak mandi atau memotong rambutnya sejak tahun 1974. Menjelaskan tekad peliknya itu, Singh menyatakan seorang imam harus memiliki anak lelaki untuk meneruskan generasi kepemimpinan. Sementara, ia hanya memiliki anak perempuan, tujuh orang jumlahnya. "Mungkin saya baru akan mandi di kehidupan kedua saya kelak." Sebagai pemimpin agama, Singh menghabiskan hari-harinya mengurus lembunya, menghisap ganja, berdoa kepada Dewa Siwa, dan menari di sekitar api unggun.

Keluarganya menceritakan, bukan sekali dua mereka meminta Singh mandi. "Dia selalu melawan kami dan melarikan diri jika disuruh mandi," kata istrinya, Kalavati Devi, 60 tahun. "Kami sudah mencuba beberapa kali sejak dia mogok mandi, dan selalu berakhir dengan perbalahan." Menurut Devi, bagi suaminya, lebih baik mati daripada disuruh mandi dan hanya anak lelaki yang boleh mengubah fikirannya. "Sudah bertahun-tahun, sekarang saya sudah terbiasa dengan baunya," katanya.

Keluarga Singh tinggal di dekat kota suci India Varanasi, di tepi Sungai Gangga, di mana suhu harian rata-rata 47 derajat Celcius. Fuh!!! Boleh tahan pe???


Apahal sebenarnya penulis bawak berita Kaish Singh ini. Bukannya apa kerana penulis tertarik dengan berita tentang bagaimana Umno-BN menggunakan Datuk Amar Singh yang dikatakan ada cara untuk menghalang himpunan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk Ambiga (Sign jugak kot).

Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini," katanya dalam sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Agak-agak! Apa ke cara tersebut. Jangan tiru Kailash Singh sudah le. Diharap datuk Amar Singh… bisik-bisk le kepada Karpal Singh.

Read More !

Bersunat: Tok Mudin bakal didenda RM3K & Penjara 1 Tahun.

| | 1 comments

Nampaknya hak asasi manusia & hak beragama bakal dicabul lagi. Berkhitan merupakan amalan beragama dan dituntut dalam Islam bahkan ianya diamalkan sejak zaman nabi Ibrahim a.s. Tetapi kini nampaknya amalan beragama ini bakal diserang lagi. Baru reda isu mereka yang berjilbab dikenakan denda khususnya di Perancis dan Eropah. Berjilbab didenda tetapi berbogel adalah hak asasi manusia???

Kini amalan bersunat pulak dijadikan sasaran. Yang bertindik dan meletakkan pelbagai assesori tu takpe pulak. Yang bakal didenda adalah Tok Mudim. Nampaknya nanti Tok mudim kena buat sembunyi-sembunyi dalam gelap. Macam orang Islam disetengah Negara Eropah. Menyembelih binatang untuk dimakan adalah salah disisi undang-undang. Melanggar hak asasi binatang. Kalau nak sembelih jugak terpaksa sembunyi-sembunyi dan sembelih dalam tandas.. ish3X ada ke patut!!!

SAN FRANSISCO – Sebuah Organisasi gabungan telah diwujudkan dari kalangan doktor dari komuniti Muslim serta Yahudi. Ia bertujuan untuk menghadapi satu peraturan baru untuk menghalang praktik bersunat ke atas laki-laki di California itu.

November ini akan dilakukan pengundian atas perancangan tersebut. Salah satunya adalah mengenakan denda sampai USD1,000 dan satu tahun penjara bagi si pelaku sunat. San Francisco merupakan kota pertama yang mengadakan pungutan suara awam bagi larangan bersunat.

Para penyokong peraturan larangan tersebut mendakwa khitan bagi anak lelaki adalah satu bentuk paksaan dan penganayaan genital oleh orang tua terhadap mereka yang tidak berupaya (bayi). Amalan wajib oleh orang Yahudi dan Muslim itu adalah satu pelanggaran hak perundangan.

The Anti-Defamation League (ADL), Organisasi itu pula mendakwa kempen dan pungutan suara anti-sunat itu tidak sah dengan alasan bahwa Kota San Francisco tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan larangan. "Hukum California jelas," kata Nancy Appel, Pengarah ADL di San Francisco. "Hanya negara yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang tentang prosedur perubatan dan apatah lagi larangan ini melanggar peraturan itu. Hal ini tidak hanya membuang waktu, tenaga dan biaya, tetapi juga menyinggung pengertian tentang hak-hak orangtua dan kebebasan beragama."

Read More !

Mat Said Vs Harimau Malaya di Zoo Mini Kemaman?

| | 0 comments

Perhilitan rampas 60 haiwan di Zoo Saleng


KULAIJAYA 20 Jun
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor telah merampas lebih 60 ekor haiwan pelbagai spesies yang dilindungi di Zoo Saleng di sini, selepas permit khas pemilikan zoo tersebut tidak diperbaharui.

Pengarah Perhilitan Johor, Saharudin Anan berkata, zoo persendirian yang beroperasi sejak 17 tahun lalu itu tidak mendapat kelulusan untuk memperbaharui permit khas tersebut selepas dipercayai melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Beliau berkata, haiwan yang dirampas adalah 32 ekor harimau belang, 10 ekor singa termasuk empat anak, beruang (lima), iguana (dua), harimau kumbang (seekor), burung tiong emas (seekor), kucing batu (dua), landak raya (tiga), beruk (empat), buaya (11), ular sawa (11), ular tedung (tiga) dan kera (empat).

"Perhilitan turut menerima aduan daripada orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa zoo berkenaan mengeksploitasi haiwan-haiwan peliharaannya.
"Kita telah memberi peluang kepada pemilik zoo untuk membuat rayuan sejak tiga bulan lalu, namun kita masih tidak boleh melanjutkan permit khas selepas mereka didapati gagal membuat sebarang penambahbaikan mengikut akta yang ditetapkan," katanya di sini, hari ini.

Lebih 64 anggota jabatan itu terlibat dalam kerja pemindahan haiwan dilindungi itu bermula pukul 9 pagi dan dijangka berakhir 27 Jun ini.
Tambah Saharudin, pihaknya hanya merampas haiwan yang dilindungi dan bukannya menutup zoo berkenaan kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berbuat demikian.

Lama tak dengar berita tentang zoo mini idea Dato Ahmad Said di jajahan beliau Kijal tu. Ada permit tak? Atau kalau dah hak kerajaan pihak perhilitan tak boleh buat apa-apa tapi kalau hak persendirian boleh disita dengan kerugian berjuta ringgit. Itupun dah bertahan 17 tahun.
Bagaimana dengan Zoo Mat Said ini? Nak kata untung memang jauh sekali. Paling tidak pun diharap boleh le cover kos pengurusan. Berapa orang yang melawat Zoo tersebut. Dengan kedudukannya dikawasan jin tending itu nampaknya tak berapa ada orang mana yang nak melawat. Sesuai untuk kawasan binatang sahaja agaknya…

Kot jadi projek gajah hitam pulak. Kroni dah dapat projek. Untung dah dibawak lari . Nantinya rakyat terpaksa menanggung kos penyelengaraan macam dok galas biawak hidup. Nanti, dicadangkan pula Dato Mat Said ambil aje binatang yang disita di Johor tu untuk diletak dalam Zoo beliau tu. Dalam erti-kata bolehlah pulak mengalas buaya hidup pulak….

Berapa kos sebenarnya zoo ini?. Dalam sidang dewan DUN, MB Mat Said berkata, kos keseluruhan bagi pembinaan Zoo Bukit Takal di Kemaman itu berjumlah RM9.228 juta. Beliau menjelaskan, kos pengurusan zoo berkenaan dari tahun 2008 hingga 2011 pula adalah kira-kira RM2.9 juta. Setiap bulan, kos pengurusan zoo berkenaan mencecah sekitar RM40,000

Itupun beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi kawasan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takar di sini daripada lebih 15 hektar kepada 120 hektar. Sebuah air terjun buatan telah dibina dengan kos RM1 juta untuk tontonan pelawat. Bilik persalianan sahaja menelan belanja RM900 ribu ringgit. Betapa banyak duit diperhabiskan termasuk sangkar untuk menempatkan menempatkan pelbagai spesies mamalia, reptilia, ikan dan burung untuk tatapan pengunjung.Sepasang Harimau Malaya juga dibawa masuk dari zoo Melaka. Hah berapa kos makanan harimau ni tak tahulah pula. Takkan nak bagi makan keropok lekor.

Alangkah baik dalam suasana rakyat mengikat perut untuk kelangsungan hidup, duit yang berpuluh juta itu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat khususnya keperluan asas dan pendidikan bukannya memenuhi nafsu pemimpin Umno untuk merompak duit rakyat.

