Tahniah kepada pasukan Terengganu kerana berjaya membawa pulang Piala FA ke Terengganu. Setelah pertama kali Piala FA menjejak kaki ke Terengganu pada tahun 2000. Paling kurang Datuk Mat Said mengulangi kejayaan di zaman Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang yang ketika sebagai MB negeri Terengganu yang menyaksikan setiap pemain dianugerah sekeping tanah lot tempat tinggal sebagai tanda terimakasih kerana mengharumkan nama negeri Terengganu. Ketika itu royalti telah dirampas oleh kerajaan pusat, sewajarnya kerajaan ketika atu menganugerahkan sebidang tanah dan pastinya nilaiannya tinggi dan manfaatnya sehingga ke hari tua.
Sekarang ni Terengganu negeri kaya. Royalti minyak semenjak Umno-BN mengambil alih pemerintahan ini berjebok-jebok banyaknya. Mungkin anugerah lebih tinggi daripada apa yang pernah diberikan zaman pemerintahan Pas dahulu.
Apapun tahniah diucapkan kepada pemain, penyokong yang memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi. Para pemain yang mempamerkan semangat yang tinggi dengan meraih kemenangan meskipun ketinggalan 1-0 pada permulaannya.
Ramai penyokong hanya menonton pada layar skrin sahaja. Kebanyakan bas yang disediakan tidak mencukupi untuk ke Bukit Jalil. Apatah bas diperuntukkan kepada Upu dan kebanyakan untuk penyokong Umno sahaja. Kalau di dun Paka, sebanyak 5 buah bas hanya diperuntukkan untuk Felda Kerteh 2/3 sahaja. Kerana menganggap upu tersebut sebagai kubu kuat Umno-BN.
Politik tak boleh dipisahkan dimana-mana meskipun dalam sukan. Kemenangan Piala Malaysia oleh Kelantan sempena hampir pilihanraya di Galas, Gua Musang menyaksikan bagaimana Red Warriors memanfaatkan dan mengusung piala tersebut ke Galas. Mungkin bagi Anuar Musa, kalau kemenangan Piala FA Kelantan semalam, nescaya gelombang merah akan disemarakkan seolah-olah ramai penyokong itu adalah penyokong gelombang merah untuk kemenangan Umno menawan Kelantan.
Tetapi hakikatnya di Kelantan tidak sebegitu. Bola mereka menyokong Kelantan, memakai jersi merah tetapi mereka turut mengibarkan bendera hilaju berlogo bulan. Ketika siaran langsung semalam, hanya beberapa detik kamera dihalakan kearah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan, menyebabkan riuh didalam stadium dan diluar stadium bahawa Nik Aziz masuk Tv dan masuk stadium. Bola-bola juga, tetapi tetap sokong Pas.
Di Terengganu ini, kita tengoklah beberapa hari ini. Apa Umno nak buat dengan piala FA. Rasanya dua-tiga minggu ini ronyenglah piala FA itu diusung ke daerah-daerah bagi momentum orang muda menyokong Umno. Tersengihlah Mat said. Senyum sampai ke telinga.
Sebagai rakyat Terengganu, pastinya kita menyokong pasukan Terengganu, tetapi dalaman Terengganu yang menyaksikan pertembungan politik antara Umno-Pas… Kita tetap memilih perjuangan Pas. Maaf Mat Said deh!!!!

No comments:
Post a Comment