KULAIJAYA 20 Jun - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor telah merampas lebih 60 ekor haiwan pelbagai spesies yang dilindungi di Zoo Saleng di sini, selepas permit khas pemilikan zoo tersebut tidak diperbaharui.
Pengarah Perhilitan Johor, Saharudin Anan berkata, zoo persendirian yang beroperasi sejak 17 tahun lalu itu tidak mendapat kelulusan untuk memperbaharui permit khas tersebut selepas dipercayai melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Beliau berkata, haiwan yang dirampas adalah 32 ekor harimau belang, 10 ekor singa termasuk empat anak, beruang (lima), iguana (dua), harimau kumbang (seekor), burung tiong emas (seekor), kucing batu (dua), landak raya (tiga), beruk (empat), buaya (11), ular sawa (11), ular tedung (tiga) dan kera (empat).
"Perhilitan turut menerima aduan daripada orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa zoo berkenaan mengeksploitasi haiwan-haiwan peliharaannya.
"Kita telah memberi peluang kepada pemilik zoo untuk membuat rayuan sejak tiga bulan lalu, namun kita masih tidak boleh melanjutkan permit khas selepas mereka didapati gagal membuat sebarang penambahbaikan mengikut akta yang ditetapkan," katanya di sini, hari ini.
Lebih 64 anggota jabatan itu terlibat dalam kerja pemindahan haiwan dilindungi itu bermula pukul 9 pagi dan dijangka berakhir 27 Jun ini.
Tambah Saharudin, pihaknya hanya merampas haiwan yang dilindungi dan bukannya menutup zoo berkenaan kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berbuat demikian.
Lama tak dengar berita tentang zoo mini idea Dato Ahmad Said di jajahan beliau Kijal tu. Ada permit tak? Atau kalau dah hak kerajaan pihak perhilitan tak boleh buat apa-apa tapi kalau hak persendirian boleh disita dengan kerugian berjuta ringgit. Itupun dah bertahan 17 tahun.
Bagaimana dengan Zoo Mat Said ini? Nak kata untung memang jauh sekali. Paling tidak pun diharap boleh le cover kos pengurusan. Berapa orang yang melawat Zoo tersebut. Dengan kedudukannya dikawasan jin tending itu nampaknya tak berapa ada orang mana yang nak melawat. Sesuai untuk kawasan binatang sahaja agaknya…
Kot jadi projek gajah hitam pulak. Kroni dah dapat projek. Untung dah dibawak lari . Nantinya rakyat terpaksa menanggung kos penyelengaraan macam dok galas biawak hidup. Nanti, dicadangkan pula Dato Mat Said ambil aje binatang yang disita di Johor tu untuk diletak dalam Zoo beliau tu. Dalam erti-kata bolehlah pulak mengalas buaya hidup pulak….
Berapa kos sebenarnya zoo ini?. Dalam sidang dewan DUN, MB Mat Said berkata, kos keseluruhan bagi pembinaan Zoo Bukit Takal di Kemaman itu berjumlah RM9.228 juta. Beliau menjelaskan, kos pengurusan zoo berkenaan dari tahun 2008 hingga 2011 pula adalah kira-kira RM2.9 juta. Setiap bulan, kos pengurusan zoo berkenaan mencecah sekitar RM40,000
Itupun beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi kawasan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takar di sini daripada lebih 15 hektar kepada 120 hektar. Sebuah air terjun buatan telah dibina dengan kos RM1 juta untuk tontonan pelawat. Bilik persalianan sahaja menelan belanja RM900 ribu ringgit. Betapa banyak duit diperhabiskan termasuk sangkar untuk menempatkan menempatkan pelbagai spesies mamalia, reptilia, ikan dan burung untuk tatapan pengunjung.Sepasang Harimau Malaya juga dibawa masuk dari zoo Melaka. Hah berapa kos makanan harimau ni tak tahulah pula. Takkan nak bagi makan keropok lekor.
Alangkah baik dalam suasana rakyat mengikat perut untuk kelangsungan hidup, duit yang berpuluh juta itu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat khususnya keperluan asas dan pendidikan bukannya memenuhi nafsu pemimpin Umno untuk merompak duit rakyat.
Sekarang ini orang-ramai dikenakan bayaran RM5 dan RM10 untuk menampung kos penyelengaraan. Tapi mampu ke? Ramai mana sangat rakyat Kemaman nak pergi melawat Zoo tersebut dan bukannya nak duduk situ hari-hari. Sekali adalah nak pergi lepas tu… Nampaknya kerajaan jugaklah terpaksa menanggung kos perbelanjaannya. Bukan pakai duit gaji Mat Said… tapi rakyatlah terpaksa galas kecuali kita perebahkan Umno dalam PRU kali ke 13 dan rakyat berpeluang untuk memasukkan Mat Said dalam zoo tersebut. Kita tengoklah samada harimau Malaya tu makan Mat said atau Mat Said yang terkenal bengkeng itu memakan harimau???
2 comments:
ini satu pembagunan kot... mmg la tak nampak kesan dia sebab baru lagu, tapi sekarang dah tahun 2015, agak banyak pengunjung yg dtg.. selalu hujung minggu mmg ramai. Kawasan sekitar pun membangun sekali....kira beruntung la terengganu.. dekat kedah tak de pun zoo.. terpaksa gi penang kalu nak gi zoo... ak dari kedah pun dah gi zoo ni, mmg nampak kesungguhan kerajaan negeri tuk membangunkan industri pelancongan.. biasa la, mana2 projek mesti ada tiris, kroni la, tu ak tak nafikan.. tapi jangan anggap semua benda tu teruk.. ada positif nye..
ini satu pembagunan kot... mmg la tak nampak kesan dia sebab baru lagu, tapi sekarang dah tahun 2015, agak banyak pengunjung yg dtg.. selalu hujung minggu mmg ramai. Kawasan sekitar pun membangun sekali....kira beruntung la terengganu.. dekat kedah tak de pun zoo.. terpaksa gi penang kalu nak gi zoo... ak dari kedah pun dah gi zoo ni, mmg nampak kesungguhan kerajaan negeri tuk membangunkan industri pelancongan.. biasa la, mana2 projek mesti ada tiris, kroni la, tu ak tak nafikan.. tapi jangan anggap semua benda tu teruk.. ada positif nye..
Post a Comment