Sekarang ini orang-ramai dikenakan bayaran RM5 dan RM10 untuk menampung kos penyelengaraan. Tapi mampu ke? Ramai mana sangat rakyat Kemaman nak pergi melawat Zoo tersebut dan bukannya nak duduk situ hari-hari. Sekali adalah nak pergi lepas tu… Nampaknya kerajaan jugaklah terpaksa menanggung kos perbelanjaannya. Bukan pakai duit gaji Mat Said… tapi rakyatlah terpaksa galas kecuali kita perebahkan Umno dalam PRU kali ke 13 dan rakyat berpeluang untuk memasukkan Mat Said dalam zoo tersebut. Kita tengoklah samada harimau Malaya tu makan Mat said atau Mat Said yang terkenal bengkeng itu memakan harimau???

Read More !

Kenapa ada MB selak kain orang??? ..…

| | 0 comments

Kita harap Dato Ahmad Said selaku Pengerusi Umno negeri Terengganu lebih menumpukan untuk menyelesai masalah dalam Umno Terengganu sendiri daripada menghabiskan masa beliau untuk ‘capik’ (membicarakan) hal ehwal dalaman Pas Terengganu. Nampaknya Umno Terengganu serba tak kena berpemimpinkan Dato Ahmad Said. Semakin bercakap semakin menampakkan kedangkalan (kebodohan) beliau dalam hiraki pimpinan Pas. Apa yang beliau gambarkan seolah-olah kepimpinan Pas ini sama seperti kepimpinan Umno.

Kita nasihatkan beliau, kalau tak tahu apa-apa tentang Pas jangan dok cakap merapu tak tahu ke hala. Lagi cakap, lagi terdedah kejahilan beliau. Kalau nak serang Pas pun, biarlah bermaklumat dahulu. Tetapi kalau nak menipu dihadapan ketua-ketua cawangan Umno, munasabahlah, sebab mereka akan telan semuanya. Tapi kalau nak tipu semua rakyat Terengganu… maaflah! Tak semua rakyat Terengganu ni bodoh belaka.

Perjuangan Pas semakin menyimpang

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT), Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyifatkan parti Pas kini semakin jauh dari perjuangan asal mereka berikutan barisan muka-muka baru dalam kepimpinan parti itu dipilih dari bukan kalangan ahli agama.


Katanya, hanya tiga daripada lapan Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) parti berkenaan dilantik menyertai 22 jawatankuasa Pas negeri yang diumumkan oleh Pesuruhjayanya, Haji Abdul Wahid Endut.

“Kini sudah jelas perjuangan yang mereka laungkan selama ini untuk menegakkan negara Islam adalah hipokrit semata-mata dan kini hendak wujudkan negara kebajikan pula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan Umno seluruh negeri di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, petang semalam.

Menteri Besar, berkata kepimpinan Pas negeri sekarang bukan lagi kepimpinan yang dibarisi golongan ulamak dan perjuangan mereka semakin menyimpang termasuk sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi mencapai cita-cita memerintah negara ini.

Menurutnya, dalam jawatankuasa baru mereka yang terdiri daripada tiga orang timbalan dan tiga orang penolong setiausaha itu jelas membayangkan mereka mempunyai masalah dalaman tetapi cuba menyembunyikannya.


http://teganukita.blogspot.com/2011/06/perjuangan-pas-semakin-menyimpang.html


Hakikatnya dalam saff baru perlantikan jawatan kepimpinan Pas negeri merupakan gabungan akrab antara Ulama, Profesional & Aktivis Parti. Semua Adun Pas ada peranan dan tugas masing-masing dalam kepimpinan Pas Terengganu. Sila perhatikan nama dibawah.

Kepimpinan Badan Perhubungan Pas Terengganu sessi 2011-2013

YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang – Penasihat (Yb Ru Rendang)

YB Wahid Endut – Pesuruhjaya (Adun Wakaf Mempelan)

Ustaz Saiful Bahari Mamat - Timbalan pesuruhjaya 1
Muhyiddin Abdul Rashid – TPJ 11
YB Dr Alias Razak – TPJ 111 (Adun Bkt Tunggal)

Ustaz Husein Awang - Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu
Ustaz Mohd Nor Hamzah - Ketua Pemuda Pas Terengganu (Adun Bukit Payong)
Hajah Safinah Jusoh - Ketua Muslimat Pas Terengganu
M Shukrimun Shamsudin – bendahari & YDP Kuala Nerus

Yahaya Ali – Setiusaha & YDP Marang
Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh - Ketua Penerangan
Ustaz Ariffin Deraman - Pengarah pilihan raya.
Hj Hanafiah Mat, Ustaz Kamaruddin Yunus dan Ustaz Zakaria Dagang - penolong setiausaha.

AJK Badan Perhubungan Pas Terengganu

YB Tuan Guru Datuk Harun Taib – YDP Hulu Terengganu (Adun Manir)
Datuk Abu Bakar Chik – (Ajk Pas Pusat)
Ustaz Harun Jusoh
Abdul Haris Abdul Malik
Zarani Othman
Dr Khazani Abdullah
Dr Azman Mohamad
Ustaz Wan azhar Wan Ahmad – YDP Besut
Ustaz Mohd Pauzi Muda – YDP Setiu
YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli – YDP Dungun (Adun Sura)
Hj Ismail Harun – YDP Kemaman
Ex-officio YB Dr Syed Azman – Pen S/U Pas Pusat (Adun Batu Buruk)
Setiusaha Pas Kawasan-kawasan

Bercakap soal Negara Islam & Negara Berkebajikan, sekali lagi menampakkan kejahilan MB Terengganu Darul Iman. Tidak memahami takrifan dan kehendak Negara Islam itu sendiri. Pemikiran sekular mereka masih lagi terperangkap dalam kerangka ‘Welfare State’ atau ‘Capitalism State’ tajaan barat. Diharap Dato Ahmad Said mengikuti apa yang dibuat oleh dato Idris Jusoh, pergi belajar ke Jordan untuk memahami Bahasa Arab & Pengajian Islam selama 6 bulan. Jangan dok ingat Kerajaan buat ‘Loteri Kebajikan’ itu sebagai Negara Berkebajikan ala Umno.

Kalau nak menuduh Pas hipokrit. Tengok muka dalam air sendiri. Seolah-olah Kerajaan pimpinan Umno teramat berkehendakkan Negara Islam kononnya, habis kenapa undang-undang hudud & Qisas yang diluluskan oleh Pas memerintah dahulu tidak dilaksanakan sekarang. Kuasa di tangan kenapa tidak angkat kepimpinan ulama? Bahkan sejak dahulu kepimpinan ulama Pas diserang sehingga kini tetapi dalam Umno sendiri tiada posisi ulama dalam hiraki kepimpinannya. Hanya setakat biro dan bukan sayap. Sama taraf dengan biro sukan aje status ulama. Penubuhan ulama muda pun… entah kemana.

Masalah dalaman Umno Terengganu yang tak berkesudahan menyebabkan Ahmad Said dengki dengan kesepakatan dan kerjasama yang mantap dikalangan pimpinan Pas Terengganu sehingga sanggup menuduh bahawa pas ada masalah dalaman. Hasil tarbiyyah dan ukhuwwah dalam Pas insyaAllah dapat melahirkan kemenangan dalam Pru 13 nanti. Meskipun tanpa kuasa memerintah, tiada habuan kebendaan dan projek tetapi kepimpinan Pas yang ada istiqamah atas dasar islam yang diperjuangkan.

Diharapkan pembantu dan penolong MB serta Pengerusi Umno Terengganu itu dinasihati. Kasihan kat beliau, kejahilan beliau itu nanti dipersendakan oleh rakyat Terengganu sendiri. Jangan dok sibuk selak kain orang... cuba tengok dalam kain sendiri tu dulu... apa ada?

Read More !

Gambar Buraq Nabi ketika Isra’ & Mi’raj?

| | 0 comments

Bulan Rejab ni mana-mana surau, masjid agak subur dengan program atau majlis memperingati peristiwa berlakunya mukjizat besar bagi Rasulullah Saw. Ia dicatatkan dalam satu surah al-Quran iaitu surah al-Isra’ ayat pertama.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqso yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Isra’ adalah perjalanan dibumi dari Mekah ke Palestine mana Mi’raj perjalanan dari Palestine ke langit mengadap Allah Swt. Banyak peristiwa yang memberi pengajaran kepada umat Islam. Ia hanya berlaku dalam satu malam dan menaiki tunggangan yang didatangkan khas dari syurga yang dinamakan Buraq. Lebih kecil daripada kuda dan lebih besar daripada baghal.

Penulis pernah melihat satu gambar yang tertampal didinding dalam frame yang menggambarkan ‘Buraq Nabi’ bahkan sesetengah rumah masih lagi tertampal gambar tersebut. Dikatakan buraq dengan wajah seorang perempuan Hindustan dengan bersayap. Semua ini adalah khurafat. Peristiwa yang tiada siapa sedari hanya Rasulullah Saw. Bila pulak dia pergi ambik gambar disitu? Semua ini bertujuan mencari duit untuk kepentingan dunia. Sedangkan ianya dari syurga yang tidak pernah dilihat manusia, tidak pernah didengar, tidak terlintas dihati manusia. Bahkan ada yang menggambarkan Rasulullah Saw menaiki Buraq tersebut.

Diharapkan jika masih ada didinding rumah saudara semoga dibuang dan dibakar sahaja. Jangan biarkan khurafat berada dalam rumah saudara.

Peristiwa paling penting daripada Isra’ & Mi’raj ini adalah keyakinan. Sejauhmana seseorang itu yakin kepada baginda Rasul dan kekuasaan Allah Swt. Sebagaimana sahabat Rasulullah Saw yang akhirnya digelar as-Siddiq kerana membenarkan peritiwa tersebut berlaku walaupun dituduh gila oleh penduduk Quraish.

Hari ini orang melayu Islam menyambut peristiwa Isra’ & Mi’raj setiap tahun tanpa mengira Umno atau Pas maupun atas pagar. Yang mengherankan mereka yakin dan percaya walaupun peristiwa iatu berlaku 14 abad yang lalu dan peristiwa itu tidak tertanding sehingga kini meskipun dalam dunia moden ini. NASA masih berhempas pulas untuk menghantar manusia ke planet marikh, planet paling hampir dengan bumi sedang baginda melepasi semua planet dan melepasi 7 lapis langit.

Kekadang orang Umno yang paling banyak mengikuti mahupun menganjurkan majlis Isra’ Mi’raj ni. Bila ditanya, anda percaya ke? Ish! Kalau tak percaya, nak jadi kapir ke? Kenapa? Disebut dalam al-Quran lagi. Kita kena beriman dan yakin. Tetapi apabila ditanya, Habis kenapa tak mahu melaksanakan hukum Tuhan yang juga tercatat dalam al-Quran. Bahkan lebih banyak ayat yang menyebutnya berbanding satu ayat menyebut tentang Isra’. Tetapi Hudud kau cakap zalim. Ketinggalan zaman, hanya sesuai dizaman badwi dan zaman unta sahaja. Ekonomi berasaskan riba. Kau halalkan judi dan bagi lesen. Arak macam air sejuk aje bahkan pusat hiburan bersepah. Pendidikan sekular. Memerintah secara kapitalis. Makan rasuah, tindas rakyat, melakukan kezaliman, mahkamah dan macam hak mak bapak. Undang-undang menolak syariat dan menjunjung perlembagaan Lord Reid, peraturan Negara Commonwealh hingga kini.

Apa dia jawab… tersengih ajelah. Tak mampu jawab! Akhir lari aje. Kalau dijawab pun, politik dengan agama tak bercampur. Balik kepada jawapan bapak khurafat itu juga. Kalau jumpa kat waktu pilihanraya… tu dia.. dengan logo dacing kat atas dahi. Tapi kalau bulan rejab. Isra wal Mi’raj mengalahkan orang arab???? Apa nak jadi!!!

Read More !

Kabinet Perang Pas Terengganu 2011

| | 0 comments

PAS Terengganu bentuk pasukan baru
Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 18 Jun:PAS Terengganu membentuk pasukan serba baru selepas pesuruhjaya yang baru, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) (dilantik untuk negeri itu.

Timbalan pesuruhjaya (TPj) III sesi lepas, Ustaz Saiful Bahari Mamat dilantik TPj I sementara dua lagi adalah bekas bendahari, Muhyiddin Abdul Rashid (TPj II) dan timbalan ketua penerangan yang juga Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (TPj III).

M Shukrimun Shamsudin pula dilantik bendahari. Selain Saiful, TPj I dan II sesi lalu ialah Datuk Abu Bakar Chik dan Mohd Abdul Wahid Endut. Kedua-duanya dipilih sebagai AJK PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan ini.

Abdul Wahid dilantik Pesuruhjaya PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Harun Taib sebagaimana yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 Jun lepas.

PAS negeri sesi ini mengekalkan setiausaha, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya iaitu Yahaya Ali, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ariffin Deraman.

Hanafiah Mat, Kamaruddin Yunus dan Zakaria Dagang pula dilantik penolong setiausaha.

Di samping mereka, ahli perhubungan yang dilantik adalah Datuk Abu Bakar Chik, Abdul Haris Abdul Malik, Zarani Othman, Dr Khazani Abdullah, Dr Azman Mohamad, Ustaz Harun Jusoh dan Ini bermakna, hanya seorang sahaja bekas lima Adun PAS 1982 yaang masih kekal dalam pasukan ini iaitu Abu Bakar Chik.

"Ini adalah pasukan yang dipilih sendiri oleh pesuruhjaya baru," kata Yahaya Ali yang menjadi setiausaha perhubungan di bawah Datuk Mustafa Ali dan Datuk Harun Taib, pesuruhjaya PAS Terengganu sebelum ini.

Ketua dewan ulamak PAS Terengganu adalah Datuk Husein Awang, ketua pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah manakala ketua muslimat adalah Safinah Jusoh.

Read More !

Datuk Maslan: Apakah generasi baru peneroka bodoh?

| | 0 comments

PR dalam janji 100 hari jika berjaya memerintah Malaysia, adalah membahagikan tanah kerajaan yang dirompak pihak Felda dan dijadikan ladang kelapa sawit seluas 341 ribu ekar tetapi tidak memasukkan peneroka. Janji PR adalah mengagihkannya kepada generasi pemuda untuk menjadi peneroka.

Nampaknya pihak “ANAK” aktif membahagikan borang peserta peneroka Felda plantation sebagai persiapan awal sebelum 100 hari selepas memerintah. Nampaknya sambutan amat baik sekali.

Nampaknya Mazlan Aliman, selaku Ajk Pas Pusat amat aktif dan segala usaha beliau membuahkan hasil. Perjuangan beliau dalam menuntut hak peneroka melalui undang-undang dan mahkamah telah menampak hasil kini. Tuduhan buruk terhadap beliau oleh pihak Felda nampaknya sebagai fitnah semata-mata. Sekarang ini beribu peneroka Felda menyaman pihak Felda sendiri atas penipuan maupun gagal melunaskan pembayaran tanama semula.

Tiada cadangan bahagikan tanah Felda kepada golongan muda

Kerajaan tidak bercadang membahagikan tanah seluas 341,000 hektar yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi baru golongan peneroka kerana bimbang sekiranya generasi baru itu menjual tanah tersebut, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan.

Beliau berkata jika dibahagikan 341,000 hektar tanah ini kepada generasi muda peneroka yang berjumlah 1.6 juta orang, setiap mereka akan mendapat 0.2 hektar, dan tanah yang tidak termaktub dalam Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960) itu boleh dijual atau digadai.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas antara kandungan buku jingga yang merupakan Agenda Pakatan yang diperkenalkan oleh pakatan pembangkang pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lepas, yang merujuk kepada saranan supaya Felda Plantation dibubarkan, dan tanah itu diberikan kepada anak cucu peneroka.


“Segala pendapatan dan bajet tahunan datang daripada tanah itu. Hasilnya dikembalikan kepada peneroka dan anak penoraka, gaji gaji dibayar kepada 23,000 pekerja Felda dan 60,000 pekerja ladang,” katanya. Katanya Felda pasti akan bankrap sekiranya agensi itu diuruskan oleh pembangkang.
- Bernama

Sekarang ini terserah kepada generasi muda. Kalau Umno-BN masih lagi diberi kuasa nescaya tiada perubahan sebagaimana sekarang. Felda akan terus menjadi kubang bagi pemimpin Umno untuk tempat berkubang merembat duit rakyat. Sebuah institusi yang mempunyai asset dan kewangan yang banyak selepas Petronas tetapi kini meminjam dengan Kwsp sebanyak 6 billion. Adakah Felda benar-benar bangkrap? Apa yang rakyat dapat?

Janji PR adalah untuk mengagihkan dan memasukkan peneroka baru ke tanah Felda Plantation tersebut, jika PR memerintah. Tepuk dada tanya selera. Entahlah kalau rakyat menolah tuah dengan janji kerajaan PR nanti. Sedangkan bagi Umno-BN tidak mempercayai generasi baru seolah-olah jika diserahkan tanah tersebut kepada generasi baru nescaya akan dijual? Bodoh sangatkah orang muda ini menurut pandangan Datuk Maslan? Atau sebenarnya ada agenda lain yang tersembunyi?

Apapun… siapa memerintah selepas Pru 13 adalah ditangan anak muda. Inilah saatnya anak muda bersama gelombang membuat perubahan baru dan harapan baru. Nafikan bahawa anda bukan bodoh. dan Peneroka Felda bukan lagi aset tetap bagi Umno-BN.

Read More !

Umno wajib diceraikan Talak 3

| | 1 comments

Jika anda memilih suami atau ketua masyarakat maupun pemimpin menjadi syarat asas adalah untuk menjaga 5 perkara yang dituntut oleh agama. Itu juga antara matlamat sebuah kerajaan yang memerintah dan maqasid kepada syariah itu sendiri.
“Agama itu asas, pemerintah adalah pengawalnya. Maka apa yang tidak ada asas akan runtuh dan apa yang tidak ada penjaga akan hilang".

Pemimpin itu hendaklah diganti dan tidak layak untum memimpin apabila gagal menjaga 5 amanah asas kepimpinan itu. Pertamanya adalah menjaga Agama serta rakyat supaya menghindari murtad. Sebab itu adanya kaedah hukum murtad didalam syariah Islam. Keduanya menjaga akal agar sempurna dan waras serta menjauhi orang yang dijaganya supaya tidak rosak. Kerana itu dilarang meminum arak. Ketiganya tuntutan menjaga zuriat dan keturunan supaya tidak rosak dan bercelaru keturunan mereka dengan anak luar nikah. Lalu adanya larangan dan hukum zina. Keempatnya amanah demi menjaga nyawa supaya jang membunuh nyawa dengan cara yang tak sebenar maka diadakan hukum qisas dan terakhir kewajipan pemimpin menjaga harta rakyat agar negara menjadi aman serta tiadanya penipuan, rasuah dan kecurian. Kerana itu diadakan hukum hudud demi menyelamatkan manusia daripada kecurian dan sebagainya.

Sejak merdeka.. nampaknya kecurian dan penyelewengan menjadi-jadi bahkan pimpinan Negara yang diterajui oleh Umno-BN sendiri merupakan pengamal tegar rasuah dan perompak harta mahsul negara. Kejadian bunuh berlaku setiap hari tanpa mendapat pembelaan sewajarnya bahkan pemimpin dan pihak penguasa sendiri yang terlibat dengan kerja mengambil nyawa rakyat. Anak luar nikah melebihi 300k orang yang telah didaftarkan sebagai bukti kerosakan nilai dan zuriat anak-anak kita. Rakyat Malaysia menghabiskan lebih daripada 1 billion untuk arak dan minuman keras. Bahkan anak-anak muda dikhayalkan dengan hiburan siang dan malam serta kegagalan pemerintah untuk membenteras dadah sekian lama yang merupakan punca kerosakan akal dan akhlak rakyat. Manakala isu murtad tiada penyelesaian sehingga ke hari ini.

Bahkan amat menyedihkan apabila menteri yang menjaga hal ehwal agama dengan sardin memberi jawapan tanpa ada tindakan apa-apa. Malaysiakini melaporkan jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang bagi tempoh 2000 hingga 2010.

Ianya berdasarkan kepada pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri, Er Teck Hwa di parlimen kelmarin yang berbunyi: "Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000 - 2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangani gejala murtad."


Jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berbunyi: "Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan." Jamil Khir juga memberikan statistik lengkap yang menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan mengikut negeri. jumlah yang meninggalkan Islam adalah 135 orang.

Itu yang didaftarkan, bagaimana yang murtad secara diam-diam. Tanpa permohonan dan peristiharan. Bagaimana pula dengan angka yang didakwa oleh mufti Perak yang mencecah 100K orang yang telah murtad.

Umno-BN sudah gagal untuk menunaikan tanggungjawab mereka dari segi syara’ sendiri. Sudah sewajarnya mereka berundur dan Pas adalah harapan ummah untuk melaksanakan tugas ini. Ceraikan Umno-BN dari kerusi memerintah yang sudah menjadi agen perosak ummah. Selaga lama kuasa ada ditangan mereka selagi banyak kerosakan yang dibuat. Buruk ikan bermula dari kepala apatah lagi pengakuan Dr Mahathir sendiri bahawa rosak Umno sudah sampai ke usus.

Apa lagi yang rakyat tunggu? Umno sudah tidak boleh dibaiki dan diselamatkan. Biarlah ia ditenggelamkan pada Pru-13 nanti. Kita bina Malaysia baru yang lebih menjaminkan kebajikan dan kesejahteraan buat rakyat. Islam adalah penyelamat!

Read More !

Konvoi belum start lagi… 2 Penjara sudah disiapkan ?

| | 0 comments

Presiden mengarahkan 300K peserta Bersih pada 9 Julai ini. Nampaknya Umno-BN dah kecut perut. Setiap media memainkan peranan untuk provokasi agar rakyat tidak menghadirkan diri. Ibrahim Ali nampaknya awal-awal hunus keris kontotnya mengajak bertempur. Pihak polis pun dah mengayat pelbagai akta untuk menjampi agar walk 4 justice gagal.

Tetapi adakah ianya memberi kesan? Bahkan provokasi itu sendiri merupakan iklan besar-besaran kepada semua lapisan rakyat. Pengumuman usul dalam muktamar yang dibawa oleh Timbalan Presiden Mat Sabu hanya dihadiri oleh pimpinan Pas sahaja. Ramai rakyat tak tahu pun… tetapi apabila media memberi ulasan dan larangan, menteri dalam negeri pun tumpang semangkok, nak dibawa usul dalam parlimen, digambar-gemburkan demikian rupa… itu adalah promosi percuma. Timakasih Umno-BN.

Kekadang mereka lupa, majoriti yang hadir demo itu onak-anak muda. Kalau dengar kata Ibrahim Ali nak bertempur, Hah!!! Lagilah mereka nak pergi. Kalau demo takde gas FRU.. bagi mereka tak seronok, mereka dah lama mengidam nak hidu gas ni… bayangkanlah kalau keluar 300k rakyat ke medan K.Lumpur tu.. sapa berani tahan???
Cukup ke anggota polis? Cukup ke penjara nak muatkan mereka semua?

Belum Berlayar, Israel Sudah Siapkan Dua Penjara Bagi Aktivis Freedom Flotilla 2

Tentera rejim Zionis Israel meningkatkan latihannya untuk mencegah masuknya konvoi Freedom Flotilla 2 ke Jalur Gaza.

Seperti dilaporkan media yang dipetik berita radio Israel menyatakan, berbagai unit tentera telah meningkatkan latihannya dan telah mengadakan gabungan tenaga. Pihak Israel juga telah mengosongkan dua penjara untuk menampung aktivis konvoi Freedom Flotilla 2 jika mereka berhasil ditangkap.

Konvoi Freedom Flotilla 2 terdiri dari 12 kapal dari 50 negara dan membawa lebih dari 1000 aktivis pendokong rakyat Palestine serta bantuan kemanusiaan. Konvoi bantuan kemanusiaan ini akan berangkat menuju Jalur Gaza akhir Jun ini.

Sementara itu, pada Mei 2010 tentera Israel dengan brutal menyerbu konvoi Freedom Flotillah pertama dan menembak mati sembilan warga Turki. Tetapi ia tidak mematahkan semangat juang untuk kebebsan Palestine. Bahkan semangat mereka semakin tinggi.

Selamat Datang peserta BERSIH 2.0 … masa inilah nak hidu gas pun…

Read More !

Wartawan Malaysia… saja cari penyakit?

| | 0 comments

Apa sebenarnya tujuan wartawan menyiarkan berita ini? Adakah wartawan nak mengungkit isu lama yang boleh menimbulkan kemarahan orang Umno sedunia? Atau wartwan dan editor akhbar tersebut ingin menunjukkan bahawa tindakan Umno dulu itu salah dan merupakan tindakan orang bodoh dan jahil.

Ingatkah kita apabila heboh media menjadikan isu mengenai Adun Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping dari DAP yang menyelitkan bacaan al-Quran di dalam ceramahnya. Dia mengatakan bahawa semua manusia bersaudara kemudian membacakan mengenai ayat kalimah " تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ " dari surah al-Imran : 110.

Betapa hangatnya isu tersebut dan menjadi polimik apabila ia dipolitikkan oleh pemimpin Umno dan beberapa Ngo yang turut sama membuat bantahan serta laporan polis. Tindakan itu dianggap biadap dan menyentuh kesucian Islam dan menghina umat Islam di Malaysia. Perbuatan itu dikatakan mencabar kesucian agama Islam dan sebagai bukan Islam tidak berhak menggunakan ayat suci al-Quran kerana ia adalah kalimah agung umat Islam. Mereka juga turut mendesak agar digubal akta agar dilarang orang bukan Islam membaca al-Quran demi menjaga kesuciannya.

Sudah sekian lama, isu itu senyap… dan tiba-tiba kelmaren akhbar tempatan menyiarkan berita…

Blair baca Al-Quran setiap hari

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini. Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Sebelum ini, Blair pernah memuji Islam sebagai agama “indah” dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa “kekuatan sangat bertamadun.” Pada 2006, Blair berkata, al-Quran adalah “buku perubahan yang bersifat inklusif, meletakkan sains dan pengetahuan di tempat tinggi serta membenci tahyul.”

Adik ipar Blair, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu.

Apakah wartawan tak bimbang ke kalau-kalau adanya demontrasi menentang Blair. Nanti puak-puak Umno akan buat bising sehingga ke Kedutaan Britain. Menganggap Blair menghina al-Quran pulak. Takkan geng songkok tinggi biarkan sahaja Blair yang beragama khatolik mencemar kesucian kitab umat Islam? Atau ianya dilarang di Malaysia sahaja tidak didunia luar. Atau orang Umno baru sedar, ianya tak salah ataupun orang Umno sekarang tak perasaan kerana sibuk untuk menghalang supaya perhimpunan bersih dibatalkan. Mungkin puak Umno terlupa kot? Ye lah!! Melayu mudah lupa! Tapi kalau nak demo sempat lagi kot. Atau tumpang sekali 9 Julai ni sempena “Bersih 2.0”

Apapun semoga Tony Blair dibukakan hatinya agar mengikuti jejak langkah adik iparnya.

Read More !

Sebelum FRU & PRU: 7 cara mengasah Otak biar tajam.

| | 0 comments

Setiap hari kita sibuk bekerja bagi menyelesaikan pekerjaan dengan baik. Untuk itu kita juga perlu menjaga fungsi dan kerja otak agar tetap kreatif dan produktif. Bukan senang nak lawan Umno. Setiap jentera perlu aktif dan mempunyai idea baru.

Fungsi dan kerja otak boleh menurun. Misalnya menjadi mudah lupa, kurang cermat dan teliti, serta mengalami berbagai gejala yang muncul kerana kekurangan suplemen otak. Sebenarnya dalam membicarakan nutrisi otak, kita tak perlu bergantung kepada obat atau bahan kimia. Berikut tujuh cara sihat yang sederhana dan mampu meningkatkan ketajaman otak dan membantu lebih produktif. Agar ia menjadi amalan kita khususnya dikalangan pemuda… org kite geng kite.

1. Olahraga
Berolahraga merupakan istilah biasa yang didengari namun sejauhmana ianya dijalankan secara teratur? "Latihan fizik menjadi cara terbaik menjaga fungsi kognitif untuk mengimbangi pertambahan usia Anda," kata Fred H. Gage, PhD.

Sebagai profesor yang juga spesialis penyakit neurodegenerative di Salk Institute, La Jolla, California ini menekankan peri pentingnya olahraga. Penelitian yang dilakukan Gage menunjukkan, berolahraga secara signifikan mampu meningkatkan aliran darah ke hipokampus. Hipokampus adalah bagian dari otak besar yang terletak di lobus temporal. Bagian otak ini menghasilkan sel baru yang membantu pertumbuhan dan peningkatan mental seseorang.
Menurut Islam, berjalan setiap lima kali sehari ke masjid merupakan senaman yang baik dan diikuti solat yang sempurna dan teratur serta tenang merupakan ubat mujarab bagi fizikal dan otak. Apatah lagi ketika sujud sahajalah, pembuluh darah ke otak akan disalurkan darah untuk kecerdasannya.

2. Tiru cara makan orang Yunani
Jika ingin otak tetap bekerja baik dan cerdas berpikir jaga nutrisi dan pola makan anda seperti cara orang Yunani. Orang Yunani sejak lama menerapkan pola makan ala Mediteranian. Munasabah ramai ahli filsafat dengan kecerdasan tinggi lahir dari negeri Yunani. Menjalani diet Mediteranian artinya anda makan buah dan sayuran dalam jumlah besar, lemak baik seperti minyak zaitun, serta mengurangi kadar garam dan daging merah.

Mereka yang menjalani diet Mediteranian mengurangi risiko penyakit Alzheimer, dengan kadar risiko 40% lebih rendah. Demikian laporan kajian Universiti Columbia. Kajian itu menyebut ia juga mengurangi risiko kehilangan daya ingat. Diet memiliki kekuatan sebagai antioksidan yang mampu melawan peradangan.
Lihatlah juga cara makan Rasulullah dan sahabat. Kecerdasan, daya fikir yang tinggi yang akhirnya mampu menguasai 2/3 dunia serta mengurus dan mentadbirnya dengan baik.

3. Bermusafirlah!
Ingin menjadi individu kreatif? bermusafirlah! Lakukan perjalanan ke berbagai bandar dan negara yang belum pernah anda pergi. Bergaul, meneliti, mengkaji dan mempelajari budaya asing atau baru mampu mendorong individu untuk menjadi lebih kreatif. Sebuah penelitian menunjukkan, mereka yang tinggal di luar negeri memiliki kemampuan yang jauh lebih baik dalam pekerjaan dan juga lebih mampu dalam menyelesaikan masalah.

"Mereka dituntut untuk selalu belajar dari berbagai hal yang sederhana," kata pengkaji hal tersebut William W. Maddux, PhD, pembantu profesor di Fountainbleu, Perancis. Contohnya menurut Maddux, kebiasaan menyisakan makanan di Amerika dianggap penghinaan, namun berbeda dengan di China, hal tersebut dianggap sopan.

"Kemampuan untuk melihat sesuatu dari berbagai sisi dan perspektif yang berbeda, mendorong kita untuk meningkatkan kreativitas," kata Maddux. Bermusafir tak semestinya dengan menetap di negeri orang. Belajar bahasa asing juga mampu menjadi pilihan lain untuk mengembangkan diri.

4. Menjaga lemak tubuh
Apa kaitannya indeks massa tubuh (body mass index) dengan kerja otak? Satu kajian menunjukkan kaitan antara lemak tubuh yang menimbulkan risiko penurunan daya ingatan, yang pada akhirnya menurunkan produktivi kerja.

"Lemak melepaskan sitokin (molekul yang membantu untuk respons sistem kekebalan tubuh-RED). Zat ini mengeluarkan hormon yang membahayakan sel-sel saraf," Diana R Kerwin, MD di Northwestern University Feinberg School of Medicine. Selanjutnya, Kerwin menyarankan perempuan perlu menjaga BMI pada level 20 - 24. Jadi, pastikan BMI kita ideal, artinya menjaga lemak tubuh tetap normal dan menghindari obesiti dan kegemukan. Seseorang dikatakan obesiti jika memiliki nilai BMI di atas 30.

5. Tidurlah dengan benar
Tubuh memerlukan energi yang cukup untuk tampil produktif. Untuk memastikan pasukan energi melimpah, tidurlah 7-8 jam setiap malam. Jangan memaksakan diri bekerja tanpa istirahat yang cukup. Jika berterusan tak memberi waktu untuk tidur pada malam hari dengan baik, esok hari akan kehilangan fokus, dan tak mampu berpikir dengan baik dan rasional. Mulai sekarang, berikan tubuh anda hak untuk tidur pada malam hari lebih baik lagi.
Tetapi jika tidur yang berkualiti, cukup dengan hanya tidur sekadar 3-4 jam sehari untuk member kerehatan kepada badan dan otak.

6. Lakukan hobi yang menyenangkan
Kebiasaannya hobi yang menyenangkan ini akan menciptakan jalur saraf baru ke otak. Dengan begitu, pikiran akan tetap tajam setiap waktu. Kuncinya, pilih aktiviti atau hobi baru yang menyenangkan. Tetapi jangan melakukan hobi baru yang hanya akan membuat jiwa tertekan. "Semakin anda menikmati sebuah aktiviti, anda dipacu untuk terus menjalaninya," jelas Yaakov Stern, PhD, profesor neuropsikologi di Columbia University.

7. Batasi dan taklukkan pekerjaan Anda.
Dr Adam Gazzaley, pengarah Neuroscience Imaging Center, Universitas California, San Francisco menyarankan, jika pekerjaan anda menuntut konsentrasi tinggi, maka singkirkanlah hal lain yang menganggu. Caranya, matikan internet jejaring sosial, e-mail, atau matikan telefon bimbit anda jika pekerjaan anda tiada kaitan dengan fungsi alat tersebut. Setelah menyelesaikan pekerjaan dengan sukses, barulah anda update Facebook atau melakukan hal lain yang tak berkaitan dengan pekerjaan.
Multitasking . Namun kadar sukses mengerjakan berbagai pekerjaan dalam satu waktu, akan melahirkan hasilnya yang tak maksima. Kualiti kerja menurun jika anda melakukan berbagai hal yang tak ada kaitannya dengan pekerjaan dalam satu waktu.

"Prefrontal cortec, adalah kawalan daerah penting untuk pengolahan maklumat secara optimal hendaklah dirancang untuk melakukan satu hal hanya pada satu waktu," jelas Dr Gazzaley.
Mungkin sedikit sebanyak panduan ini akan memandu kita agar hidup lebih sihat, berfikir dengan lebih kreatif. Yang mana lemak dan gemuk lebih itu, insyaAllah boleh mula merancang untuk hidup lebih cergas dan aktif dengan senaman. Kurangkan makan yang banyak menghabiskan masa kita didalam tandas sahaja. Mulakan dengan walk for justice pada 9 julai ini insyaAllah di perhimpunan Bersih di KL nanti.

Semoga dengan lebih kreatif, cergas dan aktif mampu meningkat kerja amal jamaie… mudah sikit untuk tumbangkan Umno-BN dalam PRU nanti. Jangan takbir berapi-api tetapi dihambat FRU dah longlai, macamana nak hadapi PRU

Read More !

Kini... Wahid Endut VS Ahmad Said

| | 0 comments

Tahniah diatas perlantikan Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru. YB Mohd Abdul Wahid Endut yang telah dilantik semasa mesyuarat pertama AJK Pas Pusat yang mendapat mandat baru daripada perwakilan dalam muktamar Pas baru-baru ini. Kalaulah Kabinet yang dipilih diperingkat Pas Pusat dianggap sebagai “kabinet perang” oleh presiden, adakah perlantikan Wahid Endut sebagai persiapan menghadapi pilihanraya?

Wahid yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu menegaskan, beliau bukanlah individu yang terbaik untuk jawatan tersebut, namun akan memikul amanah yang dipersetujui Presiden serta AJK Kerja PAS Pusat.

"Saya bukanlah yang terbaik, masih ramai yang (saya rasa) lebih baik dan mampu serta lebih layak, tetapi mungkin Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mencadangkan beliau kerana suasana menghadapi pilihanraya yang akan datang,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, beliau akan memanggil satu mesyuarat perhubungan PAS negeri Terengganu dengan seberapa segera bagi melantik jawatankuasa perhubungan negeri 'kearah' kerja-kerja pilihanraya.

"InsyaAllah, kita akan tubuhkan 'kabinet perang' pilihanraya bagi berusaha dan memastikan Terengganu akan kembali kepangkuan PAS pada pilihanraya umum ke-13 akan datang,"tegasnya.

Nampaknya pertembungan Abdul Wahid vs Ahmad Said sejak dalam dewan akan bertemu buku dengan ruas. Perubahan baru dalam kepimpinan ini diharapkan dapat menjana pengundi Terengganu khususnya anak muda untuk bangkit bersama dengan agenda PGU (Pas Ganti Umno) dalam pru yang terdekat. Pimpinan muda yang ditonjolkan sebagai pimpinan pelapis Pas di Terengganu untuk berjadapan dengan Umno-BN yang masih lagi bergolak yang dipimpin oleh Datuk Ahmad Said yang membarisi kepimpinan lama.

Sebelum ini apabila Datuk Idris Jusoh selaku Pegerusi badan perhubungan Umno Terengganu, ianya dianggap sebagai satu tranformasi perubahan kepimpinan dalam Umno Terengganu kepada generasi muda, tetapi apabila perbalahan dan pertembungan dengan golongan veteran yang dipimpin oleh Mat Said akhirnya Najib selaku Presiden Umno terpaksa akur dan menyerahkan kepimpinan Umno Terengganu kepada Mat Said. Kerana itu kita dapati anggota perhubungan Umno Terengganu terdiri dari muka-muka lama yang direcycle semula untuk menghadapi Pru 13.

Ucapan tahniah kepada Pas Terengganu yang kini ramai terdiri daripada kepimpinan muda sebagai pelapis kepada jamaah Pas. Setelah berlaku pemilihan diperingkat Pas kawasan yang menyaksikan beberapa kawasan telah membarisi dengan kepimpinan muda seperti Pas Besut dan Kuala Nerus.

Apapun Pas Terengganu merasa bangga dengan beberapa kepimpinan yang masih lagi menjadi mentor kepada pelapis yang sedia ada dan masih lagi berperanan diperingkat Pas Pusat. Tuan Guru Presiden sendiri, Cikgu Pa selaku setiausaha agung, Tuan Guru Harun Taib selaku Ketua dewan ulama Pas Pusat serta Datuk Abu Bakar Chik yang masih lagi boleh memandu, menunjuk-ajar serta membimbing kearah kemenangan dimasa hadapan.

Semoga semangat orang muda serta kebijaksanaan orang yang berpengalaman bersaama mood masyarakat semasa yang mula meluat dengan Umno-BN ini dapat menjana realiti Pas menggantikan Umno.

Read More !

Ronyenglah Piala FA nanti!!!

| | 0 comments

Tahniah kepada pasukan Terengganu kerana berjaya membawa pulang Piala FA ke Terengganu. Setelah pertama kali Piala FA menjejak kaki ke Terengganu pada tahun 2000. Paling kurang Datuk Mat Said mengulangi kejayaan di zaman Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang yang ketika sebagai MB negeri Terengganu yang menyaksikan setiap pemain dianugerah sekeping tanah lot tempat tinggal sebagai tanda terimakasih kerana mengharumkan nama negeri Terengganu. Ketika itu royalti telah dirampas oleh kerajaan pusat, sewajarnya kerajaan ketika atu menganugerahkan sebidang tanah dan pastinya nilaiannya tinggi dan manfaatnya sehingga ke hari tua.

Sekarang ni Terengganu negeri kaya. Royalti minyak semenjak Umno-BN mengambil alih pemerintahan ini berjebok-jebok banyaknya. Mungkin anugerah lebih tinggi daripada apa yang pernah diberikan zaman pemerintahan Pas dahulu.
Apapun tahniah diucapkan kepada pemain, penyokong yang memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi. Para pemain yang mempamerkan semangat yang tinggi dengan meraih kemenangan meskipun ketinggalan 1-0 pada permulaannya.

Ramai penyokong hanya menonton pada layar skrin sahaja. Kebanyakan bas yang disediakan tidak mencukupi untuk ke Bukit Jalil. Apatah bas diperuntukkan kepada Upu dan kebanyakan untuk penyokong Umno sahaja. Kalau di dun Paka, sebanyak 5 buah bas hanya diperuntukkan untuk Felda Kerteh 2/3 sahaja. Kerana menganggap upu tersebut sebagai kubu kuat Umno-BN.

Politik tak boleh dipisahkan dimana-mana meskipun dalam sukan. Kemenangan Piala Malaysia oleh Kelantan sempena hampir pilihanraya di Galas, Gua Musang menyaksikan bagaimana Red Warriors memanfaatkan dan mengusung piala tersebut ke Galas. Mungkin bagi Anuar Musa, kalau kemenangan Piala FA Kelantan semalam, nescaya gelombang merah akan disemarakkan seolah-olah ramai penyokong itu adalah penyokong gelombang merah untuk kemenangan Umno menawan Kelantan.

Tetapi hakikatnya di Kelantan tidak sebegitu. Bola mereka menyokong Kelantan, memakai jersi merah tetapi mereka turut mengibarkan bendera hilaju berlogo bulan. Ketika siaran langsung semalam, hanya beberapa detik kamera dihalakan kearah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan, menyebabkan riuh didalam stadium dan diluar stadium bahawa Nik Aziz masuk Tv dan masuk stadium. Bola-bola juga, tetapi tetap sokong Pas.

Di Terengganu ini, kita tengoklah beberapa hari ini. Apa Umno nak buat dengan piala FA. Rasanya dua-tiga minggu ini ronyenglah piala FA itu diusung ke daerah-daerah bagi momentum orang muda menyokong Umno. Tersengihlah Mat said. Senyum sampai ke telinga.

Sebagai rakyat Terengganu, pastinya kita menyokong pasukan Terengganu, tetapi dalaman Terengganu yang menyaksikan pertembungan politik antara Umno-Pas… Kita tetap memilih perjuangan Pas. Maaf Mat Said deh!!!!

Read More !

Azan bergema dalam dada si mayat !!!

| | 1 comments

YOGYAKARTA – Satu perbahasan buku "The Miracle of Shaheed", keajaiban jasad para syuhada yang tidak binasa dari pandangan kedoktoran telah diadakan di Masjid Al Mujahidin, Kampus Universiti Negeri Yogyakarta. Dua panel telah mengupas isu tersebut iaitu ustaz Fuad Alhadzimi, mantan Imam Masjid Al Hijrah Tempe, Sidney, Australia dan Dr Wahyu Alamsyah, pakar bedah Fakulti kedoktoran Universitas Gajah Mada (UGM).

Dr Wahyu, yang mengupas bagaimana jasad orang yang meninggal menuju proses pembusukan. Ia akan mulai proses dekomposisi (pembusukan) atau degradasi tubuh mayat akibat proses autolisi dan aktiviti mikroorganisme. Maksima lima hari maka jasad orang mati sudah akan membusuk, diikuti proses lain seperti perut menggelembung, scrotum (alat kelamin) membesar dan lain-lainnya sebagai seperti di jelaskan dalam buku dibicarakan.

Doktor yang bertugas di UGM ini juga menceritakan pengalaman yang ia ketahui saat merawat satu jasad orang mati. Diceritakan seorang doktor di luar negeri menerima jenazah orang yang sudah meninggal, kemudian doktor tersebut cuba memeriksa, tapi sayup-sayup dia mendengar suara azan, kemudian doktor tersebut mengambil stetoskop dan meletakkan di dada jenazah tersebut, ternyata suara azan berasal dari jenazah itu. Dokter itu kemudian memanggil jururawat dan petugas lain untuk membantu memeriksa, ternyata orang lain juga mendengar hal yang sama. Setelah di cari maklumat tentang si mayat tersebut, beliau adalah seorang yang ketika hidup bertugas sebagai muazin, lelaki itu tidak pernah terlambat solat dan selalu rajin ke masjid.

Ketika menceritakan hal tersebut, Dr Wahyu sempat terhenti dan menitiskan air mata. Doktor Wahyu menjelaskan proses pembusukan mayat melalui kerja mikroba, sejenis makhluk bernama mikroba yang dijelaskan sebagai "pasukan Allah" untuk mendegradasi atau membusukkan mayat hingga hancur. "Namun yang mengherankan perintah mikroba untuk menghancurkan mayat ini tidak berlaku pada jasad para nabi, syuhada dan orang-orang yang hafal Al Qur'an," jelas dr Wahyu.

Islam sendiri banyak menceritakan tentang kelebihan sebagai muazin bahkan di negara kita lebih dikenali dengan panggilan tok Bilal. disandarkan kepada Bilal bin Rabah, muazin pertama Rasulullah Saw. Bahkan diriwayatkan semua muazin didunia ini akan bersaf-saf berada dibelakang bilal bin rabah yang membawa bendera muazin menuju ke syurga sebagai sfafaat.

Pernahkah kita melaungkan azan di masjid atau surau? Berapakali kah kita azan dalam sejarah hidup kita? Tak pernah sekali kah? Adakah ketika anak kita dilahirkan, tak pernahkah kita sendiri yang mengazan dan mengiqamahkan telinga kanan dan kiri anak kita sendiri. kalau tidak... belajar-belajar dan coba-cobalah lakukan disurau tersorok kampung anda walau sekali. Semoga ia memberi syafaat kepada kita, i'Allah.

Read More !

Layanilah suami... meskipun kamu diatas belakang unta!!

| | 0 comments

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.


Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur. "Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah. "Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan. "Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Hah! Lama tak dengar Menteri Masyitah bersuara. Ingat suluk di Kementrian JPM tu. Masyitah pun turut sama memberi komen dan menganggap kenyataan Dr Rohaya itu menghina kaum wanita. Yang herannya beliau sendiri yang dibayar gaji, bersama Umno-BN sebagai kerajaan yang memegang kuasa, apakah tindakan yang telah diambil bagi menyelamatkan institusi kekeluargaan yang semakin hari semakin parah. Perceraian yang semakin meningkat setiap hari. Antara faktornya adalah suami dan isteri tidak menunaikan amanah masing-masing serta mengabaikan tanggung-jawab.


Golongan isteri yang sibuk dengan karier masing-masing sehingga lupa tanggungjawab menjadi isteri yang solaheh. Tidak taat serta nusyuz terhadap suami masing-masing. Suami pula tidak menunaikan nafkah yang ditunut syara’.


Pihak Kerajaan Malaysia sendiri mengakui sebelum ini bahwa tahap perceraian di kalangan Muslim mencapai tingkat tertinggi dalam sejarah. Datuk Mashitah menyalahkan kurangnya pemahaman agama sebagai penyebab tingginya tingkat perceraian. Tetapi sebuah Negara sekular yang diperintah UMNO-BN, apalah sangat nak diharapkan tahap pemahaman agama yang baik apabila pihak berwajib sendiri khususnya dalam pendidikan telah menyisihkan agama dari kehidupan sekian lama sejak zaman merdeka lagi.
Sepatutnya tahniah diucapkan atas usaha kelompok perempuan Muslim mendirikan kelab untuk menolong supaya para istri menjadi lebih patuh dan taat kepada suami. Para wanita diajar bahwa mereka harus menyambut suami mereka yang baru pulang dari tempat kerja dengan pakaian yang merangsang. Mereka disuruh untuk memakai perfume dan bukan bedak muka. Sebenarnya inipun yang diajar oleh Islam bahkan jika suami mengkehendaki untuk berhubungan suami-isteri maka diizinkan meskipun berada diatas belakang unta. Di Terengganu kajian menyebut bahwa bau badan, gaya seks yang sama dan baju tidur yang membosankan sebagai penyebab utama perceraian di kalangan masyarakat Muslim.


Bila kehidupan makin mencabar. Tuntutan hidup semakin memuncak. Barangan semakin mahal. Peluang pekerjaan semakin sukar. Institusi rumah-tangga biasa berkocak. Hilangnya kemesraan dan akhirnya berakhir dengan perceraian. Bahkan pernah kerana hanya berebut remote control TV menyebabkan berlaku pertengkaran dan perbalahan antara suami isteri dan akhirnya bercerai.


Sadisnya kehidupan tanpa agama. Kerajaan pula kalau nak terapkan agama nanti mereka pakat menyokong Pas pula. Akhirnya mereka terpaksa pejam amata sahaja. Demi kuasa politik mereka sahaja. Semoga rakyat mampu membuat perubahan, InsyaAllah

Read More !

Ibu asyik Game Online, Anak kelaparan mati akibat makan tahi kucing

| | 1 comments

NEW MEXICO – 8 Jun: Seorang ibu dipenjara 25 tahun kerana membiarkan anak perempuan kecilnya hingga mati kelaparan sementara beliau asyik main game online sehingga pukul 3 pagi. Colleen Rebecca Christie, yang asyik duduk di depan komputer selama berjam-jam bersama teman dunia mayanya, Christie 'terlena' bermain game online 'World of Warcraft'. Sementara Brandi Wulf, putrinya yang baru berusia tiga tahun, mempertahankan nyawa kerana kelaparan.


Brandi Wulf yang kelaparan sehingga dia memakan tahi kucing. Dan ketika dibawa ke hospital, berat badan Brandi Wulf hanya 10,4 kilogram. Doktor menyatakan Brandi Wulf mengalami malnutrisi iaitu kekurangan gizi. Tulang-tulang rusuk Brandi Wulf terlihat menonjol kerana tersangat kurusnya tubuh Brandi Wulf.
Christie terus menelefon pihak hospital untuk segera datang ke rumahnya di markas Holloman Air Force di Las Cruces, New Mexico apabila mendapati Brandi Wulf lemas dan tidak sedarkan diri. Namun, doktor gagal menyelamatkannya kerana sudah terlewat.


Bagaimana kalau ia isteri anda? Mungkin anda bukan sekadar menceraikannya dengan talak tiga tetapi mungkin Talak 100. Tapi malang. Nasi sudah menjadi bubur. Isteri yang sibuk mengadap komputer sehingga mengabaikan tugas dan tanggung-jawab sebagai ibu amat menyedihkan. Amat jarang seorang ibu walau dalam keadaan macamana sekalipun, sudah menjadi fitrah si ibu akan mengutamakan anaknya bahkan daripada dirinya sendiri. Bahkan binatang sendiri pun mengutamakan anak-anak mereka dan sanggup mempertahankan keselamatan anak mereka meskipun bakal mencederakan diri mereka sendiri.


Mungkin tangisan kelaparan dan kesakitan sudah tidak didengar sang ibu lagi akibat kuatnya bunyi dan berhantunya suara game tersebut. Game-mania ini bukan hanya melanda si ibu seperti ini bahkan melanda amat parah terhadap anak-anak remaja. Kebanyakan cyber-café dihadiri dikalangan remaja bukannya untuk xtvt bermanfaat tetapi mereka menghabiskan masa dengan permainan game. Bahkan sehingga mereka ponteng sekolah. Kekadang terlibat sama dengan xtvt perjudian online. Bukan hanya membazir masa tetapi wang ringgit. Dari mana mereka mendapatkan wang? Inilah yang timbulnya pula jenayah juvana dikalangan remaja pula.


Penelitian yang dibuat apabila pihak kerajaan Terengganu mengagihkan e-book kepada para pelajar sekolah rendah di Terengganu. Sebenarnya banyak masa dihabiskan untuk permainan game daripada xtvt bermanfaat. Mereka lebih suka bersendirian bertemankan komputer berbanding bermain sukan dipadang-padang untuk kecergasan badan dan proses tumbesaran alami seorang remaja.


Diharap perkara seperti ini dapat dibendung agar tidak membawa akibat buruk yang sukar untuk diatasi lagi. Dan semoga generasi muslim kita mempunyai jati-diri dan tidak dipengaruhi dengan agenda songsang yang merosakkan masa depan generasi kita. Tetapi boleh harap ke Umno-BN untuk menanggapi amanah genrasi umat kita?

Read More !

Pemain Bolasepak Wanita Iran dihambat keluar di Amman. Apa kata Masyitah ???

| | 1 comments

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.


Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.

Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.


Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam."
"Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab." Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.


Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam.


Ish mana pergi Masyitah ni? Senyap aje dok makan gaji Menteri. Apa dia buat? Takkan makan gaji buta aje!.. Apa agaknya kata Masyitah jika ditanya pandangan beliau. Apakah harus wanita membuang pentup kepala pemain tersebut dan mendedahkan aurat demi meneruskan permainan untuk mengharumkan nama Negara. Sebelum ini beliau pernah berfatwa harus apabila Malik Mydin yang berenang menyeberangi Selat Inggeris terpaksa meninggalkan solat demi mengharumkan nama Malaysia Boleh. Bagi beliau meninggalkan solat itu perkara kecil dan remeh berbanding nama Negara.


Apakah tindakan kekal untuk berpakaian sebagai muslimah dan kekal menjaga maruah yang dipilih pemain bolasepak wanita Iran itu satu tindakan bodoh? Bagi setengah orang mungkin Ya. Tetapi itulah nilai yang dipertahankan oleh pihak Iran. Syabas dan tahniah diucapkan. Yang banggang tu… si pembantah tu ingat dari Negara kapir. Tetapi dari Negara Bahrain yang rakyatnya pakai jubbah siang & malam. Dan kenapa pula perlu disyaratkan membuka aurat untuk para pemain? Yelah!!! Sukan seperti ini dirangka undang-undang dan peraturan oleh Yahudi & Nasara. Ada matlamat dan kehendak mereka. Bagi mereka yang sanggupmengikuti kehendak mereka, maka terkorbanlah nilai-nilai agama Islam itu sendiri. Sama seperti Negara Eropah hari ini. Mereka mengenakan denda kepada yang mengenakan jilbab tetapi tidak bagi yang berbogel.

Read More !

Malaysia sudah Negara Berkebajikan? Presiden Pas terlambat!!!

| | 0 comments

Macam orang mengigau dari tidur… PM Malaysia mengaku Malaysia adalah Negara Berkebajikan. Kalau Presiden PAS cakap ke Arah Negara Yang Adil, nescaya PM apabila ditanya oleh wartawan pasti dia jawab.. Malaysia merupakan Negara yang adil. Samalah seperti mentornya. Tun Dr Mahathir Mohamed. Apabila Pas memperjuangkan kearah menegakkan Negara Islam lalu dia mengumumkan Malaysia adalah Negara Islam.
Hebat jugak Presiden PAS ni. Muktamar hanya di Taman Melewar, dok dicelah-celah taman dan perkampungan sempit di KUIZM. Hanya dibucu Taman perumahan tetapi diperhatikan orang diseluruh pelusuk dunia dan dalam kesibukan PM Najib berurusan di Kazakhstan, sempat lagi mengulas:


Kazakhstan : 6 Jun - Datuk Seri Najib Razak berkata laungan terbaru oleh PAS yang kononnya hendak mewujudkan sebuah negara kebajikan bukanlah perkara baru bahkan itulah yang sudah diperjuangkan oleh Umno dan BN selama ini.
Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.



Sebenarnya Presiden Pas sudah memperkenalkan istilah negara berkebajikan ini sejak 2008 iaitu zaman pak Lah menjadi PM. Dah 3 tahun pemimpin Umno tak belajar memahaminya. Istilah pun masih keliru. Lihatlah betapa bebalnya apabila seseorang yang tak belajar tentang Islam. Tidak mengetahui tentang definisi dan takrifan ‘Negara Berkebajikan’ menurut Islam. Yang dia tahu subsisi & wang ehsan aje!!!. Golongan sekular tahu penggunaan istilah tetapi tidak tahu maknya. Istilah itu tetap difahami sebagaimana minda sekular mereka.


Apabila mereka menyebut agama lalu mereka melihat agama Islam sebagai agama-agama lain yang sekular yang memisahkan agama dari pemerintahan sedangkan ulama dan gerakan Islam mentakrifkan Islam sebagai ad-din yang menyeluruh dan syumul dan mencakupi segenap bidang apatah lagi pemerintahan sebagai khalifah Allah bagi meneruskan tugas Adam a.s.
Apabila disebut ‘sembahyang’ bagi mereka penganut budha pun sembahyang, penganut hindu pun sembahyang. Apakah sama dengan solat umat Islam. Apabila disebut taat kepada ibu-bapa maka semua agama menganjurkan taat kepada ibu-bapa tetapi adakah sama dengan perkataan al-birr (buat kebajikan) terhadap ibu-bapa?


Kekeliruan ini dan kebebalan ini dijelaskan sendiri oleh Allah Swt:


" Bukanlah dikatakan kebajikan itu kamu menghadapkan wajahmu ke ke timur maupun ke barat akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah kamu beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat, kitab dan nabi-nabi serta memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. (Surah al-Baqarah:177).


Bila kita kaji ayat-ayat tentang kata al birr, termasuk ayat di atas, maka akan didapat kesimpulan bahwa kebajikan itu menurut Mahmud Syaltut dalam tafsirnya di bahaginya menjadi tiga, iaitu birr dalam aqidah, birr dalam amal dan birr dalam akhlak.


Maka cuba kita lihat Negara Malaysia yang dikatakan Negara kebajikan oleh Umno-BN sebagaimana disebut Najib. Apakah aqidah Negara Malaysia? Islam kah? Apakah amalan Negara Malaysia? Apakah Negara rasuah, kronism, pecah amanah, serta pelaksanaan cukai serta kenaikan harga barang, elektrik, petrol yang tak terbendung ini merupakan kebajikan? Apa lagi dari segi akhlak maupun halal/haramnya. Hakikatnya Negara berkebajikan adalah Negara Islam yang lengkap dengan cirinya yang meletakkan asas-asas aqidah Islamiyyahnya serta Negara yang dipandu dengan ajaran al-Quran dan al-Hadis serta dipimpin oleh mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Nak harapkan Umno? Jauh panggang dari api!!!



Nampaknya betapa kuat cengkaman minda sekularisme yang membelenggu pimpinan Umno-BN sehingga menghukum sesuatu berdasarkan benda semata. Banyak lagi tugas ulama muda Umno untuk mentarbiyyah pimpinan mereka.



Itupun kalau nak dibanding, dikira dan dihitung... kebendaan duniawi, kebajikan kebendaan pun gagal dilaksanakan oleh Umno-BN terhadap rakyat Malaysia jangankan akidah & spritual. Sudah semoleknyalah... alternatif PR menggantikan BN dalam PRU 13 nanti bagi mempamerkan apakah sebenarnya Negara Berkebajikan yang dapat dipamerkan kepada rakyat keseluruhnya.


Tak tengok, tak rasa dan kalau tak undi PR manakan dapat merasa!!!

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...